Wednesday, 23 March 2011

Muhasabah: Andai Saya Yang Kena

Tadi ingat hendak siapkan sebuah cerpen. Dah sampai separuh lupa hendak save dan akhirnya entah mengapa MS Word tertutup sendiri. Tidak mengapalah. InsyaAllah cerpen tersebut akan disambung kemudian. Dugaan, dugaan ... Kadang-kadang hal-hal begini boleh mematahkan semangat saya, tetapi sebenarnya setiap perkara yang terjadi itu ada hikmahnya. Mungkin Allah mahu saya perbaiki cerpen saya yang langsung tidak bagus itu sebab itu cerpen saya hilang tiba-tiba.

Saya sudah berazam untuk meng-update blog setiap hari, tidak kiralah apa pun asalkan update. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita hari ini. Saya anggap sebagai muhasabah untuk diri.

Tadi, sewaktu kelas Bahasa Inggeris, Puan Zuriati ada menunjukkan video-video bencana alam seperti gunung berapi dan terbaru sekali, tsunami di Jepun. Masya-Allah. Saya tidak boleh membayangkan andai saya berada di tempat gunung berapi tersebut meletus, hurm, sungguh dahsyat. Bayangkan lavanya yang panas, sedikit sahaja terkena mungkin sudah hancur tubuh kita. Itu baru bahang dunia, bagaimana pula di neraka sana?




Kondisi di Jepun juga dahsyat, ramai rakyat yang telah terkorban. Tetapi, semua peristiwa ini ada hikmahnya. Hari Ahad yang lepas Puan Hajjah Azizah ada menceritakan tentang kelalaian manusia. Saya cuba buat konklusi. Ramai yang suka menonton Power Rangers atau Doraemon. Seolah-olah watak ciptaan dalam siaran tersebut adalah hero penyelamat kita. Bila bencana begini berlaku, mana Power Rangers yang gagah menyelamatkan manusia daripada huru-hara? Mana Doraemon yang boleh menggunakan pelbagai alatan untuk membantu mangsa tsunami? Saya memang tidak berapa suka menonton kartun, tetapi saya juga ikut terfikir. Dalam keadaan musibah begini, cuma Allah yang boleh membantu. Don't ever challenge God's abilities.

Sedang cuba untuk merenung dan bermuhasabah ...


4 comments:

  1. wah cayalah.update everyday.

    usaha2!

    ReplyDelete
  2. @Ariffah9
    hurm. cuma azam baru. hihi
    insyaAllah
    thanks.
    =)

    ReplyDelete
  3. teruskan berusaha..

    doreamon dan power rangers tu adalah watak yg mereka mahu, kalau la ada. Tapi tak ada..

    ReplyDelete
  4. @sha
    ya, insyaAllah, terima kasih.
    hurm. tak boleh berharap pada yang lain selainNya...
    =)

    ReplyDelete