Tuesday 17 October 2017

Tanggung dan jawab.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Maaf kerana menghilang untuk beberapa ketika. Seperti biasa, alasannya adalah kesibukan di universiti. Memandangkan saya terlibat dalam persatuan, jadi komitmen yang diberikan lebih bertumpu ke situ. Dan tidak lupa juga ujian pertengahan semester yang mencabar (walaupun objektif sahaja).

Bagi saya, subjek-subjek semester ini dua kali ganda lebih menggerunkan daripada subjek semester satu dulu. Tambahan lagi, semester ini saya sudah mula belajar subjek minor dari pusat pengajian lain. Salah satu subjek minor yang saya ambil ialah Communication and Society, kelasnya pada hari Jumaat, jam 3 hingga 5 petang. Waktu pembelajaran yang teramat mencabar. Serius. Sehingga sekarang, saya masih tidak mampu memahami apa sebenarnya yang hendak disampaikan untuk subjek ini.


Apa pun, sebagai seorang mahasiswa, belajar merupakan tanggungjawab  utama kita. Tanggung dan jawablah dalam peperiksaan nanti. Dalam masa yang sama, penglibatan saya dalam persatuan juga banyak mengajar saya tanggungjawab baru yang harus saya pikul. Kalau dulu, saya lebih menganggap diri saya sebagai seorang pengikut. Sekarang, saya perlu meletakkan diri saya sebagai seorang pemimpin organisasi. Untuk memimpin sebuah organisasi yang besar, memang bukan mudah. Saya tidak tahu cara pimpinan orang lain, tapi inilah sedikit sebanyak refleksi yang boleh saya kongsikan tentang kepimpinan. 

Pertama, kalau kita tidak serius dengan jawatan yang dipegang, kita cuma akan menyusahkan pihak-pihak yang lain. Saya pada awalnya tidak nampak peranan saya, tetapi lambat laun setelah bergerak dalam kumpulan, saya mula rasakan keseriusan di situ. Apa yang saya galas, bukannya benda main-main lagi. Kalau setakat bercakap di mulut yang saya boleh buat, tetapi langsung tidak mainkan peranan, tak ada gunanya juga. Macam yang saya kata, akhirnya saya cuma akan menyusahkan pihak yang lain.

Saya mengaku, sebagai mahasiswa, satu cabaran untuk saya serius dan fokus terhadap tugas saya. Saya tak tahu macam mana orang boleh memikul banyak jawatan dalam persatuan dan memberikan 100 peratus komitmen dalam semua jawatannya. Ramai yang saya kenal begitu. Kalau saya, tak dapatlah nak capai tahap sedemikian rupa. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pula. Haha. Walaupun satu cabaran untuk membahagikan masa belajar dan masa berpersatuan, saya akan cuba. Sebab nama pun cabaran, bukan?

Kedua, pemimpin perlu peka dan mengambil tindakan.  Saya sedar yang orang lain bergantung kepada pemimpin untuk mengambil tindakan. Kalau tidak, buat apa perkara atau masalah itu diutarakan kepada pemimpin? Saya terkesan dengan satu ayat yang disampaikan oleh seseorang. “Harap ada tindakan lepas ni, dan bukannya sekadar mendengar sahaja.” Lebih kurang begitulah. Dia menyatakan ayat itu dalam intonasi biasa tetapi maksudnya cukup mendalam bagi saya. Point is, semua orang boleh menjadi pendengar. Menjawab “ya, baik, dinotakan, okey” dan sebagainya. Tetapi, berapa ramai yang boleh bertindak untuk merealisasikan perkara tersebut? Kalau setakat berkata kosong, lebih baik diam daripada memberi harapan semata.


Ketiga, mengenal pasti skop tugasan kerja itu adalah amat penting. Saya banyak belajar ketika memegang jawatan sebagai pengarah projek dulu. Sebagai seorang pengarah projek, kita perlu melihat daripada semua skop tugasan. Bukannya semata-mata memfokuskan apa yang kita nak buat sahaja. Tugas setiausaha, bendahari, jawatankuasa yang lain juga perlu diberikan perhatian. Saya adalah tunggak kepada seluruh jawatankuasa tersebut. Kalau bukan saya yang membantu atau memantau skop tugasan mereka, what’s the point of being the head?

Menjadi seorang ketua, bukan sesuatu yang mudah. Tapi kalau diberi pilihan antara pengarah projek, setiausaha atau bendahari dan tidak ada pilihan lain, saya akan memilih pengarah projek kerana saya lagi tidak suka skop tugas setiausaha dan bendahari. Sepanjang hidup saya minta dijauhkan daripada dua peranan itu. Haha. Saya minta maaf kepada semua setiausaha dan bendahari yang mungkin sedang membaca entry ini.

Keempat, bekerja dalam organisasi ni, kita perlu belajar menerima orang. Lainlah kalau kita bekerja dengan komputer, tak ada masalah. Tapi hakikatnya, kita akan bekerja dengan manusia yang mempunyai emosi, ego dan pendapat tersendiri. Kadangkala, pendapat kita mungkin tidak akan sama dengan pendapat orang lain. Di situlah saya belajar untuk bertolak ansur dan cuba untuk tidak mementingkan diri sendiri.

At the end of the day, saya yakin, semua orang dalam organisasi itu mahukan yang terbaik. Jadi saya perlu mencari titik persamaan dalam pendapat semua orang. Satu perkara penting yang perlu diingatkan, jangan lupa yang kita bekerja dalam organisasi dan bukannya secara individu. Serius saya katakan, bekerja dalam organisasi sedikit sebanyak mengajar saya untuk tidak pentingkan diri sendiri. Belajar untuk lebih cool. Belajar untuk menerima dan memberi teguran.


Kelima, selesaikanlah tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya bukanlah orang yang layak mengulas panjang tentang ini, sebab saya pun kadangkala gagal berperang dengan masa. Saya selalu juga buat kerja akhir minit, tapi saya akan pastikan kerja tersebut siap sebelum tempoh deadline yang diberikan. Eheh. Yalah tu. Sembang. Apa pun, sebagai seorang pemimpin, saya mengharapkan juga subordinat saya menyiapkan tugasan sebelum deadline. Kalau dibiarkan saja melepasi tarikh deadline, apa fungsi deadline, kan? Saya harap, kepada sesiapa yang sering bertarung dengan deadline, belajarlah untuk menyiapkan tugasan pada waktunya.

Rasanya cukuplah lima isi di atas. Terasa macam buat esei pula. Saya sekadar merefleksi diri dalam bentuk penulisan. Mungkin kepada sesiapa yang bekerja dalam organisasi atau persatuan pun dapat mennghubung kait perkara-perkara yang telah saya nyatakan. Yang penting, dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pemimpin, jangan lupa pula tanggungjawab terhadap agama. Itu sudah semestinya perlu menjadi prioriti kita.

Kadang, sebab persatuan, ada juga orang yang mengabaikan agama. Ada yang menjadi gila. Maka pesan saya kepada diri dan kepada semua, tanggung dan jawablah apa yang telah diamanahkan kepada anda. Sesungguhnya, cabaranlah yang akan menjadikan kita lebih matang dalam menempuhi kehidupan dewasa. Ingat satu perkara juga, Allah tidak akan membebani kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita.

Terima kasih kerana membaca. Have a nice day.

Friday 22 September 2017

Tawaran Berkolaborasi dengan Broaden

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah.


Alhamdulillah, kita sudah memulakan satu lagi tahun baru Hijrah. Bila kita dengar sahaja perkataan Hijrah, sudah tentulah kita teringat akan kisah Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah. Sebut tentang Mekah dan Madinah, terasa rindu pula nak berkunjung lagi ke sana. Jika ada rezeki, harap saya dapat ke sana lagi. InsyaAllah. Bercakap tentang hijrah ni, banyak definisi yang boleh kita tafsirkan. Tepuk dada, tanya pada hati, apa ertinya hijrah bagi kita? Dan adakah kita sudah memulakan langkah hijrah, atau masih berada pada takuk yang lama? Saya sendiri sedang menanyakan persoalan tersebut kepada diri saya.

Apa yang saya lakukan pada hari Maal Hijrah ini? Jujurnya, saya banyak menghadap laptop untuk menyiapkan design. Dan mungkin malam ini saya akan hasilkan satu design baju persatuan atas permintaan seorang rakan. Sebenarnya, saya tahu saya tidak mampu untuk menghasilkan design yang lawa. Tapi saya tak pernah nak berhijrah untuk belajar menggunakan Adobe Photoshop dengan lebih baik. Saya cuma akan menggunakan tools yang saya sudah biasa gunakan. Ternyata, hendak berhijrah ke peringkat seterusnya bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah. Walaupun saya tidak pakar dalam design, saya bercadang untuk hantar juga design baju. Diterima atau tidak, itu lain cerita.


Satu lagi benda yang saya belum boleh berhijrah ialah projek puisi yang sedang saya usahakan. Rasanya sampai hari ini saya masih tersekat pada jumlah yang sama. Bukannya apa, akhir-akhir ini inspirasi tak nak datang kepada saya. Selalunya saya akan dapat hasilkan sebuah puisi jika ada benda atau perkara yang berlaku di sekeliling saya. Tapi semenjak dua menjak ini, hidup saya agak plain dan tak ada sebarang inspirasi yang menghentak saya. Saya harap projek puisi itu tidaklah bersarang begitu sahaja. Eheh.

Baiklah. Cukup dengan kisah projek saya yang tidak berhijrah itu. Maafkan saya kerana membawa unsur negativiti dalam entry ini. Sebenarnya, saya ingin berkongsi tentang satu tawaran untuk berkolaborasi daripada Broaden. Sewaktu saya sedang menyemak e-mel saya, ada satu e-mel yang dihantar oleh pihak Broaden kepada saya. 


Sebelum ini saya pernah mendapat tawaran daripada Zalora untuk berkolaborasi, tetapi saya abaikan sahaja kerana saya tidak gemar mempromosikan sesuatu yang tidak saya gunakan. Jika hendak membuat review, saya lebih suka untuk menulis dari hati. Dan saya tidak mampu pun nak berikan komitmen. Sebenarnya pihak Zalora memang sedang merekrut ramai lagi blogger untuk bekerjasama dengan mereka.

Saya tidak tahu tentang Zalora, tetapi Broaden merupakan satu website yang mempunyai banyak artikel berkaitan travel, kesihatan dan sebagainya. Broaden berfungsi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog kita. Pengunjung yang membaca pula bukannya dari Malaysia sahaja tetapi juga dari luar negara. Saya rasa, jika ada blogger yang berminat untuk mendapatkan trafik dengan entry bahasa Inggeris yang berkualiti, mungkin anda boleh cuba berkolaborasi dengan Broaden. Tentang bayaran, saya tidak pasti pula. Rasanya mereka cuma memberikan manfaat kepada blog dari sudut trafik sahaja.


Apa pun, sama seperti Zalora, saya akan mengabaikan sahaja tawaran daripada Broaden. Bukannya saya melepaskan peluang keemasan, cuma saya tidak mampu untuk memberikan komitmen dan saya lebih suka penulisan sendiri. Walaupun tak ada yang membaca. Saya menulis blog cuma sekadar mengisi masa lapang dan menyampaikan sesuatu yang lahir dari hati.

Mungkin, satu hari nanti kalau saya benar-benar serius untuk menjana pendapatan daripada media sosial, saya akan usahakan kolaborasi-kolaborasi bersama website terpilih. Manalah tahu.

Sunday 10 September 2017

Comic Fiesta Mini @ Straits Quay

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang Comic Fiesta yang sering diadakan di Malaysia. Comic Fiesta merupakan satu persidangan yang bertumpu kepada animasi, komik dan permainan. Rasanya budaya ‘anime’ sudah tidak asing lagi di negara kita ni. Saya tidaklah mengatakan saya seorang otaku (peminat tegar anime, manga dan game), cuma saya boleh katakan saya banyaklah juga menonton anime berbanding drama Melayu. 


Daripada saya tidak tahu bahasa Jepun, sekarang banyaklah juga istilah-istilah Jepun yang boleh saya gunakan. Saya suka menonton anime yang mengisahkan kehidupan pelajar sekolah dan sebagainya. Sebabnya orang yang buat anime ni kebanyakannya kreatif dan banyak jalan cerita yang hendak disampaikan kepada penonton. 

Hari ini, saya dan abang berkesempatan ke Comic Fiesta Mini yang diadakan di Straits Quay Convention Centre, Pulau Pinang. 


Konvensyen ini sudah pun berlangsung dari semalam. Bayaran tiket yang dikenakan sebanyak RM10. Ada banyak merchandize yang dijual di situ seperti rantai kunci, penanda buku, beg, baju, DVD dan banyak lagi yang bertemakan anime dan komik. Ada jugalah mereka yang berpakaian seperti watak dalam animasi yang lebih dikenali sebagai cosplayer. Saya tidak pula bergambar dengan mereka sebab rasa tidak ada kepentingan nak bergambar. Tapi kalau anda nak dapatkan gambaran cosplayer, bolehlah Google cosplay karakter kegemaran anda.

Tu ada  dua orang cosplayer

Saya boleh memuji kekreatifan mereka yang mencipta banyak barangan daripada karakter animasi. Sampaikan Death Note pun ada dijual. Death Note ni rasanya agak popular juga. Siapa yang namanya tertulis di dalam nota kematian tu akan mati. Ceritanya agak kompleks juga bila tengok Yagami Light dan si L tu bertarung dalam permainan intelek. Saya sempat bertanya kepada penjual tu, “Kalau tulis nama dalam buku ni, orang tu akan mati ke?”


Hasil tangkapan saya hari ini berjayalah juga mendapatkan beberapa rantai kunci dan t-shirt. Konvensyen ini tak adalah besar sangat sebab nama pun mini. Banyak kali kami berpusing-pusing melihat barangan yang sama. Agak-agak dah puas hati tu, saya balik semula ke universiti.


Teka dia pakai baju karakter apa

Hendak dijadikan cerita pula, dalam perjalanan pulang naik kereta Grab, saya terlibat dalam kemalangan kecil. Waktu itu kami berada di lampu isyarat dan baru nak bergerak semula. Tiba-tiba ada satu hentakan kecil yang menyebabkan saya tersentak ke depan sikit. Kereta belakang melanggar kereta Grab yang kami naik tu. Sebabnya, ada satu lagi kereta di belakang dia yang melanggar.

Saya pun tak pasti pokok pangkalnya, tetapi mungkin pemandu itu tidak sempat menekan brek. Pemandu Grab tu pun keluar dari kereta untuk selesaikan apa yang patut. Saya dan abang cuma tunggu di dalam kereta. Ya lah, bukannya kami tahu nak buat apa. Saya pun tak tahu apa yang perlu saya lakukan dalam situasi macam ni.


Tak lama kemudian, pemandu tu memohon maaf sebab tak dapat hantar kami ke destinasi dan kami terpaksa turun di tepi jalan tu untuk mendapatkan kereta Grab yang lain. Memang macam dalam drama televisyen sangat. Kami tak dikenakan sebarang bayaran jadi dapatlah jimat separuh perjalanan. Selepas pemandu tadi bergerak ke balai polis dan meninggalkan kami, saya pun menempah Grab lain tapi dapat pemandu yang sama juga. Berkali-kali saya cuba dapat pemandu yang sama. Lama jugalah saya tersadai di tepi jalan tu. Tapi nak buat macam mana, bukannya boleh salahkan pemandu tu sebab orang lain yang langgar dia. Dah lama sikit tu barulah saya dapat menempah pemandu lain. Rasanya pemandu tadi tak tutup aplikasi Grab dia sebab itu dapat orang yang sama berulang kali.

Beberapa saat lepas saya berjaya tempah Grab, saya dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Rupa-rupanya pihak Grab yang menelefon saya untuk bertanyakan keadaan saya. Saya rasa mereka dapat mengesan ada sesuatu terjadi sebab berkali-kali saya menempah pemandu yang sama. Ataupun mungkin pemandu tadi yang membuat laporan. Pantas jugalah syarikat mereka buat kerja. Sebenarnya tak adalah kemalangan teruk pun. Apa pun, alhamdulillah saya dapat sampai ke destinasi dengan selamat. 

Pengajaran yang dapat saya dapat hari ini ialah, sentiasa berhati-hati sebab kita tak akan tahu bila orang akan melanggar kita dari belakang. Hikmahnya, saya dapat berjimat duit hari ini. Eheh.

Friday 8 September 2017

Diari | Farewell Dinner & Semester Baru

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja pulang daripada makan malam dengan customer gym. Mereka nak belanja sebab Ahad ni saya akan pulang ke universiti semula. Kira macam farewell dinnerlah lebih kurang. Saya tak ambil gambar untuk dikongsikan, jadi kongsi cerita sajalah. Saya nak selitkan appreciation shoutout kepada dua insan ini.

Saya nak berterima kasih kepada Mak Cik Ilah yang sanggup ambil saya di rumah walaupun rumahnya jauh dan Kak Natrah yang menghantar saya pulang. Mereka bersungguh-sungguh juga nak belanja saya makan. Mak Cik Ilah dan Kak Natrah sudah lama merancang untuk membawa saya keluar makan tetapi malam ini baru sempat.

Apa yang saya tidak boleh lupa adalah babak di dalam kereta Mak Cik Ilah tadi. Sedang kami berbual, tiba-tiba Mak Cik Ilah memandang saya dan berkata “Cantiknya.” Saya tidak tahu bagaimana nak berikan respon. Haha.


Seronok berkenalan dengan mereka berdua. Walaupun mereka banyak bicara, topik perbualan mereka tidak pernah sesekali mengumpat atau mengutuk orang lain. Kalau Mak Cik Ilah dan Kak Natrah membaca entry ini (kalaulah), terima kasih sebab menyokong saya dengan membeli novel saya dan terima kasih sebab belanja makan.

Bila ada perpisahan, akan ada jugalah pertemuan baru. Nak tak nak, semester baru akan bermula lagi. Maka tamatlah hampir tiga bulan saya bercuti. Dan setiap kali nak masuk semester baru, mesti akan wujud satu perasaan malas tu.


Ada banyak benda yang saya dah masukkan dalam list-to-do saya untuk semester tiga ni, tapi tak tahulah macam mana hasilnya nanti. Banyak benda yang saya nak lakukan, tapi saya tak rasa perlu sangat diceritakan di sini. Ya lah, nanti kalau tak jadi buat malu diri sendiri saja. Eheh. Satu yang boleh saya kongsikan ialah saya nak perbaiki pointer supaya dapat 3.X. Siapa yang tak nak baiki pointer kan?

Saya mengambil tujuh subjek untuk semester tiga ni. Semester ini, kami sudah diberikan pilihan untuk memilih minor. Saya belum jumpa lagi rakan-rakan yang mengambil minor sama sebab rata-ratanya mengambil minor Psikologi. Kawan-kawan saya ada yang tanya, kenapa saya tidak mengambil minor Psikologi padahal saya skor subjek tersebut.

Jawapannya, saya sudah lama target nak ambil minor yang saya pilih sekarang ni sebab ada benda yang saya nak belajar. Saya rasa anda pun tahu bezanya bila kita terpaksa memilih untuk belajar atau subjek yang memang kita nak belajar. Kali ini, saya betul-betul serius nak belajar subjek dalam minor saya. Harapnya seriuslah.

Bagi saya, semester tiga adalah permulaan saya kembali dari titik kosong. Kebanyakan kelas sudah tidak sama lagi dengan rakan-rakan saya. Mungkin cuma dua tiga kelas saja yang sama. Subjek-subjek juga sudah semakin mencabar. Kalau boleh disamakan dengan permainan video, saya sudah upgrade level baru dalam sebuah game yang tidak ada butang pause. Cuma ada butang quit yang tersedia. Tapi kita semua tahu yang hidup ni bukannya permainan.


Belum buka lagi semester, banyak tawaran kerja yang sudah saya dapat. Tawaran yang tidak dibayar upahlah. Isnin hingga Rabu buka semester perlu bertugas di stor untuk pengambilan barang penghuni desasiswa. Harapnya tidaklah begitu memenatkan seperti waktu penyimpanan barang dulu. Kalau saya jadi lagi MPD untuk sidang akan datang, semoga ada staf yang akan menguruskan bab-bab penyimpanan dan pengambilan barang ni. 30 September pula Bella minta saya untuk jadi jurugambar Interaction Day. Dan ada jugalah beberapa aktiviti lain yang bakal dilaksanakan. Entah kenapa saya dapat rasakan semester baru ini akan lebih sibuk daripada sebelum ini.

Oh ya, saya juga ada beberapa cadangan idea untuk buat video dalam kepala saya. I’m also looking forward to that. Teringin rasanya nak ada DSLR sekarang ini. Dan kalau dapat kawan-kawan yang nak berlakon memang terbaiklah.

Banyak jugalah yang saya rancang untuk semester baru ni, tapi saya tak nak cerita banyak. Pernah tak anda berada dalam satu situasi di mana semangat tu membuak-buak untuk buat banyak benda? Ha, begitulah yang sedang saya rasa. Harap ada hasilnya daripada tak ada. InsyaAllah. Selamat memasuki semester baru ya dan terima kasih membaca coretan ringkas ini.


Anime images: K On, Hyouka, Tsuki Ga Kirei

Tuesday 5 September 2017

Why Does Religion Exist? | Kenapa Perlu Wujud Agama?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

I told myself to post frequently on this blog but it seems that I have been away for this few days. The reason is I was too busy living my life to the fullest. Haha. Okay, just kidding. It was the national day and hari raya so obviously there was a lot going on. We held a small feast at our house during the second raya. I did not really invite my friends because many of them had come during Aidilfitri and the opening of my mum’s new spa. And most of them probably couldn’t come anyway. Then we went to Penang on Sunday and to Perlis yesterday to drop my sisters off. It is the beginning of the new semester and mine’s coming up next week. Today, in fact, right now I’m back at the gym to work as usual.

Anyway, last night I opened my askfm feeds and saw some shout out questions. I rarely open askfm so I thought of killing some time there. One of the questions kind of intrigued me. Why does religion exist? I don’t know who ask that though. It is a simple question but I can say there are various answers to that. Instead of replying there, I’m just going to write an entry to answer it based on my own perspective. Different people have different perspective so you can’t really say which one is correct and which one is wrong, right?


Religion. It’s a word that has a very deep meaning behind it. As I mentioned earlier, different people have different perspective. It’s also applicable on the terms of religion. Some people held on religion tightly. Some people are average. Some people believe in religion but they are not quite bond to it. And some people don’t believe in religion at all. They are called atheist, those with no religion. But why religion exists at the first place? And what makes us with religions different from those with no religion?

For me, religion is everything. Religion is your life and it is also your death. Religion is faith. Religion is belief. Religion is holding on to a power that is beyond us. I believe in one God. Some people believe in more than one God. Some people believe in deities or spiritual energy. The point is, we believers, believe in the power of the Almighty. We are humans. And as humans, we are actually weak. We are not really as strong as what we think we are.

 Life has its upside downs. There are times when things are just hard for you until you come to the point of not knowing what to do. Whether you lost a person you love the most, or you might have been kicked out of your own house, or one of your family members has been diagnosed with a disease, or you get fired from your job, or you messed up in your examinations. There are times when it is just too much and you feel like bursting everything outside of your chest.

Some of you might have shoulders to lean on. But some of you might not. Everything going on around you is just too much. You probably want to fight back but there’s just nothing that you can do. You burst out to tears and sit alone, hoping that something like miracles will help you to get out from your situation. And somehow, you might not realize it, you are praying for a greater power to give you a hand. You pray. You want to believe something will change. And it will.


Religions exist to help people to overcome these situations. The believers believe that we can pray to God to ease our burdens. How about the non-believers? I am pretty much sure that they also will experience these difficulties in their lives. But who should they call when they need a help the most? They do not believe in God. They do not believe in religion. Then if they do not believe in themselves anymore, who should they believe? Their family or friends might hear them out, but what can they do to help in that situation? They are just the same people that cannot do anything to change the fate. At the end of the day, the non-believers will just torture themselves. Deep down in their hearts, I’m sure everyone will have the needs for help when they are in trouble. I don’t think it’s different with atheist. I think it’s sad that they are denying that they need help from a greater power in those situations. They are just contradicting themselves. Isn’t it painful to contradict yourself?

I also believe that religion is giving you a purpose in life. People keep living everyday, and we are claiming that we’re living our lives to the fullest. We eat, sleep, play, go to school, go to universities, go to work, hang out with friends, visit various places and we do the same thing all over again. But does by doing that, we are satisfied? Are we actually living our lives to the fullest? Do you really satisfy with the way things are? If that’s the case, I would probably say no. I’m not fine with the way things are if I’m just doing the same thing all over again.

Here is when religion is very useful. A religion promises you with something better and greater than what you are having now. I don’t really know about the other religions. Some people believe there are incarnations. If you do well, you might be reborn in the next life. But if you do badly, you’ll just turn into the ashes. Some people believe in karma. What you give, you’ll get back. If you are good, you will receive rewards in return. But if you do something bad, a disaster might follow you. Of course, in Islam, we don’t believe this kind of things but it’s their belief and I respect that. In Islam, we believe in the Heaven and the Hell. Those who practice good deeds will end up in the Heaven and vice versa. I think the concept is almost the same with Hindu and Christian. I’m not saying Islam is the same as other religions, I’m just stating the fact that those religions also using the same concept but probably a bit different depending on their belief.

Anyway, everyone wants to get good rewards. Nobody wants to be ashes, or get misfortunes, or go to Hell. Only those who are not in their right minds would want that. In order to receive, we need to give. We need to perform good deeds to get our amazing rewards. From the Islam perspective, we need to pray, fasting in Ramadan, giving out the zakat and much more as they are the commands from Allah SWT. When people perform these actions, they know that they aren’t wasting anything. These actions will bring us one step closer to our ultimate goal, which is to enter the Jannah.

Anticipating for something good is the best feeling ever. We perform good deeds in hoping for something great in return. We have goals in life. That is why I can ensure you that we are not living a wasteful life, as we are actually striving for a good place in the afterlife. It feels good. It feels really good if you can have a place in Jannah. That’s why you shouldn’t just go on and waste your life as it is. Do something good and earn your rewards. Let’s do this together.


However, it is a different case for the atheist. As they are non-believers, they do not believe in afterlife, I guess? It would be weird if they do not believe in God but they actually believe in something that is also cannot be explained scientifically. Atheists only believe in scientific explanations. Or some of them probably do not believe in anything because they have closed their minds from accepting anything. It’s kind of sad to think that there are people that cannot feel the pleasure in having a religion. They live, work and struggle until their last breath. And that’s the end of it. When they die, they just die. Don’t you think life is more than just that? Life is more than just living it. Life is purpose. A test from God to see whether you deserve the great rewards or not.  

I believe religion has more than that. The purpose of the existing of religions is also to fill in the hole in your heart. There are times when you just feel empty. You are probably sitting down or staring at a blank space, thinking what bothers you deep down inside. You might have everything. You have your family, friends, husband, wife, children, your career, your house, your dream car or you probably have everything you want. But sometimes you just keep asking yourself. Why do I feel empty? Why do I feel as if there’s a hole inside my heart? I have everything in my life, but there is something missing. What is it? What is that missing piece?

If you have that kind of questions in yourself, I would gladly answer that. It’s your God. Your faith. Your belief.  Your spiritual. It’s probably not missing; it’s just that you don’t put your religion as a priority. You are chasing your education, your work, your success, your fame, but sometimes you do not feel like chasing something that you cannot see. That’s the reason to your empty heart.



Religion is faith. Faith is something that you cannot see or hear or even tough with your bare hands. That what makes we, people, tend to forget something that is abstract. However, think of it clearly. Hearts, feelings, emotions, are also abstract. In order to fill your empty heart, you also need to hold on something that is abstract, which in this case in your faith. I think an emotional satisfaction can mostly be gain by emotional struggles. If we put more effort into remembering and believing, then you are one step closer to what you are actually searching for. I’m saying this because I am also one of His servants that is trying to fill the holes in my heart. We are just normal people, but if the prophets can do it, why can’t we?

Point is, I believe there is more than that in a religion. I just feel very proud, lucky and grateful for having Islam as my religion. I’m just grateful for being chosen to be in this wonderful religion. I don’t know if I’m actually answering the question but I hope it somehow helps. And thanks for the question. I want to thank the readers too if you are actually reading this until the end. Let me know what you think in the comments below. Thank you and have a nice day. Photo credits: Google 

Thursday 31 August 2017

Selamat Hari Merdeka!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 semua! Selamat berpuasa juga bagi sesiapa yang sedang berpuasa bersempena Hari Arafah. Semoga amal, doa dan harapan kita diterima oleh Allah SWT. Insya Allah. 

Dugaan orang berpuasa

Semangat betul nampak laungkan Merdeka

Maaf tak larat taip panjang. Penat potong kentang bawang untuk raya esok. (acah penat) Nah saya belanja video kemerdekaan negara yang saya dan rakan-rakan hasilkan. Selamat menonton.


#sehatisejiwa

Sehati sejiwakah kita?

Currently addicted to this song: Place We Were Made - Maisie Peter

Tuesday 29 August 2017

Kembara bersama Penulis Blog Afzalsukasuki | Blog Review#1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Malam tadi saya ada meninggalkan status di Facebook saya jika ada blogger yang mahu blognya direview sebab kebetulan mood menulis sedang rajin. Tak sangka pula ramai juga blogger yang meninggalkan komentar di situ. Rasanya pernah sekali dua sahaja saya buat blog review sebelum ni.

Blog Afzalsukasuki

Blog Afzalsukasuki merupakan blog pertama yang terpilih untuk saya review. Sebenarnya nama blog ini tidaklah asing buat saya sebab blog ni boleh dikatakan salah satu blog yang popular juga. Kalau nak dibandingkan dengan Blog Nafas Baru, erm, memang tak boleh buat apa-apa perbandingan pun. 

Baca tajuk entry saja, rasanya anda sudah boleh menjangka konten yang ditulis di dalam blog Afzalsukasuki. Apa pun, pertama sekali jom kita kenali siapakah penulis blog hebat ini. 


Suka saya bahasakan diri beliau Tuan Afzal. Nak panggil Pak Cik atau Abang macam tak kena pula kan. Siapalah saya ini. Haha. Tuan Afzal dilahirkan di Kluang, Johor pada tahun 1983. Merupakan anak sulung daripada empat beradik. Maklumat ini saya peroleh melalui entry awal blog beliau. Sebab selalunya blogger akan cerita tentang diri sendiri dalam entry pertama dan seterusnya. Beliau mula menulis blog pada tahun 2011 sehinggalah kini.

Bila buka blog ni, perkara pertama yang saya suka adalah latar belakang blog yang berwarna putih. Bukanlah saya katakan saya tidak suka blog berwarna-warni, cuma warna putih ni lebih memudahkan pembaca untuk membaca. Ada header yang menarik dan melalui header pun kita dah boleh tahu konten blog Afzalsukasuki. Parenting, food, travel, event and advertorial. Tulisan yang digunakan pula adalah tulisan standard yang mudah dibaca. Widget yang ada di dalam blog Tuan Afzal ni pun memang widget yang perlu sahaja, tidak melebih-lebih dan berat.

Latest entry blogger ini iaitu Pengalaman Meneroka Sixth Miles Tunnel di Lost World of Tambun, Perak memang menarik untuk dibaca. Maklumlah, keluarga saya sudah berkali-kali jugalah berangan nak ke sana tapi sekali pun tak pernah. Jadi bila saya baca pengalaman orang lain pun cukuplah. Tapi bila beliau dah sertakan gambar travel tu, macam menariklah pula nak masuk dalam tunnel. Saya tak nak cerita panjang tentang Tambun, anda boleh baca sendiri di blog Tuan Afzal. 

www.afzalsukasuki.com

Beliau juga ada menceritakan tentang Sky Mirror di Kuala Selangor. Sepanjang dua tahun saya bersekolah asrama penuh di KUSESS dulu, tak pernah pula saya ke sana. Tapi katanya tempat pelancongan ini baru. Nak tahu kenapa tempat itu dipanggil Sky Mirror? Ha, sila baca di SINI.

Selain daripada berkongsi tempat-tempat pelancongan yang menarik, beliau juga banyak berkongsi tentang makanan. Siapa yang tak suka makan? Kepada siapa yang selalu tanya nak makan kat mana tu, rajin-rajinlah jenguk blog Afzalsukasuki. Entry blog ini bukan sekadar entry biasa, siap sertakan gambar makanan lagi. Jangan terliur di depan laptop sudahlah. Teringin juga nak cuba makan di Restoran Ayam Kampung tapi itulah, Cyberjaya kot. Kalau dekat mungkin dah lama pergi.

Satu lagi, blog ini juga menyediakan perkhidmatan advertorial. Kepada sesiapa yang nak buat iklan tu, bolehlah cuba contact dengan beliau sendiri di afzalsukasuki@gmail.com.

Bagi saya, blog Afzalsukasuki ialah satu blog yang menarik untuk dibaca dan boleh saya recommend kepada anda. Banyak lagi info dan artikel menarik di situ. Kalau terasa bosan dan tak tahu nak buat apa tu, pergilah jenguk blog ni. Go and check it out!

Monday 28 August 2017

30 Kata-kata Inspirasi Muhammad Ali

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Baru-baru ini saya temui laman web addicted2success.com dan membaca artikel-artikel motivasi di situ. Serius, kalau anda membuka laman itu, tak akan rasa rugi sebab setiap artikel yang dipaparkan sangat memberikan inspirasi dan bermanfaat. Banyak artikel yang dikongsikan di situ termasuklah motivasi, kejayaan, keusahawanan, kata-kata semangat dan banyak lagi. Kebetulan hari ini pun saya kurang bermotivasi di gym dan antara artikel yang menarik perhatian saya ialah 39 Awe-Inspiring Quotes From Simon Sinek. Ha, boleh klik untuk membacanya.

Kemudian saya terfikir untuk menulis artikel yang hampir sama tetapi bersumberkan tokoh muslim. Jadi saya memilih Muhammad Ali, seorang tokoh yang tidak asing lagi dengan kita. Muhammad Ali ialah seorang peninju profesional Amerika dan seorang aktivis. Kebanyakan ceramah motivasi yang kita hadiri mesti akan tayangkan video kata-kata semangat daripada beliau. 


Pada tahun 2002, nama Muhammad Ali pernah menggemparkan dunia sebab nama beliau terpapar dalam bintang di Hollywood Walk of Fame atas sumbangan dan jasa beliau. Nak ada nama tercatat di Walk of Fame tu bukannya senang. Cuma legend saja yang mampu. Dan atas permintaan, nama beliau tak diletakkan di atas jalan yang boleh dipijak sebab nama beliau ada nama Muhammad yang sama dengan nabi kita. Kalau nak diceritakan kejayaan Muhammad Ali satu per satu memang tak habislah. 

Nama beliau sekali lagi menggemparkan dunia pada tahun lepas apabila kita menerima berita Muhammad Ali meninggal dunia. Apa pun, sepanjang hayatnya, beliau sudah banyak memberikan inspirasi dan kekuatan kepada orang lain untuk terus mencapai kecemerlangan.

Berikut saya kongsikan kata-kata inspirasi Muhammad Ali yang saya ambil daripada USA Today:

1. "Float like a butterfly, sting like a bee. His hands can't hit what his eyes can't see. Now you see me, now you don't. George thinks he will, but I know he won't."

2. "Service to others is the rent you pay for your room here on earth."

3. "I'm young; I'm handsome; I'm fast. I can't possibly be beat."

4. "Don’t count the days; make the days count."

5. “If my mind can conceive it, and my heart can believe it—then I can achieve it." Jesse Jackson said this as early as 1983, according to the Associated Press, and Ali used it in his 2004 book.

6. “It's hard to be humble when you're as great as I am."

7. “It isn’t the mountains ahead to climb that wear you out; it’s the pebble in your shoe.”

8. “If you even dream of beating me you'd better wake up and apologize.”

9. “Braggin' is when a person says something and can’t do it. I do what I say.”

10. "I am the greatest, I said that even before I knew I was."

11. "Only a man who knows what it is like to be defeated can reach down to the bottom of his soul and come up with the extra ounce of power it takes to win when the match is even."

12. "I'm so mean, I make medicine sick."

13. "I should be a postage stamp. That's the only way I'll ever get licked."

14. “Impossible is just a big word thrown around by small men who find it easier to live in the world they’ve been given than to explore the power they have to change it. Impossible is not a fact. It’s an opinion. Impossible is not a declaration. It’s a dare. Impossible is potential. Impossible is temporary. Impossible is nothing.”

15. “He who is not courageous enough to take risks will accomplish nothing in life.”

16. "A man who views the world the same at 50 as he did at 20 has wasted 30 years of his life.”

17. “If they can make penicillin out of moldy bread, they can sure make something out of you.”

18. "I shook up the world. Me! Whee!"

19. “I hated every minute of training, but I said, ‘Don’t quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion.'”

20. “At home I am a nice guy: but I don’t want the world to know. Humble people, I’ve found, don’t get very far.”

21. "A man who has no imagination has no wings."

22. "He’s (Sonny Liston) too ugly to be the world champ. The world champ should be pretty like me!"

23. "I am the astronaut of boxing. Joe Louis and Dempsey were just jet pilots. I'm in a world of my own."

24. “I’ve wrestled with alligators. I’ve tussled with a whale. I done handcuffed lightning. And throw thunder in jail.”

25. "Hating people because of their color is wrong. And it doesn't matter which color does the hating. It's just plain wrong."

26. “It’s not bragging if you can back it up.”

27. "I'm the most recognized and loved man that ever lived cuz there weren't no satellites when Jesus and Moses were around, so people far away in the villages didn't know about them."

28. "It's just a job. Grass grows, birds fly, waves pound the sand. I beat people up."

29. “I’m not the greatest, I’m the double greatest.”

30. “Live everyday as if it were your last because someday you're going to be right.”


Saya boldkan beberapa yang sangat deep bagi saya. Dalam banyak-banyak inspirational quote ini, yang mana satu anda rasa deep?

Sunday 27 August 2017

Tutorial Website Hack Dalam Masa Seminit

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam 5 Zulhijjah.

Untuk entry hari ini, saya cuma terdetik untuk berkongsi satu trick mudah yang rasanya semua orang boleh buat dalam masa tak sampai seminit pun. Secara tepatnya, trick ini bukanlah cara nak godam website atau blog orang lain, tetapi cara inilah yang digunakan oleh ramai orang untuk membuat fitnah di laman sosial zaman sekarang. Saya berikan contoh beberapa screenshot yang dikatakan fitnah media sosial ni.




Kenapa saya nak berkongsi trick dengan anda? Pertama, tujuannya sama sekali bukan untuk mengajar anda membuat fitnah di laman sosial ya. Setelah mempelajari trick ini, saya ingin pembaca sama-sama berfikir bahawa nak buat fitnah ni, semudah ABC. Dan supaya pembaca tidak mudah untuk percaya dengan screenshot dan fitnah alam maya. 

Okey, cara-cara untuk mendapatkan screenshot seperti ini mudah sahaja. Sebelum itu saya ingin mengingatkan bahawa cara ini cuma berkesan di browser anda sahaja untuk printscreen/screenshot dan tidak akan mengubah kandungan asal blog atau website. Dalam tutorial ini saya meminjam laman blog rakan saya sebagai rujukan.

Langkah Pertama: Buka browser dan pergi ke website/blog/Facebook dan laman sosial lain yang ingin anda hack. Contoh saya berikan ialah laman blog rakan saya ini.




Langkah Kedua: Copy dan paste javascript ini ke dalam browser anda.
Javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0



Langkah Ketiga: Kini, anda sudah boleh mengedit, memadam atau menulis apa-apa yang anda inginkan di laman tersebut.



Langkah Keempat (optional): Screenshot atau print screen dan paste ke dalam Paint. Save.

Macam mana? Anda sudah mencubanya? Senang bukan? Tapi saya harap anda tidaklah menggunakan trick ini untuk benda bukan-bukan pula. Sekarang, anda sudah tahu yang bukan semua berita di media sosial ini boleh dipercayai bulat-bulat. Ramai orang yang suka membuat fitnah untuk menjatuhkan satu pihak yang lain.

Saya sendiri tak faham. Kenapa orang sanggup menabur fitnah kepada orang lain? Firman Allah SWT dalam Al-Quran, “Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh.” (QS Al-Baqarah: 217) Saya harap pembaca blog Nafas Baru ni tak adalah buat kerja-kerja macam ni ya. Mungkin kalau ada, segeralah kita menginsafi diri. Sesungguhnya mereka yang berbuat fitnah ni, susah nanti nak jawab dengan Tuhan nanti.

Apa pun, tutorial ini cuma sekadar perkongsian semata-mata. Kalau nak belajar cara hack website yang sebenar, kena banyak belajar coding. Hacking ini sebenarnya boleh jadi benda yang buruk, tapi boleh juga jadi benda yang baik jika kita manfaatkan sebaiknya. Contohnya kalau nak retrieve kembali data-data penting dan sebagainya. Kalau tak ada sebarang keperluan tu, tak perlulah hack akaun orang lain. Terutamanya Instagram tu. Banyak sangat kes hacking Instagram sekarang ni. Bukannya bermanfaat pun.

Baiklah, sampai di situ saja entry kali ini. Jangan lupa like kedua-dua Facebook di bawah ini ya untuk update terkini. Terima kasih kerana membaca. Semoga hari anda hari ini lebih baik daripada semalam.

                                                                  

Friday 25 August 2017

Bakat Saya yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam Jumaat barakah.

Pagi tadi saya pergi ke homestay untuk mengemas disebabkan petang ni ada yang nak masuk. Untuk anda yang mungkin baru kali pertama membaca blog ini, secara tak langsung saya nak promosi homestay kami di Kulim, Kedah ni.



N’ Sasia Homestay ni lokasinya di Taman Camar iaitu 5 minit ke Politeknik dan UniKL, 8 minit ke Hospital Kulim, 5 minit ke Pekan Kulim, 15 minit ke Kulim Hi-Tech Park dan 20 Minit ke Highway BKE. Hah, gitu. Bagi saya, harga untuk satu malam adalah amat berpatutan dan boleh dikatakan murah dengan fasiliti yang cukup memuaskan. Terdapat 4 bilik tidur yang selesa. Pendingin hawa juga disediakan. Selain tu, terdapat juga kemudahan Astro. 


Secara peribadi, katakanlah kalau saya terpaksa memilih untuk tinggal di tempat lain selain rumah, saya akan pilih untuk tinggal di homestay sahaja. Tambah kalau saya dapat bilik berpendingin hawa tu. Bilik saya pun cuma pakai kipas syiling saja.


Bilik air? Ada tiga bilik air. Tak gaduh nak berebut. Cuma bath tub tu tak adalah. Ini homestay bukannya hotel. Haha. Kalau nak shower tu bolehlah. 


Apa lagi keistimewaan N’ Sasia homestay ni? Berus gigi dan sabun pun disediakan. Dah macam hotel pula ada berus gigi segala. Ada dapur, ruang makan serta ruang tamu untuk berbaring dan menonton televisyen. Pinggan mangkuk, cawan, periuk nasi, cerek elektrik, freezer pun ada. Nak basuh baju? Tak perlu susah-payah pergi ke dobi. Dobi pun mungkin agak jauh dari situ. Kami sudah sediakan washing machine untuk keselesaan anda.


Satu lagi benda yang wanita selalu cari kalau nak pilih tempat penginapan ni ialah seterika. Serius. Kalau tempat tu ada seterika memang lega tak terkata. Jadi jangan risau, seterika, sekali dengan papan seterika pun disediakan di N’ Sasia Homestay. Pendek kata, homestay tu dah macam rumah sendiri dah.

Daripada aspek kebersihan pula, jangan risau, housekeeper 5 bintang iaitu saya sendiri yang membersihkan homestay tersebut setiap kali ada orang keluar dan masuk. Tapi, bukan saya seoranglah. Dengan mak, ayah dan yang lain-lain sekali. Selalunya kami akan lap semua laci meja almari, sapu sampah, buang sawang, salin cadar, mop lantai dan sebagainya. Punyalah nak promote.


Saya mungkin perlu juga cerita benda-benda ni sebab ada juga orang yang memang sangat cerewet tentang aspek kebersihan. Pendek kata, kalau ada kerja kosong housekeeping di hotel tu tak perlu dah tanya kelayakan dan pengalaman. Ambil saja saya masuk bekerja. Haha. Inilah bakat saya yang mungkin ramai tidak tahu. Tapi ikut mood jugalah. Selalunya lebih banyak malaslah daripada rajin.


Jadi, kalau ada kenalan atau sanak-saudara anda yang mungkin nak singgah di kawasan Kulim ni, bolehlah hubungi hotline N’ Sasia Homestay di 04-495 4049/012-658 9684 atau maklumkan saja kepada saya. #supportmemberplease

Boleh saksikan video di bawah ini untuk tengok sendiri. Terima kasih kerana membaca. Have a nice day! Kredit gambar: Mum Aida

Skip ke minit 0:53 untuk tour di sekitar N' Sasia Homestay

Thursday 24 August 2017

Program MyNiaga @ Bandar Baharu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Pagi tadi saya telah menghadiri sebuah program di Serdang mewakili syarikat N’ Sasia Professional Learning Academy. Program MyNiaga ini merupakan sebuah program anjuran Pejabat MARA Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah Bandar Baharu dan Pusat Khidmat ADUN Bandar Baharu. Fuh. Panjang untuk ditaip. Tapi biasalah, setiap kali majlis atau program ni mesti nama penganjur, nama sponsor semua panjang-panjang. Kalau sesiapa yang jadi pengacara majlis tu kena belajar kawal pernafasan jugalah bila nak baca skrip.

Meriah banner dia

Lokasi program kali ini adalah di Dewan Seri Serdang, Pekan Serdang, Kedah. Kalau dari Kulim, lebih kurang setengah jam sahaja perjalanan. Awal-awal pagi lagi kami dah bertolak sebab perlu set up booth untuk produk.

Antara produk yang dijual 

Produk yang kami jual adalah produk N’ Sasia seperti kolagen, susu Waneera, Coco Tuff dan banyak lagi. Kami juga menyediakan khidmat pedicure dan medicure. Saya sebenarnya ada rancang juga nak buat business pedicure medicure ni di universiti, tapi malas nak buat iklan. Eheh. Tengoklah macam mana.

Kak Nurul tengah bercakap dengan pelanggan pun sempat pandang kamera

Lebih kurang jam 9 pagi, program dimulakan dengan sesi pertama iaitu Seminar Etika, Imej, Integriti dan Personaliti Usahawan Milenia yang disampaikan oleh Pakar Industri Negara, Puan Noraida Yahya merangkap bos N’ Sasia. Sebenarnya tugas saya untuk ambil gambar sahaja, tapi alang-alang tu duduklah dengar sekali ceramah. Ceramah percuma sahaja. Sasaran peserta adalah sebanyak 200 orang, tapi rasanya yang hadir tadi tak sampai 200 pun. Mungkin tak banyak sangat promosi. Tapi katanya syarikat Amanah Ikhtiar saja sudah menghantar hampir 80 orang.

Peserta-peserta yang semangat mengikuti seminar


Ceramah ni lebih banyak tekankan tentang imej dan personaliti yang perlu ada dalam diri seorang usahawan. Yalah, kalau nak menjual barang, mestilah pelanggan akan tengok siapa yang menjualnya. Seorang tukang masak di restoran pun perlu ada imej berpakaian yang kemas untuk menggambarkan kebersihan di restorannya. Dan bila disebut imej ni, bukan sahaja daripada segi berpakaian tetapi juga daripada rohani, sosial, emosi dan macam-macam lagi. Termasuklah business card yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan. 

Puan Noraida (tudung pink) bersama peserta Program MyNiaga

Kalau anda yang duduk di Kedah tu berminat untuk mengikuti kursus-kursus sebegini, bolehlah hubungi syarikat N’ Sasia di talian 04-495 4049. Saya sertakan link blog di SINI dan Facebook syarikat di SINI. Tadi juga Puan Noraida ada menguar-uarkan Kursus Seni Kecantikan yang bakal dianjurkannya atas permintaan.

Selesai slot pertama, masuk pula kepada slot perasmian. Program MyNiaga ini dirasmikan oleh tidak lain tidak bukan YB Dato’ Norsabrina Binti Mohd Noor, Exco Kerajaan Negeri Kedah. Aktif sungguh rasmikan majlis sana sini. Selepas perasmian, ada pertandingan masakan sempena kemerdekaan rasanya. Peserta sudah masak siap-siap di rumah dan hari ini cuma hidangkan sahaja makanan untuk diadili.

Dato' Norsabrina yang sedang mencuba hidangan yang dipertandingkan


Ada kek, puding, lauk-pauk yang dipertandingan. Dalam 12 peserta jika tak silap saya.

Puding Mutiara Merdeka uolls

Puding Caramel Jalur Gemilang

Terdapat juga booth yang lain termasuklah khidmat solekan, servis motosikal dan booth pameran daripada jabatan dan agensi. Kemudian seperti program-program yang lain sudah tentulah ada sesi penyampaian sijil dan cenderahati. Makanan pun turut disediakan.

Program-program seperti ini bagus untuk masyarakat sebenarnya. Orang kata, menuntut ilmu biarlah sampai ke Negeri China. Cuma kalau dari segi persiapan program, saya rasa ada beberapa aspek yang boleh diperbaiki lagi. Pertamanya daripada segi promosi tu sendiri. Mungkin boleh perbanyakkan lagi promosi di media sosial dan sebagainya. Dari segi lokasi, dewan tersebut tak ada pendingin hawa tapi itu tidaklah mendatangkan sebarang masalah bagi saya. Cuma panas sikit sahaja. 

Rasanya dari segi PA system pun perlu diperbaiki tapi saya faham juga sebab yang namanya PA system ni memang selalu bermasalah. Kalau ada program yang memang sempurna PA system tu, memang saya tabik. Secara keseluruhan, saya memuji usaha MARA untuk menganjurkan program ini.  Saya komen ni bukanlah bererti saya mampu menganjurkan program, tetapi sekadar secebis pendapat sahaja. Lagipun bukannya ada pihak MARA yang membaca blog ni pun. Haha. Harap-haraplah.

Sebab rasa background lawa 

T-shirt syarikat yang dipakai oleh kami. Pinjam Afza sekejap jadi model

Lebih kurang jam 3 petang tadi program pun berakhir. Kepada anda yang mungkin berminat dalam dunia perniagaan dan baru hendak berjinak-jinak, saya cadangkan untuk ikutlah program sebegini. Sebab tak ada benda dalam dunia ini yang boleh kita peroleh dengan jalan pintas. Cubalah dapatkan tips-tips daripada usahawan berjaya dan insyaAllah anda juga boleh berjaya.

Cewah, bagi nasihat macamlah saya dah berjaya. Masih banyak lagi yang perlu ditempuhi dalam dunia ini. Masih banyak lagi langkah yang perlu diatur.

Terima kasih kerana membaca dan harapnya anda sedang menikmati hari yang indah.