Cat, dalam bahasa melayu. Bukannya kucing. Cat dinding tu. Hari ini, SMK Sultan Badlishah (bekas sekolah) mengadakan gotong-royong. Kalau tahun-tahun sebelum ni mungkin saya akan rasa malas untuk hadir tetapi pada tahun ini, entah kenapa terasa semangat nak pergi pula. Yalah, sudah hampir setahun tak jejakkan kaki ke gedung ilmu itu. Semangat nak jumpa kawan-kawan.
Jadi saya pun ikut ibu saya, YDP PIBG sekolah tu untuk tampal gambar di buletin PIBG di kantin. Sampai-sampai, kawasan buletin itu masih lagi belum dicat seperti yang dirancang. Ibu saya dah sponsor cat, tetapi tak tahulah siapa punya kerja yang sepatutnya cat tempat tu. Alih-alih, sayalah yang kena cat. Jumpa Cikgu Zuki, kaunselor sekolah tetapi dia tak ingat saya. Cikgu Tugimin lagilah.
Tetapi berdasarkan apa yang saya amati, macam tak banyak cikgu dan pelajar pun yang hadir. Dan saya yakin, pelajar tingkatan lima tahun depan kebanyakannya memang tak hadir. Sempat juga saya berjumpa dengan pak guard sekolah, Pak Cik Abu Seman. Dulu, setiap kali balik sekolah saya akan bagi salam kepadanya. Kadang-kadang sambil menunggu ibu datang jemput, saya akan berbual-bual dengannya.
Pada awalnya dia tak berapa cam saya, mungkin kerana penampilan saya yang memakai kaca mata. Kemudian dia tanya tentang sekolah baru dan sebagainya. Apa yang menghampakan, satu pun kawan-kawan tidak saya temui. Mungkin masing-masing sibuk mengemas kelas masing-masing. Tak mengapalah, mungkin tiada rezeki. Tahun depan siapa tahu saya boleh jumpa mereka lagi kan?
No comments:
Post a Comment