Saturday, 2 August 2014

The Raya Story


Truth to be told, raya tahun ini memang tak berapa meriah seperti yang sebelumnya. Kalau dulu raya kami akan balik ke Selangor dan Johor, paling sekejap pun makan masa seminggu untuk raya. Tetapi tahun ini, saya cuma balik ke Selangor dan beraya selama dua hari sahaja. Ada banyak hal yang menyebabkan kami tidak balik Johor. Sayanglah, sebab beraya di bandar dan beraya di kampung suasananya memang berbeza. Ayah saya mempunyai dua belas adik-beradik, jadi sudah tentulah sanak-saudara di Johor lebih ramai dan meriah. Kalau dulu saya boleh bermain bunga api, tetapi sekarang tengok budak-budak bermain pun rasanya sudah cukup puas. Susah nak gambarkan betapa bezanya beraya di kampung dan bandar. You have to experience it by yourself.

Tema baju raya tahun ini, warna silver. Millenium gitu. Saya mempunyai tiga orang adik-beradik perempuan. Kalau waktu kecil dahulu, memang tak memilih langsung tentang pakaian. Baju raya memang wajib baju boria. Senang, ibu saya tak perlu susah-payah fikir. Tetapi apabila semua sudah meningkat remaja, baju raya setiap orang perlu corak yang berbeza asal warnanya tidak lari daripada tema yang ditetapkan. Memang kebiasaannya ibu saya akan menempah baju lebih awal supaya tidak timbul masalah lewat menghantar kain. Kalau terlambat memang sah pakaian raya kami terpaksa dijahit sendiri. Hari raya kedua pula, pakaian sudah tidak mengikut tema lagi. Kami tiga beradik memilih jubah moden citarasa masing-masing.

Kuih raya pula, memang tak sempatlah kalau nak buat. Semua sibuk belajar, ibu saya pula sibuk bekerja. Jadi kuih raya pun dibeli sahaja. Hilanglah keseronokan dalam membuat kuih raya. Sebelum ini, kalau ada masa selalu juga kami membuat kuih bersama-sama dan mencuba resepi sendiri. Saya paling seronok apabila dapat membuat biskut yang boleh dibentuk ikut suka hati. Terpulanglah cantik atau tidak, kami sendiri juga yang makan akhirnya.

Ramadan ialah bulan untuk kita mencari peluang tambah pahala dan kurangkan dosa. Syawal bagi saya, bulan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga. Cuma, dari semasa ke semasa, nilai bulan Syawal itu kian menghilang dek kerana kemodenan yang melanda. Tahun ini saya tak dapat main bunga api, buat rombongan kampung ke kampung dan belajar anyam ketupat (sampai sekarang masih belum mahir). Zaman sekarang mungkin lebih ramai yang gemar memegang telefon bimbit pintar sepanjang beraya. Seolah-olah, hidup kita lebih bermakna untuk dikongsi dengan rakan-rakan alam maya daripada keluarga yang wujud dalam dunia realiti. Mungkin ini cuma pendapat peribadi saya. Macam mana anda nilai Syawal tahun ini, terpulanglah kepada diri masing-masing.


Berbalik kepada cerita raya saya, tahun ini saya, kakak dan abang balik Selangor menaiki bas disebabkan kereta kami sudah penuh dengan barang sepupu saya yang baru dilahirkan. Bukan main banyak lagi barang baby mengalahkan beg pakaian orang dewasa. Eheh. Cerita tentang bas pula, saya memang tak suka naik bas. Kalau hendak berhenti untuk solat, kena ikut pemandu bas. Sudah berkali-kali juga saya naik bas dan sering mengalami kesukaran untuk berhenti solat kerana pemandunya tidak mahu berhenti. Pernah sekali saya naik dengan nenek, pemandu bas itu siap pesan lagi suruh kami segerakan solat. Padahal pemandunya Melayu, Islam. I’m not very comfortable with this situation. Bukan semua pemandu, mungkin cuma sesetengah sahaja. Saya harap pemandu-pemandu bas akan lebih prihatin akan kebajikan penumpang Islam untuk menunaikan solat lima waktu.

Hari pertama raya, dapatlah juga saya kumpul sejumlah duit raya. Sudah lapan belas tahun pun masih boleh kumpul lagi duit raya. Abang saya yang berumur 23 tahun pun masih dapat lagi duit raya, bahkan mungkin lebih banyak daripada saya. Pesan saya, kita bersyukurlah dengan rezeki yang kita peroleh itu dan jangan bazirkan wang tersebut sewenang-wenangnya. Bak kata satu perumpamaan yang saya pernah terbaca, wang datang ibarat kura-kura, tetapi pergi ibarat arnab. Kalau tak mahu gunakan duit raya, simpanlah dahulu di dalam bank, insyaAllah dijamin selamat. Senang nanti kalau hendak digunakan pada waktu kecemasan.

Pendek cerita, raya saya tahun ini kurang meriah. Tak ada istilah hari raya ketiga dan seterusnya tahun ini. Hendak pergi beraya rumah rakan-rakan, saya tidak ada lesen memandu. Tidak mengapalah, saya cuma boleh berharap supaya dapat pulang ke Johor tahun hadapan. Dapatlah berjumpa dengan sepupu-sepupu atau anak-anak buah baru. InsyaAllah.

Hopefully it’s not too late for me to wish all the blog readers Selamat Hari Raya Aidilfitri and sorry if my blog posts are not satisfying enough all this while. Maaf Zahir dan Batin. Have a good Syawal everyone. 

1 comment:

  1. Huhuhuhu. ...sama ler kita....raya dibandar jer...akak pn raya Penang...x der suasana kemeriahan raya kt kg....Selamat Hari Raya wt izati....mai ler dtg umh....

    ReplyDelete