Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ketiga di Regensburg, dan alhamdulillah belum tertewas
lagi untuk update blog. Pagi ini saya dan rakan-rakan serumah menaiki bas ke
OTH. Tambang bas adalah sebanyak 3 Euro untuk ke OTH. Berbekalkan pengalaman
naik bas semalam, saya dah tahu cara untuk membayar tambang menggunakan tunai.
Pagi ini diadakan sesi penerangan berkenaan insurans TK yang perlu saya beli di
sini. Saya perlu membuka akaun bank Germany dulu dan wang akan automatik
ditolak dari dalam bank. Dalam kelas hari ini, barulah saya berjaya menemui dua
pelajar lelaki dari Malaysia. Seorang Melayu dan seorang berbangsa Cina. Mereka
merupakan pelajar dari UPM. Tapi mereka baru sampai dan banyak juga tertinggal
slot briefing, jadi tak banyak benda yang boleh dibualkan. Saya pun terlupa nak
ambil nombor telefon, tapi tak ada masalah sebab mesti akan berjumpa lagi
sepanjang orientasi.
Selesai sesi briefing insurans, saya ke mensa (kafeteria)
bersama rakan-rakan. Di mensa, saya tak tahu makanan apa yang boleh dibeli.
Sosej di situ sudah semestinya diragukan kehalalannya. Jadi saya cuma beli
minuman sambil menemani yang lain makan. Macam sedih kan. Haha. Yang lain makan
bukan main kenyang sebab portion makanannya banyak juga. Mungkin nanti kalau
dah jumpa senior Muslim, saya akan tanya apa yang boleh dimakan di mensa, tapi
nampak macam tak banyak pilihan pun.
Sekitar pukul 1 petang, kami berkumpul semula di hall
tingkat bawah untuk sesi welcoming pelajar antarabangsa. Rasa janggal pula bila
dipanggil international students. Semua sekali ada dalam total lebih 115 pelajar
antarabangsa, 59 dari Eropah dan 56 dari Asia. Lebih kuranglah jumlahnya tu.
Saya pun tak pasti kenapa saya ingat jumlah tu. Kami diberikan beg dengan pen
dan fail dari OTH. Selepas itu, kami disuruh untuk berdiri mengikut kedudukan
negara dalam peta dunia. Sudah semestinya Malaysia dan Indonesia yang paling
hujung. Saya sempat berbual dengan pelajar dari China dan Uzbekistan. Kemudian,
ada sesi bergambar ramai-ramai. Saya belum tengok lagi, mungkin dah ada upload
di Instagram dan Facebook OTH. Selepas sesi bergambar, kami dijemput untuk
mencuba makanan tradisional Jerman, dipanggil Bavarian breakfast. Paula pernah
bagi saya rasa roti Breze ni. Kalau di Malaysia, rasanya roti sebegini
dipanggil pretzel. Apa yang beza adalah rotinya sedikit keras. Kalau ikutkan
sepatutnya dihidangkan dengan pork sosej tapi boleh juga dimakan begitu saja.
Masa tu tak adalah mereka hidangkan sosej, cuma roti Breze sahaja dengan jus
epal dan mineral. Kalau nak minum mineral di sini, boleh guna tap water sahaja
sebab bersih. Air sinki. Tapi kalau di haus, saya jerang dulu air dan biarkan
sejuk sebelum minum sebab dah terbiasa kan.
Lepas itu, kami dibenarkan pulang tetapi ramai yang tidak
berganjak dan berbual-bual. Di situ, cuma saya seorang saja yang bertudung jadi
dah tentulah rasa janggal. Rakan-rakan yang lain cuma main fon. Disebabkan tak
nak rasa tersisih sangat dan left out, maka saya menghampiri gadis-gadis dari
China tadi dan berbual. Rupa-rupanya mereka cuma pelajar yang mengikuti program
seminggu di OTH, bukan selama satu semester. Kelas mereka pun dah bermula. Tak
lama kemudian, Jason, pelajar dari Malaysia datang menghampiri dan berbual
dengan kami. Walaupun mereka sama-sama tahu berbahasa Mandarin, nasiblah mereka
berbual dalam bahasa Inggeris sebab ada saya di situ. Kalau tak saya mundurkan langkah
dah.
Penat juga sebenarnya cakap orang putih ni. Bila dah 20 tahun lebih
terbiasa cakap Melayu dan di sini cakap full English, penat juga. Eheh. Saya
tak jumpa lagi sesiapa yang sama course dengan saya setakat ini. Kalau jumpa,
bolehlah berkenalan siap-siap sebelum masuk kelas bulan depan. Oh ya, kelas dan
official semester akan bermula bulan Oktober. Tapi kelas intensif bahasa Jerman
dah mula Selasa depan. Saya tak akan sama kelas dengan rakan-rakan serumah
sebab mereka dah ambil bahasa Jerman selama 3 tahun dan akan masuk kelas level
lain. Tapi rasanya ramai juga yang masuk kelas Beginner nanti. Waktu orientasi
ni memanglah nampak kosong sangat OTH, tapi bila tengok dalam gambar yang
ditayangkan, bila semester dah bermula memang sangat ramai pelajar. Jadi saya
akan memanfaatkan masa-masa sunyi di OTH ini sebaik mungkin.
Setelah selesai sesi hari ini, Felia dan Anja temankan saya
untuk membuat kad sim Jerman dan membeli pas bas. Pas ni kalau beli, boleh naik
bas ke mana sahaja untuk tempoh sebulan kalau tak silap saya, tapi dalam area
Regensburg saja. Felia dan Anja dah beli awal-awal, saya yang masih belum beli.
Paula, buddy saya masih sibuk sebab baru berpindah rumah dengan boyfriend dia
jadi malas nak kacau. Nasib ada Anja dan Felia yang tak tahu kenapa baik sangat
nak temankan saya. Dalam masa sama mereka pun nak beli barang keperluan
masing-masing.
Kami menaiki bas menuju ke arah city (saya tak ingat
namanya). Di situ barulah saya nampak ramai rakyat jelata Regensburg yang
membeli belah di kedai-kedai seperti H&M dan sebagainya. Nampak sangat area
Oberlanderstrasse yang saya tinggal dan sekitar OTH merupakan area sunyi.
Saya membeli pas bas dengan bantuan Anja sebab macam yang saya kata, majoriti pekerja lebih gemar bercakap Jerman daripada English. Harganya 48,50 Euro. Mahal juga tapi sama saja kalau saya bayar 2,40 ke 3 Euro setiap kali naik bas. Maka dengan adanya pas ini, tak perlulah saya terkial-kial mencari duit setiap kali nak naik bas. Yeay.
Saya membeli pas bas dengan bantuan Anja sebab macam yang saya kata, majoriti pekerja lebih gemar bercakap Jerman daripada English. Harganya 48,50 Euro. Mahal juga tapi sama saja kalau saya bayar 2,40 ke 3 Euro setiap kali naik bas. Maka dengan adanya pas ini, tak perlulah saya terkial-kial mencari duit setiap kali nak naik bas. Yeay.
Di city, kami singgah di beberapa kedai dan saya membeli
cawan dan mangkuk yang berharga 1 Euro setiap satu. Itupun stok dah nak habis
di kedai tu tapi kalau saya tak beli di situ, susah dah nak cari cawan 1 Euro
ni. Saya juga berjaya membeli beras di salah satu kedai. Walaupun masih tak ada
rice cooker. Kedai telekom 02 pada ketika itu masih tutup rehat jadi kami
singgah di H&M sebab Felia nak cari kot untuk Autumn.
Di sini musim autumn, cuma belum yang betul-betul autumn daun luruh tu. Mungkin bulan Oktober nanti. Kami jumpa dengan buddy Anja di situ yang juga berasal dari Indonesia. Dia memperkenalkan kami dengan pakaian tradisional orang Jerman yang akan dipakai semasa festival. Kami menyuruh Felia cuba baju tu dan memang sesuai dengan dia. Comel je. Tersimpang pula hasrat nak cari kot autumn tadi. Kemudian kami singgah di klinik sebab Anja dah mula tak sedap badan. Sayang insurans kami belum boleh digunakan lagi sebab baru buat pagi tadi dan belum lengkap pun lagi. Jadi kalau sakit masa-masa ni, terpaksa guna duit sendiri dulu. Selepas kedai 02 tadi buka, kami masuk bertanya dan rupa-rupanya stok kad sim mereka sudah habis.
Di sini musim autumn, cuma belum yang betul-betul autumn daun luruh tu. Mungkin bulan Oktober nanti. Kami jumpa dengan buddy Anja di situ yang juga berasal dari Indonesia. Dia memperkenalkan kami dengan pakaian tradisional orang Jerman yang akan dipakai semasa festival. Kami menyuruh Felia cuba baju tu dan memang sesuai dengan dia. Comel je. Tersimpang pula hasrat nak cari kot autumn tadi. Kemudian kami singgah di klinik sebab Anja dah mula tak sedap badan. Sayang insurans kami belum boleh digunakan lagi sebab baru buat pagi tadi dan belum lengkap pun lagi. Jadi kalau sakit masa-masa ni, terpaksa guna duit sendiri dulu. Selepas kedai 02 tadi buka, kami masuk bertanya dan rupa-rupanya stok kad sim mereka sudah habis.
Jadi kami naik bas dan bergerak ke stesyen Hauftbahnhof,
stesyen mula-mula saya sampai di Regensburg dulu. Kami pergi ke kedai 02 area
situ dan dengan bantuan buddy Anja dan petugas kedai, saya kini dengan
selamatnya boleh menggunakan kad sim Jerman. Selepas tu kami masuk ke kedai Kaufland.
Kaufland ni terkenal di area sini. Kalau di Malaysia bolehlah dikatakan macam
Tesco dan Giant. Lebih banyak pilihan berbanding Aldi. Saya berhasrat nak
lengkapkan set dengan membeli sudu garfu tapi harga sebatang garfu pun dah 3
Euro. Ada sebenarnya peralatan dapur di kuche (dapur) haus, tapi rasanya lebih
baik beli yang untuk diri sendiri juga. Tapi lepas tengok harga, terbatal
hasrat nak beli. Kebetulan saya terjumpa satu shelf yang menjual barang dah nak
rosak atau tak laku rasanya. Tapi barangnya okey sahaja bagi saya, cuma macam
kalau botol minum tu adalah terkotor sikit. Yang lain nampak elok saja.
Barangan tersebut dijual dengan harga 1 Euro. Jadi daripada pusing Kaufland,
entah kenapa saya pusing shelf tu. Saya sempat membeli berus sebelum dipanggil
Anja untuk balik. Mereka mengajak saya untuk masak di rumah buddy Anja Ahad ini
memandangkan semua kedai tutup, tapi saya menolak. Sebenarnya risau tentang
bahan-bahan yang mereka gunakan dan rasanya lebih selamat masak sendiri. Cuma
sekarang ni kesnya saya belum ada rice cooker. Katanya kalau beli online lebih
murah.
Selesai sesi membeli-belah, kami menaiki bas pulang ke haus.
Masing-masing dah penat berjalan. Bahu saya pun sakit membawa barang-barang
dari OTH pagi tadi, cawan mangkuk bagai. Memang kalau nak berbelanja rasanya
saya kena beli sedikit demi sedikit. Mungkin ada lagi kedai lebih murah. Ada
lagi supermarket yang belum saya pergi. Balik saja haus, terus solat dan masak
Maggi segera. Saya ada beli beras instant yang boleh masak dalam 2 minit juga.
Bukan bubur instant tapi macam nasi instant. Mungkin saya akan cuba nanti. Ingat nak hubungi parents di Malaysia lepas sampai haus tapi waktu tu Malaysia dah pukul 1 pagi kalau tak silap. Susah juga ya perbezaan waktu ni.
Bagi saya kalau nak hidup di Regensburg ni kena tahu
nama-nama strasse (street) dan bas yang menuju ke lokasi tersebut. Masih ada
lagi keperluan yang belum saya dapat, tapi bila tengok dompet dah nipis tadi,
saya hadkan pembelian saya. Yang penting saya nak cuba cari selipar untuk
dipakai dalam haus sebab orang Jerman ni pakai kasut walaupun dalam bilik.
Petugas haus yang masuk nak suruh tandatangan kontrak semalam pun main pakai je
kasut dalam bilik saya. Kalau ada duit lebih mungkin nak cari karpet atau alas juga
untuk bentang atas lantai bilik, mungkin lepas ni kalau ada yang masuk tak
pijak atas tu. Mungkin.
Rasanya mungkin cuma bulan-bulan awal ni yang kena belanja
lebih. Sebenarnya dah selesa dah bilik dan haus saya, cuma kalau bab-bab masak,
makan ni nak kena jagalah juga kan. Misi saya sekarang nak cari rice cooker dan
barangan murah serendah 1 Euro. Mungkin minggu depan saya akan ajak Paula cari
restoran makanan halal juga. Tahan dulu awal-awal ni. Orang kata bersusah-susah
dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak pasti pula apa relevannya peribahasa ni
dengan situasi saya.
Rasanya itu saja coretan hari ini yang saya nak kongsikan
dengan semua.
Sampai bertemu lagi.
Regensburg 5:13 am 7 Sept
Malaysia 11:13 am 7 Sept
No comments:
Post a Comment