Tuesday 29 August 2017

Kembara bersama Penulis Blog Afzalsukasuki | Blog Review#1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Malam tadi saya ada meninggalkan status di Facebook saya jika ada blogger yang mahu blognya direview sebab kebetulan mood menulis sedang rajin. Tak sangka pula ramai juga blogger yang meninggalkan komentar di situ. Rasanya pernah sekali dua sahaja saya buat blog review sebelum ni.

Blog Afzalsukasuki

Blog Afzalsukasuki merupakan blog pertama yang terpilih untuk saya review. Sebenarnya nama blog ini tidaklah asing buat saya sebab blog ni boleh dikatakan salah satu blog yang popular juga. Kalau nak dibandingkan dengan Blog Nafas Baru, erm, memang tak boleh buat apa-apa perbandingan pun. 

Baca tajuk entry saja, rasanya anda sudah boleh menjangka konten yang ditulis di dalam blog Afzalsukasuki. Apa pun, pertama sekali jom kita kenali siapakah penulis blog hebat ini. 


Suka saya bahasakan diri beliau Tuan Afzal. Nak panggil Pak Cik atau Abang macam tak kena pula kan. Siapalah saya ini. Haha. Tuan Afzal dilahirkan di Kluang, Johor pada tahun 1983. Merupakan anak sulung daripada empat beradik. Maklumat ini saya peroleh melalui entry awal blog beliau. Sebab selalunya blogger akan cerita tentang diri sendiri dalam entry pertama dan seterusnya. Beliau mula menulis blog pada tahun 2011 sehinggalah kini.

Bila buka blog ni, perkara pertama yang saya suka adalah latar belakang blog yang berwarna putih. Bukanlah saya katakan saya tidak suka blog berwarna-warni, cuma warna putih ni lebih memudahkan pembaca untuk membaca. Ada header yang menarik dan melalui header pun kita dah boleh tahu konten blog Afzalsukasuki. Parenting, food, travel, event and advertorial. Tulisan yang digunakan pula adalah tulisan standard yang mudah dibaca. Widget yang ada di dalam blog Tuan Afzal ni pun memang widget yang perlu sahaja, tidak melebih-lebih dan berat.

Latest entry blogger ini iaitu Pengalaman Meneroka Sixth Miles Tunnel di Lost World of Tambun, Perak memang menarik untuk dibaca. Maklumlah, keluarga saya sudah berkali-kali jugalah berangan nak ke sana tapi sekali pun tak pernah. Jadi bila saya baca pengalaman orang lain pun cukuplah. Tapi bila beliau dah sertakan gambar travel tu, macam menariklah pula nak masuk dalam tunnel. Saya tak nak cerita panjang tentang Tambun, anda boleh baca sendiri di blog Tuan Afzal. 

www.afzalsukasuki.com

Beliau juga ada menceritakan tentang Sky Mirror di Kuala Selangor. Sepanjang dua tahun saya bersekolah asrama penuh di KUSESS dulu, tak pernah pula saya ke sana. Tapi katanya tempat pelancongan ini baru. Nak tahu kenapa tempat itu dipanggil Sky Mirror? Ha, sila baca di SINI.

Selain daripada berkongsi tempat-tempat pelancongan yang menarik, beliau juga banyak berkongsi tentang makanan. Siapa yang tak suka makan? Kepada siapa yang selalu tanya nak makan kat mana tu, rajin-rajinlah jenguk blog Afzalsukasuki. Entry blog ini bukan sekadar entry biasa, siap sertakan gambar makanan lagi. Jangan terliur di depan laptop sudahlah. Teringin juga nak cuba makan di Restoran Ayam Kampung tapi itulah, Cyberjaya kot. Kalau dekat mungkin dah lama pergi.

Satu lagi, blog ini juga menyediakan perkhidmatan advertorial. Kepada sesiapa yang nak buat iklan tu, bolehlah cuba contact dengan beliau sendiri di afzalsukasuki@gmail.com.

Bagi saya, blog Afzalsukasuki ialah satu blog yang menarik untuk dibaca dan boleh saya recommend kepada anda. Banyak lagi info dan artikel menarik di situ. Kalau terasa bosan dan tak tahu nak buat apa tu, pergilah jenguk blog ni. Go and check it out!

1 comment:

  1. wahhh menarik .. eyda pun tak pernah lagi ke tunnel tu

    ReplyDelete