TAMAT
Assalamualaikum w.b.t. pembaca blog Cahaya Kekuatanku yang dirahmati Allah sekalian. Seperti yang kita semua sedia maklum atau mungkin ada yang masih belum mengetahui, pada 1 Februari ini merupakan World Hijab Day atau Hari Bertudung Sedunia. Oleh itu, dalam masa terdekat insha Allah saya berhajat untuk membuat giveaway sempena World Hijab Day ini selama beberapa hari. Dan saya sedang mencari para bloggers yang berminat untuk menyumbang saham dalam kempen bertudung ini, tidak kiralah sama ada blogger itu muslim ataupun muslimah kerana kita semua sedang hidup di dalam komuniti yang bergelar ummah.
Kalau boleh, biarlah niat kita ini merupakan satu dakwah di samping dapat menambahkan followers dan trafik ke blog anda. Sponsor perlulah ikhlas dan amanah dalam menyumbangkan sebarang jenis hadiah sama ada barangan berbentuk pos atau apa sahaja yang anda niatkan untuk menyumbang demi mengelakkan sebarang unsur penipuan. Saya sendiri juga akan menyumbangkan hadiah kepada para peserta. Cuma harapnya syarat yang diletakkan sekadar syarat yang ringan-ringan sahaja seperti follow blog, Twitter mahupun like di Facebook. Insha Allah, mudah-mudahan ada yang berminat untuk menjadi sponsor giveaway pertama kali yang akan saya anjurkan ini.
1. Dapat menambahkan followers blog, insha Allah sekiranya giveaway ini mendapat sambutan.
2. Dapat menambah kenalan sesama blogger.
3. Dapat mempromosikan produk masing-masing, sekiranya barangan sponsor berbentuk produk atau item.
4. Dapat menambah amal dengan mempromosikan tudung sebagai suatu keperluan untuk muslimah.
Insha Allah, amal dan bantuan anda hanya Allah yang selayaknya membalas. Saya akan maklumkan sekiranya sponsor sudah mencukupi. Jika tidak ada sponsor pun, insha Allah giveaway ini tetap akan diteruskan. Kepada anda yang berminat untuk menjadi sponsor giveaway ini, sila lengkapkan butiran seperti yang dinyatakan dan submit kepada nurina24@ymail.com atau boleh PM saya di FACEBOOK.
Nama :
menarik giveaway ini..usaha yang baik (Y) semoga ramai yang tampil menaja :)
ReplyDeleteinsha Allah, mudah-mudahan begitu ^^
Deletemenarik! nak sponsor boleh? hehehe
ReplyDeletesudah tentu!
DeleteMacam best.. kalau hadih merupakan barang blog boleh ke?
ReplyDeletePun boleh ^^
Deletesaya nak sponsor topup ?
ReplyDeleteboleh. sila nyatakan butiran seperti di atas. ^^
DeleteNice. All de best dear. Semoga berjaya :)
ReplyDeletegoodluck in finding sponsorss :D
ReplyDeletesyaz nak sponsor tudung bawal bolehhh ?? hihihi
ReplyDeleteBoleh ^^
DeleteSalam. thanks ajak. dah pm kt fb. good luck dan moga dapat smbutan :D
ReplyDeletewow good luck with your effort!
ReplyDeleteTak salah mencuba perkara yang baru!
Salam ^_^ Suka sangat ga ni. Harap dapat sambutan nanti.
ReplyDeleteAssalam. Saya dah emel kat awak :)
ReplyDeleteboleh saya tahu, hadiah tu nk berapa item ye? suka hati lah ye????
ReplyDeletesuka hati
Deleteokey. nanti saya pikirkan dulu.
Deletenak kasi sponser tudung.. baru sejuk mata memadang.. dapat gak aq pahal free2..
ReplyDeletekalau
semoga usaha ini dipermudahkan oleh Nya ... aaamin .
ReplyDeleteGood job! Semoga dirahmati...
ReplyDelete