“Tidak suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan dirimu, kecuali sudah ada dalam kitab sebelum Kami jadikannya.” Al-Quran surah Al-Hadid ayat 22.
Saya begitu berminat dengan hal yang berkaitan dengan deja vu ini. Pernah atau tidak anda mendengar perkataan deja vu sebelum ini? Deja vu adalah satu keadaan yang mana kita tiba-tiba rasa bahawa kita pernah mengalami situasi yang sedang terjadi sebelum ini. Kita akan cuba mengingat kembali bila dan di mana peristiwa terjadi namun sesuatu seolah-olah menghalang minda kita untuk cuba mengingatinya.
Sudah berkali-kali perkara ini terjadi kepada saya dan saya juga yakin, anda yang membaca juga pasti pernah mengalaminya. Seorang sahabat pernah memberitahu saya bahawa deja vu ini mungkin lebih kerap terjadi dalam kalangan wanita. Betulkah begitu?
Saya sekadar ingin berkongsikan pelbagai jenis pendapat dan bacaan saya dalam isu deja vu ini dan kaitannya dalam Islam. Deja vu terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu ‘pernah mengalami’, ‘pernah merasakan’, dan ‘pernah mengunjungi’ sesuatu tempat itu sebelumnya. Banyak saintis Barat dan saintis Islam yang mengeluarkan pendapat masing-masing tentang deja vu. Menurut kajian juga, sebanyak 70 peratus daripada penduduk bumi pernah mengalami deja vu. Apa pun sebagai umat Islam, pokok pangkalnya kita perlulah merujuk terlebih dahulu kepada al-quran.
Foto carian Google |
Deja vu berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud harfiah (already seen), iaitu pernah melihat sebelumnya. Menurut Syeikh Hisham Kabbani, seorang sufi Islam, deja vu terjadi kerana jasad fizikal kita mempunyai hubungan yang sangat erat dengan spiritual yang sudah tertulis di luh mahfudz.
Menurut kajian seorang doktor Mesir, Professor Ahmad Syauqi Ibrahim yang menulis buku berjudul Misteri Potensi Gaib Manusia, deja vu mempunyai kaitan dengan aktiviti manusia ketika sedang tidur. Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa tidur itu ibarat mati sekejap. Baginda Rasul sendiri menyebutkan bahawa tidur itu merupakan satu kematian kerana ketika tidur, tubuh tidak mengandungi roh. Pernahkah kita tertanya-tanya ke mana sebenarnya roh kita menghilang sewaktu kita sedang tidur? Saya sering tertanya-tanya tentang hal ini.
Pendapat Prof. Ahmad Syauqi menyatakan bahawa ketika kita sedang tidur, roh kita keluar daripada tubuh dan menuju ke alam roh, tidak kiralah sama ada masa silam ataupun masa hadapan, tetapi masih berhubungan dengan tubuh badan kita. Saya rasa mungkin itulah sebabnya kadangkala kita pernah melihat mata orang yang sedang tidur bergerak-gerak dan ada juga yang setengah terbuka. Wallahu alam bissawab.
Prof. Ahmad Syauqi membuat teori bahawa roh mampu bergerak dengan sangat pantas, bahkan mungkin lebih pantas daripada kelajuan cahaya. Saat roh kembali ke dalam tubuh, pengalaman yang dialami oleh roh pada masa silam atau masa hadapan kita secara tidak langsung akan tersimpan ke dalam otak. Pengalaman tersebut kadang-kadang akan berulang dalam dunia nyata dan mempengaruhi minda sedar kita.
Tidak mustahil juga deja vu terjadi kerana Allah telah menceritakan imbasan perjalanan hidup kita di alam roh ketika kita berada di dalam rahim dulu. Tetapi, apa yang kita ingati mungkin cuba sedikit sahaja daripada apa yang telah disampaikan oleh Allah kepada roh kita. Seorang ustaz pernah menceritakan kepada saya bahawa sebelum kita hidup, roh memang sudah ada dan berkumpul di satu tempat (alam roh). Mungkin di alam roh kita pernah berkomunikasi dengan roh-roh yang lain, oleh itu wajarlah jika kita tiba-tiba rasa bahawa kita pernah berjumpa seseorang sebelum ini, tetapi tidak tahu bila dan di mana.
Professor Muhammad Al Ghazali melalui kitabnya Jaddik Hayaatak (Perbaharuilah Hidupmu) menyatakan bahawa tidak ada apa yang baru di dalam hidup ini. Bererti deja vu yang terjadi kepada kita adalah deja vu yang realiti dan bukannya ilusi semata-mata. Jika dikaji tentang tamadun manusia, semua yang terjadi sememangnya berulang-ulang. Perdamaian, peperangan, keadilan, kezaliman, semua yang terjadi kepada kita sememangnya satu putaran.
Saya berikan pula contoh lain tentang deja vu ‘pernah mengunjungi’. Mungkin ketika kita berumur 2 tahun, ibu bapa kita pernah membawa kita ke Zoo Taiping tetapi tidak pernah memberitahu kepada kita tentang hal tersebut dan tidak pernah langsung mengambil gambar kenangan di sana. Apabila kita sudah mendirikan rumah tangga, kita pula yang membawa anak-anak ke Zoo Taiping. Dan secara tiba-tiba kita berasa bahawa kita pernah mengunjungi tempat itu sebelum ini sehingga kita tahu secara terperinci daripada jalan masuk sehinggalah jalan keluar. Itulah deja vu yang logik dan mampu diterima akal.
Foto carian Google |
Adakah para rasul mendapat deja vu? Jawapannya tidak sama sekali. Para rasul menerima wahyu, mukjizat dan kelebihan di sisi Allah SWT. Rasul tidak mengetahui masa lalu ataupun masa hadapan melainkan apa yang telah disampaikan oleh Allah kepada mereka. Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini perkara ini. Rasul bukanlah seorang yang mistik ataupun ajaib. Mereka merupakan golongan yang telah dipilih oleh Allah untuk mendapat wahyu dan syariat dan diperintahkan untuk menyampaikannya kepada ummat.
Apa pun penerangan yang saya sampaikan tentang deja vu ini hanyalah melalui perspektif Islam. Banyak lagi teori-teori lain yang berkaitan dengan sains dan kepercayaan mistik. Kita perlu sentiasa ingat, bahawa kita semua ini sebenarnya sedang berada dalam keadaan “tidur”. Semua yang kita alami di atas muka bumi ini hanyalah mimpi dan bukannya nyata. Kita perlulah sentiasa beringat bahawa dunia hanyalah mimpi. Akhirat adalah realiti yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Ketika kita mengalami deja vu, mungkin itulah hikmah yang Allah cuba sampaikan supaya kita lebih berhati-hati dalam segala perbuatan kita dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfudz)" Al-Quran surah Al-An’am ayat 59.
Banyak lagi misteri yang tidak mampu terungkap di dunia ini, hanya Allah yang mengetahuinya. Tugas kita, adalah menjalankan kehidupan sebagai khalifah yang menyampaikan kebenaran kepada orang lain. Allahu akbar.
deja vu.... syaz pon kekadang mengalami situasi camtu... seolah2 perkra yg dibuat pernah erlaku sebelumnya.... waallahualam... :)
ReplyDeletedejavu? sesutu yg kita rasa kita pernah alami dlm mimpi, tetapi masih lg kita alami di alam nyata.
ReplyDeleteminda separa sedar jalan2 mungkin.
Baru kiera faham sekarang, sering juga mengalami deja Vu ni...
ReplyDeletethank for sharing this article :D
ReplyDeletenice sharing... memang kadang2 kita rasa pernah berlaku perkara yang sama..
ReplyDeletedulu selalu sangat dapat dejavu. sekarang dah kurang.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah pagi isnin...barulah Diana faham apa itu dejavu...syukur tak pernah mengalaminya...
ReplyDeletetak pernah alami..sepanjang hidup ini???
DeletePernah mengalami. Bermimpi pergi ke suatu tempat yg dirasakan di alam mimpi. Beberapa lama selepas itu ternampak di akhbar gambar tempat yg saya pernah pergi semasa di alam mimpi itu dan ternyata tempat itu sememangnya wujud.
ReplyDeleteTu bukan deja vu tu mimpi jadi kenyataan..deja vu ni kita tak tahu asal mana memory tu..bukan dari mimpi bukan dari pengalaman..etc..
Deleteterima kasih untuk perkongsian ilmu ni. Ana pun selalu gak alami deja vu nihh..
ReplyDeleteKadang2 bukan setakat situasi sahaje..deria bau dan rasa pon ade blaku dejavo tu
ReplyDeleteDan inilah yang sedang saya rasakan di minggu minggu ini._.
ReplyDeletePernah alami,dan masih tak faham akan ini..
ReplyDeleteSy kurang faham berkenaan kenyataan yg dunia hanyalah mimpi... boleh tlg jelaskan? Tk..
ReplyDeletemaksudnya dunia ni sementara sahaja. semuanya akan hancur musnah bila tiba hari kiamat. segala yang ada di dunia tak boleh dibawa mati melainkan ilmu, sedekah jariah dan doa anak yg soleh.
Deleteakhirat nanti adalah sebenar-benar alam yang kita akan tinggal. ^^
maaf ya , jawaban yang kamu berikan , masih belum memuaskan pertanyaan saya
ReplyDeletekalau saya boleh bertanya , mengapa pas saya masih kecil saya selalu teringat menjadi orang lain di masa lampau gitu? ,,,,, terima kasih
Barangkali itu angan-angan.ataupun berangan.boleh saja kita berangan jadi yang Bukan diri kita.kalau terlebih angan-angan tidak elok juga.
DeleteSaya faham deja vu.. saya alami skang ni.. kenapa ye?? Nak tahu kenapa.. tanda nak kita berubah ke??
ReplyDeleteboleh saya tahu saya mimpi berjumpa dengan lelaki yg saya tak pernah jumpa or kenal dalam berpakaian putih dan wajahnya bercahaya ....adakah dikira dejavu jugak? apa maksudnya?
ReplyDeleteKarena saya seperti mengalami dejavu, saya mencari di internet dan menemukan penjelasan disini tentang deja vu menurut islam.
ReplyDeleteTerima kasih tulisannya
Saya kenal semua nama yg komen dalam ni... Situasi sekarang telah saya alami...maaf saya tak tahu bila dan tarikh saya mengenali tuan2... Dan komen saya ini adalah yg kedua kalinya dgn ayat dan bahasa yg sama... (Deja vu ler tu)
ReplyDeletesy selalu mimpi begini. dejavu. seminggu sekali. kdg2 mimpi. 2/3 bulan bende tu berlaku. tapi bila kita perasan bende tu kita boleh agak ape yg akan jadi lepas itu. tapi bende tu xjadi ape yg mcm kita mimpi tu hnye sesetengah keadaan je yg mengambarkan mcm dlm mimpi itu. sy masih xfaham kenapa.
ReplyDeletesaya bukan setakat Deja Vu, Astral Projection sekali.. kadang2 rasa fedup.. ada je benda ikot balik.
ReplyDeletebaru saya faham apa itu deja vu sebab benda ni kadang-kadang berlaku kat saya.
ReplyDeletebaru faham deja vu ni...Tapi seumur hidup sya, sya xprnh alami deja vu, but kwn sya prnh...bila jln2 ngn dia, dia ckap time jln2 tu seolah-olah deja vu..dia trmenung jauh je..Bgi sye pelik la, sya x prnh alami deja vu ni dan perasaan deja vu pun sye x prnh rse.....skrg baru sye phm cm mne kwn sye rse..
ReplyDeleteAbah sy di mekah skrg,buat umrah..sewa hotel,dia ckp dia mcm prnh smpai kt hotel tu..bilik yg sama,perabot yg sama,katil pon sama..katenye dia mimpi mcm prnh dtg kt hotel tu sblm brangkat ke tanah suci..Allah lebih mengetahui
ReplyDeleteAku xtaw la orang lain tapi Aku selalu kema Deja Vu ni.
ReplyDeleteTime makan tetiba kena deja vu. semua kawan cm pelik tgk aku. ye la terkejut kot. Bayangkan Mcm lebih 3 kali aku igt aku duduk siy. org depan aku buata ape. depan pinggan aku ada ape. semua sama. Aku ni jenis buat bende sama hari2. Sbb aku srlalu kena deja vu ni. Sekarang kalau tgk bende yg hampir sama aku terus buat bende tu mcm xsama takut jadi deja vu lagi. haha padahalxde pape pun. tpi rasa pelik gila la tetiba kalau kena deja vu ni haa.
mcm roh kau dudk di hari semalam. dan otak kau di hari ini. dan kau nak xnak undur kebelakang sbb nak hari kedepan.
Tapi cmtu lah. kalau jenis Manusia yg bosan ni mmg la sllu akan kena deja vu Ni. xde kje nak buat . buat bende sama je hari2 en.
sma dgn sya hahahaha
DeleteSaya sering mengalaminy jg,seperti merasa pernah ada DLM situasi,gerakan tubuh,perkataan,yg persis sama seperti telah saya alami sebelumnya,bahkan terakhir kmrn saya kembali mengalami deja vu yg persis sama,saya sempat tersadar Dan DLM hati menebak perkataan masing2 org yg pernah ad di deja vu itu.Dan ternyata semua perkataan 1 persatu org yg ad disekitar saya sama persis DG tebakan saya(tebakan krn saya merasa sdh pernah mengalami hal tersebut sblmny) wallohu 'alam
ReplyDeleteSaya juga pernah mengalami "saya pernah berkata persis seperti ini (kata-kata seperti ini sudah pernah saya katakan dengan suasana yang seperti ini)", situasi "saya pernah duduk-duduk disini dengan suasana seperti ini", juga "saya seperti pernah jumpa dengan orang seperti dia" tapi saya tidak pernah ingat/tahu kapan dan dimana saya pernah mengalami kejadian-kejadian tersebut. Yang terakhir saya sebutkan itu, saya merasa pernah bertemu dengan orang seperti ex-saya tapi tidak pernah ingat/tahu siapa orang itu, dimana dan kapan kejadiannya.
DeleteSaya sering mengalami deja vu,merasa sdh pernh mngalami kejadiaan yg sama persis sblmnya,saya bahkan sempat tersadar sblm kejadian yg ad dlm deja vu itu terhenti,saya coba menebak perkataan org yg ad disekitar saya,Dan ternyata memang sama persis ketika obrolan dimulai,saya sdh lbh dlu tau apa yg mereka akan katakan.sayapun Sgt heran,wallohu 'alam :)
ReplyDeleteni bkn mimpi atau kmbali masa silam..waktu bln Puasa..lpas sahur sya kmas pinggan ..sya dgn akk sya sja wktu tu kmas..sbb mk sya sruh n dy tgk tv..sya x igt klau tu mlm atau pagi sahur.kkak sya nk buang lauk je dn sya bsuh..tpi sya x nk..sya nk buang lauk dn kkak sya bsuh..dn lpas dh buat krja ..sya dduk dpn..mk sya mrah smbil jeling kt sya ..yg sya ni x wt kje lngsung ..sya rsa kcil hati dn alangkah bgusnya klau kmbali masa silam..dn sya nmpk Kucing sya tgh bersih kn bdn dy sndri.suatu hari sya x prsan yg semua org pkai bju sama sperti hari sblum nye dn cara gerakan sama ..kkak sya dn sya ..trutama kakak sya ckp bnde sma dn klau dy x ckp pun sya dh tahu dy nk ckp ape..dn sya hairan ttapi sya ubahkn sya yg bsuh pinggan dn kkak sya yg buang lauk..sya nk dy yg kne mrah tpi kkak sya x dduk dpn ..mngkin sbb sya ni indigo emotional x jdi ape yg sya nk kn..sma saja ..sya cuba dduk dihadapan ..dn mk sya pon pndang sya mrah dn jeling ..sekali lagi sya nmpk Kucing sya disitu brsihkn bdnnya sndri sperti sblum nya..disbabkn sya tahu masa akn dtg..jdi sya trus cpt2 pegi blik tdur..dn sya x kna mrah..Alhamdulillah..tpi bkn ini ape sya nk kn..sya nk tringin sgt kmbali masa silam wktu g Mekah Madina Nn Airport Dubai dgn First Love sya tu.Amin Ya Rabbal Alamin.Amin.
ReplyDeleteAssalam. .alhamdulillah faham ape itu deja vu. .sye banyak kali mengalami perkara tersebut. .mcm baru baru ni kereta saya rosak. .bila tengah dok rungsing tetiba sye tersentak. .macam pernah berlaku benda ni. .dan kita pun mula la berfikir untuk ingat semula. .haha. .subhanallah. .
ReplyDeleteaku pun pernah rasa benda ni selalu sangat rasakan.. contohnya kau baru pertama kali pergi kat suatu tempat dan jumpa seseorang ni dan masa kau kat tempat dan jumpa orang tu kau mcm pernah lalui benda tu hakikatnya itu adalah pertama kali bagi kau jejak kat situ. selalu sangat aku alami benda ni dan baru aku faham apa maksudnya..
ReplyDeleteBenda ni rasa bila betol betol tgh high rasa cm pernah belaku
ReplyDeleteSaya selalu alami dejavu..
ReplyDeleteDan yang paling menganggu saya bila saya bermimpi seorang lelaki dah keesokkannya saya terserempak dengannya.. Sebelum melihat dia saya dah bermimpi tentang dia..dan dia pun melihat saya seolah mengenali saya sebelum ini.. Tolong la huraikan..