Sunday 23 February 2014

Filem Pendek: Checklist


Video ini mengisahkan tentang kehidupan seorang perempuan yang sentiasa mendapatkan apa yang dimahukannya. Dia boleh melancong ke mana-mana sahaja yang hendak dia pergi. Pendek kata, kehidupannya memang sempurna. Dia pun membuat satu senarai semak (checklist) aktiviti-aktiviti yang hendak dilakukannya. Masa silih berganti dan akhirnya dia sendiri bosan dengan hidupnya. Dia tahu sesuatu sedang hilang daripad dirinya. Sehingga akhirnya dia menemui al-quran di biliknya dan kebetulan terdengar terjemahan surah Al-Asr di radio. Setelah itu, barulah dia sedar bahawa selama ini dia terlalu sibuk mengejar kehidupan duniawi sehingga lupa kepada cinta Agung Allah SWT yang sepatutnya diraih.

Video kali ini dihasilkan buat pertama kalinya menggunakan Power Director. Sebelum ini saya lebih suka untuk menggunakan Corel Video Studio Pro kerana lebih cepat dan mudah, tetapi malangnya saya secara tidak sengaja telah uninstall software itu daripada laptop saya. Saya masih keliru untuk mengawal volume menggunakan Power Director dan proses menyimpan memakan masa yang cukup lama meskipun video ini cuma sekitar lima minit. Kalau guna Corel, sekejap sahaja. 

Bercakap tentang penghasilan Checklist ni, saya cuma mengambil balik video-video lama yang masih disimpan dan menggabungkannya di dalam sebuah video. Lakonan yang selebihnya dirakam menggunakan kamera Samsung EK-GC100 dan memang tak banyak tunjuk  muka sebab selfie. Yalah, sekarang sudah tidak ada orang yang boleh membantu untuk buat video memandangkan adik saya sudah masuk ke MRSM Taiping dan petang tadi baru sempat menjenguknya di sana. Sekarang tinggallah saya seorang. Pelakon pun tidak ada. Susah juga nak berselfie video ni tetapi alhamdulillah dalam masa sehari dua dapat disiapkan dan target untuk publish hari ni bersamaan anniversary perkahwinan Mum dan Ayah. 

Halangan dalam menghasilkan Checklist adalah part rakaman suara. Pertama, dialog tu memang saya main cakap sahaja. Dan English accent pun memang semula jadi macam tu. Jangan dipertikaikan. Haha. Kedua, saya rakam suara dalam keadaan selesema dan sakit tekak! Lagu latar yang digunakan adalah Fun Fun Fun oleh Pharrel dan The Scientist oleh Coldplay.

Saya suka menghasilkan video meskipun video-video picisan untuk memenuhi masa lapang. Namun saya akan usahakan untuk menerapkan pengajaran dalam setiap video tersebut. Mungkin suatu hari nanti bolehlah saya rakam lakonan rakan-rakan universiti pula daripada asyik berselfie. Hehe. Moga hobi ini dikira sebagai suatu amal di sisi Allah. Insha Allah.

Jadi apa pendapat anda tentang Checklist?

3 comments:

  1. nice vid.. simple and last part rasa tersentap.. slalu terlupa nak checklist too heaven..
    sbb terlalu asyik dgn budaya hedonisme kat Bumi ni.. hurmmm...

    btw sy ada sony vegas pun tatau nak gna camana.. nak am ek kursus video lah nanti XD

    ahaha everone have their own accent fufufufu XD but I like orginal British accent XD its sound cool XD

    insyaAllah.. mudah-mudahan diambil kira sebagai ibadah.. aamiin...

    kalau nak kritik vdeo nih hurmmm.. bnyk gi nak kna blajar ehehehehe.. tapi kalau boleh buat vid macam ni mantopp dah org ckp cuma kna blajar lagi weeee (paku dulang paku serpih.. mengata org dia yg lebih) hehehe..

    btw time tuang susu dlm coco mcm terketar2 ahaha hanis kehujanan atas meja XDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. saya memang dah biasa dengan corel, nak pakai yang lain rasa lain macam pula. dan setakat ni tak sempat lagi la nak pergi mana-mana kursus video, belajar sendiri. tekan2 saja apa yang ada dalam software tu.

      ohh.. accent. hehe. jangan pertikai. hehe.

      susah juga nak rakam sendiri sebenarnya sebab tu tangan terketar-ketar. tumpah2 habis. haha. btw, terima kasih sebab tengok dan komen. inshaAllah, saya akan perbaiki dari semasa ke semasa. ^^

      Delete
  2. waa .. pandai mengarang , sekarang dah pandai buat video pula . saya doakan semoga k.nurina sentiasa berjaya ... Aminnn .. :D

    ReplyDelete