Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Adakah anda pernah mendengar istilah ‘Law of Attraction’? Mungkin
pernah, dan mungkin belum pernah. Beberapa tahun dahulu ketika saya pertama
kali mendengar istilah tersebut, saya cuma menyangka Law of Attraction (saya
singkatkan LOA) merupakan salah satu daripada teori sains atau fizik yang ada.
Tapi hari ini, saya begitu meyakini teori ini. Saya cuma ingin berkongsi pendapat
peribadi serta rujukan di internet yang saya temui dan harapnya dapat serba
sedikit memberikan pengetahuan kepada anda tentang LOA.
Law of Attraction, atau ‘Hukum Tarik-Menarik’ ni merujuk
kepada pemikiran dan kepercayaan kita. Kalau kita fikirkan hal yang positif,
akan ada satu daya penarik dari alam semesta ini yang menarik kepada outcome
yang positif. Dan kalau kita berfikiran negatif, kita akan mendapat outcome
yang negatif. Contoh saya beri, kita target untuk mendapat dean list, dan
akhirnya benda tu memang betul-betul berlaku. Secara kasarnya, LOA ni nampak
seperti satu teori biasa, tapi hakikatnya ramai yang memperdebatkan LOA dan
mengatakan LOA ni boleh membawa kepada syirik. Takkan apa yang kita inginkan
dipenuhi oleh alam semesta dan bukannya Allah SWT?
Baiklah, saya kongsikan satu kisah ketika peristiwa Israk
Mikraj Rasulullah. Ketika diperlihatkan kepada baginda keindahan di syurga,
Rasulullah melihat sekumpulan bidadari yang sedang bergembira. Tapi di antara
kumpulan bidadari tu, ada bidadari yang kelihatan pemalu dan duduk
bersendirian. Lalu baginda bertanya kepada malaikat Jibril, “Siapa bidadari
itu?” Dan Jibril pun menjawab, “Itu adalah bidadari untuk sahabatmu Umar bin Al
Khattab.” Ketika Umar dibacakan ayat tentang keindahan di syurga, beliau
berfikiran untuk mendapatkan bidadari yang berkulit hitam manis, berdahi lebar,
bahagian atas matanya berwarna merah dan bahagian bawah matanya berwarna biru
(ataupun sebaliknya, maaf saya kurang pasti). Maka disebabkan Umar bin Al
Khattab selalu melaksanakan perintah Allah dengan segera, Allah serta-merta
menciptakan bidadari sesuai dengan keinginannya. Subhanallah.
Dalam situasi ini, kita boleh melihat bahawa Umar cuma visualize
sahaja bidadari yang diinginkannya dengan jelas dan Allah memakbulkan
keinginannya. Kun fayakun, jadi maka jadilah. Tidak ada yang mustahil bagi
Allah SWT. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 33, “Bukankah sudah
Kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi
dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?”
Basically, LOA ni memanglah merupakan apa yang kita percaya
dan apa yang kita inginkan, dan Allah SWT mempunyai kuasa untuk menunaikan
keinginan kita itu pada bila-bila masa sahaja. Tapi sudah semestinya, doa juga
penting untuk meminta sesuatu daripada Allah.
Saya semakin banyak mempraktikkan LOA ni bermula dari satu
hal yang saya sendiri tak pernah percaya boleh terjadi kepada saya. Saya
bukanlah seorang yang aktif dalam sukan. Selain Tae Kwon Do, saya jarang
melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti sukan. Waktu itu, sekolah saya (tingkatan
6) mengadakan perkhemahan Skuad Mula RELA di markas mana entah saya tidak ingat.
Di tempat tersebut, terdapat kawasan untuk menembak dan kami semua diwajibkan
untuk menyertai pertandingan tersebut. Bayangkanlah satu batch terlibat. Berapa
peratus kemungkinan untuk saya mendapat tempat dalam acara tersebut? Sudahlah
tidak pernah memegang senapang sebelum ini. Saya boleh katakan tak sampai 20%
kemungkinannya. Tapi entah kenapa, saya sangat determine untuk menang sama ada
tempat pertama, kedua atau ketiga. Dan apa yang mengejutkan saya, saya akhirnya
berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan itu. Sampai hari ini, saya masih
tidak percaya dengan keputusan itu.
Sebelum kejadian itu pun saya sudah lama tahu tentang LOA,
cuma selepas itulah baru saya lebih banyak praktikkan LOA dan mindset saya
dalam semua perkara yang saya inginkan. Terutamanya untuk cabutan bertuah. Percayalah,
hasilnya sangat mengejutkan. Banyak pertandingan yang saya masuk, banyak yang
menang. Alhamdulillah. Pertandingan melukis oleh saya yang tak pernah nak tahu
melukis ni pun boleh dapat naib johan. Saya bukan hendak membangga diri, saya
cuma hendak gambarkan bahawa tidak mustahil untuk mendapat apa yang kita
inginkan. Tapi sudah pastilah, usaha dan doa juga penting untuk mengecapinya.
Satu tips saya untuk LOA, kalau kita benar-benar inginkan
sesuatu, jangan pernah ada sekali pun keraguan ataupun was-was terhadap perkara
itu. Kita perlu yakin bahawa apa yang kita inginkan itu akan dimakbulkan oleh
Allah SWT. Sebab jika ada sedikit pun keraguan, hasrat kita mungkin tidak akan
tercapai. Serius. Rasa risau yang tiba-tiba muncul akan menyebabkan kerisauan
itu benar-benar terjadi. Keraguan pula akan menyebabkan apa yang kita inginkan,
tidak wujud. LOA ni secara ringkasnya, adalah salah satu daripada rahmat Allah
untuk sekalian manusia tanpa mengira agama, bangsa dan sebagainya. Sebab itulah
LOA merupakan satu teori worldwide, yang dikaji oleh semua orang terutamanya
pengkaji Barat. Sedangkan orang Barat pun percaya dengan LOA, kita yang
dikurniakan dengan Islam ini pun perlulah memanfaatkannya dengan sebaiknya.
Saya ingin berkongsi satu lagi pengalaman yang saya dapat
daripada sebuah program motivasi berunsur islamik yang saya pergi baru-baru
ini. Penceramah tersebut menceritakan bahawa molekul air dalam badan kita akan
bertindak balas dengan perkataan yang positif. Anda boleh mencuba eksperimen
ini dengan rakan anda. Mula-mula, depakan tangan kanan atau kiri anda. Suruh
rakan anda untuk meletakkan salah satu telapak tangannya di atas pergelangan
tangan anda. Kemudian, anda sebutkan satu perkataan yang positif, contohnya “Allahu
Akbar”. Suruh rakan anda menolak tangan anda ke bawah dan anda perlu berusaha
resist (melawan) tolakan itu. Hasilnya, tangan anda dapat melawan tolakan ke
atas.
Untuk menguji kebenaran lagi, sebutkan pula satu perkataan
negatif contohnya “Benci”. Lakukan perbuatan yang sama. Dan hasilnya agak
mengejutkan. Tangan anda tidak mampu untuk melawan tolakan itu dan akan
terjatuh ke bawah. Cubalah.
Situasi ini membuktikan bahawa tubuh badan kita akan
bertindak balas dengan perkara yang positif. Saya percaya, begitu juga
keadaannya dengan alam semesta. Alam semesta akan bertindak balas dengan
perkataan dan pemikiran yang positif. Dan sudah tentulah, siapa yang
menciptakan molekul air dalam badan? Siapa juga yang menciptakan alam semesta
ini? Tidak lain tidak bukan, Sang Pencipta kita Allah SWT.
Tapi, jangan pula kita menggunakan
LOA untuk mengharapkan musibah kepada orang lain ya. Because at the end of the
day, alam semesta ini akan memantulkannya kembali kepada kita. Seorang ulama
terkenal pada zaman Khalifah Harun Ar Rasyid pernah menyebut, “Ketika Anda mengucapkan
sesuatu agar keburukan menimpa orang lain, maka umpatan Anda akan naik ke
langit—sedangkan pintu-pintu langit itu menolaknya, sehingga umpatan itu
kembali ke bumi, mencari ke sana-kemari, dan menuju orang yang Anda umpat bila
ia layak menerimanya. Namun bila orang itu tidak layak menerimanya, umpatan itu
akan kembali kepada Anda” (Rujukan: http://theopage.net/2009/07/27/umar-bin-khattab-dan-law-of-attraction-dalam-islam/)
Jadi berbalik kepada soalan utama, adakah Law of Attraction
itu bercanggah dengan Islam? Saya tidak rasa begitu. I believe that if you
really put your mind onto something, you’ll get excellent results. Maka sebab
itulah slogan blog saya, Terus Percaya.
p/s: Kepada pemenang Bandung Souvenirs Giveaway yang masih belum menerima hadiah, saya memohon ribuan kemaafan kerana surat telah dikembalikan semula kepada alamat saya. Nanti saya akan poskan semula. Maaf atas kelewatan.
p/s: Kepada pemenang Bandung Souvenirs Giveaway yang masih belum menerima hadiah, saya memohon ribuan kemaafan kerana surat telah dikembalikan semula kepada alamat saya. Nanti saya akan poskan semula. Maaf atas kelewatan.
No comments:
Post a Comment