Credits: Google
Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 1432H. Satu lagi tahun bermakna yang akan berlalu pergi seiring dengan waktu yang menemani. Tetapi saya rasa saya macam tidak memanfaatkan sepenuhnya tahun ini, maka saya berharap agar Allah berikan peluang untuk saya gunakan tahun 1433H dengan lebih baik lagi. Menjelang tahun baru, pasti kebanyakan daripada kita telah pun menyemat azam dan harapan masing-masing. Tetapi mungkin bila sampai sahaja pertengahan tahun, kadang-kadang beberapa bulan sahaja selepas tahun baru, azam tersebut telah dilupakan begitu sahaja.
Berapa ramaikah yang bersungguh-sungguh dengan azam masing-masing? Atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Tepuk dada tanya hati. Azam utama saya pada awal tahun 1432H dahulu, iaitu untuk mendapatkan 8A dalam peperiksaan PMR serta menerbitkan sebuah novel. Terdapat juga beberapa azam-azam sampingan yang lain. Alhamdulillah, azam menerbitkan novel itu telah pun Allah SWT tunaikan. Meskipun tahun ini tahun yang penting, iaitu PMR, saya cuba juga mencuri-curi masa untuk melaksanakan azam saya itu. Azam untuk mendapatkan 8A, kita tunggu sahaja bulan Disember nanti ya? Namun sekiranya azam itu tidak tertunai, saya harap saya akan tetap bersabar dan tenang seperti sekarang. Bicara tentang usaha, telah pun dilakukan. Sekaranglah masanya untuk benar-benar tawakkal dan menanti.
Baiklah, mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa tajuk artikel saya ini berkenaan aiskrim. Saya terimbas kembali dahulu sewaktu kanak-kanak, saya dan kanak-kanak seusia pada ketika itu memang menggemari aiskrim. Malah saya sehingga sekarang pun masih menggemarinya. Aiskrim dulu tidak seperti sekarang. Dahulu cuma sekadar sen sahaja untuk mendapatkan aiskrim. Kini, harga aiskrim jenis yang sama telah melonjak naik. Kami akan mengumpul wang dan singgah ke kedai berhampiran taman perumahan saya. Nah, selepas membeli terus sahaja kami menikmatinya di hadapan kedai itu.
Saya percaya, mungkin ramai di kalangan anda juga menggemari aiskrim kerana aiskrim mempunyai pelbagai perisa, sejuk, dan segar malahan boleh dinikmati di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Terutama pada cuaca panas. Makin ramailah yang singgah ke kedai runcit atau membuka peti sejuk hanya semata-mata ingin mendapatkan ais krim itu. Kalau tidak ada snek dan malas memasak macam… (tak boleh beritahu, rahsia.. hehe), ais krim pun jadilah. Kadang-kadang anda sanggup melakukan apa sahaja hanya semata-mata untuk merasai hidangan itu masuk ke dalam tekak anda.
Ya, di sinilah saya cuba kaitkan dengan azam. Bukan nama orang tetapi tekad, kemahuan, kehendak dan keinginan anda. Setiap orang ada azam masing-masing, dan harus ada. Tetapi azam itu boleh berubah sesuai dengan peredaran waktu dan suasana. Saya cuma ingin tekankan di sini, jika anda telah menetapkan azam anda, then go for it! Asalkan azam tersebut adalah yang positif. Jangan biarkan apa pun yang menghalang anda. Bila anda telah mencapai azam tersebut, anda akan rasa lega, bahagia. Dan kebahagiaan itu sebenarnya bukannya sesuatu yang mudah untuk dikecap. Demi mendapatkan bahagia, perlukan azam. Perlukan tekad.
Macam aiskrim tadi. Kalau anda nak makan, sanggup buat apa sahaja. Samalah juga dengan azam. Tetapi untuk mencapai azam, haruslah ada sedikit usaha. Takkanlah anda mengharapkan aiskrim itu merangkak sampai di hadapan anda?
Pokok-pangkalnya, segalanya bermula dengan azam. Ada azam, adalah usaha. Ada usaha, adalah hasilnya. Namun jika azam anda tidak berjaya dicapai, tidak usah khuatir. Kita muhasabah kembali di mana kekurangan dan cacat-cela yang telah dilakukan. Dan mungkin itu memang aturan yang Allah tetapkan. Kadang-kadang Allah turunkan hujan, tetapi Dia berikan kita pelangi yang lebih indah. Ayuhlah kita sama-sama sematkan azam tahun baru. Anda sudah ada azam? ^^
p/s: Teringin nak makan aiskrim.
best la your story ... einad ade azam ... next yeasr ( 2012 ) giliran einad pulak amik PMR ... einad target , 5a 3b ... IsyaAllah . einad try do the best ! einad suke bace story abou AZAM !
ReplyDelete:)
@einadiya
ReplyDeleteKenapa tak target 8a? Kalau target tinggi, insyaAllah semangat kita pun tinggi juga untuk capai azam tu. Apa pun, terima kasih adik Einad sebab sudi baca entry. ^^