Alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan kepada saya dan anda yang sedang membaca untuk terus menghirup nafas-nafas segar pada tahun yang baru ini. Selamat datang 2014. Selamat datang kepada diri saya yang sudah berusia 18 tahun. Selamat datang cabaran dan halangan yang belum saya kenal. Tahun baru, mungkin satu kehidupan yang lebih baru buat kita semua. Mungkin adik-adik yang dulu bersekolah tadika, kini sudah berada di darjah satu. Adik-adik yang darjah enam, sudah menginjak ke usia menengah rendah dan ada juga adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini. Semoga kita terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan dan tidak mudah putus asa pastinya.
Dan bersempena tahun yang baru ini, saya ada menyiapkan sebuah video picisan yang berjudul Inspektor Solehah: Pencarian Afuza. Pada asalnya jalan cerita kisah ini adalah berbeza daripada apa yang disiapkan. Namun kerana masalah teknikal yang menyebabkan beberapa babak penting dalam video ini hilang, saya terpaksa mengubah sedikit jalan cerita. Paling rugi, babak si Afuza jatuh dalam kolam sebab ditolak oleh Inspektor Afuza tidak berjaya ditayangkan.
Video ini mengetengahkan mesej tersirat. Anda memerlukan sedikit aktiviti berfikir untuk menterjemahkan sendiri maksud video ini. Apa yang saya tampilkan dalam video adalah babak Inspektor Solehah yang mengejar Afuza, seorang perompak dan akhirnya menemuinya di tepi kolam renang. Hendak tahu apa yang terjadi kepada mereka, anda perlulah tonton video ini. Dan yang paling utama, saya mohon maaf atas lakonan saya yang agak kaku di situ. Terus terang saya katakan memang saya tidak pandai berlakon. Cuma, budget nak upah pelakon tak ada. Hehe. Terpaksalah diri sendiri yang berlakon. Kami 'shooting' di TH Hotel Alor Setar ketika percutian bersama keluarga tempoh hari. Jadi tercetuslah idea untuk bikin video bagi memanfaatkan percutian itu sepenuhnya. Enjoy!
Antara mesej utama yang cuba saya sampaikan ialah seseorang itu tidak perlu menunggu sehingga dia benar-benar sempurna untuk berdakwah. Hal ini berpandukan kata-kata Imam Hassan Al Banna yang sangat mendalam. Jika seseorang itu hendak tunggu sehingga dia sempurna, jadi bila dia hendak memulakan aktiviti dakwahnya? Kerana mana ada manusia yang sempurna. Rasulullah sendiri menyuruh kita, umatnya untuk menyampaikan pesanan baginda meskipun sepotong ayat. Jadi ayuh kita perbanyakkan lagi usaha dakwah kita daripada tahun-tahun yang sebelumnya.
No comments:
Post a Comment