Suatu Maghrib, saya berada di surau seperti biasa untuk berjemaah bersama-sama rakan-rakan yang lain. Seperti biasa, setiap kali selepas solat Maghrib imam akan berzikir sebelum berdoa. Pada hari itu, imam yang terdiri daripada senior tingkatan lima berzikir agak panjang. Antara zikir yang dibacakannya adalah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar semuanya 33 kali. Sedang mulut terkumat-kamit memuji keagungan Tuhan, tangan kanan saya tiba-tiba ditarik oleh seorang rakan yang duduk di sebelah saya.
Saya berasa hairan namun tidak berkata apa-apa melainkan terus berzikir. Rakan saya itu menggerakkan jari-jemari saya sehingga seolah-olah membentuk pergerakan tersendiri. Jari-jemari saya bergerak menyentuh jari sendiri. Beberapa tika kemudian barulah saya dapat menangkap bahawa dia sedang mengajar saya salah satu cara untuk bertasbih dengan menggunakan jari. Setelah itu barulah saya tahu tentang kewujudan sebuah hadis ini.
“Abdullah bin ‘Amr berkata: “Saya melihat cara Rasulullah menghitung tasbih dengan melipat-lipatkan jari-jari dengan menggunakan tangan kanannya” - diriwayatkan oleh Abu Dawud (1/235) dan At-Tirmidzi (4/255), ia menghasankannya.
Semenjak hari itu, saya sering bertasbih dengan menggunakan jari kerana amalan ini merupakan sunnah Rasulullah. Kita bukan hanya boleh bertasbih dengan menggunakan biji-biji mutiara mahupun tasbih digital, tetapi menggunakan jari jemari sendiri. Jika kita melihat pada tapak tangan masing-masing, terdapat 15 bahagian lipatan pada sebelah tapak tangan, iaitu nombor ganjil.
Kita memang sedia tahu bahawa nombor ganjil memang disukai dalam Islam. Buktinya, Allah SWT itu sendiri satu dan tidak ada sekutuNya yang lain. Satu merupakan nombor ganjil. Oleh itu, ternyata Allah menciptakan rahsia-rahsia nombor ganjil ke atas tubuh badan kita supaya kita memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Disebutkan juga bahawa jari-jemari kita inilah yang akan ditanya dan bercakap sebagai saksi amalan tasbih kita kelak di akhirat nanti. Bayangkan jika jari kita berkata, “Tuanku telah memanfaatkanku setiap hari dengan menggerakkanku untuk menghitung nama-nama suciMu yang disebutkannya.” Allahu akbar.
Adakah anda ingin mengetahui satu lagi hal yang boleh menyebabkan jari kita memberi pengakuan positif kepada Allah di akhirat kelak? Blog. Dalam penulisan blog, kita boleh berdakwah. Kita boleh mengajak pembaca untuk mendekati jalan Allah. Kita menulis sesuatu yang bermanfaat untuk ummah. Apabila pembaca membaca penulisan kita, mereka akan berasa tertarik dengan keindahan Islam dan berusaha untuk berubah. Kelak jari-jemari kita akan bersaksi kepada Tuhan bahawa tuannya telah menaip bait-bait kata yang mengajak orang lain untuk mendapatkan cintaNya.
Begitu juga dengan media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Katakan kita menaip perkataan-perkataan yang buruk dan berunsur negatif, maka jari-jari kita akan bersaksi di hadapan Tuhan tentang apa yang telah kita lakukan itu. Saya sering melihat status pengguna media sosial yang berbunyi begini, “Tak perlulah nak tulis benda-benda nasihat dan agama jika diri sendiri tidak mengamalkannya.” Masha Allah.
Setiap orang tidak sempurna. Meskipun mereka tidak mengamalkan apa yang mereka sampaikan, mereka tetap mendapat manfaatnya sekiranya berjaya membuat orang lain berubah. Islah nafsaka, wad’u ghairak. Perbaiki diri, sambil ajak orang lain ke arah kebenaran.
Tangan Afza dan Irfan |
Jari-jemari kita jugalah yang mungkin kita gunakan dengan niat yang salah misalnya mencubit dan menjentik orang lain dengan sengaja untuk menimbulkan kemarahannya. Rasulullah sama sekali melarang kita untuk menimbulkan kemarahan orang lain. Dalam satu hadis lain baginda berpesan, "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang menyala-nyala dalam hati anak Adam.” Mungkin kita tidak pernah menduga apa yang boleh terjadi akibat penyalahgunaan jari-jemari sendiri.
Jari hanyalah sebahagian daripada anggota badan. Dan anggota badan hanyalah sebahagian daripada luasnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Apa pun yang kita lakukan dengan anggota badan kita lakukannya lillahi taala. Kelak di akhirat tubuh badan kita pasti menjadi saksi atas segala amal baik dan buruk kita.
“Bacalah oleh kalian Tasbih, Tahlil dan Taqdis, dan jangan lupa memohon rahmat Allah, dan hitunglah dengan jari-jari tangan kerana nanti di akhirat jari-jari tersebut akan ditanya dan nantinya akan berbicara dan menjawab”. (HR. Ibn Abi Syaibah, Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
salam jumaat :) syira singgah sini :)
ReplyDeleteinfo bagus.. saya bru thu.. slama neh gn tasbih je utk kira 33..
ReplyDeletehttp://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/hobi.html
salam ukhwah..info yang sgt berguna.. semoga dakwah anda dipermudahkan :)
ReplyDeleteinfo yang sngt bermanfaat... thanks share... :)
ReplyDeleteThank for info..
ReplyDeleteada teori mngatankan dejavu roh kita telah lalui sblm ini,mean kita telah hidup dulu,roh kita telah digunakan kembali oleh Allah sekali lg,bdasar ayat Al quran aku telah mcuba roh bberapa kali..
Delete