Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Salam Jumaat
barakah.
Pagi tadi saya pergi ke homestay
untuk mengemas disebabkan petang ni ada yang nak masuk. Untuk anda yang mungkin
baru kali pertama membaca blog ini, secara tak langsung saya nak promosi
homestay kami di Kulim, Kedah ni.
N’ Sasia Homestay ni lokasinya di
Taman Camar iaitu 5 minit ke Politeknik dan UniKL, 8 minit ke Hospital Kulim, 5
minit ke Pekan Kulim, 15 minit ke Kulim Hi-Tech Park dan 20 Minit ke Highway
BKE. Hah, gitu. Bagi saya, harga untuk satu malam adalah amat berpatutan dan
boleh dikatakan murah dengan fasiliti yang cukup memuaskan. Terdapat 4 bilik
tidur yang selesa. Pendingin hawa juga disediakan. Selain tu, terdapat juga
kemudahan Astro.
Secara peribadi, katakanlah kalau saya terpaksa memilih untuk
tinggal di tempat lain selain rumah, saya akan pilih untuk tinggal di homestay
sahaja. Tambah kalau saya dapat bilik berpendingin hawa tu. Bilik saya pun cuma
pakai kipas syiling saja.
Bilik air? Ada tiga bilik air.
Tak gaduh nak berebut. Cuma bath tub tu tak adalah. Ini homestay bukannya
hotel. Haha. Kalau nak shower tu bolehlah.
Apa lagi keistimewaan N’ Sasia
homestay ni? Berus gigi dan sabun pun disediakan. Dah macam hotel pula ada berus
gigi segala. Ada dapur, ruang makan serta ruang tamu untuk berbaring dan
menonton televisyen. Pinggan mangkuk, cawan, periuk nasi, cerek elektrik, freezer
pun ada. Nak basuh baju? Tak perlu susah-payah pergi ke dobi. Dobi pun mungkin
agak jauh dari situ. Kami sudah sediakan washing machine untuk keselesaan anda.
Satu lagi benda yang wanita selalu cari kalau nak pilih tempat penginapan ni ialah seterika. Serius. Kalau tempat tu ada seterika memang lega tak terkata. Jadi jangan risau, seterika, sekali dengan papan seterika pun disediakan di N’ Sasia Homestay. Pendek kata, homestay tu dah macam rumah sendiri dah.
Daripada aspek kebersihan pula,
jangan risau, housekeeper 5 bintang iaitu saya sendiri yang membersihkan
homestay tersebut setiap kali ada orang keluar dan masuk. Tapi, bukan saya
seoranglah. Dengan mak, ayah dan yang lain-lain sekali. Selalunya kami akan lap
semua laci meja almari, sapu sampah, buang sawang, salin cadar, mop lantai dan
sebagainya. Punyalah nak promote.
Jadi, kalau ada kenalan atau
sanak-saudara anda yang mungkin nak singgah di kawasan Kulim ni, bolehlah
hubungi hotline N’ Sasia Homestay di 04-495 4049/012-658 9684 atau maklumkan saja kepada
saya. #supportmemberplease
Boleh saksikan video di bawah ini untuk tengok sendiri. Terima kasih kerana membaca. Have a nice day! Kredit gambar: Mum Aida
Boleh saksikan video di bawah ini untuk tengok sendiri. Terima kasih kerana membaca. Have a nice day! Kredit gambar: Mum Aida
Skip ke minit 0:53 untuk tour di sekitar N' Sasia Homestay
Orang Kulim rupanya. Dekat sangat dengan kampung saya, Junjung.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my