Wednesday, 22 June 2011

Aina Zalia Part 11

Segala-galanya bermula di lorong sempit yang dihimpit bangunan-bangunan yang saling menyempit antara satu sama lain, terletak jauh dari bandar dan masyarakat. Kondisi persekitaran di situ pastinya menakutkan sesiapa yang melihat, tetapi bukan bagi seorang remaja bernama Aziz yang masih muda itu. Daripada semua remaja-remaja yang berada di situ, dia boleh dikira sebagai yang paling berani. Di situlah bermulanya arena kegemilangan Geng Rex, tempat di mana semua Geng Rex berkumpul. Rexes will never die!

“Yo! Apa cer? Macam mana dengan bisnes kita?” Rex memijak batu besar di hadapannya, melaung sekuat mungkin mengharapakn respon positif daripada anak-anak buahnya. Tatu di lengan kirinya yang bercorak naga jelas terpampang bersama otot-otot yang membuatkan anak muda it kelihatan sasa.

“Makin maju, bos!” Yang lain membalas dengan semangat. Ada yang tengih-sengih, mengharapkan ketua mereka itu mahu menaikkan bonus bulanan mereka.

“Bagus, bagus. Macam ni la yang aku nak. Geng Rex akan terus maju sampai selama-lamanya,” Rex sengih, membetulkan topinya.

Botak yang berada di situ turut tersengih lebar, sekali-sekala menggaru-garu hidungnya yang digigit nyamuk yang bebas berterbangan mencari mangsa di kawasan itu. Dia melirik jam tangan curian daripada seorang datin muda yang berjenama Rolex. “Mana diorang ni bos? Kata hari ni kita ada urusan penting dengan Geng Marcus? Kenapa tak sampai-sampai lagi?”

“Bodoh!” Rex menolak kepala Botak yang membuatkan lelaki itu tertolak sedikit ke belakang. “Dah nama pun kumpulan samseng, takkan nak ikut peraturan kot. Walau apa pun aku yakin, bisnes kita hari ni mesti akan berjaya. They got the stuff, we got the money.” Rex meludah ke atas tanah, nyaris-nyaris terkena hujung kaki Botak. Dia kemudiannya terus berjalan di sekitar kawasan itu.

“Hahaha. Padan muka!” Kabul mentertawakan Botak disebelahnya. Dush! Selamba sahaja satu tumbukan hinggap di pipi Kabul.

“Yo bro, apa ni?” Kabul mengusap-usap pipinya yang panas. Ikut suka hati dia aje belasah aku.

“Hahaha. Padan muka!” Botak buat gaya mengejek sambil meniru perlakuan Kabul tadi. Tidak lama kemudian, berlaku kekecohan menandakan ketibaan Geng Marcus. Botak menolak-nolak orang lain untuk melihat apa yang bakal terjadi.

Rex menyambut kedatangan ketua mereka dengan mesra, mereka berjabat tangan buat seketika dan berbincang sesuatu, namun tidak dapat didengari Rex.

“Kau dah sediakan barang-barang yang aku minta tu?” Steve Marcus, bertahi lalat di leher menyoal. Dia seolah-olah tidak percayakan semua yang berada di situ.

“Jangan risau, Steve. Manusia berpegang pada janji. Sekali aku kata, aku kota.” Rex tersengih kelat. Dia mengangkat sebelah tangannya ke udara, tanda isyarat menyuruh anak buahnya membawa beberapa beg besar yang berisi dadah untuk diserahkan kepada ‘sahabat’ barunya itu. Steve tersenyum sinis. Adiknya, Sam Marcus dan beberapa anak-anak buahnya yang lain mengambil beg tersebut.

“So mana bahagian kitorang? Aku dah tak sabar nak berpesta malam ni. Haha.”

“Bodoh. Kau ingat aku betul-betul akan bagi kau duit tu?” Steve tertawa besar.

“Apa kau kata?” Rex menahan geram. Tidak tahu adakah lelaki di hadapannya itu cuma bergurau atau benar-benar serius.

“Kau pekak? Nak aku ulang sekali lagi? Aku tak bawa duit tu.”

Tangan kanan Rex pantas dihayunkan supaya mendarat tepat di pipi kiri Steve, namun sempat ditahan. Ahli Geng Rex yang lain mahu mengambil tindakan, tetapi Rex menghentikan mereka. Dia mahu berunding empat mata sendiri dengan Steve. Steve gelak besar menampakkan barisan giginya yang jongang.

“Setakat yang aku dengar, Geng Rex belum pernah menumpahkan darah, lagi-lagi kat kawasan diorang sendiri. Hei, budak! Kumpulan samseng macam kau ni, memang senang diperbodohkan. Baik korang semua belajar daripada kami dulu. Hahaha.”

“Hei Steve! Kau jangan lupa, ini kawasan aku. Sekali aku bagi arahan, dengan kau-kau sendiri boleh terkubur kat sini!” Rex mendengus geram.

“Try me,” Steve Marcus bersuara yakin. Baginya, Rex dan konco-konconya cuma setakat samseng jalanan yang metah. Sangat mentah.

Rex mengangkat tangan kirinya tinggi ke udara. Seramai hampir dua puluh konco-konconya segera mengeluarkan pistol daripada seluar masing-masing. Barulah berkerut wajah Steve dan konco-konconya.

“Steve, mereka semua ni berbahaya. Aku rasa baik kita blah cepat,” Sam Marcus adiknya berbisik sambil memberikan saranan.

“Baik kau pilih cepat. Nak serahkan duit ataupun nyawa kau!” Rex membentak. Dia mengeluarkan sepucuk pistol yang tidak berpeluru. Memang, sepanjang penubuhan Geng Rex mereka tidak pernah berbunuhan. Cuma setiap ahli kumpulan itu dinasihatkan memiliki sepucuk pistol sebagai simpanan. Steve mulai kecut perut. Dah la dia cuma bawa lima orang pengikut. Masalah besar ni! Tak sangka budak Rex ni bukan calang-calang orangnya.

“Err.. aku akan serahkannya esok, aku janji.” Steve merayu.

“Aku tak pernah percaya pada janji.” Rex mulai serius. Dalam hatinya, dia senang melihat wajah takut Steve apabila diacukan pistol tidak berpeluru miliknya tepat pada dahi lelaki itu.

Steve segera menendang perut Rex tanpa melengahkan masa. Maka terjadilah pergaduhan di situ. Cuma Rex pernah berpesan, jangan sesekali menembak orang. Dia tidak mahu ada di antara mereka yang disumbatkan ke dalam penjara. Setelah sesi kejar-mengejar berlaku, empat ahli geng Marcus serta Sam berjaya melarikan diri. Rex pula masih sibuk mengejar Steve.

“Weh, jangan lari. Kalau tak aku tembak!” Tetapi Steve terus berlari. Cari pasal dengan aku, ya? Rex menekan pistol miliknya tanpa sengaja. Dan satu bunyi tembakan yang kuat kedengaran. Semua yang berada di situ terkejut. Peluru itu tepat mengenai dada Steve. Rex gelabah.

“Hoi, sape yang letakkan peluru dalam pistol aku ni?!” Rex meraung bagaikan orang kurang siuman.

Seorang lelaki berambut kerinting menghampiri. “Bos, bos dah lupa ke semalam bos minta tukar pistol dengan saya?” Rex mengingat kembali. Ya, memang semalam dia sendiri yang meminta supaya pistolnya ditukarkan. Rex menendang-nendang tubuh Steve yang terbujur kaku di atas tanah dengan hujung jarinya. Tidak bergerak. Nafasnya turut diperiksa. Sudah tak ada.

“Bos, apa dah jadi? Macam mana dengan Marcus ni?” Botak segera mendapatkan Rex.

“D..dia..dia dah mati.” Rex menjatuhkan pistolnya tidak percaya. “Aku… aku dah bunuh orang..”

Botak menyeka peluhnya yang merembes dingin. Debu-debu kotor bersalut darah menghiasi tanah di kawasan itu. Pada hari itu, terjadinya peristiwa besar dalam sejarah Geng Rex iaitu pembunuhan. Botak mengambil pistol Rex. “Bos, tempat kita ni dah tak selamat. Kita kena pindah ke tempat yang baru. Lebih cepat lebih bagus!”

“Ko..kosongkan tempat ni segera. Tinggalkan mayat ni di sini.”

“Tinggal? Campak aje mayat ni dalam longkang atau sungai. Habis cerita. Kalau tak, kita yang susah bos!”

“Baik. Kau uruskan segera. Aku.. aku pembunuh..” Rex menatap mayat Steve buat terakhir kalinya.

“ENCIK! ENCIK! Boleh tepi sikit tak? Saya nak sapu daun-saun kering ni,” seorang pekerja yang memegang penyapu dan penyodok membunuh lamunan Aziz serta-merta. Di hadapannya, adalah tempat yang penuh bersejarah dan tak mungkin akan dilupakan. Aziz berlalu pergi dengan seribu perasaan yang berbaur di hatinya.

Aku… aku pembunuh.

No comments:

Post a Comment