Tuesday 30 June 2009

Cerpen: Aku Tetap Aku

Hari ini hari pertama aku menjalani kehidupan di sekolah baruku. Aku berpindah ke Kedah atas urusan kerja ayahku. Ibu aku sudah lama kembali ke rahmatullah semenjak aku berusia lima tahun lagi. Mujurlah aku mempunyai seorang ibu saudara yang sangat mengambil berat tentang diriku. Di kelas, aku duduk di barisan paling belakang di sebelah Zurina. Aku gerun memerhatikan wajah-wajah rakan-rakan baruku. Ada yang menjeling kepadaku dan ada yang menatap wajahku seolah-olah aku seperti makhluk asing yang turun dari Planet Marikh.

Masa rehat telah tiba. Selepas menunaikan solat Zohor, aku memakai kasut seperti pelajar lain di hadapan surau. Aku ternampak kelibat sekumpulan pelajar perempuan dari kelas aku. “Liza, dengar kata awak ketua pengawas di sekolah rendah dulu. Betul?,” soalan itu dilemparkan oleh seorang gadis yang tinggi dariku sedikit dan berbadan langsing. “ Ya, nama kamu semua siapa?,”aku mencuba untuk mengenali mereka. “ Aku Siti Nurbayya. Yang ini Sandra, Fikah, Ana, Dini, Hilda dan Zarin.” Mereka mengajak aku untuk rehat bersama mereka. Gadis mesra yang bergelar Baya lebih peramah daripada yang lain. Hari demi hari, aku semakin rapat dengan Kumpulan Girlzy ini. Jika dulu aku selalu berbual dengan Zurina, kini aku banyak menghabiskan masa dengan Baya, Ana, Dini dan lain-lain. Walaupun Fikah, Hilda, Sandra dan Zarin berada di kelas lain, kami tetap akrab.

Beberapa bulan sudah berlalu. Aku kini sudah pindah di barisan paling hadapan dalam kelas. Cikgu Ros yang mengajar mata pelajaran Sivik sudah keluar. Apa lagi, Baya memulakan gosip bersama Kumpulan Girlzy. Sedang kami rancak berbual-bual, kelihatan Cikgu azri, guru kelas kami berdiri di hadapan pintu. “Bangun semua,” kata Azrul yang menjadi ketua kelas kami. “Assalamualaikum, cikgu.” Cikgu Azri yang memakai baju berwarna biru itu menjawab salam dan memperkenalkan murid baru kelas kami, Afrina. Farina duduk di sebelah Zurina di barisan paling belakang, bekas tempat duduk aku. Timbul rasa iri hati dalam diri aku kerana Afrina kini rapat dengan Zurina. Suatu hari, ketika ketiadaan guru dalam kelas, Baya memanggil Afrina. Afrina kurang mendengar kerana dia tekun membuat kerja sekolah bersama Zurina. Baya berasa geram dan membuat pengumuman kepada kelas. “Perhatian semua! Aku nak cakap sesuatu.”

Afrina tidak memandang ke arah Baya kerana ingin menyiapkan kerja sekolah bersama Zurina. “Woi Afrina, kalau hang tak dengar maknanya hang pekak badak,” jerit Baya. Afrina seakan terkejut tetapi mendiamkan diri.. “Kalau awak tidak membuat pengumuman, duduklah tempat!,” kedengaran suara Azrul memarahi Baya. Aku memberanikan diri untuk menengking Azrul, “Diamlah Azrul!” Baya kembali ke tempatnya dan mengucapkan terima kasih kepadaku. “ Padan muka!” katanya mengutuk Azrul. Tidak lama kemudian aku terfikir tentang perbuatanku memarahi Azrul. Walaupun Azrul sering memarahi kami, dia tidak pernah menggunakan kekerasan. Azrul sudah banyak berbakti untuk kelas. Dia yang melakukan kerja walaupun perangainya menyakitkan hati. Aku sepatutnya hormat kepada dia kerana dia adalah ketua kelas yang memimpin kami. Aku tahu ramai orang yang sering menengkingnya tetapi itu semua salah! “Ah! Buat apa aku fakir tentang dia,” hati kecilku bersuara.

Pada waktu rehat, Baya mengajak Kumpulan Girlzy untuk berbincang. “Kelas aku ada budak baru, pekak badak!” katanya kepada Fikah, Hida, Sandra dan Zarin. “Apa kita nak buat?,” Sandra bertanya. “Aku rancang nak letak cicak dalam buku dia,” kata Ana. “ Baik kita letak katak dalam beg dia, nak?,” rancang Baya. “ Aku setuju,” kata Dini diikuti yang lain. “Err…err…aku…setuju,” kataku. “Kita buat esok nak? Aku pun tolong,” kata Fikah. Di rumah, aku bingung memikirkan hari esok yang bakal menjelang. “Akila, kenapa termenung? Ada masalah di sekolah?,” tegur ayahku.
“ Mana ada,” jawabku. “ Cakap dengan ayah, kenapa termenung?,” soalnya lagi.
“Kawan Akila suruh letak katak dalam beg pelajar baru,” kataku mengharapkan penyelesaian dari ayahku. “Nurliza Akila, kamu dah matang sekarang. Seorang remaja seperti Akila selalu buat keputusan sendiri. Ada yang pilih jalan salah, ada yang pilih sebaliknya,” kata ayah.

“Akila tidak faham,” kataku. “Ayah ingin Akila menjadi diri Akila sendiri. Jangan menjadi diri orang lain. Akila fikirlah seperti manusia yang akan bertindak seperti manusia berfikir.” Tiba-tiba, telefon bimbit ayah berbunyi. Ayah keluar untuk menajwabnya. Aku menunaikan solat Isyak. Selepas itu, aku terus masuk tidur kerana kepenatan.

Keesokan harinya pada waktu rehat, Baya dan Kumpulan Girlzy berkumpul di kelas kami. telah mendapatkan seekor katak besar. Fikah memasukkan katak tersebut ke dalam beg Afrina. Kumpulan Girlzy ketawa berdehak-dehak. Aku turut berpura-pura ketawa, “Ha…ha…ha….” Tidak lama kemudian, Hilda dan Zarin mengajak aku rehat. “Liza, tak nak rehat ka?” “Sekejap, pergilah dulu….nak kemas buku,” kataku. Setelah kelas kosong, aku mengambil plastik yang kubawa dari rumah untuk Maklumlah, aku memang geli dengan katak. Aku melepaskan katak itu lalu pergi ke surau. Selepas rehat, aku pulang ke kelas. Kumpulan Girlzy sangat terkejut kerana tidak ada sesuatu yang berlaku ke atas Afrina. Baya menjeling ke arahku seperti mengesyakiku. Dalam hati aku berpantun,

Baya duduk di sebelah pintu,
Tiba-tiba menatap aku,
Menjeling-jeling macam hantu,
Kenapa, hendak mengorat aku?

Semenjak dari hari itu, aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Kumpulan Girlzy. Betul kata ayah, aku harus menjadi diri aku sendiri. Walaupun aku sering dikutuk oleh Kumpulan Girlzy semenjak hari itu, aku redha dan sabar. Aku telah berkawan rapat dengan Zurina, Afrina dan lain-lain. Aku tidak akan menjadi seperti orang lain kerana aku tetap aku.


Hasil nukilan,
Nurina Izzati binti Mohmad Soib
1A8