Monday, 25 March 2013

Diari#42: Perkampungan Ilmu



Pernah tak anda mengalami satu perasaan yang lain macam apabila datang awal sebelum orang lain datang? Perasaan gembira dan semangat yang tinggi. Ya, itulah apa yang dirasai oleh saya ketika ini. Satu lagi pagi yang indah di Kusess. Satu pagi di mana semua para pelajar sudah pun dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga kecuali para pelajar tingkatan tiga dan lima yang bakal menghadapi peperiksaan pada tahun ini. Program yang kami jalani ini dinamakan perkampungan ilmu di mana kami semua berkampung untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah, sebenarnya perkampungan ilmu ini banyak juga membantu. Dalam masa yang sama saya dan rakan-rakan dapat mengeratkan hubungan kami yang sedia ada.

Berikut merupakan antara video yang ditayangkan untuk subjek bahasa inggeris semalam. 




Kisah kedua iaitu tentang awan yang berkawan baik dengan burung sebenarnya cukup menyentuh hati saya. Susah untuk mendapatkan seorang rakan yang sangat setia sebagaimana yang ditunjukkan oleh burung tersebut. Pada awalnya awan menyangka mungkin burung telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya tetapi tanggapannya salah. Burung kembali bersama perisai untuk tetap berjuang menjayakan misi mereka.

Sukar untuk semua ini terjadi di alam realiti. Dan kadang-kadang, kita terlalu menangisi rakan-rakan yang pergi sehingga tidak bersyukur dengan rakan-rakan yang sentiasa ada. Rakan yang muncul tatkala tidak diduga dan datang menemani tatkala kita menyendiri. Semua manusia bersifat lemah dan tidak sempurna, oleh itu janganlah terlalu asyik mengejar kesempurnaan sehingga mengabaikan anugerah yang tidak kita sedari. Banyak juga pengalaman yang saya pelajari dalam hidup ini dan rata-ratanya banyak yang dipelajari di Kusess. 

Hitung-hitung, esok kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Sudah tidak sabar rasanya untuk pulang meskipun bukannya pulang ke rumah di Kulim. Saya pasti rakan-rakan yang lain juga mempunyai perasaan yang sama. :)

Cool and steady! 

No comments:

Post a Comment