Friday, 31 December 2010

Special One: Thanks to Akh Syihab

Entry kali ini saya tujukan khusus buat seorang qudwah saya, Akh SYIHABUDDIN AHMAD. Saya pun tidak berapa pasti apakah ini nama sebenar beliau atau tidak, tetapi yang pasti saya tertarik dengan mujahid islam yang satu ini.

Saya cuma berkenalan dengan beliau melalui blog dan Facebook. Biarlah saya menceritakan serba ringkas tentang beliau. Baru berumur 21 tahun, sedang menuntut di Mesir dan memegang amanah dakwah yang besar dalam mencari resolusi permasalahan ummah. Beliau suka menghasilkan artikel-artikel islami yang menarik juga menghasilkan design-design sebagai medium dakwah.

Saya sempat memetik kata-kata beliau,

Akh Syihab (saya menggelarnya) pernah juga meluangkan waktu untuk menghasilkan design buat saya, yang sangat menarik. Mahu lihat hasilnya? Nah!

Saya paling suka yang ini. Beliau siap tolong edit lagi puisi saya.


Puisi Melodi Cinta yang pernah saya hasilkan dulu.

Yang ini status saya di Facebook dulu, simple but nice.




Dan yang paling saya suka...

Puisi kegemaran saya.






Jadi jika anda semua hendak tahu apa istimewanya qudwah saya ini, bolehlah klik sendiri pada blog SUFI JUNDI. Tetapi apa yang mengharukan saya, beliau masih sempat mempromosikan novel saya di blog beliau. Sungguh saya terharu. Siap buat video YouTube lagi.

SINGLE UNAVAILABLE

Apa yang saya mampu lakukan, cuma mendoakan pengajian beliau di sana dan selamat pulang ke tanah air agar dapat menyambung dakwah kepada ummat Muhammad di Malaysia pula. Syukran ya Akh Syihab!

4 comments:

  1. ukhti, selagimana anda membawa masej dakwah, maka tidak ada alasan untuk kami selaku pendokong dakwah melalaikan anda,
    bahkan, jika tidak ada seorang pun dimuka bumi ini yang mahu menyokong usaha dakwah anda lagi, ketahuilah..... kami akan sentiasa teguh menyokong anda dengan seluruh kudrat yang masih berbaki didalam jasad!
    ~terus menyebarkan kefahaman islam yang tulin! :)

    ReplyDelete
  2. @Syihabudin Ahmad
    sekali lagi, terima kasih atas sokongan anta. kami juga sentiasa menolak anda(menyokong).
    =)

    ReplyDelete
  3. wah, bagus nurina. menghargai usaha orang lain :)

    ReplyDelete
  4. @ariffah9
    to u too.. ana sokong. teruskan usaha anti, okay? hehe
    =)

    ReplyDelete