Sunday 2 February 2014

Update Giveaway World Hijab Day!


Alhamdulillah, akhirnya sepanjang 27 Januari sehingga 1 Februari 2014 ini dapat juga giveaway ini berjalan. Dan secara rasminya, saya ingin memaklumkan bahawa giveaway ini telah pun tamat. Saya sangat berterima kasih kepada pihak sponsor, para peserta dan semua orang yang membantu saya dalam menyokong giveaway ini. Mudah-mudahan, usaha kita ini dicatat amalannya sebagai saham akhirat. Ameen, insha Allah. Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua peserta Giveaway World Hijab Day yang sudi meluangkan masa untuk publish entry tentang kepentingan tudung kepada muslimah. Alhamdulillah.

Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat memberikan respons segera kepada para peserta sepanjang giveaway ini berlangsung kerana sibuk bercuti. Ehem. Dan saya juga tidak dapat meluangkan masa untuk blogwalking dalam masa beberapa hari untuk menyebarkan kepada umum tentang giveaway ni. Tetapi alhamdulillah, target saya iaitu lebih daripada 50 peserta telah pun tercapai. Dan sekarang, seperti yang dijanjikan, saya sedang mengusahakan penghantaran penanda buku percuma kepada para peserta yang telah submit alamat mereka kepada e-mel saya. 

Insha Allah, saya perlukan sedikit sahaja masa lagi untuk menapis pemenang. Oleh itu, dalam masa yang terhad ini, saya berikan sedikit ruang kepada para peserta yang masih belum memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk segera bertindak. Kepada mereka yang telah memaklumkan tentang ketiadaan Facebook atau Twitter, saya sangat mengerti dan tidak mengapa. Penyertaan anda tetap diterima. 

Saya juga telah update senarai peserta di SINI untuk rujukan semua peserta. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau perubahan bolehlah dimaklumkan dengan kadar segera. Saya telah selesai menjenguk semua blog peserta dan pasti akan memaklumkan pemenangnya dalam masa terdekat. Pemilihan pemenang untuk entry-entry yang asli dan menarik akan dinilai sendiri oleh saya manakala selebihnya akan ditentukan secara rawak. Saya berharap, segala syarat-syarat penyertaan telah pun anda patuhi. 

Sekali lagi, terima kasih kepada para sponsor yang membantu dan semua yang sudi meluangkan masa anda untuk giveaway saya ini. Moga Allah berkati kita semua, insha Allah. Saya memohon maaf atas segala salah silap saya sekiranya ada sepanjang giveaway berlangsung. Nantikan ya pengumuman pemenangnya! 

9 comments:

  1. Alhamdulillah.. InsyaAllah Ilia dah patuh kesemua syarat. :)

    ReplyDelete
  2. Slow2 tw dear baca entry yg join ga ni :), byk entry yg perlu dibaca. Bkn snang nak cri pemenang. diharap pserta bersabar. ^^

    ReplyDelete
  3. Salam . Selamat menghakimi kesemua peserta. XD

    ReplyDelete
  4. Tahniah kerana banyak penyertaan :)

    ReplyDelete
  5. Alahai tak sempat join. Tahniah sebab berjalan lancar jayanya :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...Slamat menghakimi ye Nurina

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah :) harap ade rezeki :)

    ReplyDelete