Wednesday 27 July 2016

I'm So Excited!


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Macam mana dengan Syawal anda tahun ni? Sudah selesai berpuasa enam? Alhamdulillah, walaupun Syawal tahun ini disambut dengan sederhana, tapi suasananya masih tetap meriah. Cuma duit raya yang dah tak berapa meriah seperti dulu sebab usia yang dah mencecah 20-an kan. Uhuk. Ya, memang betul Syawal ni bukan semata-mata untuk kumpul duit raya. Tapi bagi pelajar yang dah berdikari menggunakan duit sendiri, saya rasa mereka agak berharap untuk mengumpul duit raya. Saya sendiri tidak menafikan itu. 

Apa pun, saya bersyukur kerana berpeluang untuk beraya bersama rakan-rakan di Kedah tahun ini. Sebelum ini, kami sekeluarga lebih banyak menghabiskan masa beraya di Selangor atau Johor sahaja.

Bercakap tentang perayaan, saya amat teruja untuk menghadiri jamuan raya syarikat PRUMERA, sekaligus merangkap majlis pembukaan syarikat tersebut pada hari Sabtu ini. Apa itu PRUMERA? PRUMERA ni singkatan kepada Pertubuhan Usahawan Kosmetik Utara, di mana ibu saya memainkan peranan yang aktif dalam syarikat itu. 

Kepada sesiapa yang tahu dan akan hadir Sabtu ini, bolehlah mendaftar sebagai ahli PRUMERA dan anda akan menerima kad keahlian yang direka oleh saya sendiri. Sebenarnya saya sudah pun terlambat menyiapkan design kad tersebut walaupun telah lama diminta oleh ibu saya. Sebab pagi dan malam pun bekerja, jadi balik rumah rehat tak ingat dunia. Apa pun, saya telah menyiapkannya semalam dan hari ini, kad keahlian tersebut telah pun siap dicetak! Alhamdulillah. Pantas betul mereka buat kerja. Mana tak pantas, Sabtu ni dah nak majlis.


Don't judge the design. Don't judge. Haha

Belakang

Hari ini juga, saya telah mendapat khabar dari guru sekolah rendah saya bahawa proposal untuk mengadakan program di sekolah telah pun diluluskan. Alhamdulillah. Teruja saya dibuatnya. Program ini sebenarnya telah lama dirancang oleh saya dan rakan-rakan, tetapi baru sempat nak jalankannya. Susah nak kumpulkan balik rakan-rakan sekolah rendah dan mengadakan program bersama. Kami putuskan untuk buat juga minggu hadapan kerana tak lama lagi Aina, rakan saya dah nak kembali ke Korea semula.

Program tersebut dinamakan Program Peningkatan Sahsiah & Keyakinan Diri yang saya singkatkan menjadi PESAK. Program PESAK ni melibatkan murid-murid tahun 4 & 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Kulim yang merupakan sekolah rendah saya dahulu. Kalau hendak diceritakan tentang perjalanan nak anjurkan program ni memang banyak halangannya. Sekejap orang itu tak dapat serta, sekejap orang ini pula. Kemudian nak cari tarikh yang sesuai. Proses membuat kertas kerja dan sebagainya. Walaupun bukanlah saya yang buat kertas kerja, saya cuma menyampaikannya sahaja.

Kami juga dah beberapa kali bermesyuarat tentang program ini, dan mungkin hujung minggu ini ada lagi perjumpaan kali terakhir. Tapi rasanya saya tak dapat serta kali ini kerana terlibat dengan majlis PRUMERA yang saya ceritakan awal tadi.   

Saya cuma nak berterima kasih kepada pengalaman di SMK Taman Mahsuri dulu yang banyak mengajar saya cara untuk mengendalikan program dan sekaligus memberikan idea aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan. Percayalah, pengalaman itu sangat membantu. Ringkasnya, saya sangat teruja untuk program PESAK ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.


Sebenarnya, kata orang kita tak perlu ceritakan rancangan kita kepada umum. Hanya menceritakannya setelah betul-betul terjadi. Tapi bagi saya tak ada salahnya untuk berkongsi dengan pembaca blog saya, sebab saya yakin ramai yang membaca tulisan ini kerana ingin tahu. Saya tak mahu berfikiran negatif. 

Saya juga rasa tak ada salahnya berkongsi rancangan yang sudah pasti akan terjadi. Saya 100% yakin majlis PRUMERA dan Program PESAK kami akan berjalan seperti yang dirancangkan.

Saya cuma mahu berpesan. Kalau kita ada sesuatu rancangan hebat, usahakanlah sampai jadi walaupun banyak rintangan yang dialami. Sebab semua kesusahan yang kita lalui itu akan terbalas apabila rancangan kita menjadi kenyataan. Walaupun sebenarnya saya ni banyak juga rancangan yang terkandas di tengah jalan. Eheh.

Saturday 2 July 2016

Kepada Pemenang GA...


Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pemenang Madinah and Vietnam Souvenirs GA yang telah menghantar butiran ke alamat emel saya. Tapi setakat ini, baru enam alamat yang saya terima. Saya masih memerlukan lagi lima alamat. Harap para pemenang dapat menghantar alamat masing-masing untuk memudahkan urusan pihak penganjur, ya?

Terima kasih.