Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Allahumma solli ala Muhammad. Salam Maulidur Rasul.
Akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Marilah kita berehat sebentar, refleksi diri dan ambil kesempatan ini untuk memperingati semula kisah-kisah Rasulullah yang disampaikan kepada kita sejak kecil lagi. Sejak kecil, ibu dan ayah kita mungkin selalu menceritakan tentang kisah-kisah nabi. Di sekolah rendah dan sekolah menengah pun ustaz dan ustazah menyajikan kita dengan lebih banyak kisah tentang baginda SAW.
Carian Google |
Saya yakin, kebanyakan kita sudah pun tahu tentang sejarah kelahiran Nabi Muhammad. Para imam di masjid pun pada malam ini pasti telah menceritakan kisah kelahiran baginda kepada makmum yang hadir. Ada banyak kriteria terunggul yang dimiliki baginda sehingga diiktiraf sebagai tokoh nombor satu paling berpengaruh di dunia. Di dunia. Semua tokoh Barat pun mengiktiraf keunggulan baginda. Maka ada apa lagi yang perlu kita umat Muhammad ragukan lagi? Baginda memang memiliki semua aspek terpuji sehingga diangkat menjadi kekasih Allah SWT.
Salah satu sifat Rasulullah yang paling saya kagumi adalah kesabaran baginda. I mean, saya tak pernah mendengar seorang yang paling sabar sikapnya selain Nabi Muhammad. Bayangkan sahaja, awal-awal nabi hendak berdakwah, baginda telah pun dihalang oleh bapa saudara baginda sendiri iaitu Abu Lahab. Tapi yang yang nabi balas? Nabi cuma berdiam diri dan tidak membalasnya. Bahkan baginda tetap tenang. Kalau orang lain yang menjadi penghalang kepada usaha kita, mungkin kita boleh terima lagi. Tapi memang sakit bila ahli keluarga sendiri, orang yang kita sayangi menentang usaha kita. Nabi Muhammad memang sangat penyabar sehingga mampu bertindak sedemikian rupa.
Nabi pun pernah dicampakkan dengan najis ketika baginda sedang bersujud di dalam masjid. Waktu itu, tak ada seorang pun yang berani membersihkan najis tersebut kerana takut dengan musuh Rasulullah. Kemudian Fatimah datang dan membersihkannya. Nabi sikit pun tidak membalas perbuatan hina tu. Baginda cuma berdoa dan menyerahkan orang-orang tersebut di tangan Allah SWT. Akhirnya mereka yang melakukan perbuatan tu mati dalam peperangan Badar.
Nabi pun telah kehilangan ramai orang yang dicintai baginda sepanjang hidupnya. Ibu bapanya, isterinya Siti Khadijah, bapa saudara baginda, para sahabat dan lain-lain lagi. Ramai. Tapi bila nabi kehilangan Khadijah, baginda tak pernah putus asa pun dalam berdakwah. Baginda tidak meninggalkan Islam. Walaupun sakit, tapi nabi tetap kuat dan teruskan perjuangan. Saya memang tak boleh bayang betapa susahnya untuk kita teruskan perjuangan bila kehilangan orang yang paling kita cinta di dunia ini. Masya Allah.
Carian Google |
Selain itu, ramai juga orang yang menuduh nabi gila dan tukang sihir. But tell me, ada atau tidak magician yang mengajak orang lain supaya menyembah yang lain selain dirinya? Kalau ada pun, cuma tukang sihir yang menyuruh orang memuja dan mengangkat martabat diri mereka. Jadi, sudah pastilah nabi tidak mengagungkan dirinya sendiri kerana baginda tidak boleh membuat sebarang magic. Yang berkuasa melakukan segala jenis keajaiban hanyalah Allah SWT sendiri. Walaupun nabi dituduh macam-macam, baginda tetap memaafkan dan mendoakan musuhnya.
Bila kita bawa sesuatu yang baru, tak mudah untuk orang lain terima. Memang tak mudah. Apatah lagi nabi yang membawa Islam sebagai suatu ajaran baru pada zaman baginda. Kita tahu banyak sangat cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh oleh nabi dan tak mudah untuk berada dalam posisi baginda. It takes a lot of patience to go through everything. Saya memang sangat kagum dengan baginda.
Saya dan anda, kita macam mana? Adakah kita cukup kuat untuk tempuhi ujian yang tak seberapa ini jika hendak dibandingkan dengan Rasulullah? Sepanjang tahun ini, banyak sangat musibah yang boleh kita lihat di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen. Bencana alam, kemalangan, kematian dan sebagainya. Dan dalam hidup kita sendiri, banyak benda yang kita alami. Kadang, tak mudah untuk kita lalui semua itu. Tapi ada satu perkara yang perlu kita ingat. Kita hidup di dunia ini tak pernah bersendirian. Kita ada keluarga yang boleh menyokong kita. Sahabat yang sentiasa memahami. Insan-insan mulia yang hadir dalam hidup kita. Dan kita ada saudara yang ramai, bukan sahaja di dalam negara bahkan di seluruh dunia. Mungkin benar tak semua orang menyokong kita. Tapi ramai juga yang sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan sama ada fizikal atau spiritual dan doa. Sebab itulah kita hidup dalam komuniti. Sentiasa ada untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Seperti Siti Khadijah yang melengkapi hidup Rasulullah.
Paling utama, kita ada Allah SWT sebagai tempat pergantungan. Allah akan sentiasa mendengar doa hamba-Nya. Dan Allah tak akan menguji seseorang itu melebihi dari batas dirinya. Jadi setiap ujian yang Allah hadirkan, pasti ada jalan keluar. Mungkin, kita sendiri yang perlu usaha mencari jalan keluar itu. Atau mungkin kita perlu meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah sebagaimana Muhammad yang sentiasa bergantung pada Allah.
Rasulullah, terima kasih kerana mengajar saya dan umatmu tentang erti sabar. Tentang erti kuat.
Moga kita berjumpa di syurga. Saya amat berharap kita dapat berjumpa di sana.
:) Selawat ke atas nabi :)
ReplyDelete