1. Anas bin Malik r.a. menukil, seorang telah
datang kepada Nabi SAW meminta Baginda SAW untuk membantunya menaiki atas
seekor unta. Rasulullah lantas berkata kepadanya, “Baiklah, aku akan membantumu
menaiki anak unta ini!” Beliau berasa hairan lantas bertanya, “Ya Rasulullah!
Mana mungkin untukku menaiki anak unta?” Baginda SAW bersabda kepada Anas yang
terpinga-pinga itu, “Apakah mungkin bagi unta ini dilahirkan dalam keadaan ia
sudah pun dewasa?” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Ðaud dan yang lainnya)
Peristiwa ini sekaligus menjadi
teka-teki agar sahabat ini berfikir bahawa setiap makhluk merupakan ‘anak’
kepada ibu yang melahirkannya. Namun maksud sebenarnya ialah Baginda tidak
mampu menunaikan permintaan itu.
Google Search |
2. Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat
sedang makan buah kurma, biji-bijinya mereka sisihkan di tempatnya
masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu
banyak kurma.
Biji-biji kurma sisa mereka
berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka
Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi
Rasulullah.
Kemudian Ali r.a. dengan
tersipu-sipu mengatakan, “Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak
daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”
Nabi pun tersenyum dan menjawab,
“Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih
menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya.”
(Hadis riwayat Bukhari)
3. Anas r.a. yang pernah berkhidmat dengan Nabi SAW
selama lebih 10 tahun, meriwayatkan bahawa Nabi sesekali memanggilnya dengan
gelaran “Wahai yang memiliki dua telinga”. Panggilan yang berupa gurauan ini
nyata merupakan satu fakta yang benar. Jelas, gelaran itu adalah satu panggilan
yang disenangi oleh Anas kerana memang setiap manusia memiliki sepasang cuping
telinga. Tetapi kenyataan itu sebenarnya untuk menunjukkan bahawa Anas amat
peka dengan apa yang disabdakan Nabi.
4. Suatu hari Abu Bakar al-Siddiq r.a. berasa marah
kepada puterinya Aisyah r.ha. dan peristiwa itu menyebabkan beliau hampir
menamparnya.
Namun Rasulullah telah menjadi penyelamat, dengan
memasukkan Aisyah r.ha. ke dalam kamarnya. Setelah Abu Bakar pergi, Nabi SAW
lantas berkata kepada isterinya, Aisyah r.ha. dengan nada bisikan : “Bagaimana?
Hebat bukan caraku menyelamatkanmu daripada orang itu (Abu Bakar)?”
5. Ðalam sebuah hadis yang dikemukakan oleh
al-Nawawi dalam al-Azkar, seorang wanita sedang mencari suaminya. Nabi yang
melihatnya lantas bertanya, “Apakah kamu sedang mencari lelaki yang di matanya
terdapat warna putih?”
Wanita itu terkejut lantas menangis dengan sangkaan
suaminya sudah menjadi buta.
Rasulullah SAW akhirnya menjelaskan bahawa setiap mata
pasti mempunyai bahagian yang berwarna putih. Gurauan Baginda itu adalah
menunjukkan suaminya itu masih hidup.
No comments:
Post a Comment