Friday, 28 February 2014

Allah Akan Gantikan Orang Murtad Dengan Kaum Yang Lebih Baik



Isu tentang murtad sebenarnya jarang digembar-gemburkan dalam masyarakat kita. Dan saya menulis artikel ini pula bukanlah tujuan untuk memalukan mana-mana pihak yang telah murtad. Tetapi apa yang perlu kita ketahui bahawa kes murtad pasti akan berlaku dari semasa ke semasa dan tidak mampu dibendung di negara kita. Berdasarkan statistik 2000-2010, sebanyak 686 permohonan murtad yang telah difailkan dan jumlah yang diluluskan adalah sebanyak 135. (Sumber Malaysiakini) Saya masih tidak memahami mengapa boleh ada 135 muslim yang dibenarkan untuk murtad? Itu baru statistik sehingga tahun 2000, bagaimana pula dengan sekarang? Saya belum dapat mencari statistik terkini yang jelas di laman internet.


Secara peribadi, memang saya belum pernah bertemu dengan mana-mana individu yang telah murtad setakat ini. Namun, itu tidak menjadikan saya terlepas daripada kes ini. Kita tidak perlu susah payah mencari siapa yang salah. Ibu bapa, rakan-rakan, persekitaran. Kes murtad ini melibatkan tanggungjawab semua individu yang bergelar muslim. Mengikut statistik Malaysiakini itu lagi, jumlah penduduk negeri Sabah yang banyak mendominasi permohonan untuk murtad di negeri tersebut. Mengapa boleh terjadi sedemikian? Bukannya kita perlu persoalkan siapa yang salah, namun kita perlu persoalkan apa yang telah Islam lakukan terhadap golongan yang kurang mendapat pendedahan tentang Islam ini?

Daripada golongan yang murtad, sebahagian memang arif tentang hukum Islam, sebahagian cuma tahu asas Islam manakala sebahagian lagi langsung tidak tahu tentang Islam lantas membuatkan mereka berpaling tadah daripada Islam.

ARIF SOAL HUKUM-HAKAM DALAM ISLAM

Orang murtad daripada golongan ini, saya kira ilmu agama mereka memang tinggi, bahkan mungkin banyak yang lebih pandai mengaji daripada kita. Namun ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan mereka murtad. Mungkin mereka terlalu membanggakan diri dengan amal masing-masing, sehingga berasa agama Islam tidak dapat menjanjikan kesenangan buat mereka. Mereka sudah berbakti, beramal, namun kehidupan masih belum senang, hutang juga keliling pinggang. Ketika itulah mereka akan persoalkan tentang bantuan daripada Tuhan. Lalu tidak mustahil mereka akan berpaling dan bertukar kepada agama lain yang boleh memuaskan nafsu masing-masing. Mereka ini adalah golongan yang berputus asa dengan nikmat Allah SWT.

Mungkin juga golongan ini terlalu banyak berfikir sehingga bertindak untuk membandingkan Islam dengan agama-agama yang lain. Mulalah mereka akan mengkaji perbezaan kitab agama Islam dengan kitab agama yang lain. Bagi golongan yang cerdik pandai, sudah tentulah mereka akan melihat kebenaran Islam melalui al-Quran. Namun apa yang dirisaukan adalah jika yang membuat kajian tersebut adalah orang yang cetek akalnya dan mudah membuat kesimpulan sendiri. Akhirnya nafsu yang menguasai dan mereka lebih memilih agama yang lebih menjadikan mereka ‘bebas’. Bagi mereka, Islam itu terlalu banyak syaratnya dan menjadikan hidup mereka terkongkong sehingga perlu beramal ibadah setiap masa.

Sedangkan, Islam ini merupakan agama yang sangat mudah. Tuhan telah memberikan kita banyak rukhsah (keringanan) dalam Islam. Mungkin kita yang berasa Islam itu mudah kerana kita tidak bertindak untuk mengkaji Islam dengan sedalam-dalamnya. Saya berikan beberapa contoh berdasarkan pengetahuan sendiri. Sejak kecil, saya berasa sukar kerana jika keluarga membawa kami dalam perjalanan yang jauh, saya terpaksa berhenti solat berkali-kali. Setelah diajarkan tentang solat yang boleh dijamak, saya cukup gembira kerana baru mengetahui tentang hal tersebut.

Begitu juga ketika awal-awal melalui proses kematangan (berhadas besar), saya akan menyimpan kuku yang panjang kerana takut untuk mengetipnya. Padahal saya cukup tidak suka berkuku panjang kerana dua perkara. Pertama, nenek saya sering mengingatkan supaya memotong kuku jika tidak kuman yang melekat di dalam kuku akan dimakan bersama-sama dengan makanan. Kedua, membela kuku yang panjang adalah bersamaan dengan membela kandang khinzir.

Saya juga sering mendengar hujah tentang hal kuku ini yang membuatkan saya takut untuk memotongnya ketika berhadas. Ada sesetengah orang kata perlu menanam kuku-kuku tersebut dan ada juga yang kata kita perlu mandi dengan kuku yang dipotong itu. Akhirnya barulah saya tahu bahawa kes kuku ini sebenarnya tidak ada tercatat di dalam al-Quran mahupun hadis. Barulah saya tahu Islam itu sangat mudah. Dalam kebanyakan kes, dosa yang dilakukan akan diampunkan sekiranya kita berada dalam keadaan lalai (terlupa). Pokok-pangkalnya, sebelum menjatuhkan sesuatu hukum adalah penting untuk kita siasat kesahihannya terlebih dahulu.

Mereka yang murtad mungkin kerana terlalu cepat membuat andaian tentang Islam sebelum mengkajinya.

TAHU ASAS ISLAM

Golongan kedua ini adalah mereka yang tahu mengucap, tahu rukun Islam, nama-nama nabi, malaikat. Tetapi mengetahui tentang asas Islam sahaja belum memadai. Disebabkan mereka tidak mengetahui tentang Islam seluruhnya, maka tiang kepercayaan mereka terhadap Islam terlalu mudah untuk dirobohkan begitu sahaja oleh mana-mana pihak sama ada gerakan keagamaan atau keluarga dan sahabat handai.

Faktor yang kuat menyebabkan mereka murtad adalah disebabkan pengaruh rakan. Boleh jadi juga, kebanyakan daripada golongan ini hidup dalam keadaan yang mewah dan serba-serbi cukup. Hendak rumah, dapat. Hendak kereta, diberikan. Pergaulan yang terlalu bebas boleh menyebabkan mereka terbiasa dengan gaya hidup Hedonisme (bebas). Maka, jika ada insan yang tampil untuk memberikan keterangan agama kepada mereka, mereka akan menutup kedua-dua belah telinga dan bersikap acuh tidak acuh. Paling parah, disebabkan pergaulan yang terlalu bebas itu, akhirnya mereka memilih untuk meninggalkan Islam dan hidup dalam keadaan yang menjanjikan keseronokan duniawi itu.

Mereka bukannya tidak diberikan didikan agama, tetapi didikan dan bimbingan agama yang diterima itu cuma sedikit dan tidak cukup untuk melahirkan khalifah di Malaysia ini. Di manakah hilangnya tanggungjawab kita sebagai Muslim untuk mendidik anak-anak dan rakan-rakan kita dengan ilmu agama? Ini bukan tanggungjawab ustaz atau para pendakwah. Ustaz ustazah ini tidak akan muncul di kelab malam untuk berdakwah. Tetapi kita yang mengenali mereka inilah yang bertanggungjawab untuk menarik mereka ke jalan syurga.

LANGSUNG TIDAK TAHU SOAL ISLAM

Golongan ini, mungkin terdiri daripada Islam keturunan. Lahir-lahir memang sudah Islam. Ataupun mereka memeluk Islam, tetapi setelah itu tidak mendapat sebarang pendedahan terhadap agama tersebut. Masih wujudkah lagi golongan yang tidak tahu tentang Islam ini di negara kita? Saya pasti masih ada. Kes-kes ini mungkin sekali banyak yang terjadi di pedalaman Sabah.

Saya pernah terdengar tentang satu kes ini. Seorang ustaz pergi ke sebuah kawasan pedalaman untuk mengkaji tentang sejauh mana kefahaman Islam yang diterima oleh penduduk di kawasan itu. Dalam perjalanan, ustaz itu mahu berhenti untuk menunaikan solat namun sukar untuk beliau menemukan masjid atau surau di kawasan tersebut. Surau-surau yang ditemuinya juga semuanya rosak seolah-olah tidak digunakan lagi. Ketika melakukan tinjauan ke rumah-rumah penduduk, rata-rata jawapan yang diterima mereka sama.

“Di kawasan ini tidak ada lagi orang Islam. Ya, memang benar dahulu kami semuanya pernah memeluk Islam kerana telah dijanjikan dengan wang oleh sebuah parti. Namun setelah pilihan raya, janji cuma tinggal janji. Kehidupan kami tidak dihiraukan sehinggalah munculnya gerakan keagaamaan lain yang melunaskan janji mereka dengan menampung kehidupan kami penduduk kampung. Akhirnya semua penduduk memeluk agama itu dan di sini tidak ada yang membicarakan tentang Islam lagi.”

Pada pendapat anda, apakah yang dirasakan oleh ustaz tersebut ketika mendengar pernyataan itu. Pastilah perit bukan? Disebabkan penduduk kampung itu semuanya murtad, saya yakin anak-anak mereka tidak akan diberikan pendidikan Islam dan mungkin nama Islam itu sendiri tidak mereka kenali. Banyak sebenarnya kes-kes seperti ini yang kurang diketengahkan dalam masyarakat kita.

SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB?

Semua orang Islam di negara kita. Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan ajaran Islam. Saya belum habis fikir, mengapa boleh berleluasanya kes murtad yang cuba diselindungi sesetengah pihak. Saya tidak menulis soal politik, tetapi soal agama. Di dalam kitab al-Quran, orang yang murtad boleh dikenakan hukum bunuh. Kitab al-Quran adalah kalam Allah yang tidak ada keraguan lagi padanya. Tetapi kenapa kita tidak menjalankan hukuman tersebut di negara ini? Sekiranya seorang murtad dijatuhi hukuman bunuh, pasti yang lain-lain tidak mahu murtad. Paling tidak, mereka akan memberontak, tetapi masih beragama Islam. Orang yang mati dalam Islam adalah lebih baik daripada mati dalam keadaan kafir.

Apa pun, perlu kita ingat. Orang yang murtad atau mahu murtad ini bukanlah jahat sebenarnya. Tidak ada manusia yang dilahirkan dalam keadaan yang semula jadi jahat. Mereka cuma perlukan bimbingan dan banyak faktor yang menyebabkan mereka mengambil keputusan sedemikian. Bukanlah tujuan kita untuk menghukum dan mengeji mereka atas perbuatan tersebut, tetapi kita perlulah menjalankan tanggungjawab kita sebagai muslim untuk mengajak mereka menyembah Tuhan yang satu.

Kita perlu benar-benar mengenali isi hati golongan ini, dan menggunakan pendekatan yang baik. Jika gagal juga, maka setidaknya golongan ini perlu diberikan pengajaran supaya tidak turut mengajak umat Islam yang lain menjadi murtad. Ini cumalah pendapat peribadi saya, setiap orang mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.

Sebenarnya kita tidak perlu terlalu risau dan mengeji mereka yang murtad. Jika kita tidak mahu membantu mereka kembali kepada ajaran Islam, jangan mengutuk mereka. Tinggalkan sahaja mereka. Jika mereka yang murtad tidak mahu menjadi sebahagian daripada keluarga kita, biarkan sahaja mereka kerana Allah sendiri telah berjanji dalam al-Quran bahawa sesiapa yang murtad, Allah akan menggantikannya dengan kaum yang lebih hebat dan lebih baik. Ramai muallaf yang sebenarnya lebih maju dan berjaya daripada kaum Melayu, kerana itu adalah janji daripada Allah. Lihat sahaja contoh-contoh jurutera, doktor, arkitek, pendakwah bebas yang terdiri daripada golongan muallaf.

Semua ini adalah petanda bahawa janji Allah itu adalah benar dan pasti. Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah kamu dustakan?



Monday, 24 February 2014

Photoshop: Vector Yourself!



Alhamdulillah, video yang saya buat baru-baru ini iaitu CHECKLIST mendapat respons yang positif daripada yang menonton. Insha Allah, saya akan menghasilkan video yang lain pada lain masa. Baru-baru ini, saya sudah install software Adobe Illustrator ke dalam laptop, tetapi masih belum pandai menggunakannya. Boleh sesiapa cerita sikit apa bezanya Illustrator ni berbanding Adobe Photoshop? 

Baiklah. Pendek cerita, selepas pulang daripada kerja, saya cuba hasilkan beberapa vector diri saya sendiri dan rakan-rakan. Rupa-rupanya tak adalah susah mana nak hasilkan vector ni. Part hidung dan gigi tu memang saya skip sebab macam susah je. Kita cuma perlu bermain dengan Pen Tool sahaja. Warna pun jika malas guna brush, boleh terus warnakan melalui Paint. Dan hasilnya adalah seperti yang di bawah.


Sejak bila pula saya jadi putih semacam ni?

Wani Nadhra Zafira

Anis Nabila Zamri

Jadi macam mana? Apa pendapat anda tentang vector ni? ^^

Sunday, 23 February 2014

Filem Pendek: Checklist


Video ini mengisahkan tentang kehidupan seorang perempuan yang sentiasa mendapatkan apa yang dimahukannya. Dia boleh melancong ke mana-mana sahaja yang hendak dia pergi. Pendek kata, kehidupannya memang sempurna. Dia pun membuat satu senarai semak (checklist) aktiviti-aktiviti yang hendak dilakukannya. Masa silih berganti dan akhirnya dia sendiri bosan dengan hidupnya. Dia tahu sesuatu sedang hilang daripad dirinya. Sehingga akhirnya dia menemui al-quran di biliknya dan kebetulan terdengar terjemahan surah Al-Asr di radio. Setelah itu, barulah dia sedar bahawa selama ini dia terlalu sibuk mengejar kehidupan duniawi sehingga lupa kepada cinta Agung Allah SWT yang sepatutnya diraih.

Video kali ini dihasilkan buat pertama kalinya menggunakan Power Director. Sebelum ini saya lebih suka untuk menggunakan Corel Video Studio Pro kerana lebih cepat dan mudah, tetapi malangnya saya secara tidak sengaja telah uninstall software itu daripada laptop saya. Saya masih keliru untuk mengawal volume menggunakan Power Director dan proses menyimpan memakan masa yang cukup lama meskipun video ini cuma sekitar lima minit. Kalau guna Corel, sekejap sahaja. 

Bercakap tentang penghasilan Checklist ni, saya cuma mengambil balik video-video lama yang masih disimpan dan menggabungkannya di dalam sebuah video. Lakonan yang selebihnya dirakam menggunakan kamera Samsung EK-GC100 dan memang tak banyak tunjuk  muka sebab selfie. Yalah, sekarang sudah tidak ada orang yang boleh membantu untuk buat video memandangkan adik saya sudah masuk ke MRSM Taiping dan petang tadi baru sempat menjenguknya di sana. Sekarang tinggallah saya seorang. Pelakon pun tidak ada. Susah juga nak berselfie video ni tetapi alhamdulillah dalam masa sehari dua dapat disiapkan dan target untuk publish hari ni bersamaan anniversary perkahwinan Mum dan Ayah. 

Halangan dalam menghasilkan Checklist adalah part rakaman suara. Pertama, dialog tu memang saya main cakap sahaja. Dan English accent pun memang semula jadi macam tu. Jangan dipertikaikan. Haha. Kedua, saya rakam suara dalam keadaan selesema dan sakit tekak! Lagu latar yang digunakan adalah Fun Fun Fun oleh Pharrel dan The Scientist oleh Coldplay.

Saya suka menghasilkan video meskipun video-video picisan untuk memenuhi masa lapang. Namun saya akan usahakan untuk menerapkan pengajaran dalam setiap video tersebut. Mungkin suatu hari nanti bolehlah saya rakam lakonan rakan-rakan universiti pula daripada asyik berselfie. Hehe. Moga hobi ini dikira sebagai suatu amal di sisi Allah. Insha Allah.

Jadi apa pendapat anda tentang Checklist?

Friday, 21 February 2014

ESCAPE Theme Park: Taman Tema yang Wajib Anda Kunjungi

Alhamdulillah, ketika saya membuka inbox Yahoo mail pagi tadi, pihak Virtualmalaysia.com memaklumkan bahawa artikel saya tentang percutian di ESCAPE Theme Park, Teluk Bahang, Pulau Pinang telah pun diterbitkan. Berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri, ESCAPE memang menjanjikan keseronokan buat mereka yang sangat menggemari aktiviti-aktiviti lasak. Apa yang menarik di ESCAPE? Ha, klik pada gambar di bawah untuk ketahuinya! Setelah itu, jangan lupa tinggalkan komen anda. Kepada yang sudah komen pada link tersebut, sila maklumkan kepada saya dalam entry ini supaya saya dapat berbalas komen di blog anda.


Ini adalah artikel pertama saya yang diterbitkan di Virtualmalaysia.com. Saya sudah banyak berkunjung ke tempat percutian yang menarik di sekitar negara kita tetapi tidak sempat untuk berkongsi dengan umum. Baru kali ini saya ditemukan dengan sebuah website yang berkongsi tentang info lokasi-lokasi menarik di sekitar Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Jika anda rasa artikel tentang ESCAPE ini menarik minat anda, silalah berkongsi dengan kenalan Facebook yang lain.

Sebenarnya saya sedang tidak berapa sihat dalam beberapa hari ini. Mungkin kerana keadaan cuaca yang tidak menentu atau mungkin kerana terlalu banyak makan ais-krim. Doakan urusan saya dipermudahkan, ya? Terima kasih. 

Baca cerpen terbaru: KAKTUS TIDAK BERDURI

Sunday, 16 February 2014

Salah Satu Watak Manusia yang Buruk


Apabila manusia itu ditimpa bahaya, dia menyeru (berdoa) kepada Kami (Allah), kemudian apabila Kami kurniakan nikmat dia berkata: “Hanyasanya apa yang diberikan kepadaku adalah berdasarkan pengetahuanku.” Sebaliknya dia adalah fitnah (ujian) tetapi kebanyakan mereka tiada mengetahui. Az Zumar 39: 49

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit terjemahan sepotong ayat yang dipetik dalam al-Quran surah az-Zumar ayat yang ke 49. Allah menyatakan melalui kalamnya tentang satu jenis sifat manusia yang buruk, iaitu mereka yang termasuk dalam golongan yang disifatkanNya agak pelik dan menghairankan. 

Golongan ini apabila ditimpa musibah seperti  kemiskinan, kesempitan hidup, serangan penyakit, sentiasa mengalami nasib yang malang, mereka akan menyeru, berdoa, memohon dan merayu kepada Allah agar dihindarkan daripada malapetaka tersebut. Pergantungan mereka dalam keadaan yang sulit itu diletakkan hanya kepada Allah. Allahlah tempat mereka mengadu nasib dan meminta supaya diberikan peluang kedua.

Namun apabila keadaan mereka berubah kerana dikurniakan rahmat dan nikmat daripada Allah SWT, misalnya menjadi orang yang kaya, senang hidupnya, mendapat pangkat yang baik, sifatnya serta-merta berubah pula menjadi sombong dan angkuh. Mereka mengakui bahawa segala kesenangan yang diperoleh itu adalah hasil daripada titik peluh mereka sendiri. Mereka menyebut, “Apa yang aku peroleh ini semuanya adalah atas dasar adanya ilmu pengetahuanku! Kerana kepandaianku dalam menghasilkannya, kerana ketekunanku dalam bekerja, kerana kepintaranku mengumpulkan kekayaan, kerana usahaku mendapatkan wang, mendapat nasihat doktor, mendapat perubatan untuk menjaga kesihatan, menabung pendapatan sebanyak mungkin, sehingga aku menjadi kaya dan bersenang-lenang!”

Foto carian Google

Mereka inilah termasuk dalam golongan manusia yang digambarkan Allah sebagai manusia yang mempunyai watak yang buruk, keperibadian yang bertentangan lagi menghairankan, kerana dalam situasi yang pertama dia bersungguh-sungguh meminta pertolongan kepada TuhanNya manakala dalam situasi kedua pula dia melupakan TuhanNya, bahkan sehingga memutuskan hubungan nikmat yang diterima dengan Tuhan yang mengurniakannya. Dia mendakwa dirinyalah yang pandai, rajin, dan atas usaha sendirilah dia mendapatkannya.

Padahal golongan ini tidak menyedari bahawa kurniaan yang diterimanya itu merupakan satu fitnah kepadanya. Fitnah yang berbentuk ujian. Dia diuji oleh Allah adakah dia mahu bersyukur, mahupun menjadi kufur? Adakah dengan segala nikmat yang Allah berikan itu dia akan menjadi seorang hamba yang taat, atau hanya berbuat maksiat? 

Hal seperti ini, banyak di antara kita yang tidak mengetahuinya. Inilah yang dinamakan istidraj. Istidraj merupakan perkara yang dibiarkan oleh Allah kepada seseorang untuk memperolehnya, untuk dijadikan ujian. Oleh itu mereka yang membangga-banggakan diri sendiri setelah mengecapi sesuatu kejayaan adalah termasuk dalam kalangan orang yang tidak memahami hakikat nikmat Tuhan yang sebenarnya.

Ayuhlah membuat refleksi diri, muhasabah kembali diri masing-masing. Apabila kita mendapat kejayaan, adakah kita bersyukur kepada Tuhan? Atau hanya berbangga dengan diri sendiri? 

Perbaiki diri, sambil ajak orang lain ke arah kebaikan.

Sumber rujukan : Tafsir Al-Quran Juz 24 oleh Ahmad Sonhadji Mohamad


Saturday, 15 February 2014

Deja Vu Dalam Islam



“Tidak suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan dirimu, kecuali sudah ada dalam kitab sebelum Kami jadikannya.” Al-Quran surah Al-Hadid ayat 22. 

Saya begitu berminat dengan hal yang berkaitan dengan deja vu ini. Pernah atau tidak anda mendengar perkataan deja vu sebelum ini? Deja vu adalah satu keadaan yang mana kita tiba-tiba rasa bahawa kita pernah mengalami situasi yang sedang terjadi sebelum ini. Kita akan cuba mengingat kembali bila dan di mana peristiwa terjadi namun sesuatu seolah-olah menghalang minda kita untuk cuba mengingatinya. 

Sudah berkali-kali perkara ini terjadi kepada saya dan saya juga yakin, anda yang membaca juga pasti pernah mengalaminya. Seorang sahabat pernah memberitahu saya bahawa deja vu ini mungkin lebih kerap terjadi dalam kalangan wanita. Betulkah begitu? 

Saya sekadar ingin berkongsikan pelbagai jenis pendapat dan bacaan saya dalam isu deja vu ini dan kaitannya dalam Islam. Deja vu terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu ‘pernah mengalami’, ‘pernah merasakan’, dan ‘pernah mengunjungi’ sesuatu tempat itu sebelumnya. Banyak saintis Barat dan saintis Islam yang mengeluarkan pendapat masing-masing tentang deja vu. Menurut kajian juga, sebanyak 70 peratus daripada penduduk bumi pernah mengalami deja vu. Apa pun sebagai umat Islam, pokok pangkalnya kita perlulah merujuk terlebih dahulu kepada al-quran. 

Foto carian Google

Deja vu berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud harfiah (already seen), iaitu pernah melihat sebelumnya. Menurut Syeikh Hisham Kabbani, seorang sufi Islam, deja vu terjadi kerana jasad fizikal kita mempunyai hubungan yang sangat erat dengan spiritual yang sudah tertulis di luh mahfudz. 

Menurut kajian seorang doktor Mesir, Professor Ahmad Syauqi Ibrahim yang menulis buku berjudul Misteri Potensi Gaib Manusia, deja vu mempunyai kaitan dengan aktiviti manusia ketika sedang tidur. Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa tidur itu ibarat mati sekejap. Baginda Rasul sendiri menyebutkan bahawa tidur itu merupakan satu kematian kerana ketika tidur, tubuh tidak mengandungi roh. Pernahkah kita tertanya-tanya ke mana sebenarnya roh kita menghilang sewaktu kita sedang tidur? Saya sering tertanya-tanya tentang hal ini. 

Pendapat Prof. Ahmad Syauqi menyatakan bahawa ketika kita sedang tidur, roh kita keluar daripada tubuh dan menuju ke alam roh, tidak kiralah sama ada masa silam ataupun masa hadapan, tetapi masih berhubungan dengan tubuh badan kita. Saya rasa mungkin itulah sebabnya kadangkala kita pernah melihat mata orang yang sedang tidur bergerak-gerak dan ada juga yang setengah terbuka. Wallahu alam bissawab.

Prof. Ahmad Syauqi membuat teori bahawa roh mampu bergerak dengan sangat pantas, bahkan mungkin lebih pantas daripada kelajuan cahaya. Saat roh kembali ke dalam tubuh, pengalaman yang dialami oleh roh pada masa silam atau masa hadapan kita secara tidak langsung akan tersimpan ke dalam otak. Pengalaman tersebut kadang-kadang akan berulang dalam dunia nyata dan mempengaruhi minda sedar kita. 

Tidak mustahil juga deja vu terjadi kerana Allah telah menceritakan imbasan perjalanan hidup kita di alam roh ketika kita berada di dalam rahim dulu. Tetapi, apa yang kita ingati mungkin cuba sedikit sahaja daripada apa yang telah disampaikan oleh Allah kepada roh kita.  Seorang ustaz pernah menceritakan kepada saya bahawa sebelum kita hidup, roh memang sudah ada dan berkumpul di satu tempat (alam roh). Mungkin di alam roh kita pernah berkomunikasi dengan roh-roh yang lain, oleh itu wajarlah jika kita tiba-tiba rasa bahawa kita pernah berjumpa seseorang sebelum ini, tetapi tidak tahu bila dan di mana. 

Professor Muhammad Al Ghazali melalui kitabnya Jaddik Hayaatak (Perbaharuilah Hidupmu) menyatakan bahawa tidak ada apa yang baru di dalam hidup ini. Bererti deja vu yang terjadi kepada kita adalah deja vu yang realiti dan bukannya ilusi semata-mata. Jika dikaji tentang tamadun manusia, semua yang terjadi sememangnya berulang-ulang. Perdamaian, peperangan, keadilan, kezaliman, semua yang terjadi kepada kita sememangnya satu putaran. 

Saya berikan pula contoh lain tentang deja vu ‘pernah mengunjungi’. Mungkin ketika kita berumur 2 tahun, ibu bapa kita pernah membawa kita ke Zoo Taiping tetapi tidak pernah memberitahu kepada kita tentang hal tersebut dan tidak pernah langsung mengambil gambar kenangan di sana. Apabila kita sudah mendirikan rumah tangga, kita pula yang membawa anak-anak ke Zoo Taiping. Dan secara tiba-tiba kita berasa bahawa kita pernah mengunjungi tempat itu sebelum ini sehingga kita tahu secara terperinci daripada jalan masuk sehinggalah jalan keluar. Itulah deja vu yang logik dan mampu diterima akal. 

Foto carian Google

Adakah para rasul mendapat deja vu? Jawapannya tidak sama sekali. Para rasul menerima wahyu, mukjizat dan kelebihan di sisi Allah SWT. Rasul tidak mengetahui masa lalu ataupun masa hadapan melainkan apa yang telah disampaikan oleh Allah kepada mereka. Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini perkara ini. Rasul bukanlah seorang yang mistik ataupun ajaib. Mereka merupakan golongan yang telah dipilih oleh Allah untuk mendapat wahyu dan syariat dan diperintahkan untuk menyampaikannya kepada ummat. 

Apa pun penerangan yang saya sampaikan tentang deja vu ini hanyalah melalui perspektif Islam. Banyak lagi teori-teori lain yang berkaitan dengan sains dan kepercayaan mistik. Kita perlu sentiasa ingat, bahawa kita semua ini sebenarnya sedang berada dalam keadaan “tidur”. Semua yang kita alami di atas muka bumi ini hanyalah mimpi dan bukannya nyata. Kita perlulah sentiasa beringat bahawa dunia hanyalah mimpi. Akhirat adalah realiti yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Ketika kita mengalami deja vu, mungkin itulah hikmah yang Allah cuba sampaikan supaya kita lebih berhati-hati dalam segala perbuatan kita dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfudz)" Al-Quran surah Al-An’am ayat 59.

Banyak lagi misteri yang tidak mampu terungkap di dunia ini, hanya Allah yang mengetahuinya. Tugas kita, adalah menjalankan kehidupan sebagai khalifah yang menyampaikan kebenaran kepada orang lain. Allahu akbar.

Friday, 14 February 2014

Biarkan Jarimu Menjadi Saksi Di Akhirat Nanti



Suatu Maghrib, saya berada di surau seperti biasa untuk berjemaah bersama-sama rakan-rakan yang lain. Seperti biasa, setiap kali selepas solat Maghrib imam akan berzikir sebelum berdoa. Pada hari itu, imam yang terdiri daripada senior tingkatan lima berzikir agak panjang. Antara zikir yang dibacakannya adalah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar semuanya 33 kali. Sedang mulut terkumat-kamit memuji keagungan Tuhan, tangan kanan saya tiba-tiba ditarik oleh seorang rakan yang duduk di sebelah saya. 

Saya berasa hairan namun tidak berkata apa-apa melainkan terus berzikir. Rakan saya itu menggerakkan jari-jemari saya sehingga seolah-olah membentuk pergerakan tersendiri. Jari-jemari saya bergerak menyentuh jari sendiri. Beberapa tika kemudian barulah saya dapat menangkap bahawa dia sedang mengajar saya salah satu cara untuk bertasbih dengan menggunakan jari. Setelah itu barulah saya tahu tentang kewujudan sebuah hadis ini. 

“Abdullah bin ‘Amr berkata: “Saya melihat cara Rasulullah menghitung tasbih dengan melipat-lipatkan jari-jari dengan menggunakan tangan kanannya” - diriwayatkan oleh Abu Dawud (1/235) dan At-Tirmidzi (4/255), ia menghasankannya.


Semenjak hari itu, saya sering bertasbih dengan menggunakan jari kerana amalan ini merupakan sunnah Rasulullah. Kita bukan hanya boleh bertasbih dengan menggunakan biji-biji mutiara mahupun tasbih digital, tetapi menggunakan jari jemari sendiri. Jika kita melihat pada tapak tangan masing-masing, terdapat 15 bahagian lipatan pada sebelah tapak tangan, iaitu nombor ganjil. 

Kita memang sedia tahu bahawa nombor ganjil memang disukai dalam Islam. Buktinya, Allah SWT itu sendiri satu dan tidak ada sekutuNya yang lain. Satu merupakan nombor ganjil. Oleh itu, ternyata Allah menciptakan rahsia-rahsia nombor ganjil ke atas tubuh badan kita supaya kita memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Disebutkan juga bahawa jari-jemari kita inilah yang akan ditanya dan bercakap sebagai saksi amalan tasbih kita kelak di akhirat nanti. Bayangkan jika jari kita berkata, “Tuanku telah memanfaatkanku setiap hari dengan menggerakkanku untuk menghitung nama-nama suciMu yang disebutkannya.” Allahu akbar. 

Adakah anda ingin mengetahui satu lagi hal yang boleh menyebabkan jari kita memberi pengakuan positif kepada Allah di akhirat kelak? Blog. Dalam penulisan blog, kita boleh berdakwah. Kita boleh mengajak pembaca untuk mendekati jalan Allah. Kita menulis sesuatu yang bermanfaat untuk ummah. Apabila pembaca membaca penulisan kita, mereka akan berasa tertarik dengan keindahan Islam dan berusaha untuk berubah. Kelak jari-jemari kita akan bersaksi kepada Tuhan bahawa tuannya telah menaip bait-bait kata yang mengajak orang lain untuk mendapatkan cintaNya. 

Begitu juga dengan media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Katakan kita menaip perkataan-perkataan yang buruk dan berunsur negatif, maka jari-jari kita akan bersaksi di hadapan Tuhan tentang apa yang telah kita lakukan itu. Saya sering melihat status pengguna media sosial yang berbunyi begini, “Tak perlulah nak tulis benda-benda nasihat dan agama jika diri sendiri tidak mengamalkannya.” Masha Allah. 

Setiap orang tidak sempurna. Meskipun mereka tidak mengamalkan apa yang mereka sampaikan, mereka tetap mendapat manfaatnya sekiranya berjaya membuat orang lain berubah. Islah nafsaka, wad’u ghairak. Perbaiki diri, sambil ajak orang lain ke arah kebenaran.

Tangan Afza dan Irfan
Jari kita memainkan banyak lagi aspek penting dalam kehidupan seperti ketika memasak dan menjahit. Yang penting, apa yang kita lakukan semuanya perlu berlandaskan redha Allah. Jika memasak untuk suami, bukankah pahalanya sudah cukup banyak? Daripada potong sayur, kopek bawang sehinggalah terhidangnya masakan yang lazat. Insha Allah semuanya akan dihitung sebagai amalan.

Jari-jemari kita jugalah yang mungkin kita gunakan dengan niat yang salah misalnya mencubit dan menjentik orang lain dengan sengaja untuk menimbulkan kemarahannya. Rasulullah sama sekali melarang kita untuk menimbulkan kemarahan orang lain. Dalam satu hadis lain baginda berpesan, "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang menyala-nyala dalam hati anak Adam.” Mungkin kita tidak pernah menduga apa yang boleh terjadi akibat penyalahgunaan jari-jemari sendiri.

Jari hanyalah sebahagian daripada anggota badan. Dan anggota badan hanyalah sebahagian daripada luasnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Apa pun yang kita lakukan dengan anggota badan kita lakukannya lillahi taala. Kelak di akhirat tubuh badan kita pasti menjadi saksi atas segala amal baik dan buruk kita.

“Bacalah oleh kalian Tasbih, Tahlil dan Taqdis, dan jangan lupa memohon rahmat Allah, dan hitunglah dengan jari-jari tangan kerana nanti di akhirat jari-jari tersebut akan ditanya dan nantinya akan berbicara dan menjawab”. (HR. Ibn Abi Syaibah, Abu Dawud dan at-Tirmidzi)

Wednesday, 12 February 2014

Ibrah From The Past - SPM Leavers



Have you ever wondered how’s your life going to be in another ten more years? Or you just do not even care to think about it? I always love reminding myself with this quote, “Life is like the ice-cream. Enjoy it before it melts.”

I am currently waiting for my SPM results next month. After leaving the school, everything just turned weird and totally different. I know some of you might feel the same way as me. We’re trying to adapt life without teachers, friends, homework and all the teen stuff. Some of us are very lucky to continue their studies in certain universities. The rest of us might be working, travelling or even just staying at home etc.

I am pretty sure that we all love to look at the past and think about our childhood or school memories. This is because we are new to this ‘no-school’ surroundings and all we need is just some time to move on. Maybe you will upload a lot of photos of you and your friends on the Instagram, Facebook or Twitter to remind yourself of how sweet your teenage life was before. You love to tweet about how much you miss the school and your best friends. You will try to set up a date with your besties. And you just cannot get rid of the funny memories you had with them. Every moment you spent thinking about your friends.

On the contrary, have you ever wondered how much your friends miss you? What are they doing right now? Maybe they are missing you. Or maybe they have already moved on with their lives to seek for a better future.  You see, there is no wrong in thinking about your school or the past. But you should know that we cannot live in the past. The time is running fast. Day by days, week by weeks, we are actually growing up. We’re eighteen now.

Aren’t we supposed to talk about more mature issues? We should be discussing about what we have done for the past eighteen years for our religion and the nation. We should be focusing on the present and the future. Ask yourself, what you have contributed to Islam and Malaysia all this while.

When Sultan Muhammad Al-Fateh was nineteen, he ruled a kingdom. Maybe we can’t achieve such a superior achievement as his, but we should at least try to do something worthy. We are the country’s hope. We are meant to be leaders. But how is that supposed to be if we keep living in the past?

Via instagram @nurinasoib

Take ibrah from the past. Ibrah is the positive value that you have learned all this while. In school, there are lots ibrah that we can take. If we screwed up in school, then we need to fix what we have done before. If we were too busy studying and missed our prayers, this is the best time for us to take a step closer to Allah SWT. For those who just got your driving license, why don’t you drive around to any welfare house to help those in need? There is a lot of ways to help the ummah. Everything lies in our hands. We need to determine what’s best for us, not the past.

Instead of discussing about gossips, games, movies, we should try to do some research on what’s really happening to Islam around the world. Religion is our faith. Without faith, we’re doomed. Lots of people around the world are trying to destroy this faith that we have. Take a look at Palestine for example. Muslims are controlled. Our brothers and sisters live in fear every day. Alhamdulillah,we live in a peaceful country Malaysia. But how about them? What is really happening to them? How much do they suffer? When those people will stop torturing them? Masha Allah. We need to know a lot more about the world.

Wait, stop. What about Malaysia itself? I mean what about Muslims in Malaysia? This faith that we have, is getting disappeared slowly. Women are not wearing their hijab. Men are not going to the mosque even when it’s Friday. Teenagers spend their days at the shopping malls. Everything is going so wrong.

My point is, we should try to open wide our eyes to look at what’s really happening around us and what we can contribute for a better future. We’re eighteen, and we should be more mature. School life was totally awesome and we learned a lot. What we can do and what we cannot. Teachers taught us not only class lessons but also life lessons. They shared their experiences until they become who they are today. Friends have shared a lot with us. We learned how to solve problems and we learned about trust.

There’s so much ibrah that you can take. There’s so much things that you can do now. The past is just something to teach you about ibrah. When you get your lesson, live your life preciously. Let me give you a quote from Sai Baba, "What matters is to live in the present, live now, for every moment is now. It is your thoughts and acts of the moment that create your future. The outline of your future path already exists, for you created its pattern by your past."

Just a short message for today. And enjoy this video. ^^

Saturday, 8 February 2014

4 Perkara Yang Membuatkan Nabi Adam Cemburu Pada Kita



Tahukah anda kisah tentang Nabi Adam mencemburui kita semua? Kisah ini diceritakan oleh Imam Masjid Kulim dalam salah satu program surau tidak lama dahulu. Saya paling suka kisah Nabi Adam ini. Ketika baginda rasul sedang melakukan perjalanan Israk dan Mikraj, diceritakan bahawa baginda berjumpa dengan Nabi Adam. Lalu Nabi Adam pun memberitahu Rasulullah tentang empat perkara yang membuatkannya cemburu kepada kita semua, iaitu umat Nabi Muhammad. Allahuakbar. Manusia pertama yang diciptakan di muka bumi ini pun boleh cemburu terhadap kita. Kenapa?

Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s. telah berkata, “Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku.” Empat kemuliaan tersebut adalah:

1. Taubat. Masih ingatkah lagi kita tentang peristiwa Nabi Adam dan Siti Hawa memakan buah yang terlarang di syurga sehingga menimbulkan kemurkaan Allah? Disebabkan dosa tersebut, mereka berdua telah dikeluarkan dari syurga sehinggalah akhirnya taubat Nabi Adam diterima ketika nabi berada di Kota Mekah. Nabi Adam menambah, taubat kita, umat Muhammad pula diterima oleh Allah di mana-mana sahaja pada bila-bila masa selagi nyawa dikandung badan. Allahu akbar. Begitu istimewanya kita umat Muhammad.

Foto carian Google

2. Pada awalnya Nabi Adam diberikan pakaian yang sempurna, tetapi apabila nabi melakukan kesalahan Allah SWT menelanjangkannya. Padahal umat Muhammad melakukan dosa dengan bertelanjang, (berzina) tetapi Allah SWT masih menganugerahkan kita dengan pakaian. Subhanallah. Allah Maha Penyayang.

3. Ketika Nabi Adam berbuat dosa, Allah memisahkannya dengan isterinya Siti Hawa. Tetapi apabila kita berbuat dosa, kita masih bersama dengan ahli keluarga kita. Bayangkan sahaja, Siti Hawa dihantar ke tempat yang sangat jauh daripada Nabi Adam sehinggalah akhirnya mereka berdua bertemu kembali di Padang Arafah. Tetapi kita? Jika kita buat sebarang jenis kesalahan pun, esok pagi masih lagi dapat menatap muka-muka insan yang disayangi. Alhamdulillah.

Foto carian Google

4. Apabila Nabi Adam derhaka kepada Allah, nabi telah dikeluarkan dari syurga. Tetapi apabila kita derhaka kepada Allah, dan akhirnya kita bertaubat, kita tetap akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah.

Apabila mendengar kisah yang disampaikan ini, saya berasa sungguh bertuah kerana telah dipilih sebagai salah satu daripada umat Nabi Muhammad. Ini baru sedikit daripada kisah-kisah kelebihan kita sebagai umat baginda. Sebenarnya banyak lagi syafaat yang bakal kita peroleh lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Oleh itu, seharusnya kita semua bersyukur yang tidak terhingga kerana mempunyai Nabi Muhammad yang sangat menyayangi kita. Selawat ke atas baginda rasul, keluarga dan para sahabat baginda. Semoga Allah mengurniakan kedudukan  yang tinggi dan terpuji kepada Nabi Muhammad seperti yang telah Allah janjikan. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji.

Friday, 7 February 2014

Jordan The Cupcat



Anak kucing ini baru sekitar dua minggu. Saya berikan namanya Jordan sebab saya teringin hendak pergi ke Jordan satu hari nanti, insya-Allah. Saya sengaja kongsikan ragam Jordan apabila tuannya memasukkannya ke dalam cawan untuk sesi fotografi. Hehe. Ada satu gambar, Jordan siap kenyit mata lagi. Tolong backlink ya jika hendak copy gambar Jordan.












Wednesday, 5 February 2014

Patung Lilin di I-City Dibakar!



Pagi tadi sewaktu hendak membuka peti inbox Yahoo, saya terbaca satu berita yang dipaparkan di halaman utama Yahoo Malaysia iaitu tentang kes sabotaj yang terjadi kepada patung-patung lilin di I-City. That explains why my family and I were not allowed to enter the Red Carpet at I-City last week. Patutlah kami tidak dibenarkan masuk, dengan alasan Red Carpet ditutup buat sementara waktu kerana kerja penyelenggaraan. Rupa-rupanya, lebih daripada 10 patung replika selebriti terkenal dunia yang diperbuat daripada lilin telah dibakar! Masha Allah.




Melalui video yang semakin mendapat perhatian ramai, tiga orang suspek telah disyaki terlibat dalam kes sabotaj ini. Kes ini dilaporkan terjadi sekitar awal pagi Rabu yang lepas. Saya dan keluarga pula baru sahaja melawat I-City pada hari Sabtu yang lalu, tiga hari selepas kes kebakaran tersebut agaknya. Pada awalnya, memanglah agak aneh mengapa Red Carpet di I-City itu tiba-tiba ditutup. Pihak pengurusan cuma benarkan pengunjung untuk bergambar dengan patung-patung lilin di luar ruang pameran dengan bayaran RM4 jika tidak salah saya. Terkejut pula saya membaca khabar ini.

Ura-ura ada mengatakan bahawa isu sabotaj ini adalah bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Yalah, I-City disasarkan menjadi tumpuan utama pelancong yang datang melawat negara kita. Oleh itu, wajarlah jika tempat tersebut dijadikan sasaran sabotaj oleh segelintir pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kemudahan yang terdapat di I-City tersebut. Namun, alasan sebenar mengapa pihak pensabotaj melakukan tindakan terbabit masih belum dapat kita ketahui. Wallahu alam bissawab.

Proses untuk memperbaiki semula kerosakan dijangka mengambil masa selama 2 bulan. Orang ramai yang telah membuat bayaran tiket dimaklumkan boleh menunda tarikh kunjungan atau menuntut kembali wang anda di kaunter Red Carpet I-City. Saya pasti, patung-patung yang dibakar tersebut menelan belanja sebanyak ratusan ringgit. Ah, sedihnya.

Walaupun Malaysia diuji dengan ujian sebegini rupa, harapnya kita masih tidak berpatah semangat kerana di negara kita terdapat banyak lagi tempat-tempat pelancongan lain yang boleh menarik perhatian pengunjung. Meskipun 10 patung lilin telah dibakar, banyak lagi daya tarikan lain yang disediakan di seluruh negara. Insha Allah, harapnya Tahun Melawat Malaysia 2014 akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari seantero dunia.

Mudah-mudahan Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada mereka yang berniat jahat dan tidak senang melihat kesenangan negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia pula, tidak perlulah menghukum pihak-pihak pensabotaj dengan caci maki dan pelbagai tohmahan sebaliknya kita tunjukkan betapa kuatnya masyarakat negara ini. Kita perlu tunjukkan keluhuran budi bahasa dan kesantunan yang dipegang dalam rukun negara. Bukan tugas manusia yang menghukum, tetapi Allah jua yang selayaknya menurunkan hukuman.

From my Instagram @nurinasoib

Tuesday, 4 February 2014

Dan Pemenangnya...



Alhamdulillah, setelah selesai meninjau kesemua penyertaan daripada para peserta Giveaway World Hijab Day, akhirnya keputusan telah pun dibuat. Insha Allah, keputusan adalah muktamad dan diharapkan kesemua peserta berpuas hati. Oleh itu, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh peserta giveaway kita, iaitu pengumuman pemenang. Sebelum itu, saya mengucapkan terima kasih kepada para peserta dan syabas kepada para pemenang. 

Bagi kategori entry menarik, tiga blogger bertuah ini telah dipilih kerana kriteria entry yang menepati cita rasa penganjur. Penerangan mereka menarik dan disampaikan dengan hikmah. Pemenang akan menerima hadiah barangan bernilai RM 50 setiap seorang tajaan N’s Asia Enterprise. Drum roll please. Eheh. Pemenangnya ialah: 

1) 55 - Yumida Huda
2) 57 - Diya Ariana

Tahniah diucapkan kepada mereka. Seterusnya, untuk hadiah sampingan, pemenang dipilih secara random. Siapa tahu andalah yang bertuah? Sila periksa nombor anda di bawah.

1. Novel Single Unavailable berserta autograf penulis : Nombor 7, 12, 25, 38, 49
2. Shawl x 3 oleh Maznizam Adha : Nombor 8, 21, 34
3. Tudung bawal x 2 oleh Syaz: Nombor 10, 53
4. Sepit rambut, kerongsang, mini lipstick x 3 oleh Cik Na: Nombor 13, 15, 48
5. Keychain nama bantal x 3 oleh Athirah: Nombor 4, 9, 17
6. Naturgo mask x 3 oleh Diari Hati: Nombor 22, 43, 45
7. DIY Fabric Sticker x 3 oleh Farahdeena Fisal: Nombor 27, 33, 44
8. Bloglist 2 bulan x 10 oleh Hana Jalil: Nombor 6, 18, 19, 23, 24, 30, 35, 39, 46, 50
9. Review blog x 5 oleh Hana Jalil: Nombor 26, 16, 31, 41, 54
10. Edit blog x 1 oleh Hana Jalil: Nombor 37
11. Topup
* RM 10 x 3 oleh Princess Ayuni: Nombor 20, 47, 58
* RM 10 x 1 oleh KJZ: Nombor 56
* RM 5 x 2 oleh Maznizam Adha: Nombor 3, 11
* RM 5 x 2 oleh Ian Faizal: Nombor 14, 29
* RM 5 x 2 oleh Nur Marini: Nombor 32, 36
* RM 5 x 2 oleh Eyqa Yushaiza: Nombor 40, 42
* RM 5 x 2 oleh Clara: Nombor 51, 52

* Boleh rujuk blog sponsor di bahagian kanan sidebar.

Bagaimana? Sudah bertuah? Sebenarnya, hadiah bukan terhad di atas sahaja. Saya telah menambahkan lagi 2 kategori untuk pemenang iaitu kategori Top Referral dan Penyertaan Terawal. Tadaa. Sengaja saya menambah hadiah baru untuk anda. Buat pemenang Top Referral, anda akan menerima hadiah bonus daripada saya manakala dua Penyertaan Terawal akan menerima kerongsang. Berikut adalah pemenangnya:

Top Referral : 5 - Syira Lokman
Penyertaan Terawal : 1Miss Wawa dan 2Mawar Berduri

Berakhirlah sudah pengumuman pemenangnya. Seperti yang saya pernah janjikan pada entry giveaway sebelum ini, saya akan usahakan untuk mencari pemenang sebanyak mungkin. Dan alhamdulillah, rezeki Allah menghantar bantuan daripada sponsor untuk melengkapkan pemberian hadiah kepada SEMUA PESERTA sebenarnya. Saya sudah memastikan bahawa semua nombor peserta giveaway ada tertera di atas. Meskipun hadiahnya tidak seberapa, itulah yang mampu kami berikan sebagai balasan kepada mereka yang berminat menyokong World Hijab Day baru-baru ini. Alhamdulillah. Ada nombor yang tertinggal? Maklumkan pada saya ya, sekiranya terlepas. Hehe.


CARA MENUNTUT HADIAH


Kepada pemenang yang menerima hadiah barangan pos, terdapat beberapa pemenang yang telah pun menghantar alamat rumah mereka kepada e-mel saya nurina24@ymail.com sebelum ini untuk penerimaan bookmark percuma. Data mereka masih saya simpan dan akan saya berikan kepada pihak sponsor untuk urusan penghantaran. Kepada mereka yang masih belum submit nama dan alamat rumah, silalah submit kepada nurina24@ymail.com  dengan kadar yang segera untuk menuntut hadiah supaya tidak membebankan pihak sponsor kelak. 

Kepada mereka yang menerima hadiah DIY Fabric Sticker daripada Farahdeena Fisal, pihak sponsor memohon supaya pemenang menghantar e-mel kepada farahdeenafisal@yahoo.com . Kepada pemenang yang menerima hadiah berbentuk barangan blog oleh Hana Jalil, saya akan submit alamat blog anda kepadanya. Anda boleh juga berurusan secara langsung dengan Hana Jalil melalui Facebook.  Dan kepada mereka yang menerima hadiah berupa topup, sila submit nombor bertuah anda berserta nombor telefon ke Facebook saya atau e-mel nurina24@ymail.com supaya boleh saya terus berikan kepada pihak sponsor, kalau boleh juga dalam kadar yang segera.

Kerjasama anda amatlah saya dan pihak penaja hargai. Kalau hadiah sudah ataupun lambat diterima, bolehlah maklumkan kepada saya. 

Sekali lagi, terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada para pemenang yang berjaya. Dan jutaan terima kasih kepada pihak sponsor kerana menjayakan Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku. Harapnya, boleh lagi saya adakan giveaway selepas ini mungkin. :)

Sunday, 2 February 2014

Update Giveaway World Hijab Day!


Alhamdulillah, akhirnya sepanjang 27 Januari sehingga 1 Februari 2014 ini dapat juga giveaway ini berjalan. Dan secara rasminya, saya ingin memaklumkan bahawa giveaway ini telah pun tamat. Saya sangat berterima kasih kepada pihak sponsor, para peserta dan semua orang yang membantu saya dalam menyokong giveaway ini. Mudah-mudahan, usaha kita ini dicatat amalannya sebagai saham akhirat. Ameen, insha Allah. Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua peserta Giveaway World Hijab Day yang sudi meluangkan masa untuk publish entry tentang kepentingan tudung kepada muslimah. Alhamdulillah.

Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat memberikan respons segera kepada para peserta sepanjang giveaway ini berlangsung kerana sibuk bercuti. Ehem. Dan saya juga tidak dapat meluangkan masa untuk blogwalking dalam masa beberapa hari untuk menyebarkan kepada umum tentang giveaway ni. Tetapi alhamdulillah, target saya iaitu lebih daripada 50 peserta telah pun tercapai. Dan sekarang, seperti yang dijanjikan, saya sedang mengusahakan penghantaran penanda buku percuma kepada para peserta yang telah submit alamat mereka kepada e-mel saya. 

Insha Allah, saya perlukan sedikit sahaja masa lagi untuk menapis pemenang. Oleh itu, dalam masa yang terhad ini, saya berikan sedikit ruang kepada para peserta yang masih belum memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk segera bertindak. Kepada mereka yang telah memaklumkan tentang ketiadaan Facebook atau Twitter, saya sangat mengerti dan tidak mengapa. Penyertaan anda tetap diterima. 

Saya juga telah update senarai peserta di SINI untuk rujukan semua peserta. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau perubahan bolehlah dimaklumkan dengan kadar segera. Saya telah selesai menjenguk semua blog peserta dan pasti akan memaklumkan pemenangnya dalam masa terdekat. Pemilihan pemenang untuk entry-entry yang asli dan menarik akan dinilai sendiri oleh saya manakala selebihnya akan ditentukan secara rawak. Saya berharap, segala syarat-syarat penyertaan telah pun anda patuhi. 

Sekali lagi, terima kasih kepada para sponsor yang membantu dan semua yang sudi meluangkan masa anda untuk giveaway saya ini. Moga Allah berkati kita semua, insha Allah. Saya memohon maaf atas segala salah silap saya sekiranya ada sepanjang giveaway berlangsung. Nantikan ya pengumuman pemenangnya! 

Saturday, 1 February 2014

1st of February: World Hijab Day

Emma (Christian) going off to school this morning to support her Muslim sisters for World Hijab Day. -Kerri Jo Stewart (mom)
Let us support the World Hijab Day. Even the non-muslims support the muslims by wearing hijab for today. And today is also the last day for Giveaway World Hijab Day so don't miss the chance for winning great prizes. Hurry up and submit your participation before 11.59 pm!

Posted via Blogaway