Friday 16 October 2015

"Dia Kacak Tak?"



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah. Saya harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkannya.Tahun baru. Tapi sebenarnya tidaklah membawa perbezaan yang ketara. Hari-hari adalah hari yang baru. Setiap hari ada kehidupan yang baru, setelah kita bangun daripada tidur. Celik mata, nafas baru, dan setiap hari saya berharap agar hari ini lebih baik dari semalam. Saya tak akan berhenti bersyukur kerana sampai saat ini saya masih diberi peluang untuk hidup.

Mungkin, kita tak rasa sangat dengan perubahan tahun baru sehebat peralihan tahun mengikut kalendar Masihi. 2014 ke 2015. 2015 ke 2016. Itu yang selalu orang nantikan. Jarang pula dengar orang tunggu detik-detik peralihan 1435H ke 1436H atau 1436H ke 1437H. Jarang ada. Bahkan, saya sendiri pun tak akan ingat tarikh kalendar Hijrah melainkan tarikh-tarikh penting, khususnya pada bulan Ramadan. Tarikh kalendar Masihi pun saya selalu lupa sebenarnya.

Padahal, sepatutnya tarikh Hijrah yang perlu kita raikan, lebih daripada yang lain. Melalui penghijrahan Rasulullah dan para sahabatlah mencetuskan sejarah besar dalam Islam. Menjadi satu identiti yang perlu kita banggakan. Tapi saya faham, nak buat macam mana, kita terpaksa ikut sistem dunia hari ini. Sambut tahun baru pada 31 Disember setiap tahun menunggu detik 12 malam. Kerana sistem dunia jugalah, kita terpaksa berkumpul berhibur pada malam kemuncak itu. Kerana sistem dunia kita harus keluar meraikannya bersama rakan-rakan berlainan jantina. Saya faham. Sistem dunia menyebabkan kita begini.  Tapi... kalau benar sistem dunia yang memaksa kita, kenapa ada juga golongan yang bersederhana sahaja? Adakah mereka pemberontak terhadap sistem dunia?

Foto carian Google

Setiap hari, ada banyak perkara yang saya fikirkan. Tapi saya tak mampu untuk luahkannya. Mungkin saya tidak pintar berkata-kata, atau mungkin saya juga telah tunduk pada sistem dunia. Entahlah. Pada pendapat saya, dunia hari ini sangat hebat. Betapa hebatnya pengaruh dunia sampai berjaya menundukkan jutaan penghuni di atasnya. Ada dua propaganda dunia yang sekarang ini belum berjaya saya buang dalam fikiran ini. Satu, kecantikan. Dua, kemewahan.

Saya tak tahu macam mana perspektif orang lain tentang kecantikan. Saya menyedari bahawa kecantikan, ketampanan, kesempurnaan, semuanya merupakan aset yang menjadi subjek penting dalam diri seseorang. Maksud saya, memang tak ada salahnya mementingkan kecantikan dan sebagainya. Bahkan ibu saya sendiri seorang pengusaha salun kecantikan. Tapi sedikit mengecewakan apabila kecantikan itu menjadi obsesi utama atau kriteria utama dalam menghakimi seseorang individu. Apabila membicarakan tentang seseorang individu, soalan yang akan dilontarkan seperti “Dia cantik tak?” atau “Dia kacak tak?” sehingga saya sendiri pun jadi terikut menanyakan soalan yang sama.

Banyak sistem dunia hari ini yang menjadi bias atau pilih kasih melalui kecantikan seseorang. Dari alam pekerjaan sehinggalah ke alam perkahwinan. Tidak peduli jika ada orang yang lebih layak. Saya berikan contoh. Ada dua orang lelaki yang memohon pekerjaan yang sama. Calon A begitu tampan, penuh pesona, tapi tiada pengalaman bekerja. Calon B pula berkaca mata bingkai tebal, tak ada aura yang menarik padanya, tetapi pernah beberapa kali bekerja di syarikat lain sebelum itu. Si majikan yang bias memilih calon A tadi untuk menjadi pekerjanya. Padahal calon B lebih layak diberi peluang untuk bekerja. Semacam ada satu ketidakadilan berlaku di situ. Saya tidaklah katakan semua orang mementingkan kesempurnaan fizikal, tetapi majoritinya begitu berdasarkan apa yang saya amati.

Ada sesetengah situasi yang memang memerlukan kecantikan fizikal, mungkin, for whatever reason it is. Mungkin untuk pupuk keyakinan diri seseorang. Mungkin untuk membantu melariskan jualan. Saya tak kata salah pentingkan kecantikan, mana ada salah. Tapi jangan sampai kita terlalu dikaburi dengan kecantikan sehingga merugikan diri sendiri.

Foto carian Google

Saya tak begitu pandai menilai seseorang itu cantik atau tidak. Setiap kali ada yang bertanya tentang kecantikan, saya sebenarnya tak tahu nak bezakan. Serious. Saya lihat dia ada mata, ada hidung, ada mulut, sama juga seperti orang lain. Dia cantik kerana Allah jadikannya lengkap anggota fizikal. Kadang, mungkin beza hidung mancung sedikit, wajah lebih cerah, kulit tidak dipenuhi jerawat. Adakah itu yang menjadikannya cantik? Saya tak tahu. Serious. Kadang, saya hendak tahu juga macam mana orang boleh bezakan orang cantik dengan orang tidak cantik. Saya memang tak tahu nak menilai orang dari segi fizikal.

Cantik bagi saya, adalah peribadi mereka. Dan sampai hari ini, saya susah nak jumpa orang yang betul-betul cantik. Saya sendiri pun tak cantik. Orang yang cantik bagi saya adalah mereka yang menjaga tutur kata, tidak cepat panas baran dan rajin. Saya pernah jumpa orang sebegini dan bagi saya, mereka cukup cantik.

Propaganda yang kedua pula adalah kemewahan. Hari ini, semakin ramai orang yang sanggup menjadi miskin untuk berpura-pura kaya. Memandangkan nilai mata wang pun semakin jatuh hari ini, wang dan kemewahan menjadi elemen penting dalam kehidupan hari ini. Manusia jadi berlumba-lumba untuk memaparkan kemewahan yang dimilikinya. Orang lain beli barang mahal, kita pun tak mahu ketinggalan membelinya. Bahkan kita mahu mendapatkan sesuatu yang lebih canggih daripada itu. Kadang, saya pun terlalu teruja mendapat sesuatu sehingga ingin tunjuk pada dunia yang saya memilikinya. Macamlah orang lain tak ada.

Bila kita post sesuatu atau tunjukkan sesuatu kepada orang lain, mungkin ada seorang dua yang akan memujinya. Tapi ada sebahagian yang lain rasa cemburu kerana tidak mampu mendapatkan sesuatu seperti yang kita miliki. Dan mungkin ada sebahagian yang lain pula mendoakan keburukan kepada kita. Kita tak tahu semua itu. Kadang, saya risau juga dengan foto-foto yang saya post di Instagram. Saya suka ambil foto yang cantik, menarik bagi saya, dan kongsikan kecantikan itu kepada mereka yang ingin melihatnya. Saya risau juga kalau ada yang tidak selesa dengan foto-foto tersebut. Tapi bila difikirkan kembali, kalau orang tak suka foto kita, sudah tentulah mereka tidak akan mengikuti perkembangan kita, bukan? Tapi saya tetap mengelak daripada post foto barang yang saya beli atau terima. Walaupun mungkin barang kita beli seperti beg berharga RM5 pun orang boleh cemburu. Sebaiknya sekadar kongsikan hidup kita, bukannya kongsikan kemewahan dengan orang lain. Kehidupan boleh membawa beribu kenangan, tetapi kemewahan akan perlahan-lahan hilang.

So yeah, kita sebenarnya kena lihat sesuatu itu dari sudut pandang yang lain. Bukan semua yang kita rasa buruk itu, teruk buat kita. Dan bukan semua yang kita rasa baik itu, bagus buat kita. Dunia ni hanya sementara, segala yang kita ada hanya pinjaman semata. Kecantikan, kekayaan, kepintaran, keseronokan, semuanya sementara. Semuanya pasti akan beransur pergi, hilang dalam sepi.

Tuesday 6 October 2015

Trying The Milo French Toast



Assalamualaikum and may you have a lovely day, although it’s hazy outside.

I really hope the haze will go off as soon as possible. Insya-Allah. Today I just want to share with you guys a simple recipe to make the French toast. I’ve been craving to try this for so long and it tastes amazing. I don't really know the correct way to make it but this is just a version of mine so hope you enjoy it.

These are the ingredients needed for the recipe (per meal):


1. Slices of bread
2. A cup of Milo powder
3. 2 Eggs
4. Vanilla Essence

You can also add some condensed milk if you want to.



Steps:

1. Whisk eggs, a cup of Milo powder and vanilla essence in a bowl. 


2. Quickly dip the bread slice into egg mixture by coating both sides.



3. Fry it.


4. Your toasts are ready to be served. You can enjoy them with some honey, butter or strawberries you name it.


This recipe is perfect for your breakfast or brunch. It is very simple and you'll be enjoying it. ^^

Thursday 1 October 2015

Finally I Found You!



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

I was really excited when my mom brought something special home today. It was the Stone Choco, stones that you can eat as your daily snacks. Okay, I was just kidding. Stone Choco are definitely not stones but they are incredibly delicious chocolate that you should try. 

It definitely looks like real stones

I first found them when I was in Makkah around nine months ago. They look like real stones but when you put them in your mouth the chocolate just melts. This chocolate does remind me of M&M. After I came back to Malaysia, I have never encountered this kind of chocolate any longer. One day, a friend of mine posted a picture of Stone Choco and it was when I finally realized they do exist in Malaysia.


You can actually eat these stones

Let me brief you a little bit about the company that is selling them. They’re from Syarikat Abdul Ghaffar Trading Sdn. Bhd. (Saudagar Kurma) which is located in Pulau Pinang. It is one of the leading import and export company in spices, herbs and dry fruits food industry in Malaysia. They sell variety products in Dry Fruits Industry such as dates, raisins, prunes, apricots and pistachios. 

It means that this company is selling foods from the Middle East. How cool is that, right? For more information on Saudagar Kurma, click on their website link saudagarkurma.com . My mom decided to buy some products from the company. I’m so excited to try them. Let’s take a look.


This one is called Halwa Bakhlawa, Arab Ice Cream (I've eaten them) and other kind of food. The Arab Ice Cream tastes delicious though.

They are definitely not something that you can see during Raya.

These are roasted cashews with an affordable price, but I bet it must be cheaper if we bought them directly in Makkah.

Raw sunflower seed. 

My mom also bought a dozen of these extra virgin olive oil. 

For those who love to try Arab food and products, I highly recommend you guys to visit the shop. I'm just so excited to see the Stone Choco. It's just like your dreams come true. What a beautiful day! Hope you guys are enjoying a wonderful day too.