Wednesday 29 June 2016

Pemenang Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah selesai meninjau kesemua penyertaan daripada para peserta Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway, akhirnya keputusan telah pun dibuat. Keputusan dibuat sepenuhnya oleh Random.org tanpa ada sebarang unsur berat sebelah dan sebagainya. Eheh. 


Oleh itu, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh peserta giveaway kita, iaitu pengumuman pemenang. Sebelum itu, saya mengucapkan terima kasih kepada para peserta dan syabas ya kepada para pemenang!

Jika ada yang masih belum merujuk nombor penyertaan masing-masing, boleh rujuk di SINI.

Bismillahirrahmanirrahim.



Pemenang hadiah Shawl x 3 (2 Shawl Madinah, 1 Shawl Vietnam)




Pemenang hadiah Purse Kipling dari Vietnam


Pemenang hadiah Keychain Vietnam x 7










Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang bertuah! Kepada yang tidak berjaya, mungkin rezeki anda di masa yang lain. Lambat atau cepat, insya Allah rezeki tu mesti ada. 


CARA MENUNTUT HADIAH

Kepada pemenang, mohon anda menghantar butiran seperti di bawah ke alamat emel nurina24@ymail.com selewat-lewatnya sehingga 1 Julai 2016.

Nama
Alamat
Nombor telefon
URL / Nombor penyertaan

Insya Allah, setelah selesai semua pemenang menghantar butiran masing-masing, saya akan mengepos hadiah tersebut. Saya mungkin menggunakan khidmat selain Pos Laju kerana rasanya Pos Laju sudah ditutup. Kalau hadiah tidak sampai ke rumah anda sebelum Hari Raya Aidilfitri, mungkin selepas itu. Tapi saya harap dapat sampailah sebelum raya. Sebelum saya mengepos semua hadiah, insya Allah saya akan maklumkan di akaun Instagram saya. 

Apa pun sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua blogger sporting yang menyertai GA ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini memohon tembakan doa anda agar ibu bapa saya mendapat rezeki untuk menunaikan haji tahun ini dan semoga saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ijazah ke universiti pilihan. Saya percaya, doa setiap satu daripada anda yang membaca adalah penting. Dan semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua, insya Allah. 

Friday 24 June 2016

Diari#59: Getting a New Headset & Winning Giveaways


I've joined a few giveaways and somehow has been selected as one of the winners so I'm just going to give a shout out to these people for being the organizer.


 


Do visit her blog for tutorials and freebies!




She writes great stuff on her blog including recipe, books and travelogue so make sure you click on the link above!


I'm also going to give a shout out to my sister for the new gaming headset and the earphone she gave me. The gift literally brightens my day up! I've been wanting a new headphone or headset for a long time and it looks like somehow my wish came true. The funny part is I've never told her anything about it. 

3. Kakak

Sades Gaming Headset

Image source: Google (I'm too lazy to snap a picture of it)


Monday 20 June 2016

Ragam Budak-budak Puasa


S: Saya
P: Budak Perempuan
L: Budak Lelaki


Budak 1

P: Akak, akak ada jual dekat Bazar Ramadan eh?

S: (Muka hairan) Eh, mana ada.

P: Ada. Semalam saya nampak akak kat Bazar Ramadan Taman Merak. Akak jual roti john.

S: Mana ada. Akak tak juallah.

P: Eleh. Betullah tu.


Budak 2

L: Akak, akak puasa tak hari ni? Tak puasalah tu.

S: Puasalah. Puasa tak hari ni?

L: Saya puasa. Akak mesti tak puasa. Mesti tadi akak ada beli air Milo bungkus simpan dalam almari kat belakang tu.

S: Apa ni. Tak baik tuduh akak. Berdosa tau tuduh orang.

L: Kejap lagi saya nak beli makanan yang makan petang semalam. Sedap tau akak.


Budak 3

S: Puasa tak hari ni?

L1: Tak puasa.

L2: Saya puasa. Eh kejap. Hari ni tak puasa.

L3: Semalam kan dalam kelas kami semua orang tak puasa. Ada tiga orang saja puasa.

S: Kenapa tak puasa?

Tiga-tiga budak tersengih.


Budak 4 

L: Akak, nanti raya saya balik Negeri Sembilan.

S: Jauhnya kampung.

L: Lepas tu balik Terengganu.

S: Habis tu macam mana boleh sesat kat Kedah?

L: Saya tak sesat. Saya memang tinggal kat Kedah. Mana ada saya sesat!


Budak 5

L: Akak!

S: Apa?

L: Akak, mainlah henset!

S: Huh?

L: Akak ni asyik baca buku ja. Mainlah henset pula!


www.mynewshub.cc

Saturday 18 June 2016

Video-video Ramadan di YouTube


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. 13 Ramadan 1437.

Untuk entry kali ini, saya sekadar mahu berkongsi beberapa video di YouTube berkenaan Ramadan dan puasa. Semalam YouTuber Mat Luthfi baru upload video terbaru beliau dan saya pasti sudah ramai yang melihatnya. Kalau belum, boleh tonton video di bawah.




Video yang berdurasi lebih kurang 2 minit ini memberi kita pengajaran supaya jangan membazir makanan terutamanya pada bulan Ramadan. Jadi macam mana caranya untuk elakkan pembaziran? Masaklah yang secukupnya dan membeli sekadar yang perlu sahaja. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Atau selalunya saya akan berikan makanan lebihan kepada kucing-kucing di rumah. Atau simpan di dalam peti sejuk dan panaskan balik untuk sahur. Minuman lebihan pula selalunya saya akan tuang ke dalam plastik ais krim Malaysia dan bekukan. Seboleh-bolehnya kita perlu cuba untuk mengelakkan pembaziran ya!


Video ini pula adalah iklan dari TV9 Malaysia kolaborasi dari Viners Malaysia. Saya tak pasti sama ada iklan ini ada ditayangkan di televisyen atau tidak sebab saya tak pernah nampak lagi.




Iklan ini menunjukkan perbezaan berbuka puasa zaman dulu dan sekarang. Macam mana pula dengan anda? Kalau saya, dah agak-agak azan di TV, saya akan membuka pintu menunggu azan Maghrib. Waktu berbuka di Kedah agak lewat beberapa minit dengan waktu di KL. Kalau makan di luar pula, ya, memang betul. Kami akan pandang kiri kanan tengok orang lain. Kalau berbuka beramai-ramai dengan saudara-mara di restoran pun wajib bergambar. Sebab bukan selalu dapat makan beramai-ramai. Setahun sekali sahaja selalunya. Tapi tak adalah sampai doa pun tak habis makanan dah kosong pinggan. Eheh.


Video di bawah ini pula dihasilkan oleh Hazwan Azman, seorang Viner dan YouTuber. Saya tak ikuti sangat video adik ni tapi orang kata video dia menarik jadi apa salahnya kita sokong YouTuber tempatan kita. Viewersnya pun ramai di YouTube!




Video berdurasi lebih kurang 7 minit ini adalah berkenaan lawak-lawak hambar yang selalu dibuat di bulan Ramadan. Tapi setakat ni tak adalah sesiapa pun yang buat lawak macam tu pada saya. Kalau ada, memang hambar. Menguji kesabaran saja di bulan puasa.


Apa pun tahniah kepada Viners dan YouTubers yang berjaya hasilkan video-video sebegini. Bukan senang nak hasilkan video, tahu? Saya tahu sebab dah banyak kali buat dan untuk satu video saja pun banyak usaha tenaga yang perlu dicurahkan. Untuk nak hasilkan video pun perlukan komitmen yang tinggi apatah lagi untuk buat filem atau drama bersiri. Tapi yang tu dapat duit. Eheh.


Friday 17 June 2016

Ensiklopedia Pengubatan Herba oleh Dr. Khalid Gadd


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.
Salam 12 Ramadan 1437.

Saya sedang membaca sebuah ensiklopedia Pengubatan Herba – Terapi Alternatif Kedoktoran Islam yang ditulis oleh Dr. Khalid Gadd dan dialih bahasa oleh Fadzilah binti Mohd Ariff. Buku ini terlalu bagus sehingga membuat saya tergerak untuk berkongsi di blog. Selalunya saya sekadar berkongsi di Twitter sahaja. Saya rasa buku ini milik ibu saya yang sudah lama ada di rak buku. Saya tak pernah menyentuhnya sebab tajuknya berkenaan herba. Saya seorang pelajar Sastera jadi kenapa perlu membaca buku herba? Itulah pemikiran cetek saya dulu. Eheh.

Tapi baru-baru ini saya terdetik untuk membelek-belek buku di rumah dan menemuinya. Ensiklopedia ini adalah terbitan Al Hidayah dan mempunyai 578 halaman, berharga RM50. Saya masih belum habis membacanya. Kalau anda fikir ensiklopedia ini adalah tentang herba semata-mata, anda silap. Bagi saya ensiklopedia  ini mampu menjawab pelbagai persoalan tentang kebimbangan kita.Ensiklopedia ini menyentuh tentang tanaman, buah-buahan, ubat-ubatan, segala jenis penyakit, kesihatan wanita, sihir, masalah kulit , kecantikan, kehamilan dan macam-macam lagi. Dan setiap satu penjelasannya adalah sangat terperinci berpandukan al-Quran, hadis serta kajian daripada penyelidik Islam dan juga Barat.




Contohnya kita hendak tahu tentang tanaman. Dari huruf A hingga Z dijelaskan secara terperinci. Penjelasannya sangat menarik sebab saya dapat tahu benda yang tak pernah saya ketahui sebelum ini. Subhanallah. Rupa-rupanya di sebalik setiap pemakanan kita terkandung seribu satu kebaikan dan khasiat. Bahkan rata-rata buah-buahan termasuk bawang boleh digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.  Saya memang sarankan anda membacanya terutamanya buat mereka yang mempunyai masalah kesihatan. InsyaAllah, apa jua penyakit yang kita ada, termasuklah AIDS, cara untuk mengubatinya ada diterangkan dalam ensiklopedia ini.

Kalau ada masalah kulit pun diterangkan satu per satu di dalamnya. Ekzima, luka, kulit kering, bisul, ketuat, kudis dan macam-macam lagi. Sangat menakjubkan. Masalah kurang nafsu makan, badan kurus nak gemuk, masalah malas juga turut dinyatakan kaedah penyelesaiannya.

Saya sedang membaca tentang khasiat Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam di halaman 71. Dan tahukah anda, habbatus sauda’ ni ada 18 khasiat dalam perubatan? Semuanya dijelaskan secara terperinci. Antaranya seperti menghancurkan batu karang, mengubati tahi lalat, menyembuhkan sakit kepala, merawat jerawat, mengatasi selesema dan penyakit lumpuh. Itu cuma beberapa khasiat sahaja yang saya senaraikan. Belum lagi senaraikan semuanya.  Tapi habbatus sauda’ ni tak boleh diambil secara berlebihan sebab boleh juga mengakibatkan kematian.

Pendek kata, ensiklopedia ini akan membawa anda ke arah lebih menghayati Islam. Bayangkan hukum Islam yang telah ditetapkan dari dulu lagi dalam al-Quran tetapi saintis baru sahaja menemui kebenarannya. Allahu. Dan setiap perinci yang dipesan oleh Nabi setiap sesuatu ada sebabnya.

Kepada wanita yang mempunyai kebimbangan terhadap kecantikan pun boleh menemui jawapan di dalam ensiklopedia ini, insyaAllah. Sebab ada dijelaskan secara terperinci tentang mata, rambut, gigi, badan, kulit dan sebagainya. Cuma saya rasa kalau nak praktikkan tu mungkin agak susah sedikit bagi saya sebab nak kena cari bahan dia dan sebagainya. Tapi kalau sesiapa yang betul-betul bertekad pasti akan ikhtiar untuk mengubati penyakit mereka selepas membaca.

Memandangkan sekarang bulan puasa, saya titipkan hadis daripada buku ini untuk renungan kita semua. Diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri, dari Nabi S.A.W., baginda bersabda,

“Barang siapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, maka Allah akan menjauhkan jarak antara ia dengan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh musim gugur.”

MasyaAllah. Bayangkan sehari sahaja berapa banyak hikmahnya. Inikan pula sebulan? Subhanallah.

Saya ingin berterima kasih kepada Dr. Khalid Gadd atas penulisan ensiklopedia ini, penterjemah, penerbit. Seperti apa yang ditulis di kulit belakang ensiklopedia, “Setitis Ilmu – Sejuta Makna”. 

Wednesday 8 June 2016

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru


*Update*

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, akhirnya Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway yang saya anjurkan dari 8 Jun telah tamat malam tadi. Alhamdulillah. Seramai 104 blogger yang aktif telah sudi meluangkan masa masing-masing untuk menyertai GA ini. Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat memberikan respons segera kepada para peserta sepanjang GA ini berlangsung. *Uhuk* Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat. Saya juga telah update senarai peserta di SINI untuk rujukan semua peserta. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau perubahan bolehlah dimaklumkan dengan kadar segera. InsyaAllah, saya akan umumkan senarai pemenang hari ini. Terima kasih sekali lagi ya!

TAMAT

Bismillahirrahmanirrahim. 3 Ramadan 1437.

Assalamualaikum.

Macam mana Ramadan anda setakat ini? Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Selain daripada berpuasa, kita pun kena rebut peluang mengerjakan amal ibadat yang lain untuk mengumpul pahala. Maka sukacita ingin saya maklumkan bahawa saya akan mengadakan giveaway khas buat pembaca blog ini dan para blogger di luar sana!

Sebelum ini saya pernah menganjurkan Giveaway World Hijab Day tapi rasanya pada dua tahun yang lepas. Alhamdulillah giveaway tersebut mendapat sokongan daripada ramai rakan blogger. Jadi kali ini saya ingin mengambil kesempatan pada bulan yang mulia ini untuk bersedekah dan melakukan sedikit amal jariah.


Barang-barang yang akan diberikan dalam giveaway ini merupakan cenderamata yang saya beli di Madinah dan Vietnam. Kebetulan ada souvenir lebih jadi saya rasa lebih baik saya berikan kepada para blogger yang lain. Walaupun tak seberapa, tapi disebabkan beli di luar negara tu yang menjadikannya bernilai. Eheh. Jadi, janganlah lepaskan peluang anda!

Hadiah-hadiah yang ditawarkan:

1. Shawl x 3 (2 Shawl Madinah, 1 Shawl Vietnam)
2. Purse Kipling x 1
3. Keychain Vietnam x 7

Insya Allah, tidak ada ruginya anda menyertai giveaway ini. Anda hanya perlu mengikuti syarat-syarat mudah di bawah.

1. Follow blog ini.
2. Subscribe YouTube channel : Nims Productions
3. Buat satu entry bertajuk “Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru”. Copy banner di atas dan link ke entry ini.
4. Tinggalkan link entry anda di bawah post ini. Kalau tak keberatan sila nyatakan anda follower ke berapa dan subscriber ke berapa di YouTube supaya senang untuk disemak. (bagi follower dan subscriber baru)

Itu sahaja. Mudah kan syaratnya? Pemenang akan dipilih secara random. Giveaway ini akan tamat pada 28 Jun 2016 jam 11.59 malam. Saya akan usahakan pemenangnya secepat mungkin. Sebarang penambahan akan diberitahu, sekiranya ada.

“Semoga Allah SWT menerima amal-amal dari kami dan kamu.”


*Maaf kalau tak sempat blogwalking lagi. Boleh semak senarai peserta di SINI.

TAMAT

Sunday 5 June 2016

Chang Puak Camp, Hat Yai


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

29 Rejab 1437. Tinggal sehari sahaja lagi untuk masuk ke bulan Ramadan. Cepatnya masa berlalu. I’m looking forward for tomorrow!

Alhamdulillah, semalam saya baru pulang dari percutian bersama keluarga ke Hat Yai, Thailand untuk kali kedua. Orang cuti sekolah saya pun sibuk nak bercuti padahal dah lama habis sekolah. Bukan apa, kali ni kami ke Hat Yai membawa keluarga sepupu pula. Konon nak jadi tourist guide kepada mereka. Kononnya. Hakikatnya saja nak bercuti sekali lagi. Eheh.

Kalau waktu kali pertama dulu kami ke Magic Eye 3D Museum dan Pantai Samila, kali ini kami pergi ke destinasi yang lain pula. Percutian kali ini pun lebih panjang sedikit daripada yang sebelumnya. Saya ingin menceritakan serba sedikit tentang Chang Puak Camp yang menjadi salah satu tarikan di Hat Yai. Kata pemandu pelancong kami, Chang dalam bahasa Thailand bermaksud gajah. Puak tu saya tak pasti maksudnya apa. Mungkin puak gajah. Kem ini dinamakan sempena gajah kerana haiwan tersebut yang menjadi tarikan utama di situ.

Chang Puak Camp

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung di kem ini. Antaranya seperti naik gajah, menembak, memanah dan ATV Driving (All Terrain Vehicles). Ada juga pertunjukan gajah tetapi saya tak sempat nak tengok. Dan tak adalah berapa berminat pun nak tengok. Bayaran untuk setiap aktiviti berbeza harganya. Ada yang 300 baht, ada yang 500 baht. Kalau dalam Ringgit Malaysia, kita boleh anggarkan 100 baht bersamaan dengan RM10. Atau lebih kurang RM12.50. Saya mengambil pakej untuk buat semua aktiviti yang ada dengan harga 1000 baht. Kira lebih jimat kalau ambil pakej tersebut.

Untuk aktiviti pertama, saya mencuba tarikan utama di situ terlebih dahulu iaitu menaiki gajah. Masa keseluruhan naik gajah adalah sekitar 40 minit kalau tak salah saya. Gajah tu cuma jalan masuk ke dalam hutan sahaja. Di pertengahan jalan, tukang bawa gajah berhenti seketika dan sempat lagi menjual aksesori yang diperbuat daripada gading gajah. Dan sudah tentulah harganya mahal. Susah sikit nak berkomunikasi sebab mereka tak faham bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Bagi isyarat tangan sajalah. Secara peribadinya saya tak berapa recommend naik gajah sebab tak ada thrill sangat. Saya sekadar nak mencuba benda baru. Dan saya tak pastilah sebab musim atau apa tapi hutan di situ sangat kering kontang. Susah nak nampak daun pun di pokok seperti di dalam foto.Tapi Thailand memang cuacanya lebih panas dari Malaysia.

Pabila si kembar naik gajah

Selepas menaiki gajah, saya beralih ke aktiviti menembak menggunakan pistol angin. Aktiviti yang ini semua orang nak cuba tapi entah kena entah tidak. Ada 20 peluru disediakan. Saya berjaya kena 7 daripada 20. Eheh. Oklah tu daripada tak kena. Bayaran untuk menembak cuma 100 baht kalau anda nak buat aktiviti menembak sahaja. Kebetulan waktu kami sekeluarga pergi ke kem ini tak ramai orang jadi senanglah nak main, tak perlu beratur dan sebagainya. Tetapi pada musim cuti sekolah rasanya mesti ramai. Oh ya, pelajar di Thailand cuti pada bulan Februari/Mac dan Oktober. Tak sama dengan sistem cuti di Malaysia.

B.B Gun Shop

Kemudian, saya mencuba ATV Driving. ATV ni lebih kurang macam menunggang motosikal cuma bezanya ada 4 roda. Jadi orang yang tak pernah tunggang motosikal pun boleh naik ATV dengan selamat, insyaAllah. Saya rasa kalau anda datang ke kem ini anda perlu menaiki ATV! Barulah mencabar. Bayaran untuk ATV Driving sahaja adalah 500 baht. Saya tak pasti sama ada dikira berdasarkan masa atau jumlah lapse (pusingan). Nak tanya pun pekerja di situ tak faham. Saya rasa mungkin lain kali kena belajar basic bahasa Thailand untuk memudahkan komunikasi.

Afza acah confident

Seterusnya saya melakukan aktiviti memanah. Memandangkan pertunjukan gajah masih belum dibuka pada waktu itu, jadi saya boleh menukar tiket tersebut dengan aktiviti lain. Jadi saya tukarkan kepada memanah untuk adik memandangkan dia tak ambil pakej penuh. Maka kami pun memanahlah beramai-ramai. Sayangnya, daripada 10 anak panah saya tak ada satu pun yang kena. Haha. Afza dan Khalisah berjaya kena satu. Oklah tu, tak pulang dengan tangan kosong.

Aktiviti memanah

Di Chang Puak Camp ni sentiasa ada jurugambar di mana-mana. Selepas mereka tangkap gambar kita, mereka akan print dan jual. Terpulanglah sama ada nak beli mahupun tidak. Tapi kalau kita bawa kamera sendiri lebih bagus, banyak gambar yang boleh ditangkap. Secara keseluruhannya, saya boleh rate kem ini 3.6 daripada 5 bintang. Jadi kalau anda bercuti ke Hat Yai, jangan lupa singgah di sini!

Selepas menghabiskan masa di Chang Puak Camp, petang itu saya dan keluarga pergi ke Central Festival, sebuah pusat beli belah yang terletak berhampiran dengan hotel kami.

Jadi duta kejap

Central Festival ni merupakan salah sebuah pusat beli belah terbesar di Hat Yai. Banyaklah barangan yang dijual di situ. Uniqlo pun ada. Tapi apa yang menarik di sini ialah ada tempat ice skating! Bayaran untuk masuk ke Sub Zero Ice Skate Club hanyalah 250 baht berserta 50 baht deposit (akan dikembalikan). Maka saya pun mencuba ice skate untuk kali pertama. Bagi saya, ice skate ni agak senang berbanding dengan roller blade. Kalau anda berminat untuk cuba ice skating di Hat Yai, pergilah ke Central Festival. Cuma jangan pergi waktu cuti Thailand sebab mungkin akan ada ramai orang pada masa tu.

Orang tengok depan kami tengok bawah

Itu baru hari pertama di Hat Yai dan macam-macam benda kami lakukan. Tak termasuk membeli belah lagi. Hari-hari seterusnya kami cuma banyak membeli barang dan ke Pasar Terapung sekali lagi seperti yang pernah saya cerita dalam entry sebelum ini.  Jadi kalau anda nak rasa sendiri pengalamannya, kenalah pergi ke Hat Yai! Tak salah kalau nak rehatkan diri dan bersantai bersama orang tersayang. :)

How technology affects us 

Terima kasih kerana membaca dan Salam Ramadan!