Sunday, 5 December 2010

Cerpen: Kisah Aku dan Dia

Lia,
Aku tahu aku salah. Mungkin sebab tu kau langsung tak tegur aku akhir-akhir ni. Aku tak sepatutnya lupa terhadap janji aku pada kau. Aku cuma nak cakap sesuatu pada kau. Maaf. Aku minta maaf sebab tak datang jenguk kau di hospital tempoh hari, macam yang telah aku janjikan. Aku harap, ungkapan maaf aku dapat kau terima.Tapi aku ada alasan yang kukuh kenapa aku tak datang. Cuma, aku tak bolehlah cakap pada kau sebab Dato’ Siti Nurhaliza dah pesan kat aku, biarlah rahsia~

Syamsul
2 November 2010

Aku melipat rapi surat yang baru aku terima sebentar tadi. Maaf? Ini baru pertama kali Syam minta maaf padaku. Hati aku makin senang. Mungkin ada sesuatu yang telah mengubahnya, barangkali. Ya, Syam. Aku maafkan kau. Tapi aku masih bingung, kenapa kau tak ada di saat aku memerlukan kau di hospital hari tu?

“Lia, kau tak nak jumpa Syamsul ke?” soal Ika membantutkan aku dari lamunan. Aku menoleh, cuba tersenyum. Langkahku segera menuju ke tepi tingkap. Pandanganku menghala ke bawah. Ya, dia masih di situ. Setia menanti aku di depan rumah. Aku menyarungkan tudung hitamku, warna yang cukup aku gemari.

Aku menuruni anak tangga perlahan-lahan. Pintu rumah dikuak. Syamsul menatapku, tetapi aku mengalihkan pandanganku.

“Assalamualaikum,” sapanya. Suaranya lemah, tidak seperti biasanya. Aku dapat menduga keanehan itu. Aku menjawab salam, cuba mengawal suaraku sebaik mungkin. Control.

“Lia, maafkan aku ye? Jangan la merajuk lagi. Tak sweet la macam ni,” Syam cuba memujuk. Aku tersenyum, aku sudah tidak marah lagi pada lelaki berwajah cerah di depan aku ni. Dia dah jadi tunang aku beberapa bulan yang lepas, tak guna lagi aku marah dia.

“Tapi kau janji akan ada di samping aku bila aku perlukan kau lagi, janji?”

“Janji.” Maka dengan termaktubnya janji itu, aku makin percaya padanya. Sejak kecil lagi kami berkawan, dan aku kenal persis dengan sifatnya. Ni baru kali pertama dia mungkiri janji dia. Aku maafkan.

“Esok aku tunggu kau di sini, pukul 10. Kau jangan lambat pula, nanti aku merajuk lagi kau tanggung. Hehehe,” puas aku kenakan lelaki di hadapan aku ini.

“Esok? Nak ke mana esok?” Muka Syam kebingungan. Dia ni lupa atau buat-buat lupa?

“Kan esok nak beli cincin nikah. Kalau kau tak datang aku bagi cincin tu pada si Azri. Hehehe.”

“Ok la, ok la. Azri? Laki mana pulak ni … Aku belasah kau nanti baru kau tahu.”

“Bukan muhrim, mana boleh main belasah anak dara orang.” Mata aku tidak bertatapan dengan matanya, tetapi aku yakin dia sedang mengangkat kedua-dua belah keningnya, seperti selalu. Muka tidak puas hati.

“Ye lah, aku mengalah. Buang waktu, tenaga dan duit minyak je aku datang sini. Assalamualaikum. Tata titi tutu.” Syam melangkah pergi. Masih sempat mengenakan aku. Itulah aku, Lia dan Syamsul. Aku rasa macam anjing dan kucing pun ada. Macam mana kami boleh bertunang? Begini ceritanya…

Waktu kecil dulu, aku dan Syam berjiran. Kami berkawan baik. Baik? Mungkin tidak. Setiap kali berjumpa, mesti ada saja benda yang tak kena pada aku dan Syam. Sampai ke sekolah rendah pun begitu. Pantang berjumpa. Pernah suatu hari di stesyen bas aku dan kawan-kawanku sedang menunggu bas yang tidak tiba-tiba. Kebetulan Syam pun naik bas yang sama. Tiba-tiba Syam tengok aku. Aku tengok dia balik. Dia jelir lidah. Aku jelir balik. Tapi, kawan aku Ika selalu pesan tak baik jelir lidah, jadi aku tarik balik lidahku masuk ke dalam.

“Lia, kau dah dapat kertas apa sekarang? Berapa A dah?” Syam tanya aku.

“Aku baru dapat BM.”

“Berapa?”

“Err, B. Kau?” aku takut dia gelak pada aku. Waktu itu aku tatap wajahnya, muka serius. Huh, lega aku.

“Aku pun dapat BM.”

“Berapa?”

“Siti Nurhaliza pesan, biarlah rahsia.” Aku mencebik bibir, sebab dah tak boleh jelir lidah. Jahat betul budak ni.

Itu suatu babak ketika di sekolah rendah. Masuk sekolah menengah, aku jadi pemalu sikit. Remaja, biasalah. Mak aku pesan supaya jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan aku cuba turuti. Aku tak banyak cakap dengan pelajar lelaki, cuma dengan Syam seorang. Nanti kalau aku tak gaduh dengan dia dikatanya bisu pula. Waktu tu pun, aku tengok Syam dah pakai songkok. Ok la tu. Tapi perangai …

“Wei Lia. Apesal di kantin tadi kau makan sampai dua pinggan mi? Kau lapar ke?” soal Syam tiba-tiba, sengaja nak kenakan aku la tu. Aku cuba nak cover malu.

“Satu lagi untuk …” Kalau aku tipu, aku dosa. Nak jawab apa ni?

“Untuk habiskan duit aku …” Ah, bantai je la.

“Kau memang kuat makan ye.”

“Jangan sibuk. Hehehe.” Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tergelak masa tu.

“Kelas kau dah tangkap gambar untuk majalah sekolah?”

“Tangkap, tangkap ape? Tangkap basah?” Aku buat loyar buruk pula di situ.

“Kau ni. Tak, aku tanya, kelas kau dah tangkap ke ada seekor monyet yang terlepas dari zoo? Monyet ni ada depan aku la pulak.” Kurang hasam. Dia kata aku monyet?

“Kau ni! Apesal tiba-tiba je tanya? Dah.”

“Nanti aku buka majalah tu, aku nak tengok gambar kau dulu. Hahaha.” Waktu itu aku rasa muka aku dah merah padam.

“Ok, aku pun nak tengok muka kau dululah kalau macam tu.”

“Muka aku dah memang kacak, tak payah tengok lagi.” Aku mencebik bibir, dah jadi tabiat.

“Perasan!”

“Kenapa, tak puas hati? Susahlah dengan orang tak dapat terima hakikat ni.”

“Buwek!”

Akhirnya perhubungan kami, maksud aku, pergaduhan kami berkekalan sehingga ke universiti.

“Lia, aku tengok kau dengan si Syamsul tu bukan main akrab lagi. Bagai pinang terbelah-belah. Lelaki lain kau tak layan pula,” Ika tegur aku. Betul juga. Aku cuba nak jaga perbatasan dengan lelaki, sebab aku tak nak buang waktu dan tenaga aku. Tapi macam mana boleh lekat dengan Syam pula?

“Akrab? Macam anjing dan kucing ada la.” Ayat cover.

“Sengal!” Tiba-tiba je ada sergahan dari belakang.

“Allahuakbar!” Nasib baik aku tak melatah, kalau tak malu aku. Aku menoleh. Aku kenal benar suara tu. Syamsul.

“Kau ni sehari tak ganggu kehidupan aku tak boleh ke?”

“Ops, marah. Sorry, sengaja. Memang aku dah ditakdirkan dalam hidup kau.” Kurang hasam.

“Ye la tu. Dah la minta maaf tak ikhlas.”

“Buat apa nak minta maaf? Nanti hari raya la,” Syam buat muka selamba. Geram aku. Hari raya mesti dia balik kampung.

Dan akhirnya suatu hari …

“Mak tengok Lia dengan si Syamsul tu dari dulu lagi rapat. Mak pun teringin nak dengar suara baby dalam rumah ni.” Tiba-tiba je mak aku bersuara.

“Mak suruh la si Saiful tu cepat-cepat kahwin.”

“Lia?!” Suara mak meninggi. Aku pun tak sedar apa aku cakap tadi. Saiful baru 14 tahun. Aku tersengih-sengih.

“Mak dah rancang dengan mak bapak si Syamsul, nak tunangkan kamu berdua bulan empat nanti.”

“Hrmm … ok.” Tiba-tiba aku tersedar.

What??!! Tunang? Mak, tolonglah, Lia tak nak tunang dengan Syam. Buat sakit hati je mamat tu!” Aku menggunakan kuasa veto aku. Err, apa-apa la.

“Kami dah berbincang dan tak boleh ditarik balik. Titik, noktah, tak de tapi-tapi.” Ah, baru je nak sebut tapi.

Petang itu juga, aku pergi ke rumah Syam. Biarlah apa dia nak kata. Sekurang-kurangnya tak de la aku date pulak dengan dia. Masa buka pintu, Syam muka terkejut beruk sambut aku. Aku tanya dia tentang rancangan orang tua kami, dan aku tanya pendapat Syam. Rancangan kami, tunang je la dulu. Nanti boleh putus. Ok, yang tu rancangan aku.

Akhirnya setelah tiba tarikh yang ditetapkan, aku pun bertunang. Selepas bertunang tu perangai Syam tetap tak ubah-ubah. Aku pun sama. Asyik gaduh je. Sampailah suatu hari yang mengubah semuanya. Waktu tu aku dan Syam nak pergi rumah mama aku. Seperti biasa, Syam la yang pandu kereta tu. Aku tak reti bawa kereta, jadi ikut suka dia je nak berhenti di mana-mana. Masa tu Saiful ada sekali, baru balik sekolah. Dia duduk sebelah Syam. Padan muka Syam, kena layan budak tu. Hehehe.

Tiba-tiba Syam singgah di berhenti.

“Abang Syam nak pergi kedai aiskrim jap, beli aiskrim tuk Saiful.” Aiskrim? Beli untuk Saiful je? Aku punya mana?

“Lia, kau kunci pintu kereta. Nanti beruk culik kau padan muka kau. Hahaha.” Sesedap hati dia je kenakan aku. Dia ingat aku budak kecik lagi ke?

Syam pun pergi la seberang jalan untuk beli aiskrim. Aku berdoa agar dia belikan untuk aku jugak, sebab aku nak! Aku tengok Syam pegang tiga aiskrim. Yes! Masa tu memang bahagia. Tiba- tiba aku nampak sebuah kereta tengah memecut dengan laju. Apa, dia ada di Sepang? Syam pula melintas masa tu jugak. Dan akhirnya Syam kemalangan. Aku tak tahu berapa banyak air mata aku yang dah gugur di situ. Aku memang sebak masa tu. Syam koma di hospital. Pada masa tu baru aku dapat rasakan sebuah ‘kehilangan’. Aku teringat balik kata-kata aku pada Syam masa universiti dulu.

“Sengal!” Tiba-tiba je ada sergahan dari belakang.

“Allahuakbar!” Nasib baik aku tak melatah, kalau tak malu aku. Aku menoleh. Aku kenal benar suara tu. Syamsul.

“Kau ni sehari tak ganggu kehidupan aku tak boleh ke?”

“Ops, marah. Sorry, sengaja. Memang aku dah ditakdirkan dalam hidup kau.” Kurang hasam.

“Ye la tu. Dah la minta maaf tak ikhlas.”

“Buat apa nak minta maaf? Nanti hari raya la,” Syam buat muka selamba. Geram aku. Hari raya mesti dia balik kampung.

Memang betul. Kau dah ditakdirkan dalam hidup aku, Syam. Masa tu, baru aku sedar yang aku sayangkan Syam. Dia macam pelengkap hidup aku. Janganlah mati, Syam. Bangunlah! Aku sayang kau. Aku cinta kau. Dan aku tak sedar berapa banyak perkataan ‘cinta’ yang aku dah bisikkan padanya. Tiga hari Syam koma, dan akhirnya dia sedar. Aku bersyukur sebab Allah beri aku peluang kedua untuk tebus kesilapan aku kerana tak menghargai Syam sebelum ni. Allah memang Maha Besar. Masa Syam mula-mula bangun tu, dia kata dia dengar aku cakap aku cintakan dia. Err, baik aku cabut …

***

“Mana Syam ni? Lama betul aku tunggu dia. Nanti dia datang siaplah dia!” Tiba-tiba aku nampak Syam berlari-lari ke sini. Ait, mana kereta dia?

“Assalamualaikum, Lia!” Dia buat muka tak bersalah. Aku jawab salam.

“Apesal lambat?”

“Jalan jam.”

“Kereta mana?”

“Tengah jalan tu. Lagi setengah jam baru boleh gerak.” Besarnya pengorbanan Syam pada aku. Sanggup lari jauh semata-mata tak nak lambat. Lepas kahwin nanti boleh ganti Hussein Bolt. Hehehe.

“Kurang hasam. Habis tu aku nak pergi kedai naik apa?”

“Kau rembat je basikal sape-sape, habis cerita.” Sedap je mulut dia.

“Mana jam yang aku bagi kau hari tu. Aku nak balik.” Aku buat-buat merajuk.

“Err … jam tu aku dah jual.”

“What???!” Jam kesayangan aku tu! Syam terus lari lintang-pukang. Memang susah juga hidup dengan dia. Tapi jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Kita tak boleh menolak jodoh, dan kita juga tak boleh menentukan jodoh. Jadi pesan aku untuk siapa-siapa yang dah bertunang atau nak kahwin atau dah kahwin di luar sana, hargailah jodoh anda sebaik mungkin, sebab jodoh tak akan datang bergolek.

-Lia

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

p/s: ketika menghasilkan cerpen ini penulis sedang kebosanan dan tidak menggunakan penggunaan bahasa yang betul. :)



2 comments:

  1. ermm..okey jer..sesuai untuk pelajar sekolah menengah biasa, tapi kalau nak buat untuk umum elok lah guna suasana skolah agama mcam yg akh hilal gunakan dalam novel dia..kurang2 bdak skolah menegnah biasa akan tertarik akan erti cinta yang didasari dengan suasana penjagaan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

    ReplyDelete
  2. @Ibn Kassim As-Shafie
    Terima kasih atas komen. Sebenarnya cerpen ni mungkin nampak macam tidak ada hala tuju sikit, cuma buat suka-suka. Insya Allah nanti diusahakan. =)

    ReplyDelete