Sunday, 27 December 2015

Mum

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

27 Disember. Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran ibu saya. Saya boleh menulis esei yang panjang tentangnya. Tapi saya takut, kalau saya cerita, cerita saya tak akan pernah berkesudahan. Sesiapa yang mengenali ibu saya pasti akan mengerti betapa hebatnya dia. Cukup saya katakan itu. Dan saya tak perlukan pengiktirafan dunia untuk membuktikan betapa hebatnya dia di mata saya.

Banyak yang telah dicapai sepanjang hayatnya. Banyak anugerah, sijil serta pengiktirafan yang diterima atas kerja keras dan kesungguhannya selama ini. Tapi bagi saya, dia tak perlu capai apa-apa untuk mendapat penghargaan daripada kami. Ibu saya sudah lama berjaya sejak hari dia melahirkan saya.


I love you. 

2 comments:

  1. happy bezday ibu~ btw I nak shout kat shoutbox tu, but little complicated when u online with smartphone. *sigh*

    ReplyDelete