Bismillahirrahmanirrahim.
14 September 2019. Hari yang dinanti-nantikan kami, exchange
students di OTH akhirnya telah pun tiba. Ini merupakan lawatan pertama kami ke
bandar lain di Bavaria. Saya, Anja dan Felia siap seawal 5.45 pagi untuk keluar
rumah demi mengejar bas jam 6.03 pagi. Kami perlu berkumpul di Haupbahnhof pada
jam 6.30 pagi. Ariana dan Vesa sudah bergerak lebih awal dari kami. Saya
membawa bekalan roti arab yang dibeli di Al-Medina Markt dan air mineral, yang
memang sangat berguna dalam trip nanti. Saya tinggalkan payung kerana ramalan
cuaca tak hujan hari ini. Kalau di Malaysia, jarang sekali nak tengok ramalan
cuaca tapi di Jerman ni dah jadi macam satu keperluan.
Kami tiba di stesyen pada waktunya. Rupa-rupanya, tren kami hanya akan bergerak jam 7.20 pagi nanti. Sementara mengisi masa lapang, ada yang pergi membeli bekalan makanan, ada yang ke tandas dan yang lain cuma berbual-bual dengan penuh energetik. Tak lama kemudian, Ali (Turki) dan Mia (China) menyertai kami berbual. Saya tak tahu kenapa di Malaysia susah saya nak cam orang, tapi di sini bila sekali orang perkenalkan nama saya boleh ingat. Mungkin sebab semua muka lain-lain agaknya, kalau di Malaysia tu kan semua pakai tudung. Di sini saya seorang saja yang pakai tudung.
Untuk menaiki tren, tutor kami telah membeli ‘Bayern Ticket’ yang perlu dinaiki oleh 5 orang untuk harga diskaun. Saya cuma membayar 11 Euro sahaja untuk tiket tren. Harga untuk tour guide dan sebagainya rasanya ditanggung oleh pihak OTH. Saya, Anja, Felia, Mia dan Ali menulis nama pada satu tiket dan kami diberikan gelang kertas yang macam masuk waterpark tu sebagai simbol tiket. Tapi tutor yang pegang tiket masih perlu tunjukkan tiket dalam tren bila diminta oleh petugas. Bila masuk dalam tren, kami boleh duduk di mana-mana saja yang kami suka. Saya duduk di sebelah Vesa dan rakan-rakan lain dari Kosovo. Hari ini, saya dapat berkenalan dengan beberapa lagi exchange students yang lain. Saya cuma berbual dengan Vesa sambil menghayati kehijauan Jerman di luar tingkap sepanjang perjalanan.
Sebelum tiba di Wurzburg, kami perlu menukar tren di stesyen Nurnburg. Kebanyakan tandas awam di Jerman adalah berbayar, walaupun tiada paip air dalam tandas. Saya cuba mengelakkan masuk tandas jika tiada keperluan demi menjimatkan wang. Eheh. Ada tandas yang sampai 1 Euro bayarannya kalau nak masuk. Dah cecah RM4 lebih. Kalau ada paip air tu berbaloilah juga. Nak berwuduk pun susah dalam tandas, sebab itulah kalau sesiapa yang nak menunaikan solat di Jerman digalakkan bawa botol. Satu kelebihan negara Jerman ni, adalah kita boleh minum air paip dia. Mula-mula tinggal di Jerman, saya memang janggal nak minum air paip. Bila dah lama-lama, baru dapat biasakan diri. Cuma saya tak refill air dari sinki tandas, walaupun bersih. Tapi bila jalan di Wurzburg ni, nampak sinki tandas, haa.. refill! Memang taklah nak beli mineral baru dah. Bila saya balik Malaysia tahun depan, tolong tegur saya kalau nampak saya terminum air sinki ke apa ya.
Menurut sumber Google, semua air paip boleh diminum termasuklah dari sinki tandas sebab bercantum dengan sumber drinking water. Mengikut peraturan Jerman, kalau sumber air tu tak bercantum dengan drinking water, mereka wajib meletakkan label. Harga mineral di sini dalam 1,40 Euro (air) + 0,25 Euro (botol). Jumlah dalam 1,65 Euro, lebih kurang RM 7.50. Itu baru harga untuk botol mineral kecil yang standard. Semua botol mineral di sini boleh dikitar semula di mesin-mesin yang banyak disediakan di kedai, dan kita boleh dapat balik pulangan 0,25 Euro.
Saya tidak membeli sebarang makanan di Nurnburg sebab dah bawa bekalan. Lagi satu sebab saya malas nak fikir halal ke tak, bahan makanan tu buat daripada apa, ada alkohol atau tidak. Bila asyik nak kena fikir benda-benda ni boleh stress juga, jadi bawa bekal sendiri adalah pilihan paling bijak untuk orang yang malas berfikir panjang macam saya. Macam sedih pula tiba-tiba bila terfikir balik. Makan bawa bekal, minum pun dari sinki tandas. Hahaha. Menyedihkan betul.
Selepas berhenti rehat di stesyen Nurnburg, kami pun mengambil tren ke Wurzburg. Selepas dua jam dari Regensburg, akhirnya kami sampai ke destinasi kami. Kami dipecahkan kepada tiga kumpulan sebab ada tiga tourist guide yang sudah menunggu kami. Wurzburg memang merupakan destinasi tarikan pelancong. Hari ini saja, rasanya ada dalam 50 lebih kumpulan yang datang membuat lawatan di sini. Tourist kami bernama Ingrid. Saya akan menceritakan serba sedikit info yang saya dengar, tapi jika ada tersalah fakta dalam penulisan saya, harap dimaafkan.
Tapak pertama yang kami lawati adalah Juliusspital, sebuah hospital. Salah seorang penerima Nobel dalam Fizik, iaitu orang pertama yang menemui x-ray pernah bekerja di hospital tersebut. Di Wurzburg juga ada dalam 14 penerima hadiah Nobel yang berasal dari University of Wurzburg. Ramai betul. Ingrid juga menceritakan kisah peperangan yang pernah terjadi antara orang Kristian Katolik dan orang Yahudi. Buat pengetahuan anda juga, majoriti penduduk di Bavaria adalah beragama Kristian Katolik. Saya pernah bertanya perbezaan Kristian Katolik dan Kristian Protestan pada Anja sebelum ni. Mereka mempunyai kepercayaan yang sama tetapi prinsip yang berbeza. Kristian percaya pada God Father, Jesus Christ (son of God) dan Maria (holy spirit). Banyak perbezaan Katolik dan Protestan menurut Anja, tapi salah satu bezanya adalah menyembah Maria. Buat Katolik, mereka menyembah Maria dan para Saint tetapi tidak bagi Protestan.
Saya memang boleh nampak betapa Katolik tu merupakan agama yang penting di sini sebab terlalu banyak gereja Katolik di Bavaria dan Regensburg. Bahkan, sebelah Haus Hemma pun gereja Katolik. Anja pun susah katanya nak pergi gereja setiap hari Ahad sebab gereja untuk Protestan terletak jauh sikit dari kawasan tempat tinggal kami. Samalah juga macam susahnya nak cari masjid di sini. Saya tahu ada masjid di Regensburg tapi sepanjang tinggal di sini saya tak pernah nampak mana-mana masjid. Dan kalau nampak pun, mungkin saya tak akan tahu bangunan tu masjid sebab binaannya tak sama dengan masjid di Malaysia.
Berbalik kepada cerita, semasa zaman pemerintahan
prince-bishop di Wurzburg, ramai orang Yahudi yang dibunuh, ditahan atau diusir
keluar. Bahkan bila jumpa tapak perkuburan orang Yahudi, prince-bishop
mengarahkan supaya kawasan tersebut dibersihkan. “And the place we are standing
here right now is a former Jewish cemetery,” kata Ingrid secara tiba-tiba
semasa kami sedang khusyuk mendengar ceritanya. Masa tu, saya terus pandang
tempat saya berpijak. Seriously? Setelah itu, Ingrid membawa kami di hadapan
Cathedral (gereja) dan menunjukkan arca lukisan di hadapan gereja sambil
menceritakan kisahnya. Dia menceritakan asal-usul macam mana bayi ditiup ke
dalam telinga Maria berdasarkan arca yang ada di situ. Saya cuma dengar
sajalah.
“Now, we are going to pass through the cathedral to go to
the other side,” kata Ingrid lagi. Waktu itu, dah tentulah saya rasa janggal.
Tapi Zira pernah cakap pada saya, gereja-gereja di sini dibuka untuk tourist.
Saya pun ikut sajalah. Sepanjang hidup saya, tak pernah sekali pun saya masuk
gereja atau tempat ibadat agama lain. Jadi mestilah anda boleh bayangkan betapa
janggalnya saya, tambahan lagi saya pakai tudung. Masuk ke dalam gereja, saya
dapat perhatikan orang-orang yang sedang beribadat. Saya pun mengikut saja
Ingrid dan yang lain-lain melintas di hadapan mereka. Dalam hati masa tu berdoa
juga supaya tak ada orang yang akan bising bila nampak orang bertudung masuk
dalam gereja. Saya tak pandang meliar sangat sebab janggal. Cepat-cepat saya
jalan untuk keluar ikut pintu satu lagi. Alhamdulillah, cabaran pertama
berjaya. Itu sebelum saya tahu yang saya akan masuk ke sebuah lagi gereja
nanti. Sebelum keluar dari pintu, ada bekas berisi air di tepi pintu. Saya
melihat pelajar di hadapan saya mencelup tangan ke dalam bekas itu dan
menggerakkan tangan ke dahi dan dada, gaya berdoa orang Kristian.
Walaupun cuma beberapa saat melewati gereja, saya berasa
sangat lega bila dapat keluar. Bila tengok dari luar, saya baru perasan yang
sebenarnya boleh saja kalau nak lalu dari tepi gereja, tak perlu masuk dalam
pun. Terasa dumbfounded sikit masa tu. Ingrid kemudiannya membawa kami ke satu
muzium yang memaparkan mini replika Kota Wurzburg semasa zaman dahulu. Wurzburg
dahulu pernah dibom sehingga musnah hampir keseluruhan kawasan kota, kemudian
dibina semula oleh rakyat yang terselamat dalam peperangan. Keluar dari muzium
itu, sekali lagi kami dibawa ke sebuah gereja. Kami dibenarkan untuk melihat
orang yang sedang beribadat di sebalik pagar besi yang ada dalam gereja itu.
Luas juga gerejanya, cuma sekali lagi saya tak tahu nak buat apa di situ.
Rakan-rakan yang lain macam khusyuk melihat keseluruhan kawasan gereja. Saya
nampak Mia sibuk mengambil gambar dalam gereja, maka saya pun ikut saja
perbuatan Mia, daripada khusyuk tengok orang beribadat. Nasiblah kami datang
dari arah belakang bukannya lalu tengah-tengah macam gereja pertama tadi. Selepas
tengok yang lain keluar, saya pun cepat-cepat keluar.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment