Monday, 3 December 2012

Kenapa Islam, Yahudi dan Kristian Perlukan Palestin?


Palestin. Palestin. Palestin. Bila terfikirkankan Palestin, saya teringat ada sebuah buku berjudul 20 Persoalan Asas Palestin yang ditulis oleh Maszlee Malik. Maka, terdetiklah di hati untuk berkongsi sedikit ilmu dan fakta menarik tentang keistimewaan negara Palestin kepada Islam, Yahudi dan Kristian.

Dari segi geografi ni, memang saya kurang mahir. Tapi untuk pengetahuan, Palestin bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin berada di kawasan yang beriklim Mediteranian dan luasnya mencecah 27, 900 km persegi. Bumi Palestin merupakan salah satu penempatan tertua di dunia.


Terdapat banyak sebenarnya keistimewaan bumi Palestin kepada Islam, tetapi saya sertakan segelintir di sini. Antaranya ialah:

           # Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapat Masjid al-Aqsa, masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam dulu dan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. Sesiapa yang solat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala. MasyaAllah. Banyaknya melebihi daripada kita bersembahyang jemaah. Patutlah orang ramai berebut-rebut untuk solat di Masjid al-Aqsa.

·       # Di bumi ini jugalah berlakunya kejadian Israk, di mana Rasulullah melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit. Peristiwa Israk Mikraj ni menjadi peristiwa yang penting untuk umat Islam.

·       # Ramai para anbiya’ yang disebut dalam al-Quran telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang).

·         # Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga Hari Kiamat nanti.

Namun, bukan orang Islam sahaja yang perlukan Palestin. Orang Yahudi dan Nasrani juga telah menganggap Palestin sebagai bumi yang suci kepada bangsa mereka. Yahudi menganggap Palestin sebagai bumi yang dijanjikan oleh Tuhan (Yahweh) kepada bangsa mereka. Menurut mereka, di situlah berlakunya peristiwa-peristiwa bersejarah dan tempat pengebumian nabi-nabi mereka.

Manakala bagi penganut agama Kristian pula, mereka menganggap Palestin sebagai tempat bermulanya agama mereka.  Di situlah Nabi Isa yang dianggap sebagai anak Tuhan dilahirkan dan memulakan misi dakwahnya. Markas-markas keagamaan mereka juga berada di Palestin seperti al-Quds (Jerusalem) dan dua nama lagi yang tidak saya ingat. Maaf ya. Selain itu, ada juga sebuah gereja di Palestin yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Nabi Isa.

Begitulah istimewanya Palestin kepada mata dunia. Semua berebut mahukan Palestin, sedangkan Palestin sebenarnya merupakan hak sejati orang Islam. Ayuhlah kita pertahankan hak kita dan jangan beri peluang kepada Yahudi untuk merampasnya! Semoga Allah sentiasa membantu perjuangan-perjuangan penduduk Palestin dan mempermudahkan urusan mereka. InsyaAllah.

2 comments: