Carian Google |
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Itulah pantun dua kerat pertama yang saya pelajari ketika berusia tujuh tahun, bersamaan darjah satu. Pantun yang diajar oleh guru Bahasa Melayu saya, Cikgu Asmah binti Abu Bakar. Beliau mengajar kami untuk menulis pantun itu berkali-kali di dalam buku tulisan berangkai menyebabkan saya masih terkenang-kenang pantun ini. Maksudnya apabila perut kita sudah kenyang, maka senanglah hati kita.
Tulisan saya malam ini sebenarnya
tidak ada kena-mengena pun dengan perut dan kekenyangan. Lebih kepada betapa
pentingnya kehadiran seorang guru yang mampu mengubah kehidupan kita daripada
pelbagai sudut.
Sejak sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah, terutamanya ketika berada di tingkatan empat dan lima, boleh dikatakan saya banyak meluangkan masa di sekolah bersama rakan-rakan dan guru. Sejak dulu lagi saya lebih rapat dengan guru-guru yang mengajar subjek bahasa, sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris kerana saya paling minat kedua-dua subjek ini.
Sejak sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah, terutamanya ketika berada di tingkatan empat dan lima, boleh dikatakan saya banyak meluangkan masa di sekolah bersama rakan-rakan dan guru. Sejak dulu lagi saya lebih rapat dengan guru-guru yang mengajar subjek bahasa, sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris kerana saya paling minat kedua-dua subjek ini.
Pada peringkat awal, saya cuma
menganggap guru ini sebagai ‘penjaga’ sahaja ketika saya berada di sekolah.
Apabila tiba waktu untuk pulang, maka lepaslah tanggungjawab guru-guru untuk
menjaga saya di sekolah. Ternyata saya silap. Tanggungjawab mereka bukan
sekadar di situ sahaja, bahkan jauh lebih banyak. Tak salah sebenarnya kita
membodek guru, dengan tujuan untuk merapatkan kemesraan dengan mereka. Biarlah
apa orang nak cakap, kita kaki ampu atau kaki bodek, yang penting bila kita
sudah rapat dengan mana-mana cikgu, lebih senang untuk bertanya soalan dan
berkongsi masalah.
Kalau kita kenal seorang guru itu
dengan mendalam, kita akan mendapati kebanyakan guru sebenarnya sangat
mengambil berat akan kebajikan anak-anak muridnya. Banyak sangat yang sanggup
mereka korbankan, semata-mata untuk pastikan kita berjaya dengan cemerlang
bukan sahaja daripada segi akademik bahkan spiritual.
Carian Google |
Kalau kita menyertai mana-mana
kelab, persatuan atau organisasi, itu sebenarnya merupakan satu bonus kepada
kita untuk mendekatkan diri dengan guru. Sampai satu tahap itu saya rasa
seolah-olah guru dan rakan-rakan ibarat keluarga kedua saya berdasarkan cara
layanan mereka terhadap saya yang begitu baik.
Sewaktu di tingkatan empat, saya masuk sekolah berasrama penuh di Kuala
Selangor. Asalnya rumah saya di Kedah. Selama dua tahun saya jarang pulang ke
rumah di Kedah dan banyak menghabiskan masa di asrama dan sekolah. Sudah
tentulah, kehidupan di tempat yang jauh mendatangkan banyak cabaran buat diri
saya. Saya tahu, saya perlu mencari orang yang arif dan matang untuk membantu
saya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
Alhamdulillah, saya bolehlah juga
dikatakan rapat dengan beberapa orang guru di sekolah dan kepada mereka saya
banyak adukan nasib dan mencurah perasaan. Respons yang saya terima daripada
mereka berbentuk nasihat dan kata-kata semangat yang positif, bahkan lebih
daripada yang diharapkan.
Selepas tamat SPM, saya
menghabiskan masa cuti di rumah. Berbulan-bulan lamanya, saya cuba mencari
pelbagai alternatif untuk memanfaatkan masa yang ada. Saya cuba membaca buku
dan mencari rujukan di internet untuk menambah ilmu tetapi semua usaha itu
masih kadangkala terasa kosong. Saat itu saya sedar betapa pentingnya kehadiran
seorang guru di dalam hidup ini. Ibu bapa pun guru juga di rumah, tetapi sudah
tentulah mereka lebih banyak fokus dalam urusan kebajikan keluarga berbanding
mengajar kita dalam subjek-subjek tertentu.
Saya pernah cuba untuk menambah ilmu dalam bidang agama melalui pembacaan di internet, namun susah sebenarnya. Belum tentu apa yang dibaca itu sahih dan jika ada yang tidak difahami, kita tiada sesiapa untuk bertanya soalan. Sebab itulah saya hendak tekankan betapa pentingnya untuk kita semua berguru.
Walau apa pun jawatan dan pangkat kita, semua orang tak boleh nafikan yang mereka juga bermula daripada menerima pendidikan daripada guru. Peguam yang hebat, doktor yang berjaya, jurutera yang mahir, atlet yang handal, semuanya tidak akan tercapai tanpa bantuan guru.
Saya pernah cuba untuk menambah ilmu dalam bidang agama melalui pembacaan di internet, namun susah sebenarnya. Belum tentu apa yang dibaca itu sahih dan jika ada yang tidak difahami, kita tiada sesiapa untuk bertanya soalan. Sebab itulah saya hendak tekankan betapa pentingnya untuk kita semua berguru.
Guru, pada saya bukanlah hanya
seorang yang mengajar di dalam kelas untuk subjek-subjek yang tertentu. Guru
adalah individu yang boleh multi-tasking, iaitu banyak benda dalam satu masa.
Mengajar, membimbing, mendengar dan menyelesaikan masalah, menjadi pendorong
seterusnya inspirasi kepada anak-anak muridnya. Bahkan dalam masa yang sama
boleh juga berdakwah. Guru adalah karier yang paling saya tabik berbanding
karier yang lain.
Meskipun begitu, saya tidak pula
menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang guru. Eheh. Bahkan saya tidak membuat
permohonan IPG seperti kebanyakan rakan yang lain. Bukannya saya memperlekehkan
karier guru, kerana seperti yang saya beritahu sebentar tadi saya sangat
menyanjung tinggi karier menjadi guru. Cuma saya ada cita-cita yang lain, tidak
bersangkutan dengan guru tetapi insya Allah boleh juga mengajar dan mendidik
masyarakat melalui cara yang tersendiri.
Walau apa pun jawatan dan pangkat kita, semua orang tak boleh nafikan yang mereka juga bermula daripada menerima pendidikan daripada guru. Peguam yang hebat, doktor yang berjaya, jurutera yang mahir, atlet yang handal, semuanya tidak akan tercapai tanpa bantuan guru.
Janganlah pula anda hairan kenapa
saya menulis tentang guru, padahal Hari Guru sudah lepas. Saya sebenarnya
teringat akan pantun ‘gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati’ itu
dan mula terfikir kenapa saya mampu mengingatinya sehingga sekarang. Ini belum
lagi saya kongsikan kisah panjang bagaimana guru-guru membantu saya sepanjang
persekolahan. Eheh.
Sesungguhnya, mendidik itu suatu amalan yang terpuji, dan tidak akan membuatkan kita rugi.
Sesungguhnya, mendidik itu suatu amalan yang terpuji, dan tidak akan membuatkan kita rugi.
Sesungguhnya Allah Taala tidak mencabut ilmu dengan menghilangkan ilmu daripada manusia akan tetapi Allah Taala mencabut ilmu dengan mematikan para ulama. – Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi
p/s: Menulis sambil melayan lagu
Opick.
yaya masa sekola dulu memang suka rapat dengan cikgu2 . sb rasa lebih erat n sometimes cikgu2 yg yaya rapat tu sembang2 dgn yaya dahh mcm kawan2 dah . hehehe . rindu nyaaa msa sekolah :')
ReplyDeletecikgu boleh jadi guru, ibu bapa dan kawan dalam masa yang sama ^^
Delete