Wednesday 20 March 2013

Wordless Wednesday: Ayah


Taklah wordless sangat. Tadi ada ujian lisan dalam kelas. Baru empat orang yang selesai melakukan ujian tersebut, dan salah seorang bercerita tentang perkahwinan iaitu topik yang baru kami pelajari sebelum kelas bahasa melayu. Dalam kelas Pendidikan Islam, ustazah menyuruh kami berdiri dan menghafal susunan wali nikah.

1. Ayah
2. Datuk
3. Adik beradik lelaki seibu sebapa
4. Adik beradik lelaki sebapa
5. Anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
6. Anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki sebapa
7. Bapa saudara seibu sebapa dengan bapa
8. Bapa saudara sebapa dengan bapa
9. Anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa dengan bapa
10. Anak lelaki kepada bapa saudara sebapa dengan bapa
11. Wali hakim

Harap, ayah dapat menjadi wali nikah dan menyaksikan sendiri anaknya ini membesar. InsyaAllah.

2 comments: