Thursday, 22 November 2012

Isu Gaza: Sudut Kekuatan

Isu Gaza. Saya yakin isu ini telah tersebar secara meluas melalui pelbagai medium seperti blog, televisyen, akhbar atau radio. Dan saya pasti juga ramai yang telah berusaha untuk melakukan sesuatu buat Gaza, sama ada menyertai misi kemanusiaan, menderma mahupun meniup doa buat mereka. Walaupun cuma berdoa, tetapi sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mereka, insyaAllah kerana doa itu merupakan senjata utama orang mukmin. Dan Allah pasti akan memandang doa-doa hambaNya yang ikhlas dan penuh mengharap. Bayangkan, kalau makin ramai umat Islam yang berdoa, pasti doa-doa kita ini tidak akan sia-sia begitu sahaja.

Namun perspektif yang ingin saya utarakan di sini bukanlah tentang apa usaha yang kita lakukan untuk membantu mereka, tetapi apa sebenarnya yang Allah uji di sini. Melihat video tentang kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi laknat di sana, membuatkan saya banyak berfikir.

Saban hari, makin banyak nyawa penduduk yang melayang. Dibom sana sini. Makin banyaklah kehilangan daripada pelbagai lapisan umur. Orang tua, dewasa, remaja, kanak-kanak, bayi, semuanya tidak terkecuali. Masya Allah, kondisi yang sungguh menyayat hati.

Saya jadi terfikir, bagaimana sekiranya perkara itu yang menimpa ke atas diri saya. Berada dalam situasi yang sama, dan kehilangan orang yang saya cintai. Bagaimana saya akan menghadapi semua itu? Melihat sanak-saudara sendiri rentung, dibom, ditembak, bahkan, mungkin dijemput menghadap Ilahi di pangkuan sendiri. Sesuatu yang sememangnya tidak diingini oleh sesiapa pun, tetapi pada hakikatnya, itulah yang terjadi kepada saudara-saudara Islam kita di luar sana.

Nah, di sinilah sebenarnya Allah ingin menguji sejauh mana ketakwaan kita kepadaNya. Bagaimana kita menerima takdir yang telah ditentukan oleh Allah itu. Ada yang akan meratap, ada yang akan menangis, ada yang redha, dan ada juga yang mempersoalkan takdir Allah. Akan ada golongan yang kecewa dan menyoal mengapa Allah menarik nyawa orang yang mereka sayangi.


Sumber: My Networks

Di sinilah sebenarnya Allah mahu menguji semuanya. HambaNya yang manakah yang berjaya dan hambaNya yang manakah yang gagal menerima takdir. Mungkin kita mahu menjadi golongan yang redha dan pasrah itu, tetapi perkara ini bukannya terjadi ke atas diri kita. Kita tak rasa apa yang mereka rasa. Kehidupan mereka sangat mencabar dan perit.

Jadi, ayuhlah kita bersyukur kerana masih dikurniakan kehidupan yang aman di sini, dan ahli keluarga yang sempurna. Mungkin juga sebahagian anda telah rasa kehilangan. Tetapi, samakah kehilangan tersebut berbanding kehilangan mereka di sana? Negara mereka dipenuhi percikan darah di merata-rata tempat. Kondisi yang sungguh sadis.

Mari kita letakkan diri seketika di tempat mereka, bayangkan sekiranya perkara yang sama terjadi kepada kita. Adakah kita akan meratap ataupun redha? Marilah kukuhkan keimanan kita, supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi situasi-situasi seperti ini. Kuatkan diri, supaya dapat membentuk pejuang-pejuang Islam yang gagah dan tentera yang perkasa. Bangkitnya Islam, bermula daripada kebangkitan diri sendiri, bukankah begitu?

Sekiranya ada salah dan khilaf dalam penulisan saya ini, saya mohon ditegur. Ilmu yang ada di dada ini masih lagi cetek. Saya cuma berniat untuk bermuhasabah diri dan sama-sama membawa anda agar turut bermuhasabah. Ayuh sebarkan doa kita buat Palestin dan seluruh umat Islam. Ameen.

7 comments:

  1. tahniah nurina sebab anti menulis, dan menyampaikan tentang Gaza. bukan semua ada kekuatan untuk menulis perkara mcm ni. wpun tak sesukar mana utk menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penulisan ini, masih tidak seberapa lagi. Banyak lagi yang perlu ana pelajari dan pertingkatkan. Walaupun cuma sikit, harapnya tetap bermanfaat. ^^

      Delete
  2. penulisan bagini akan membangkitkan kesedaran..kepada yg masih leka..

    ReplyDelete
  3. smoga mereka dsana juga kuat dan sabar thdap sgla apa yg ALLAH dtgkan d mereka sbg ujian..smoga mereka sntiasa dlindungi..

    ReplyDelete