Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Lama juga rasanya saya tak update
entry travel. Kali terakhir rasanya saya ke Melaka hari itu untuk mengikuti program.
Tapi saya tak update di blog sebab tak rasa macam banyak yang boleh diceritakan
selain intipati program. Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi tentang
percutian saya ke Pulau Langkawi selama tiga hari dua malam. Sebenarnya,
percutian saya kali ini memang sama sekali tidak dirancang.
Atuk dan nenek saudara saya datang untuk mengunjungi kami di
Kulim dan memang dah ajak kami untuk pergi ke Langkawi. Tapi maklumlah, semua
bekerja. Saya teringin juga nak ikut tapi kena jaga gym. Rancangan asalnya cuma
Wan dan adik saya sahaja yang ikut. Jadi hari Selasa baru-baru ini, adik dan
Wan pun sudah bersiap untuk pergi ke Langkawi. Kira-kira sepuluh minit sebelum
nak bertolak, mak saya tiba-tiba suruh saya pergi. Sebelum tu tak bagi. Maka
dalam masa beberapa minit tu, apa lagi, mak tolong saya pack baju dengan kadar
ekspres. Dan bagasi saya terus dicampak ke dalam bonet kereta Tok Uncle
seolah-olah diusir. Dramatik sikit di situ. Pendek cerita, that was how I ended
up having this trip.
Sementara menunggu feri |
Sebagai seorang yang bermastautin di Kedah, tak terkira
berapa kali dah saya ke Langkawi. Tapi agak lama jugalah tak ke sana. Selalunya
orang yang ke Langkawi akan pergi Island Hopping untuk meneroka pulau-pulau di
Pulau Langkawi. Maklumlah, Langkawi terkenal dengan 99 buah pulaunya. Kali ini,
kami tak pergi Island Hopping, tetapi lebih kepada Island Shopping. Eheh.
Dalam banyak bulan, bulan Ogoslah sebenarnya musim yang
tidak berapa sesuai untuk ke Langkawi kerana Ogos merupakan bulan paling lembap
disebabkan penerimaan hujan yang tinggi. Hari pertama kami ke sana, memang
hujan. Sekejap hujan sekejap berhenti. Tapi ada satu kelebihan pergi ke sana
waktu-waktu begini. Tak ramai orang! Cubalah kalau anda pergi waktu cuti
sekolah, memang akan ramai orang.
Alhamdulillah, bila tak ramai orang ni, banyak benda jadi murah. Kereta sewa pun boleh didapati dengan harga RM60. Hotel pun dapat murah. Hotel kami adalah hotel budget sahaja, berjimat cermatlah sikit. Kami menginap di De Baron Waterfront Hotel dengan harga RM60 satu malam. Memang murah, bukan? Walaupun murah, alhamdulillah saya boleh tidur dengan selesa. Lokasi hotel juga boleh dikatakan strategik sebab boleh bergambar di tepi laut dan berdekatan dengan restoran dan kedai –kedai.
Alhamdulillah, bila tak ramai orang ni, banyak benda jadi murah. Kereta sewa pun boleh didapati dengan harga RM60. Hotel pun dapat murah. Hotel kami adalah hotel budget sahaja, berjimat cermatlah sikit. Kami menginap di De Baron Waterfront Hotel dengan harga RM60 satu malam. Memang murah, bukan? Walaupun murah, alhamdulillah saya boleh tidur dengan selesa. Lokasi hotel juga boleh dikatakan strategik sebab boleh bergambar di tepi laut dan berdekatan dengan restoran dan kedai –kedai.
Jalan sikit depan hotel, ada kedai bernama Rams yang menjual
banyak barangan seperti pinggan mangkuk dan coklat. Banyak jugalah pilihan yang
menarik di situ. Wan berjaya mendapat baju baby untuk cucu-cucunya dengan
diskaun sebanyak 70%. Ada harga baju tu asalnya RM30 lebih tapi selepas diskaun
dapatlah dalam RM9. Apa lagi, cucu baby Wan ada 4 orang lelaki. Seorang dapat
sehelai. Lawa-lawa pula tu. Baju untuk cucu baby perempuan tak banyak pilihan.
Saya carikan di jeti saja.
Betapa gigihnya Wan dan adik mencari baju baby |
Hari pertama, memang kami bershopping sahaja. Wan
dapat baju baby, saya dapat coklat. Saya dan adik belikan coklat-coklat yang
dikirim oleh orang rumah. Mars, Kinder Bueno, Daim. Saya pula beli M&M dan
dapat headphone sebagai free gift. Beli tiga travel pack M&M, boleh dapat satu
headphone. Saya coklat-coklat lain tak minat sangat, minat M&M sahaja. Beli
tiga pack berlainan perisa tu pun tak pastilah boleh bertahan berapa lama.
Gambar Google |
Hari kedua di Langkawi, barulah kami berkesempatan pergi ke
tempat-tempat menarik yang boleh bergambar. Kami brunch (breakfast + lunch) di gerai
tepi jalan sahaja. Tok Uncle tahu gerai-gerai yang menyediakan makanan sedap.
Kemudian kami pergi ke Kamdar. Wan dapat banyak kain. Sayalah tukang mengangkat
kainnya tu. Selepas puas bershopping, kami singgah di tepi pantai untuk
bergambar. Saya tak pasti nama pantai tu, tapi pantai tersebut bersebelahan
dengan lapangan terbang. Terdapat juga gerai-gerai makanan di tepi pantai.
Sempat jugalah menikmati ais kacang sambil menghayati pemandangan sekeliling.
Kalau pergi pantai mesti kena bergambar, kan? |
Setelah itu, kami singgah di Perdana Quay untuk membeli roti
di The Loaf Bakery & Café. Perdana Quay ni kalau kena dengan musim dia,
mesti ramai orang. Selalunya pelancong asinglah yang suka ke situ. Di situ kita
boleh melihat kapal-kapal yang banyak. Katanya milik anak Tun Dr. Mahathir.
Saya tak pastilah.
The Loaf Bakery & Cafe |
Sepanjang deretan Perdana Quay ada banyak bar dan restoran
yang tidak halal. Saya jeling-jeling jugalah tempat tu. Banyak menyediakan bir
untuk pelancong asing. Tapi jangan risau, banyak kedai yang tutup sebab tak ada
pengunjung pun sewaktu saya pergi tu. Macam yang saya katakan, bukan musim. Nasib
tidak berapa menyebelahi kami sebab roti-roti di The Loaf banyak sudah habis.
Wan pun beli sahaja apa yang ada. Yang menghabiskannya saya. Sebelum beredar,
sempat jugalah saya bergambar di situ sebab pemandangannya memang menarik.
Sesuai sangat untuk bergambar.
Bakal pemilik kapal-kapal di belakang tu |
Sedar tak sedar, hari pun dah lewat petang. Sebelum pulang,
kami singgah dulu di Dataran Lang. Kalau pergi Langkawi tapi tak singgah di
dataran ini memang tak sah. Gambar saya di Langkawi dulu entah ke mana.
Terdelete atau virus rasanya. Jadi kita ambillah gambar yang baru. Seperti yang
dijangkakan, di Dataran Lang pun tidak berapa crowded. Waktu kami bergambar tu
lebih kurang dalam pukul 7 dan matahari hampir nak terbenam. Memang cantik
timing. Kalau ada kamera DSLR tu memang cantik sangat. Kamera Samsung pun
jadilah.
Duduk tengah jalan tak apa, jangan makan tepi jalan. |
Subhanallah. |
Setelah puas bergambar seharian, kami singgah McDonald untuk
membeli makan malam dan terus pulang ke hotel. Dua malam jugalah saya tidur
awal dalam jam 10-11 lebih sebab tak ada benda nak dilakukan. Hendak tonton
televisyen, cuma ada beberapa siaran sahaja. Tak ada rancangan yang menarik.
Laptop pun tak dibawa. Tapi baguslah juga, saya dapat tidur dengan tenang tanpa
banyak memikirkan benda lain.
Hari ketiga pula, pagi-pagi Wan sudah ajak mencari barangan
di kedai Rams depan hotel tu. Katanya nak beli pinggan bertingkat. Dan memang
betul, bertingkat-tingkat jugalah yang dibawa pulang. Berkotak-kotak.
Disebabkan nak mengurangkan beg, kami sumbat kotak-kotak tersebut dalam bagasi
selagi termampu. Tok Uncle complain, katanya datang hari tu beg normal. Bila
balik, makin kembung. Eheh.
Selepas check out, masih ada banyak lagi masa sebelum pukul satu. Jadi kami singgah di De Baron Resort untuk akses ke tepi pantai. Masuk pintu resort dan keluar ke pantai. Keistimewaan resort tersebut ialah kolam renangnya yang terletak di sebelah pemandangan laut. Dan dekorasi tamannya juga menarik perhatian. Kalau cuti sekolah, mesti ramai yang akan ke sana. InsyaAllah, nanti saya akan edit vlog percutian ke Langkawi. Dan di tepi resort itulah banyak saya mengambil video. Juga di tepi pantai.
Selepas check out, masih ada banyak lagi masa sebelum pukul satu. Jadi kami singgah di De Baron Resort untuk akses ke tepi pantai. Masuk pintu resort dan keluar ke pantai. Keistimewaan resort tersebut ialah kolam renangnya yang terletak di sebelah pemandangan laut. Dan dekorasi tamannya juga menarik perhatian. Kalau cuti sekolah, mesti ramai yang akan ke sana. InsyaAllah, nanti saya akan edit vlog percutian ke Langkawi. Dan di tepi resort itulah banyak saya mengambil video. Juga di tepi pantai.
Sebelah ada lagi satu kolam renang tapi ramai budak. |
Cantik dan kreatif resort ni |
Sebelum ke jeti, kami brunch di sebuah kedai makan ikan
bakar. Kedai-kedai makan ni tak ada nama rasanya tapi memang banyak yang
menyediakan makanan sedap. Mungkin anda perlu cuba satu per satu untuk tahu
kedai makan yang terbaik. Kalau bab makanan ni saya minta maaf, saya tak berapa
pandai memberikan rekomendasi kepada orang. Selesai makan, kami terus ke jeti
untuk feri pukul 1 petang. Sementara menunggu, sempat saya mencari t-shirt
untuk baby Amanda dan ayah. Selepas itu, akhirnya kami pun pulang menuju ke
jalan yang lurus.
Dan kini, saya sedang menaip di gym sementara menunggu
pelanggan. Berpijak kembali di bumi yang nyata. Eheh. Walaupun percutian saya
pendek, alhamdulillah saya dapat juga rasa nikmat bercuti yang singkat. Untuk
masa terdekat ni, saya tak ada rancangan untuk travel tapi sekali-sekala travel
tanpa dirancang ni bagus juga. Kalau diberi peluang, negeri yang jarang saya
teroka ialah Kelantan dan Terengganu. Harapnya satu hari nanti saya berpeluang
untuk travel di tempat-tempat menarik negeri tersebut. InsyaAllah.
Gambar banyak tudung asyik kena tiup angin |
Terima kasih kepada anda yang membaca dan nantikan vlog saya
di youtube.com/nurina24. Jangan lupa subscribe ya!
*Update*
resort dia macam best. gambar cantik 😍
ReplyDeletetapi tak stay situ pun.
Deleteterima kasih emma. haha