Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman bercuti ke Perak yang lalu. Selalunya jika cuti sekolah panjang macam ni, mestilah ramai rakyat Malaysia yang memilih destinasi percutian menarik, sama ada di dalam ataupun di luar negara. Namun destinasi untuk saya pada tahun ini ialah di Taiping, Perak.
Bukannya lama, cuma tiga hari saja saya dan keluarga menghabiskan masa di sana. Antara tempat yang dilawati ialah Zoo Taiping. Mungkin melawat zoo cuma satu pengalaman biasa bagi sesetengah orang, tetapi bagi saya pengalaman itu akan menjadi lebih menarik sekiranya keluarga ada bersama.
Tempat yang paling menarik dan tak akan saya lupakan ialah lawatan ke Galeri Sultan Azlah Shah. Masuk sahaja, saya dapat lihat banyak kereta yang berjenama mahal dan menarik tersusun di pekarangan galeri. Lepas bertanya kepada pengawal keselamatan, barulah kami tahu yang sultan dan sultanah Perak sedang mengadakan lawatan di galeri mereka.
Galeri Sultan Azlan Shah ada tiga buah bangunan jika tidak salah saya. Kami masuk ke salah sebuah bangunan, tak nak kacau bangunan yang sedang dilawati oleh baginda kononnya. Kebetulan cuma kami sahaja keluarga yang berada di situ pada masa itu. Rasanyalah. Baru sahaja hendak menjejakkan kaki ke dalam bangunan tu, sultan dan kaum kerabatnya keluar dari bangunan.
Ingatkan mereka dah nak pulang, rupa-rupanya mereka menuju ke bangunan kami pada waktu itu. Apa lagi, mulalah cuak. Mereka cakap kena angkat sembahlah apa lah. Nervous juga sebab pertama kali jumpa baginda. Waktu baginda masuk, saya lihat satu persatu kaum kerabat yang ikut dari belakang. Kacukan mat saleh pun ada. Bertuah sungguh saya pada hari itu.
Sebelum Sultan keluar, baginda berhenti betul-betul di depan kami. Baginda tawarkan diri untuk bergambar dengan kami, yang sudah tentunya nak! Baik hati sungguh pemimpin Perak ini. Beginilah prihatinnya seorang sultan terhadap rakyatnya. Siap tanya lagi kami berasal dari mana, buat apa segala. Waktu ambil gambar, segan juga saya sebab semua kaum kerabat dan pengiring-pengiring baginda fokus kepada kami. Terasa seperti artis glamour gitu.
Kesimpulannya, saya tak akan lupakanlah pengalaman bertuah pada hari itu. Selepas sultan berangkat pergi, barulah kami melawat di sekitar galeri. Galeri itu mengumpulkan segala koleksi peribadi sultan seperti pakaian, jam tangan, kayu hoki, kayu golf dan macam-macam lagilah. Menurut sumber, galeri tersebut dahulunya merupakan istana yang kini dibuka untuk kunjungan ramai. Pintu-pintu dan lantai semuanya dihias dengan gah. Ada juga lampu chandelier. Bila besar nanti, teringin juga hendak buat rumah macam istana. Hehe. InsyaAllah. Angan-angan pun, kalau ada usaha, tak mustahil kan?
Wahh, untungnya!
ReplyDeletebertuahnya.
ReplyDeleteBest nya... Hehehe
ReplyDeletewahh.. untungnya!
ReplyDeletealhamdulillah dapat peluang sekali seumur hidup macam ni.. :)
Deletebrjumpa dgn sultan dah kira superb.. inikan pula bergambar dgn baginda. Congrat!
ReplyDeleteseronoknya dia. huhu.. akak yg duk kuala kangsar tmpat istana sultan perak ni pun belum jumpa sultan! huhu..
ReplyDeletehaha. ina pun sultan kedah sendiri belum jumpa.. :)
Delete