Sempat saya membelek dan membaca sebuah majalah yang baru sahaja diterbitkan oleh syarikat Galeri Ilmu Sdn. Bhd, iaitu Q&A. Saya pasti ramai daripada anda telah mengetahui tentang majalah yang sungguh bermanfaat ini. Para kolumnis yang menulis dalam majalah ini bukannya calang-calang orang. Mereka merupakan para motivator yang berjaya seperti Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Amal, Ustaz Zul Ramli dan ramai lagi. Mungkin anda telah pun mengenali sebahagian besar daripada mereka.
Majalah ini insyaAllah dapat membantu kita serta menjawab sebarang keraguan yang ada tentang ilmu agama. Membaca terbitannya yang pertama sahaja saya sudah mendapat ilmu baru yang sebelum ini tidak pernah saya ketahui.
Tahukah anda, jika hendak menelefon orang juga mempunyai adabnya yang tersendiri? Menelefon orang ini lebih kurang sama dengan bunyi ketukan pintu ketika menziarahi orang. Seandainya kita menelefon orang, jangan biarkan deringan tersebut terlalu lama. Kita tidak tahu apa yang tuan telefon tersebut sedang lakukan. Mungkin dia ada kerja-kerja lain yang lebih mustahak pada ketika itu. Sebaik-baiknya jika hendak teruskan untuk panggilan kedua, kita hendaklah tunggu dahulu sekitar lima hingga sepuluh minit, masa anggaran kira-kira selesai satu solat fardhu. Ya, mungkin sahaja orang yang ditelefon itu sedang menunaikan ibadah solat.
Jika tiga kali ditelefon tetap juga tidak diangkat, sebaiknya jangan ditelefon lagi. Mungkin orang tersebut benar-benar sibuk ataupun tertinggal telefon di rumah, siapa tahu kan? Sama seperti ketukan tadi. Jika pintu rumah tidak dibuka, maka pulanglah ya. Dan info tambahan daripada saya sendiri, sebaik-baiknya janganlah menelefon pada setiap awal waktu solat fardhu kerana mungkin pada waktu itu azan sedang berkumandang dan kita tidak dibolehkan bersembang ketika azan. Waktu-waktu lain yang kurang sesuai juga adalah ketika tengah malam waktu berehat dan tidur. Telefon hanya benar-benar perlu dan jangan bazirkan bayaran telefon atas hal-hal yang tidak penting kerana membazir itu kan amalan syaitan…
Ijmalnya, carilah waktu-waktu yang sesuai untuk menelefon orang dan amalkan adab menelefon ini dalam kehidupan anda seharian. Marilah kita menelefon sambil beradab! Jangan lupa dapatkan majalah Q&A ini yang mengupas isu-isu berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Cuma RM10 sahaja. Ala, duit topup anda ditukar sekali-sekala untuk membeli majalah ilmu apa salahnya. ^^
p/s: Terkejut sangat malam tadi sebab ada nombor tidak dikenali telefon pukul satu. Ingatkan mimpi.
indahnya islam..stiap perkara ada adab2 nye.. :) nice entry.. :)
ReplyDelete@Fiqah Alias
ReplyDeleteYa, islam itu memang indah. ^^
nurina.. di mana boleh dapatkan majalah ini?
ReplyDeletemenarik :)
ReplyDelete@bicara hawa
ReplyDeleteDi mana-mana kedai pun ada kot. Cari di 7 Eleven pun ada. ^^
@Cik Nanard
ReplyDelete=)