Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Drone ni merupakan salah satu alat yang dah masuk dalam
wishlist saya. Saya pasti ramai yang sudah tahu tentang drone, atau istilah
Melayu dipanggil sebagai ‘Pesawat Tanpa Awak’.
Awak di sini kalau tak salah saya merujuk kepada badan kapal. Maksudnya,
drone merupakan sebuah pesawat kecil tanpa badan. Apa yang menarik sangat
tentang drone ni?
Saya mula berminat dengan drone sewaktu menonton vlog yang
dimuat naik YouTuber terkenal seperti Roman Atwood dan Jesse BFvsGF. Tak ingat
vlog tersebut tentang apa, tapi mereka ada menunjukkan cara untuk menggunakan
drone ni dan semenjak itu saya mula interested dengan alat kecil tersebut.
Drone ni boleh dikatakan ibarat permainan helikopter kawalan jauh yang mungkin
pernah kita mainkan semasa kecil dulu. Ataupun kalau tak pernah bermain
helikopter kawalan jauh, bayangkan sahaja kereta kawalan jauh. Bezanya, drone
ni boleh terbang tinggi di udara. Yang menariknya, kita bukan sahaja sekadar
terbangkan drone di udara tetapi kita juga boleh attach kamera untuk merakam
pemandangan dari atas. Selain kamera, saya pernah juga dengar orang sangkut
hantu buatan pada drone untuk takut-takutkan orang lain. Eheh. Jangan pula ya
tiru idea tu.
Drone sebenarnya memainkan peranan penting dalam
kewartawanan, misi menyelamat, perfileman, perincian kawasan atau sesuatu, dan juga
dijadikan sebagai hobi. Dalam bidang kewartawanan, saya tak pasti sama ada di
Malaysia sudah viral penggunaan drone dalam bidang ini ataupun tidak. Tapi
drone banyak digunakan oleh negara luar bagi menggantikan wartawan untuk
merakam sesuatu di luar kawasan capaian mereka. Contohnya nak buat laporan
tentang kawasan musuh. Kalau hantar wartawan, mungkin boleh bahayakan nyawa
mereka. Tapi kalau hantar drone, kena tembak dengan musuh, boleh beli lain kan.
Dalam misi menyelamat pula, kita boleh bayangkan situasi
banjir. Adalah amat efektif sekiranya kita menggunakan drone untuk mencari
mangsa-mangsa yang mungkin terperangkap dan masih selamat. Tak perlu tunggu
helikopter dan sebagainya. Jika di Malaysia masih belum meluas penggunaan drone
ni, saya sangat sarankan alat itu digunakan dalam situasi-situasi sebegini. Tapi
kalau saya, cuma mampu tengok sajalah mangsa terselamat melalui rakaman video.
Tak mampu nak pergi selamatkan sendiri.
Saya teringat dalam sebuah filem Bollywood yang pernah
popular satu ketika dahulu berjudul Three Idiots lakonan Amir Khan. Dalam filem
itu, seorang pelajar mencipta sebuah alat yang persis drone. Tapi disebabkan
assignment kena reject, dia jadi kecewa dan menggantung diri di dalam bilik.
Jadi kawan-kawannya menggunakan alat itu dari tingkat bawah bangunan dan
terbangkan ke dalam bilik dia sebab dah lama tak keluar bilik. Akhirnya mereka
dapati kawan tu dah bunuh diri di dalam bilik. Lebih kurang begitulah rasanya
cerita tu. Saya nak tunjukkan yang drone ni pun sebenarnya dapat mencegah
banyak kejadian tak diingini daripada berlaku. Dalam cerita tadi kalau mereka
awal sikit gunakan drone tu, mungkin dapat selamatkan kawan mereka.
Drone juga dapat digunakan dalam bidang perfileman. Inilah
sebab utama saya teringin dapatkan drone. Saya teringin nak dapatkan klip-klip
pemandangan menarik untuk digunakan dalam filem pendek saya. Tapi kualiti
sesuatu video tu bergantung juga kepada kualiti drone dan kamera. Jika tinggi
kualiti drone dan kamera yang digunakan, maka dapatlah kita hasilkan video high
resolution. Saya ada juga jumpa drone yang harganya bawah RM100 di internet,
tapi tak pastilah kualitinya macam mana. Mungkin lebih baik kalau kita beli
sendiri di kedai kan. Saya sangat terinspirasi dengan video Jesse BFvsGF yang
berkualiti tinggi dan dia pun pandai edit video. Tapi sekarang Jesse dah tak
kendalikan akaun YouTube BFvsGF. Dia kendalikan akaun PrankvsPrank yang sudah
ditukar kepada nama Jesse. Kalau rajin bolehlah tengok vlog-vlog lama dia yang
cantik dan berkualiti.
Dalam masa yang sama juga, drone boleh digunakan untuk
dapatkan perincian atau penelitian sesuatu kawasan. Mungkin kawasan yang kita
tak boleh seberang, jadi kita hantar sajalah drone untuk rakam. Atau mungkin
kita hendak merakam haiwan berbahaya seperti singa atau harimau tapi kita tak
sanggup nak berkorban nyawa. Maka hantarlah drone sebagai penyelamat keadaan. Sangat
best kalau dapat buat macam tu. Kalau anda tak ada alasan pun untuk memiliki
drone, tak salah nak dijadikan hobi. Jika ada masa lapang, mainlah drone macam
permainan helikopter kawalan jauh. Ataupun mungkin waktu Hari Raya boleh ambil
gambar keluarga beramai-ramai. Wah, bagus juga tu. Kalau dapatlah drone, raya
tahun depan boleh ambil gambar keluarga dari udara.
What can I say? Teknologi sekarang semakin maju. Kita
bukannya berlumba-lumba nak bersaing kemewahan dengan orang lain, tapi tak
bolehlah juga jadi generasi yang ketinggalan. Bagi saya, drone ni ada kebaikan
dan kelemahannya yang tersendiri, tapi kalau semua orang menggunakannya secara
berhemah, tak ada masalah akan timbul. Dan drone ni pun tak adalah guna bahan
kimia yang boleh mencemarkan udara. So why not? Tapi tak tahulah pula kalau
saya akan bosan selepas sekali dua guna. Haha.
Oh ya, dalam kesempatan ni juga, kepada yang belum menonton
filem pendek terbaru saya, pergilah lawati YouTube Nims Productions. Filem
pendek berjudul Buka Matamu. Mungkin masih banyak lagi kelemahan dan saya akan
cuba untuk improve lagi. Terima kasih kerana membaca entry ini sehingga ke
penghujung dan selamat menonton.
No comments:
Post a Comment