Showing posts with label Frekuensi. Show all posts
Showing posts with label Frekuensi. Show all posts

Friday, 18 February 2011

Frekuensi Part 9

PERAMPAS.

Mata Nurul Fatini sedikit membesar. Gadis itu terkejut besar tatkala melihat sehelai kertas yang disisipkan di dalam buku rujukannya. What is going on? Apa ni? Perampas? Kalau tuduh aku pemalas tak pe lah juga, ni perampas?

“Assalamualaikum!” Hafizah menyapa Nurul Fatini. Dia perasan ada yang tidak beres pada wajah sahabatnya itu.

“Kenapa ni Nurul? Ada masalah?” Nurul Fatini teragak-agak memberitahu. Dia menyerahkan helaian kecil itu pada Hafizah.

“Apa? Perampas? Rampas apa? Apa yang anti rampas?” Hafizah menyerbunya dengan pelbagai soalan bagai polis yang melepaskan berdas-das tembakan pada penjahat.

“Manalah ana tahu. Ana pun bingung.” Nurul Fatini menggaru-garu kepalanya. “Mungkin kerja budak-budak nakal kot.”

“Hrm … boleh jadi juga. Eh, cuba anti tengok Shah. Bergaya kan dia?”

Pandangan mata Nurul Fatini secara automatik tertancap pada jejaka yang dimaksudkan sahabatnya itu. Shahruddin baru sahaja tiba di kelas berpakaian kemeja hitam bertali leher putih. Songkok hitamnya yang dipakai tambah membuatkan lelaki itu kelihatan bergaya.

Kebetulan, cuma dua sahaja tempat kosong yang masih bersisa. Satu di hadapan Nurul Fatini dan satu di sebelahnya. Nurul Fatini gundah.

‘Erk, takkanlah dia nak duduk sebelah aku pula?’ monolognya tatkala memerhatikan langkah lelaki itu yang semakin mendekat.

‘Biar betul?’ gadis itu semakin gelisah apabila langkah kaki Shahruddin menghampiri barisan tempat duduknya.

“Nurul, Ustazah Mardiah nak jumpa di depan,” ujarnya perlahan takut bising. Lelaki itu kemudiannya segera mengambil posisi duduk di barisan hadapan.

‘Fuh … alhamdulillah! Lega!’

Nurul Fatini mengatur langkahnya untuk menemui pensyarah muda di hadapan kelas yang sedang asyik dengan laptopnya.

“Ustazah nak jumpa ana?”

“Ya. Petang ni ustazah nak adakan halaqah sikit dengan akhowat ekonomi yang bermasalah. Harap anti dan Hafizah boleh bantu, ya?” ustazah muda itu mengukir senyum.

Gulp. Nurul Fatini menelan liur. Akhowat ekonomi? Tak lain tak bukan Lina and the geng. Mereka cukup terkenal dengan kenakalan masing-masing di kampus ini. Bahkan, mereka cukup anti dengan akhowat tudung labuh. Entah macam mana ibu bapa mereka masukkan mereka ke sini. Ya Allah, help me!

Sunday, 5 December 2010

Frekuensi Part 8

Awan berambal-ambalan di langit biru. Burung sedang berkicauan riang di langit. Angin dingin menyapu lembut wajah Nurul Fatini. Gadis itu sengaja membiarkan tingkap bilik terbuka. Nurul Fatini lantas mencapai diarinya dan mula menulis sesuatu.

Burung berkicauan riang
Menyanyi merdu di langit biru
Hati aku tidak begitu
Bagai ombak yang sedang bergelora

Ya Rabb,
Apakah ini ujian-Mu untukku? Aku sering menunggu frekuensi Imzad, yang aku tahu mustahil akan datang lagi. Dia lebih selayaknya untuk-Mu. Aku cuma seorang hamba yang hina, yang terlanjur menyukai seorang pendekar yang Kau ciptakan untuk memenuhi ruang hidupku. Aku mengharapkan seorang imam yang dapat membimbing aku ke syurga kelak. Tetapi, takdir jua yang menentukan segalanya. Aku tahu aku harus redha, tetapi hati aku masih teringat padanya. Ya Allah, berdosakah aku kerana mengharapkan frekuensi yang sudah terhapus?

Nurul Fatini
1 Oktober 2010

Diari ditutup rapi dan disimpan ke dalam laci. Nurul Fatini meleraikan segugus nafas tenat dari dadanya. Hari itu hari cuti. Gadis itu lantas memutuskan untuk memasak sahaja di dapur.

Monday, 9 August 2010

Frekuensi Part 7

Pandangan Nurul Fatini dilontar jauh. Izzati hanya memerhatikan sahabatnya itu. Tahu bahawa fikirannya sudah melayang entah ke mana. Ternyata Imzad memang sudah memberikan kesan yang besar dalam hidup Nurul Fatini. Senior itu sudah umpama abangnya sendiri. Izzati menghela nafas kecil.
"Sudah sampai di mana Nurul?" soalnya sengaja mematikan lamunan Nurul Fatini. Nurul Fatini tersentap.
"Allah itu tidak akan memberikan ujian yang tidak boleh ditanggung hamba-Nya," ujarnya lagi. Izzati merapatkan tubuhnya dengan tubuh Nurul Fatini. Sanubarinya tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Nurul Fatini. Mereka sudah sangat serasi hinggakan mampu mengetahui perasaan dan kadangkala fikiran masing-masing.
"Hidup..." kata-kata itu terkeluar dari bibir Nurul Fatini.
"Hidup itu memang penuh dengan ranjau dan duri. Sekiranya ana tidak berhasil mengelak dari duri jalanan itu bererti ana sudah tewas, Izzati."
Izzati mengangguk mengerti.
"Dan ana doakan enti akan mampu mengelak. Sekiranya enti tidak berhasil, ana akan bantu enti mengalihkannya. Ana sentiasa ada buat enti."
"Allah juga sudah memadai," Nurul Fatini membenamkan pandangannya kepada Izzati.

Friday, 6 August 2010

Frekuensi Part 6

Hati Nurul Fatini resah gelisah. Macam mana pula Shahruddin boleh memasuki kelas yang sama ni? Shahruddin sedang duduk di hadapan Nurul Fatini. Nurul Fatini menghela nafas pendek. Tiba-tiba pen Shahruddin terpelanting ke belakang.

“Eh, macam mana la budak ni menulis?’ monolognya sendiri. Tangan Nurul Fatini secara automatik bergerak perlahan-lahan ingin mengutip pen tersebut. Shahruddin tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih pada Nurul Fatini.

"Syukran jazilan ya Nurul. Ana doakan anti santiasa bersyajaah demi Islam," ujarnya lantas segera memalingkan muka ke hadapan semula. Syajaah? Kata-kata itu seperti pernah didengarnya sebelum ini. Kata-kata Imzad! Mengapa lelaki ini sering bertutur dan berbicara seperti Imzad? Gayanya juga persis Imzad. Bahkan, dia sudah menggunakan kata ganti diri ana.

"Bersungguh-sungguh sekali tadi anti mempertahankan maruah anti di depan Siti," Imzad menyuarakan pendapatnya. Nurul Fatini mengetap bibir. Dia memang tidak mencuri hasil kerja Siti Zubaidah namun mengapa dia yang dituduh?

"Itulah, ana pun kagum lihat Nurul tadi," Hafizah juga bersuara. Hari ini Nurul Fatini memang lain daripada lain. Suatu aura terpancar pada dirinya tadi.

"Imzad, salahkah ana mempertahankan yang benar? Anta percaya kan ana tidak akan mencuri hasil kerja Siti?" Nurul Fatini ingin tahu.

"Tidak, sebenarnya itulah syajaah," Imzad bebicara lembut. Sering membiarkan sesiapa yang mendengar tertanya-tanya.

"Apa maksud syajaah? Ana tak pernah dengar pun?" soal Hafizah langsung tidak mengerti.

"Syajaah tu ertinya sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal, keturunan, harta benda, negara, maruah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga dan jiwa," terang Imzad. Nurul Fatini dan Hafizah akhirnya mengangguk faham.

"Padan muka si Siti itu. Selalu sahaja dengki terhadap anti!" ujar Hafizah. Mereka kemudiannya tertawa.

Thursday, 5 August 2010

Frekuensi Part 5

"Saya pelajar baru kat sini," Shahruddin meraut senyuman lagi. Kelihatannya pemuda itu petah berbicara.

"Maaf, ada kelas sekarang," Nurul Fatini menjawab ringkas lantas berlalu pergi. Hafizah mengekorinya.

"Kenapa anti buat begitu padanya?" soal Hafizah. Dia tahu bahawa Nurul Fatini masih terbayang-bayang wajah arwah Imzad yang menjadi seniornya dahulu. Nurul Fatini segera duduk di bangku berhampiran. Sebenarnya kelas mereka akan bermula lama lagi.

"Hafizah, setiap kali ana tengok wajahnya, ana terbayang arwah Imzad. Ana tak mampu melupakan orang yang telah mengajar ana erti tawaduk."

"Tawaduk?"

"Ya, tawaduk. Ingat tidak masa artikel pertama ana dapat sambutan di radio tahun lepas?"

“Alhamdulillah, kelihatannya artikel anti mendapat sambutan hangat dari pendengar selepas ana hebahkan di radio tadi!" Imzad tersengih-sengih memuji.

"Biasalah senior ana Imzad, lihatlah siapa yang buat," Nurul Fatini bergurau.

"Hati-hati jangan sampai menjadi takabbur," Imzad menegur Nurul Fatini. Sebuah senyuman di wajahnya terkoyak. Ikhlas.

"Hmm, baiklah Imzad. Semua ini lahirnya dari Allah SWT. Kalau tiada Dia, ana tidak mungkin dapat menyiapkan artikel yang sebagus ini. Nah, ana sudah menjadi tawaduk," segera Nurul Fatini menukar bicaranya.

"Boleh ana jelaskan erti tawaduk?" soal Imzad meminta kebenaran. Hafizah yang tadinya diam terus bersuara.

"Apa ertinya tawaduk senior?" soalnya ingin tahu.

"Apabila seseorang itu berasa bahawa dia telah merendahkan dirinya, itu bukan tawaduk," jelas Imzad. Nurul Fatini dan Hafizah semakin bingung. Hafizah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Imzad tertawa melihat kerenah Hafizah.

"Sebenarnya orang yang bertawaduk ialah apabila dia melakukan sesuatu, dia berasa dirinya masih belum layak mendapat kedudukan itu," jelas Imzad pendek tetapi boleh difahami. Hafizah mengangguk. Nurul Fatini tersenyum. Luas sungguh ilmu yang dituntut pemuda di hadapannya itu.


Wednesday, 4 August 2010

Frekuensi Part 4

"Hei, mengelamun apa?" Hafizah melambai-lambai tangan di hadapan Nurul Fatini tatkala melihat temannya itu tidak berpijak di bumi nyata. Nurul Fatini sedar dari lamunannya. Akhir-akhir ini dia banyak sekali mengelamun. Nurul Fatini menggeleng perlahan. Ah, Imzad…

***

Kakinya diatur langkah demi langkah. Ekspresi wajahnya berubah tatkala melihat seorang yang benar-benar dikenali di hadapannya itu. Nurul Fatini mengerutkan dahi. Hairan. Lelaki yang wajahnya mirip Imzad itu memandangnya aneh.

"Kenapa kamu berdua lari bila nampak saya tadi?" soalnya tenang kepada Hafizah dan Nurul Fatini. Hafizah mendiamkan diri. Nurul Fatini mengetap bibir. Lelaki itu menggunakan kata ganti diri saya bukan seperti yang lain. Di universiti ini, keseluruhan penuntutnya menggunakan kata ganti diri ana, jadi jelas menunjukkan dia baru masuk.

"Oh, lupa pula. Nama saya Shahruddin. Panggil Shah," ujarnya sambil memerhatikan Nurul Fatini.

"Ana Nurul dan ini teman ana, Hafizah," Nurul Fatini menjawab ringkas. Sejujurnya jantungnya sedang berdegup kencang. Ada satu perasaan aneh timbul tetapi gadis itu tidak tahu apa yang menjadikannya begitu. Nurul Fatini menghela nafas pendek.

Tuesday, 3 August 2010

Frekuensi Part 3

Hafizah menarik lengan Nurul Fatini. Suasana di universiti itu terasa sepi meskipun berpuluh-puluh orang yang lalu di kawasan tersebut. Nurul Fatini mengekori langkah temannya itu tanpa banyak bicara.

Tiba di suatu sudut ruangan, Hafizah menghantikan langkah. Nurul Fatini hampir-hampir terlanggarnya. Kakinya turut sama berhenti. Nurul Fatini tersentap melihat insan di hadapannya itu. Matanya dikesat berulang kali.

"Hafizah, cuba anti cubit pipi ana. Pasti ana bermimpi," Nurul Fatini bersuara kuat. Nadanya tinggi sedikit daripada biasa.

Hafizah menggeleng. Pipi rakannya itu dicubit halus namun masih meninggalkan kesan. Nurul Fatini menggosok pipinya. Matanya berkaca-kaca. Adakah Imzad terselamat dari nahas setahun yang lalu? Empunya badan tersebut sedang berdiri benar-benar di hadapannya namun wajahnya kelihatan agak hairan.

Nurul Fatini menundukkan pandangan. Segera gadis itu menarik lengan Hafizah sambil berlalu pergi. Sanubarinya bagai terbuai mimpi. Entah apa yang dirasakannya kini.

"Ana tahu pasti sukar anti percaya, wajahnya mirip sekali dengan arwah Imzad," Hafizah menyuarakan hasratnya yang terpendam. Ternyata Nurul Fatini juga tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebantar tadi. Nurul Fatini mengangguk perlahan.

"Ana juga belum tahu namanya, tetapi yang pasti dia baru je ditukarkan ke sini," Hafizah menyambung bicara. Meskipun peristiwa nahas tersebut sudah setahun berlalu, wajah tenang dan bersahaja Imzad masih disimpan kukuh dalam sanubari Nurul Fatini.

Nurul Fatini terimbas kembali sewaktu kali pertama dia menemui Imzad.

“Oh, antilah Nurul Fatini yang selalu tanya kat ana pasal ICT itu?" soal Imzad tenang. Sekuntum senyuman diraut manis di wajahnya. Nurul Fatini menundukkan pandangan. Teman-teman yang lain sibuk dengan hal masing-masing di bilik akses itu.

Nurul Fatini mengangguk perlahan.

"Maaf kalau ana mengganggu masa akh. Ana cuma nak belajar dengan bersungguh-sungguh," Nurul Fatini meluahkan hasratnya jujur.

"Oh, tak payahlah panggil akh. Panggil je Imzad, kita cuma beza setahun," ujar Imzad. Senyuman masih belum hilang di bibir. Pemuda itu kemudiannya meneruskan bicara.

"Ana akan membantu anti mencapai matlamat dan anti juga harus berjanji pada ana yang anti akan berusaha untuk mencapai kejayaan," ujarnya lagi.

"Baik, ana janji. Ana akan membawa Islam ke mata masyarakat melalui teknologi moden. Ana akan buktikan bahawa teknologi begini bukannya sekadar membazir waktu."

Imzad tersenyum kecil.