Kali ini saya ingin berkongsi aktiviti yang dilakukan pada hari cuti sebegini. Seperti yang digambarkan oleh poster di atas, saya telah menghadiri sebuah program Sepagi Nisa' bersama johan dan pemenang tempat ketiga musim pertama Solehah, sebuah rancangan realiti terbitan TV Al-Hijrah. Rancangan ini merupakan ala-ala Imam Muda tetapi versi muslimah. Program Sepagi Nisa' (wanita) ini dianjurkan oleh Nisa' Padang Serai dengan kerjasama Unit Remaja Yayasan PAKSI Kulim yang bertempat di Auditorium AMREC, SIRIM, Kulim Hi-Tech Park.
Melalui program ini, kami telah didedahkan dengan pelbagai informasi yang berguna dan berhikmah daripada Kak Amie Sofia (johan) dan Kak Nurul Eswani (tempat ketiga). Mereka menceritakan pengalaman masing-masing sebelum, semasa, dan setelah mengikuti rancangan Solehah tersebut. Memang banyak perbezaan setelah menjadi popular, namun pada pandangan saya, kedua-dua mereka tetap merendah diri dan tidak terlalu berbangga dengan kejayaan yang dikecapi.
Dari kiri: Amie Sofia, Nurul Eswani dan pengacara majlis.
Kak Amie dan Kak Nurul boleh menjadi inspirasi kepada para nisa' di luar sana dalam mengerjakan tugasan dan dakwah seharian. Saya ingin berkongsi beberapa input yang diterima pada hari ini bersama kalian. Mudah-mudahan ada hikmahnya, insyaAllah.
Pertamanya, solehah merupakan sesuatu yang harus dicari tanpa mengira peringkat umur. Kanak-kanak, remaja, dewasa, mahupun orang tua kesemuanya harus mencari solehah ini. Kita tidak layak mengukur tahap kesolehan seseorang dan berfikir diri kita sudah cukup bagus. Tidak. Solehah ini, layaknya Allah sahaja yang menilai.
Seterusnya, dalam proses berdakwah dan menjadi solehah, kita haruslah berani menghadapi segala cabaran dalaman dan luaran. Cabaran yang kita dapat itu, sebenarnya merupakan pengajaran yang ingin Allah tunjukkan. Semakin banyak ujian yang diterima, ertinya Allah ingin memberikan kita pahala. Oleh itu, kita janganlah sesekali mengeluh ya ketika ditimpa ujian. Itu tandanya Allah sayangkan kita. InsyaAllah, saya akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada.
Dalam proses menyampaikan ilmu, kita tidak perlu menunggu ilmu tersebut sempurna barulah kita ingin menyampaikan kepada orang lain. Kalau begitu, sampai bila kita nak berkongsi ilmu, kan? Jadi kepada sesiapa yang mempunyai ilmu untuk dikongsikan, janganlah pendam sahaja di dalam hati. Analogi daripada Kak Nurul, perkongsian ini ibarat kita beri sepinggan kuih kepada jiran. Jiran tersebut pasti akan membalas dengan kuih atau makanan yang lain, bukan? Dia tidak mungkin berikan pinggan yang kosong sahaja. Begitulah juga dengan ilmu. Kita memberi, kita menerima. InsyaAllah.
Terima kasih kepada Kak Amie dan Kak Nurul yang sudi berkongsi pengalaman dan ilmu pada hari ini. InsyaAllah kami akan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Setelah selesai program, ada sedikit cabutan bertuah untuk para peserta. dan seperti biasa, saya tidak dapat. Ok.
Sesi cabutan bertuah. 'Bertuah'nya.. hehe.
Bersama Kak Nurul, minta tanda tangan.
Bersama Kak Amie yang mesra dan peramah.
Kak Amie bertanya tentang tips penulisan daripada saya. Saya cuba kongsikan sedikit sebanyak apa yang tahu.
Khabarnya, Kak Amie dijemput untuk menulis dalam Metro. Kebetulan juga, beliau bakal menghiasi kulit hadapan majalah Anis terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd, syarikat penulisan yang menerbitkan buku saya.
Harapan saya, semoga program-program seperti ini bakal diadakan lagi, bukan sahaja untuk mengisi masa lapang tetapi juga untuk menambah lagi ilmu yang cetek di dada. InsyaAllah. Tahniah Nisa'!
Entry yang bermanfaat....thanks for sharing ^_^ keep it up k ...suka blog ni ....^_^
ReplyDelete@Cik Zai
ReplyDeleteYour welcome, pasti, insyaAllah. Terima kasih. ^^
seronoknya dpt brtukar2 pndangan dgn mereka yg bukan calang2 ini...niceee entry^^
ReplyDelete@Isma Haneefa
ReplyDeletememang seronok, alhamdulillah. teringin nak jumpa lebih ramai lagi yang berpengalaman. ^^
Terima kasih atas sokongan. Doakan kami!
ReplyDeleteUntuk maklumat program terkini,add kami di facebook.com/Nisa' Padang Serai
:)
@Nisa' Padang Serai
ReplyDeleteSama-sama. Wah, tak sangka pihak penganjur sudi melawat blog yang tidak seberapa ini.
Sudah. ^^
Sekalung Tahniah kp Nurina Izzati atas kejayaan berganda yg diperolehi sepanjang 2012..saya juga berpeluang menghadiri program ini..banyak input yang diperolehi..secara tidak langsung melonjakkan semangat utk memajukan diri..
ReplyDelete@NORA'S CHOC A MUSLIM HOME MADE CHOCOLATE
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapannya, alhamdulillah, rezeki daripada Allah. Mudah-mudahan program seperti ini bakal diadakan dengan lebih meluas lagi.