Sunday 27 November 2011

Contest: Azam Smart Maal Hijrah by DRC & CTK

1 Muharram 1433H@27 November 2011. Ya, hari ini merupakan tahun baru Hijrah. Tahun baru Islam. Kalendar Hijrah bermula dari tarikh Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Kota Madinah. Peristiwa ini adalah satu peristiwa besar yang sungguh mengharukan. Perjalanan hijrah tersebut mengambil masa selama lapan hari dan sepanjang 320 kilometer.

Hijrah dalam bahasa arab bermaksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat yang lain. Tetapi hijrah bagi saya, adalah meninggalkan segala unsur-unsur negatif dan menukarkannya kepada yang positif.



Bukan senang sebenarnya untuk meninggalkan sikap atau tabiat buruk yang memang telah lama berada dalam diri masing-masing. Namun saya percaya, kita sebenarnya boleh. Kita perlu berazam dan bersungguh-sungguh untuk berubah ke arah yang lebih diredhai Ilah supaya dapat terus menaikkan imej Islam ke serata dunia. InsyaAllah, seandainya kita menolong agama-Nya, Allah pasti akan menolong kita.

Jadi di sini saya ingin menyeru anda beramai-ramai, untuk menyertai satu contest anjuran DRC dan CTK. Motif contest ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap bloggers untuk mempunyai satu azam sempena maal hijrah. 

Anda mempunyai azam tahun baru? Tulislah di entry anda sambil menyertai contest ini. Anda boleh baca syarat-syarat penyertaan di blog CTK atau DRC. Saya juga turut tidak mahu melepaskan peluang bila terjumpa contest ini di blog abang DRC.




Azam Smart saya sempena Maal Hijrah tahun ini adalah untuk mendapatkan markah yang cemerlang dalam subjek Physics, Chemistry dan Biology. Sebabnya? Ya, saya akui saya memang lemah subjek sains. Saya tidak berapa minat subjek tersebut meskipun saya bersekolah di sekolah kluster beraliran sains. Aneh kan? Tetapi tahun baru ini, adalah satu penghijrahan buat saya. Saya ingin meninggalkan rasa tidak minat tersebut kepada rasa ingin tahu dan suka. Lagipun, sains juga berkaitan dengan agama Allah. Melalui sains, kita dapat mengkaji punca, sebab dan akibat sesuatu kejadian itu. 

Islam juga banyak disebarkan melalui sains. Buktinya, ramai juga para doktor, saintis dan ilmuwan yang memeluk islam setelah mengkaji sains dengan mendalam. Banyak karier di masa hadapan yang memerlukan sains. Sains juga banyak dinyatakan melalui kalam Allah. Menjadi seorang doktor itu sendiri adalah satu ibadah. Melalui budi pekerti yang bagus, sahsiah yang terpuji, dan sentiasa mengingati pesakit-pesakitnya akan kekuasaan Allah. Pasti ramai yang akan tertarik dengan islam.

Saya menyertai contest ini tidaklah mengharapkan kemenangan. Cuma ingin menyokong penganjur dan mengajak anda untuk sama-sama kita menanam azam pada tahun baru hijrah ini. Ayuh kongsikan bersama. Dan saya harapkan amin anda supaya saya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Physics, Chemistry dan Biology

Terima kasih kepada penganjur kerana mengadakan contest menarik seperti ini. Salam Maal Hijrah kepada abang DRC kita, kak CTK dan anda yang membaca. Semoga azam anda tercapai. Apa tunggu lagi, ayuhlah sertai contest ini! =)

Tag:

17 comments:

  1. salam maal hijrah! ;)
    goodluck!

    ReplyDelete
  2. Salam maal hijrah tuan belog

    ReplyDelete
  3. @KizZ
    Salam Maal Hijrah buat anda juga. ^^

    ReplyDelete
  4. moga berjaya n slm maal hijrah buat kamo0!

    ReplyDelete
  5. Salam... sorry abg baru on9... terima kasih sudi join contest ni... insyaALlah azam kita semua tercapai sepanjang tahun 1433H ni...
    Salam Maal Hijrah...

    ReplyDelete
  6. @DRceria
    Sama-sama.
    Aameen.
    Salam Maal Hijrah. ^^

    ReplyDelete
  7. :SALAM MAAL HIJRAH juga::
    jom terjah entry baru k; slah ke jadi manusia yang MESRA ALAM????

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum cik tuan empunya blog,
    terima kasih kerana sudi bertandang ke blog hamba yg x seberapa ni.. :)

    Salam Maal Hijrah buat saudari sekeluarga..
    semoga sihat sentiasa ya :)

    ReplyDelete
  9. @Shacklesmith
    Waalaikumussalam wbt,
    ya sama-sama.

    Salam Maal Hijrah kembali dan terima kasih. ^^

    ReplyDelete