Kami pernah disoal tentang definisi matang dalam kelas. Matang. Walaupun nampak macam klise, bagi saya matang ni sesuatu yang subjektif. Hanya penilai itu sendiri yang mampu menginterpretasikan sama ada seseorang itu sudah matang atau tidak. Kita sendiri tak mampu nak menilai diri kita. Skop menilai kematangan memang luas. Matang, mungkin merujuk kepada seseorang yang sudah melepasi garis usia yang tertentu. Matang juga mungkin merujuk kepada mereka yang sudah baligh. Bagi saya, saya ada cara tersendiri untuk mendefinisikan matang.
Pertamanya, seseorang yang matang ialah apabila dia tidak membataskan pemikirannya pada tahap yang biasa. Ertinya, dia cuba dan sentiasa berusaha untuk berfikir dengan lebih jauh. Minda manusia mampu mencipta banyak imaginasi dan kreativiti sebelum melakukan sesuatu tindakan. Saya teringat ketika saya sedang melaksanakan tugas dalam kumpulan yang memerlukan idea daripada semua pihak. Ketika sedang berbincang, salah seorang ahli kumpulan dengan sewenang-wenangnya menyerah kalah dan tidak mahu berfikir lagi. Saya masih ingat lagi kata-katanya, “Tahap pemikiran saya cuma sampai di sini.” Maaf saya katakan, perbuatannya itu jelas menunjukkan bahawa dia seorang yang masih belum cukup matang meskipun usianya sudah dewasa. Kita tak sepatutnya berputus asa, sebaliknya cuba menyelesaikan sebarang masalah atau konflik yang melanda.
Seterusnya, seseorang itu boleh dikatakan matang apabila dia mampu membezakan yang hak dan batil. Yang benar dan yang salah, terutamanya dari aspek agama. Contoh paling mudah dan jelas saya berikan, isu couple. Majoriti umat Islam memang sudah sedia maklum bahawa tidak ada istilah couple dalam Islam, kecuali setelah kahwin. Namun begitu, kita masih sahaja melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. Bonceng motor si dia, berpeluk-pelukan dan sebagainya. We choose to be who we are. Menyalahkan yang betul dan membetulkan yang betul. Tanpa kita sedari, ego kita sendiri yang menutup kematangan diri kita.
Kematangan juga akan hadir apabila kita mampu menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dalam sesetengah situasi, kita akan rasa bahawa keputusan kita tepat dan tidak patut disangkal lagi. Tetapi itu tidak bermakna keputusan orang lain boleh disangkal seratus peratus. Kita boleh cuba berunding dan menggunakan kedua-dua pendapat supaya idea menjadi lebih bernas. Kadang, kita juga sukar untuk menerima kritikan orang lain kepada diri kita.
Secara peribadinya, saya memang suka jika ada orang yang mengkritik atau memberi teguran kepada saya secara berhadapan. Saya tak menggemari pujian dan saya tidak selesa dengan orang memandang tinggi kepada diri saya. Macam yang Umar Al-Khattab kata, “Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.” Kritikan itulah yang sebenarnya boleh membina dalaman seseorang menjadi lebih kental berbanding sebelumnya. Percayalah, melalui kritikan barulah seseorang itu boleh memperbaiki kesalahannya.
Mereka yang tenang dalam kebanyakan waktu barulah boleh membuat keputusan yang tepat. Menurut Biology, apabila seseorang itu berada dalam keadaan cemas, adrenalin dalam badan akan menyebabkan kadar degupan jantung semakin laju dan tekanan darah meningkat. Situasi ini boleh menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk fokus banyak perkara. Sebaiknya kita belajar cara untuk menenangkan diri sendiri dan cuba biasakan diri untuk tidak mudah melatah walaupun sedang berada dalam situasi yang genting. Namun begitu, tidak bermakna kita perlu tenang dalam semua perkara. Maksud saya, ada masa yang memerlukan kita untuk bertindak pantas contohnya apabila ada kemalangan atau kebakaran dan sebagainya. Begitu juga jika ada tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera.
Matang yang Idealistik atau Realistik?
Bagi saya, kedua-dua elemen ini diperlukan dalam kematangan. Kita juga perlu menjadi seorang yang realistik, bukannya idealistik semata-mata. Saya lebih faham tentang maksud idealistik dan realistik setelah mempelajari satu drama Kesusateraan Melayu Komunikatif yang memperlihatkan perbezaan pemikiran masyarakat dari aspek romantis, realis dan idealis. Idealistik ialah pemikiran atau cita-cita yang tinggi, manakala realistik ialah pemahaman berdasarkan kenyataan.
Mengapa saya katakan kedua-duanya perlu seimbang? Saya berikan contoh termudah, isu couple juga. Ya, saya akui, di sekeliling saya pun memang ramai dalam kalangan rakan-rakan yang bercouple. Mungkin juga ada yang tahap bercinta sehingga berjanji ke jinjang pelamin. Semuanya sibuk memperjuangkan hak masing-masing. Cuma memikirkan tentang keseronokan dan kebahagiaan ketika bercouple.
Sebenarnya, kita perlu berfikir secara rasional dan realistik juga. Adakah dengan couple sebelum nikah ini akan memberikan nilai yang lebih bermakna setelah bernikah nanti? Kahwin bukannya semudah apa yang kita fikirkan. Banyak cabaran yang perlu ditangani, lebih banyak daripada masa bercouple dulu. Sedangkan apabila bergaduh waktu couple pun masing-masing saling merajuk, apatah lagi kalau berselisih faham setelah kahwin nanti. Apabila kita berfikir secara idealistik dan realistik, barulah kita akan betul-betul melihat dan memahami tanggungjawab setelah kahwin jauh lebih besar daripada angan fantasi yang dibina sewaktu couple. Barulah kita akan lebih banyak berfikir sebelum mengambil sesuatu keputusan.
Percayalah, semakin meningkat umur, semakin banyak tanggungjawab kita. Kita memang perlu mempunyai cita-cita yang tinggi, tetapi perlu diiringi oleh daya pemikiran yang matang dan rasional. Tanggungjawab terhadap diri, keluarga, pelajaran, agama, rakan-rakan, kerja, semuanya akan bertambah dengan banyak. Di sinilah kematangan amat diperlukan dalam diri setiap individu. Kalau kita selama-lamanya hidup dengan dunia yang tak matang, mungkin kita akan berjaya menjadi orang yang gagal.
Saya tak kata saya seorang yang matang, saya juga tak kata saya seorang yang tidak matang. Seperti yang saya beritahu awal-awal tadi, kematangan merupakan satu perkara yang subjektif. Hanya orang lain yang mampu menilai diri kita. Namun begitu, kita sendiri juga yang boleh mengubah penilaian orang lain terhadap diri kita. Maksudnya, kitalah yang menentukan kematangan kita.
kdgx2 best jd mtg tp kdgx2 lg best jd knkx2 couse kta dpt buat ap je yg kta nk..
ReplyDelete"imaginasi menjadi real"..
tp bila dh mtang ni, mkin lm rambut pun mkin byk gugur..uhuk
itulah. jadi kita kena hargai setiap detik hidup kita. ^^
Deletekebanyakan member miya ckp miya xmtg..
ReplyDeletemaybe reaksi miya time ngan diorg...
tp mmg miya ngaku sbb kdg2 miya kurg matang...
tapi Alhamdulillah still blh pikir, slesaikan mslh setakat mane yg mampu...
juz like to be a children...
yang penting, jangan larikan diri daripada masalah. ^^
Delete