Sunday, 13 March 2011

Informasi: Hikayat Merong Mahawangsa - Terbaik!

Pada awalnya saya sering mendengar sahaja nama filem ini digembar-gembur sama ada melalui televisyen, akhbar mahupun blog, namun masih belum boleh menangkap keistimewaannya. Hikayat Merong Mahawangsa. Saya biasa melihat buku ini di perpustakaan tetapi langsung tidak berminat untuk membacanya. Hihi. InsyaAllah, i'm going to read this book after this! Setelah menonton sendiri filem ini, barulah saya tahu apa yang hebat pada filem ini.

Sinopsis

Filem epik/aksi berjudul “Hikayat Merong Mahawangsa” terbitan KRU Studios kini tamat penggambaran pada 8hb Ogos 2009. Filem ini telah mengambil masa lebih dua bulan bagi sesi penggambaran (bermula pada 9hb Jun 2009).

Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia). Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.

Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Walaubagaimanapun, kejayaan pemibikinan filem ini mungkin tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”.

Sumber: http://ohdaus.blogspot.com/2011/03/sinopsis-hikayat-merong-mahawangsa.html#ixzz1GQNmSlI5


Filem ini sangat menarik kerana kesan khasnya yang begitu menonjol, lebih kurang macam cerita Pirates of the Carribeans. Jarang ada filem tempatan yang mengetengahkan unsur-unsur peperangan seperti ini. Penggunaan variasi bahasa juga membawa para penonton seolah-olah berada di zaman dahulu.

Faedah daripada menonton filem ini adalah kita boleh secara langsung mengetahui tentang sejarah negara yang jarang didedahkan melalui filem. Tapi ada satu kekurangan, waktu Kamawas (Khir Rahman) si botak tu bercakap dengan Taji (W. Hanafi SU) dia bahasakan diri 'aku' kemudian waktu pertarungan kemuncak dengan hero dia bahasakan diri 'hamba'. Apa pun, kepada penggemar sejarah di luar sana, tak rugi menonton filem ini ya.

4 comments:

  1. salam ziarah...kali pertama datang sini.. :)

    saya mula jatuh cinta dengan novel anda dari kali pertama saya melihatnya..

    oh...teruskan perjuangan anda dalam bidang penulisan!

    barakallahu fik! :D

    ReplyDelete
  2. salam.
    salam ziarah.
    dah bnyk kali dh jenguk blog ni.
    tp, jd silent readers je. 1st time komen.
    apa2 pun, jemput ke blog ana ye!
    ana ada cerita sikit pasal anti dkt blog ana,
    harap tak marah.. :)

    www.munawwarahhusna.blogspot.com
    semoga kita terus memberi manfaat kpd org lain :)

    mutmainnah mazlan

    ReplyDelete
  3. @Nurul Nazifa Azmi
    terima kasih sudi ziarah blog tidak seberapa ini..
    oh, terima kasih banyak3! sangat hargai insan2 seperti anda.
    =)

    ReplyDelete
  4. @Mutmainnah Mazlan
    waalaikumussalam warahmatullah.
    masyaAllah. ana rasa ana xlayak dicemburui, ana ni masih mentah sangat. masih kerdil.

    terima kasih atas semuanya. ana hargai. sebagai pendorong untuk ana terus usaha.
    =)

    ReplyDelete