Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Ramai yang sedia maklum, atau jika yang masih belum maklum,
saya gemar edit video pada masa lapang. Video-video saya kebanyakannya akan
saya muat naik di laman YouTube untuk perkongsian. Dan kalau saya rasa video
itu tak menarik saya akan simpan sahaja. Antara video yang saya hasilkan adalah
vlog, filem pendek, dan kebelakangan ini saya sedang cuba untuk menghasilkan video
montaj bagi apa-apa program atau acara. Masih banyak lagi kelemahan yang perlu
saya baiki untuk video-video saya.
Hendak berkongsi sedikit tentang video ni, edit video
hanyalah hobi pada masa lapang saya. Bagaimana saya belajar editing, saya
sendiri pun tak ingat. Tapi saya boleh katakan kalau kita tahu basic editing,
insyaAllah lama-lama kerja editing akan menjadi senang sahaja. Ada banyak
tutorial yang boleh kita tonton di YouTube sebagai garis panduan untuk pemula.
Ramai kawan yang selalu minta saya tunjuk ajar untuk edit video, tapi ironinya tak
pernah ada seorang pun yang betul-betul datang membawa laptop dan meminta saya
mengajar. Haha. Saya tidaklah mengatakan saya seorang yang mahir dalam editing,
sebabnya saya pun tidak begitu rajin untuk belajar tahap yang lebih tinggi
seperti After Effects dan sebagainya. Saya pernah download After Effects tetapi
macam susah sangat, jadi tak digunakan sampai sekarang.
Untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam edit
video, saya sarankan mula biasakan diri dengan Movie Maker terlebih dahulu.
Sebenarnya kebanyakan software yang pernah saya gunakan selama ini hampir sama,
cuma tidaklah serupa dari segi effects atau template yang ada. Cara untuk
menggunakan Movie Maker pun insyaAllah boleh didapati di YouTube. Bagi saya,
saya sudah terbiasa menggunakan Corel Video Studio Pro. Corel ni ada banyak
version dan latest version rasanya X10. Saya masih lagi menggunakan X7 sebab
laptop saya tak cukup kapasitinya untuk X8 ke atas.
Antara software editor yang anda boleh gunakan juga seperti
Sony Vegas, Power Director atau Cyberlink. Terpulanglah, selesa yang mana satu.
Saya juga ada terfikir untuk download Sony Vegas selepas saya upgrade laptop
nanti. Kalau hendak dapat gambaran basic Corel, bolehlah lawat laman YouTube
saya, Nims Productions. Video-video di situ hanyalah basic sahaja. Kalau anda
belajar lebih mendalam, saya pasti anda akan dapat menghasilkan impak yang jauh
lebih kreatif.
Apa pun, elemen yang paling penting dalam penghasilan video
adalah kreativiti itu sendiri. Saya ni kadang kreatif, kadang blank. Nak
dapatkan kreativiti kena rajin cari ilham daripada persekitaran atau
video-video yang lain. Salah satu video saya yang menggabungkan unsur
kreativiti (angkat bakul sendiri) bagi saya adalah video montaj yang saya
hasilkan sewaktu majlis persaraan cikgu sekolah, Cikgu Sidi. Dalam montaj
tersebut, saya menggabungkan tema pengacaraan, video biodata, sajak yang saya
karang sendiri dan unsur ala-ala klip video yang diinspirasikan daripada video
A. Samad Said dalam salah satu sajak beliau. Boleh baca selanjutnya di SINI.
Antara elemen lain yang perlu dititikberatkan juga seperti
font tulisan yang digunakan, sound dan lagu background. Kalau dulu, saya tak
peduli sangat tentang font tulisan. Main masuk sahaja kecil atau besar.
Lama-lama saya sedar penggunaan font adalah penting dalam penghasilan video
yang menarik. Jangan pilih font yang terlalu sukar untuk dibaca dan kita perlu
sesuaikan saiz teks mengikut video. Sound juga penting kalau nak hidupkan lagi
sesebuah situasi. Kalau contoh saya nak buat babak imbas kembali dalam video
saya, saya perlu masukkan sound flashback. Barulah penonton tahu benda tu imbas
kembali. Lagu yang sesuai pun penting juga. Iya lah, takkan babak atau situasi
sedih kita masukkan lagu gembira pula?
Berbalik kepada topik asal, kenapa saya selesa menggunakan
software Corel Video Studio Pro? Sebabnya, software itu mudah difahami dan
digunakan. Pelbagai template dan sound menarik juga disediakan. Effects yang
ada pun boleh tahan bagus. Berbeza dengan Movie Maker, kita boleh masukkan
gambar atau video dalam video yang lain, ataupun lagu dalam lagu yang lain
(bertindan). Tapi selain daripada faktor-faktor software, faktor kamera juga
penting untuk hasilkan video yang berkualiti. Kebanyakan video saya kualitinya
masih belum memuaskan kerana saya tidak ada DSLR. Sememangnya DSLRlah yang
boleh hasilkan video atau filem pendek yang berkualiti tinggi.
Saya banyak bertukar-tukar kamera dari darjah enam lagi.
Terkini, yang saya gunakan untuk merakam filem pendek adalah Samsung Galaxy
Camera EK-GC100. Saya juga menggunakan Action Camera yang kecil, ringan dan
mudah digunakan di mana-mana sahaja. Samsung Galaxy tu saya beli dari tingkatan
empat kalau tak silap dan sudah hampir 6 tahun. Kameranya sangat berkualiti dan
saya sukakannya. Saya tak pasti masih ada atau tidak dalam pasaran sebab tak
ramai orang yang menggunakannya. Dan jarang juga nak jumpa di kedai. Saya bercadang
untuk beli DSLR, tapi tak tahulah bila nak beli tu. Mungkin kalau saya mula
serius dalam pembikinan video, saya akan cuba dapatkannya.
Apa yang saya cuba nak sampaikan, tak susah pun nak edit
video ni sebenarnya. Saya harap ramai generasi muda dapat menggunakan medium
video sebagai penyebaran mesej yang membawa manfaat kepada semua, bukannya
sekadar video omong kosong. Selamat mencuba.
p/s: Kepada pemenang Bandung Souvenirs Giveaway yang masih
belum menerima hadiah, saya memohon ribuan kemaafan kerana surat telah
dikembalikan semula kepada alamat saya. Nanti saya akan poskan semula. Maaf
atas kelewatan.
No comments:
Post a Comment