Friday 20 July 2018

Being judged is... quite okay?




People judge you based on what you choose to share, not what you really are.


I judge. You judge. I don’t think that we can deny, even if it’s a little, that we actually judge people, whether we realize in or not.

Some people might have been getting bad impressions by others. But in my case, I think I’ve been judged better than what I am. Well I hope it makes sense for you somehow. You know, when you kind of excel in something and you just get this impression that you are outstanding?

Well, of course I don’t hear that compliments directly because people don’t really say that to me. In this world, we have a chain of people talking about other people that talk about you. That’s where I usually obtain my sources.

Every time I heard about it, I just don’t know how I should feel about it. Is being judged okay?


Now let me tell you a little story here.


This happened months ago. I was trying to apply for the students exchange program in my university. Of course, applications need a lot of forms and stuffs that you need to do. I was quite busy with my committee work and somehow delayed on submitting the certificates to the International Mobility & Collaboration Centre (IMCC) staff.

Eventually time passed and the finals were just around the corner. I knew I should just send the papers but I don’t know if they are still accepting them. I didn’t go to IMCC for quite a long time already.

I somehow managed to drag my roommate to go to IMCC, so we went there together. Normally there would be a young lady waiting at the counter, but at that time, there was no one there. I looked around and I saw a young man sitting at the couch nearby.

I wasn’t sure who he was, but he looked at me and slowly approached us. Then I thought he might be one of the students that works at IMCC (I still don’t know his position until today).  He has a dark skin, wrinkled hair and a serious face. I guess he might be an African or something. Yeah, I’m judging him here.

“Yes, what can I help you?”

“I’m looking for Kak Nurul. Is she here?” I just mentioned ‘Kak’ out of habit.

“Oh, she’s busy at the moment. But what can I help you?”

“I want to hand in these certificates for the exchange program. But I’m not sure whether it still can be accepted or not. If not, I can just try for the next semester.”

Yeah, I made it sound like it’s not really important there.  To be honest I don’t really mind trying next time because I still have many semesters left. The man said he’ll speak with Kak Nurul. He took my papers and went inside the office. So my roommate and I waited at the couch for a few minutes until he returned.

I stood up facing him, waiting for my answers. He looked at me with a straight face.

“I’m sorry but these papers cannot be accepted anymore,” he said. I was a little bit frustrated there but I somehow expected this.

“Oh. Then, can I still use the same papers and try to apply the next semester?” I also replied with my straight face.

Suddenly the man in front of me smirked, looking cute there. I mean he was expressing his serious face all the time and suddenly he smiled out of nowhere. “You are so innocent,” he said.

Innocent? Wait, what? Hold on. I cannot brain this.

“She said it’s quite late, but she’ll try her best to help you. Come again during the consultation hours on Thursday,” he said. Are you serious? He blurted out a joke just now with a straight face. I couldn’t believe I let my guard down.

After finishing what needs to be done, my roommate and I left the building. But what he said is still lingering in my mind. It is quite shocking since I’ve never get that kind of impression before. It feels strange getting called innocent by someone. I don’t think I’m an innocent person because I usually can read moods very well. Is that how people actually saw me? Nah, I think he’s the only one.

Well in this situation I guess I can say that he judged me based on what I showed at that moment. The guy that I just met got an impression that I’m innocent, which I think I’m not.

After that time, I think that being judged as a character of not your own is… quite okay?

People judge you based on what you choose to share, not what you really are. It’s the same concept of sharing your lives in the social media. Maybe you’re the type of person who shares so many status updates on Instagram, but what you share is just probably 5% of your day?

It means that you share what you choose to show people at that moment, not your entire day, or entire life. People can say what they want because of what you show, they are free to judge.

But they just don’t know who you really are inside. Even your best friends or family do not know you 100%.

My point is, it’s okay of being judged. Sometimes, you can take the judgements as a challenge to make yourself better.  What really matter is, you are the only one who knows who you are.

And that is what makes you, you.


***

Two days later, I went back to IMCC and that guy has completely forgotten me.

Wednesday 18 July 2018

Cerpen: Sebelum Mutiara Hilang Sinarnya (Bahagian 2)

Klik untuk membaca bahagian pertama.

“Assalamualaikum,” Huzaifah melontar salam. Tangan kanannya menggenggam beg plastik yang berisi dua botol Pepsi yang baru dibelinya di kedai runcit. Pintu rumah dibuka. Irwan menarik tangan Huzaifah masuk, kemudian menutup pintu rumah. Irwan berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Tangannya menyentuh dagu, gaya berfikir sesuatu. Huzaifah yang melihat situasi itu bertukar kehairanan.

“Kau dah kenapa, Wan?” Huzaifah meletakkan botol Pepsi di atas meja dan melabuhkan punggungnya di atas sofa ruang tamu itu.

“Macam mana kalau dia bangun, Jai? Macam mana kalau dia nampak aku yang tolak?” Mata Irwan sedikit membulat. Langkahnya semakin laju.

“Sekejap. Apa kau cakap ni?” Huzaifah mengangkat kening sebelah. Irwan duduk di sebelah Huzaifah, pandangan mata mereka bertembung. Lelaki itu menjelaskan semua perkara yang telah berlaku sebentar tadi.

“Kau dah gila, Wan? Kenapa kau buat sampai si Arif tu jatuh tangga?!” Huzaifah bangkit dari duduknya. Dia tahu sifat panas baran Irwan yang boleh meletus bila-bila masa sahaja. Namun dia tidak menyangka Irwan sanggup berbuat sesuatu sampai tahap sedemikian. Rakannya itu selalu dapat mengawal karakternya di sekolah, tetapi tidak kali ini.

“A… aku tak sengaja. Aku tak sengaja, Jai. Aku tak sengaja. Ishak! Dia yang bangkitkan kemarahan aku. Arif! Dia mengata di belakang aku. Bukan salah aku kan Jai?” Irwan memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya. “Macam mana kalau Cikgu Kamal tahu? Lepas tu, aku tak dapat bertanding pilihan raya. Presiden! Aku kena jadi presiden!” Irwan mencangkung di hadapan televisyen, menyorokkan kepalanya di balik kedua-dua belah lututnya.

Huzaifah masih dilanda kejutan. Dia perlu berhati-hati dalam pertuturannya saat itu. Sudah terang-terangan Irwan yang bersalah. Kasihanlah Mohammad Ishak jika terpaksa menanggung kesalahan orang lain.

“Jai!” Irwan mengeluarkan kepalanya, sedikit berteriak. “Jai, aku tak salah kan? Aku akan jadi presiden kan? Aku kena jadi presiden! Mak.. mak nak aku jadi presiden MPP.” Air mata Irwan mula menitis. Huzaifah bangkit, menuju ke arah Irwan. Tangan kanannya merangkul belakang badan rakannya itu. “Ya, kau akan jadi presiden.”

Tangisan Irwan mula berhenti. Dia menarik senyum. Huzaifah memandangnya dengan muka tiada perasaan, seperti biasa. Namun seribu satu perasaan yang sedang bermain dalam hatinya pada saat itu.

***

Huzaifah memandang buku menu di hadapannya. Namun dia sudah tahu minuman yang ingin dipesannya. “Milo ais satu, bang.” Pelayan itu mengangguk dan beredar setelah selesai menerima pesanan.

Tidak ramai pelanggan yang makan di restoran pada malam itu. Cuma satu keluarga di meja sudut dan dua orang lelaki di meja yang terletak berhampiran dengan kipas. Huzaifah lega dia memilih restoran itu sebagai tempat pertemuan mereka. Dia memandang kedua-dua individu di hadapannya.

“Saya minta maaf sebab telefon nak jumpa malam-malam ni. Tapi ada benda yang saya perlu cerita.”

“Pasal apa, Huzaifah?”

“Saya tak tahu nak mula dari mana, tapi saya kena cerita juga. Pasal Irwan.”

Pak Cik Shah dan Cikgu Kamal berpandangan sesama sendiri.

***

“Wan, mak nak Wan selalu belajar rajin-rajin, ya? Jadi anak soleh, berbakti kat orang tua, berbakti kat sekolah.” Rambut Irwan diusap lembut.

“Berbakti kat sekolah?”

“Buatlah apa yang Wan suka. Jadi presiden MPP ke, presiden kelab ke. Masuklah kelab dan persatuan.”

“Kenapa, mak?”

“Sekolah tu bukannya tempat untuk belajar saja. Masuklah persatuan. Berkenalan dengan ramai orang.”

“Hmm. Okey mak.”

“Jangan hidup sendiri. Dalam hidup ni, kita tak boleh hidup seorang diri, Wan.”

Irwan mengangguk.

***

“Sir Lim mana?” Syed memegang bahu Rashid yang sedang duduk di atas lantai Dewan Tertutup SMK Metrojaya itu. Tepat jam 3 petang nanti mereka akan mulakan kelas Tae Kwon Do. Syed dan Rashid masing-masing merupakan pemegang tali pinggang hijau dalam Tae Kwon Do. Sekiranya mereka menyertai Kelab Tae Kwon Do dari tingkatan satu, mungkin mereka sudah memegang tali pinggang hitam. Sayangnya mereka baru bermula tahun lepas.

“Rasanya Sir Lim tak datang hari ni. Dia kena mengajar ganti kelas Tae Kwon Do kat sekolah lain. Irwan yang akan ambil alih training macam biasa,” Rashid menekup mulutnya yang sedang menguap. Entah kenapa awal pula dia datang ke dewan hari itu.

Syed berjalan melintasi Rashid. Rashid menahannya. “Kau nak pergi mana?”

Syed menunding jarinya, menunjukkan figura seorang lelaki yang sedang duduk di hujung sudut dewan. Parut di pipinya jelas kelihatan dari jauh.

“Huzaifah? Sejak bila kau rapat dengan budak kelas 5 Zamrud?”

Syed ketawa. “Kau ni Rashid, don’t judge a book by its cover. Huzaifah tu walaupun kelas Zamrud, dia yang selalu dapat nombor satu dalam kelas. Dan ranking dia dalam tingkatan lebih tinggi daripada separuh budak kelas aku.”

“5 Delima? Maksudnya dia setaraf dengan kelas kedua terbaik?” Rashid terkejut mendengar khabar baru itu.

“Kelas Berlian ke, Delima ke, Zamrud ke, bukan boleh tentukan kepandaian seseorang. Jangan taksub sangat dengan perbezaan kelas ni, Rashid.”

“Tapi elok kau hati-hati juga dengan dia, aku ada dengar dia terlibat dengan kes buli sekolah kita,” Rashid masih ragu-ragu.

Syed mengusap kuat rambut Rashid, sengaja merosakkannya. “Sayang juga kau kat aku kan? Kau jangan risaulah. Aku taklah rapat sangat dengan dia, tapi aku tahu dia baik orangnya,” Syed mengatur langkah menghampiri Huzaifah.

Rashid menghantar Syed dengan pandangan matanya. Syed kelihatan berbual mesra dengan Huzaifah. Huzaifah juga kelihatan seronok berbual dengan Syed, meskipun wajahnya tidak berperasaan. Rashid berfikir sesuatu. “Don’t judge a book by its cover?”

“Kau dah kenapa cakap seorang diri?” Satu suara mengejutkan Rashid dari belakang. Irwan sedang mengangkat Target dan Body Protector yang digunakan untuk latihan Tae Kwon Do. “Eh, bos!” Refleks Rashid bangkit dari duduknya. Sewaktu kelas Tae Kwon Do, dia perlu lebih hormatkan Irwan memandangkan pelajar itu mempunyai tali pinggang hitam dan merupakan jurulatih ganti jika Sir Lim tidak ada. Sejujurnya dia tidak mahu dikenakan denda lebih-lebih saja di dalam kelas. Rashid mengambil Target daripada tangan Irwan.

“Tu ha, aku tengah tengok si Syed dengan Huzaifah.”

Irwan memandang ke arah yang dimaksudkan Rashid. Dia melemparkan senyuman kepada Rashid. “Kenapa dengan dia orang?”

“Tak adalah. Tak tahu pula aku si Syed tu dah rapat dengan Huzaifah sekarang. Dari tadi aku perhatikan. Seronok dia orang berbual. Tapi, aku tak tahulah apa yang budak berdua tu bualkan. Haha.” Rashid berjalan pergi, meletakkan Target di atas pentas di hadapan dewan. Irwan tidak berganjak. Pandangan matanya melekat kepada Syed dan Huzaifah.

“Nak angkat apa lagi, Irwan?” laungan Rashid dari hadapan mematikan lamunan Irwan. Dia menggeleng.

Kelas Tae Kwon Do pada petang itu bermula seperti biasa. Latihan asas tumbukan, tendangan dan latihan Taegeuk, sejenis latihan rutin mengikut pangkat tali pinggang. Selepas rehat, training diteruskan semula dengan Sparring, iaitu latihan berlawan. Irwan meminta hampir tiga puluh lima orang yang berada di dewan itu untuk duduk dan memerhatikan Sparring.

“Baiklah. Rasanya dah lama saya tak Sparring depan kamu semua. Untuk pusingan pertama, siapa yang nak Sparring dengan saya?” Irwan melemparkan senyuman.

Semua pelajar senyap. Rashid mengunci bibir. Hanya orang tidak waras saja yang akan mengangkat tangan untuk berlawan dengan jaguh Tae Kwon Do itu. Sudah berapa banyak perlawanan dan emas yang dikumpul si Irwan selama ini.

Irwan ketawa kecil di hadapan. “Jangan risau, saya akan kawal diri. Erm. Apa kata Syed? Jom kita Sparring.” Syed terkejut namanya dipanggil. Padahal dia sudah berkali-kali membaca doa dalam hati agar tidak dipanggil. Kini, semua mata memandangnya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa bangkit meskipun kakinya terasa berat. Saat itu, barulah dia terasa menyesal kerana menuruti ajakan Rashid untuk sertai Tae Kwon Do tahun lepas.

“Biar aku jadi pengadil,” Rashid juga bangkit. Dia memang suka jadi pengadil.

“Boleh. Lepas ni, tukar pula. Saya lawan dengan pengadil,” Irwan mengukir senyum. Rashid menelan liur. Menyesal pula dia menawarkan diri tadi. Syed ketawa di dalam hati sambil memakai Body Protector. “Nak kena pakai Head Guard, Irwan?” soal Syed merujuk kepada pelindung kepala. Irwan menggeleng, memberi isyarat bahawa dia tidak akan berlawan secara berlebihan. Syed menuruti. Irwan juga menyarungkan Body Protector pada tubuhnya.

Rashid meletakkan tangan kanannya di tengah antara Syed dan Irwan. “Joonbi!” laungnya memberi isyarat agar masing-masing lawan bersedia. Irwan dan Syed mengambil posisi bersedia.

“Si chak!” Rashid mengangkat tangan ke udara, melaungkan arahan untuk bermula dalam bahasa Korea. Syed dan Irwan masing-masing melonjak kecil berulang kali. Syed cuba mencari ruang untuk menendang. Baginya, dapat melepaskan tendangan sekali pun jadilah.

Syed melepaskan turning kick dengan kaki kanannnya. Irwan berganjak sedikit ke kanan belakang, melepaskan diri dari tendangan. Syed mencuba turning kick dengan kaki kirinya. Irwan berjaya mengelak. Berkali-kali Syed mencuba untuk menendang, namun tendangannya cuma mengenai angin.

Nafas Syed semakin tercungap-cungap. Mana mungkin dia mampu menewaskan jaguh Tae Kwon Do di hadapannya itu. Irwan menarik sengih. “Giliran aku!” bisiknya yang hanya mampu didengari oleh dirinya sendiri. Irwan memusing badannya 360 darjah, melepaskan tendangan back thrust kick tepat mengenai Body Protector Syed. Syed terundur ke belakang, terasa tendangan yang begitu kuat telah hinggap di perutnya.

Irwan melepaskan tendangan turning kick kanan, kemudian kiri. Syed masih terundur ke belakang. Penonton yang melihat memberi ruangan kepada mereka untuk berlawan.  Irwan kembali melepaskan tendangan bertalu-talu dan Syed tidak mampu mengelak setiap satu tendangan itu.


Keringat membasahi pipi Rashid. ‘Woi..woi. Ini macam dah lebih-lebih. Patut aku hentikan ke?’ monolognya.

Huzaifah yang memerhatikan mulai bimbang. Apa pula yang membuatkan Irwan naik angin kali ini?

Irwan masih menyerang Syed. Tendangannya diselangi dengan tumbukan pada bahagian perut. Walaupun Syed memakai pelindung, tubuhnya masih terasa oleh tendangan dan tumbukan tersebut.

“Kelyook!” Rashid memberikan arahan untuk berhenti namun tidak diendahkan oleh Irwan. Irwan masih menendang Syed. Kaki kanannya ditarik sedikit ke belakang. Dia melayangkan Double Turning Kick, tendangan yang membuatnya sedikit melayang ke udara dan kaki kirinya hinggap di kepala Syed yang tidak memakai Head Guard. Syed terjatuh di atas lantai.

“Kelyook! Kelyook!” Rashid terkejut melihat Irwan yang menendang kepala Syed. Dia segera mendapatkan Syed yang terjatuh.

“Kau okey, Syed?” Rashid membantu Syed yang sedang memegang kepalanya yang kesakitan. “Okey. Okey. Aku okey.” Tindakannya memegang kepala bertentangan dengan pernyataannya. Rashid bangkit memandang Irwan.

“Irwan. Aku dah suruh berhenti kan tadi? Kenapa kau tendang kepala dia?” Rashid tidak berpuas hati.

“Aku tak dengar tadi. Teruja sikit sebab dah lama tak Sparring,” Irwan tersengih. Tangan kanannya mengusap belakang kepalanya yang tidak gatal. Dia berjalan ke arah Syed, tidak mempedulikan Rashid.

“Kau okey, Syed?” Irwan memandang Syed, tersenyum.

Syed mengangguk lantas mendongak, memerhatikan lelaki yang mempunyai senyuman penuh misteri itu.

***

Hari pengumuman keputusan pilihan raya sekolah sudah tiba. Empat orang calon presiden MPP sedang berdiri di atas pentas dalam perhimpunan rasmi sekolah, tidak termasuk Arif Ikmal yang masih berada di hospital. Semua pelajar tertanya-tanya tentang presiden baru yang akan mentadbir sekolah pada tahun ini. Keempat-empat pelajar yang berada di atas pentas sedang menjadi tumpuan semua warga sekolah yang berada di situ pada hari itu. Namun berbanding keempat-empatnya, Irwan yang paling banyak menerima perhatian, terutamanya dalam kalangan pelajar perempuan.

“Syarifah, kau rasa antara lima orang senior kita, siapa yang akan menang?” Omar berpaling kepada Syarifah, rakan sekelas yang sedang beratur di sebelahnya.

“Kenapa kau tanya soalan tak masuk akal? Mestilah Abang Irwan aku!” Syarifah mencebik bibirnya.

“Tapi, Arif Ikmal kelas 5 Delima tu pun hebat juga. Kalau aku, aku rasa Arif Ikmal,” Han mencelah tiba-tiba.

“Abang Irwan! Tak ada yang boleh lawan kehenseman dia,” Syarifah membantah.

“Abang, abang. Geli aku. Beza dua tahun saja pun dengan kita,” Han buat muka menyampah.

“Cemburulah tu. Abang Irwan, aku tak boleh lupa dia senyum kat aku masa aku bagi kad good luck hari tu,” Syarifah mula berangan.

“Eleh. Entah-entah dia buang saja kad tu dalam tong sampah. Dikoyaknya jadi empat bahagian, buang dalam tong sampah sebelah,” giliran Han pula mencebik.

“Haha. Pandailah kau berimaginasi, Han. Dah, senyap. Pengetua dah nak umumkan presiden kita,” Omar meletakkan jari telunjuk pada bibirnya. Mereka bertiga kembali fokus terhadap ucapan Pengetua sekolah.

“Baiklah. Dengan ini, saya umumkan, sebanyak 254 undian, presiden Majlis Perwakilan Pelajar SMK Metrojaya tahun ini ialah… roll the drum, please…”

“… Arif Ikmal!” Tepukan gemuruh kedengaran, meskipun tuan badan tidak berada di tempat kejadian.

Mendengar pengumuman itu, senyuman pada wajah Irwan yang sedang berdiri di atas pentas perlahan-lahan bertukar kendur.

***

“Kau yakin tak nak main bola dengan aku petang ni?” soal Syed sambil berjalan beriringan dengan Huzaifah. “Tak apa. Kau orang mainlah. Aku nak singgah rumah kawan petang ni.”

“Oh, rumah Wan yang kau selalu cerita tu?”

Huzaifah mengangguk. Langkah kakinya terhenti apabila Syed berhenti di hadapan kelas 5 Berlian. Dia yakin Syed sedang mencari Rashid. Huzaifah turut menjenguk, mencari kelibat Irwan. Pasti rakannya itu kecewa teruk selepas hanya menyandang jawatan Naib Presiden MPP.

“Rashid, jom main bola petang ni. Ajak Irwan, Azad dengan Karim sekali,” Syed melaung dari luar.
“Boleh, boleh. On,” Rashid mengangkat tangannya.

“Tapi Irwan baru saja balik, Syed,” Azad yang berada di sebelah Rashid bersuara.

“Aik, awalnya dia balik hari ini. Dia frust dengan keputusan pilihan raya kot,” Syed menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Tak juga. Sepanjang hari dia senyum saja. Tapi waktu balik tadi, dia macam resah sikit, terburu-buru nak balik,” Azad menjelaskan.

Huzaifah pantas masuk ke kelas 5 Berlian, matanya bertembung dengan mata Azad. Azad terundur sedikit ke belakang, gentar melihat Huzaifah yang sedang memegang kolar bajunya. “Wan ada cakap dia nak pergi mana?” nada Huzaifah meninggi. Personalitinya yang tadi kelihatan tenang bertukar gelisah.

Azad menoleh ke arah Rashid, minta diselamatkan. Rashid memandang Karim yang sedang makan lolipop. “Karim, dia ada bagitahu kau dia nak pergi mana?”

“Oh, ha ada. Dia cakap dia nak pergi hospital, jenguk adik dia Irham,” Karim menjawab selamba. Huzaifah kaget. Dia melepaskan genggaman kolar baju Azad.

“Panggil Cikgu Kamal sekarang,” Huzaifah memberikan arahan.

“Jai, kenapa ni?” Syed kelihatan bingung. Azad, Rashid dan Karim juga tertanya-tanya.

“Aku kena pergi cari Wan sekarang. Maaf Syed aku tak join petang ni,” Huzaifah bergegas keluar.
“Huzaifah, apa masalah kau?” Rashid mengangkat sebelah kening.

“Masalahnya, adik Irwan dah meninggal dunia lima tahun yang lepas,” Huzaifah melangkah pergi, menghilang dari pandangan.

Azad, Rashid, Syed dan Karim berpandangan sesama sendiri. Azad mengelap keringat di dahinya. “Habis tu, siapa adik yang selalu dia cerita selama ni?”

***

“Saya minta maaf sebab telefon nak jumpa malam-malam ni. Tapi ada benda yang saya perlu cerita.”

“Pasal apa, Huzaifah?”

“Saya tak tahu nak mula dari mana, tapi saya kena cerita juga. Pasal Irwan.”

Pak Cik Shah dan Cikgu Kamal berpandangan sesama sendiri. “Apa yang kamu nak cerita pasal anak pak cik tu?” Pak Cik Shah meneguk kopi Pak Belalang kegemarannya.

“Saya syak, Wan ada Personality Disorder. Saya taklah pandai sangat dalam Sains, Cikgu Kamal. Tapi saya adalah juga baca simptom-simptom penyakit tu kat internet.”

“Jai, apa kamu merepek ni? Personality Disorder? Apa benda tu?” Pak Cik Shah meletakkan cawan kopinya di atas meja. Dia tahu mengenai penyakit itu, namun masih tetap ingin mendengarkan penjelasan yang lebih lanjut.

“Personality Disorder tu ringkasnya macam ada lebih daripada satu personaliti, pak cik. Tapi itu cuma apa yang saya syak saja. Maaflah kalau saya buat tuduhan tak pasal-pasal.”

Cikgu Kamal merapatkan tubuhnya ke meja, berminat untuk mendengar. Selain guru disiplin, dia juga merupakan seorang guru subjek Sains di SMK Metrojaya. “Huzaifah, cuba kamu ceritakan dekat cikgu dan Encik Shah, kenapa kamu cakap macam tu?”

Huzaifah memandang tepat mata Cikgu Kamal. “Macam ni cikgu. Saya dengan Wan dah lama kawan baik. Sejak darjah satu lagi. Saya kenal Wan tu orangnya macam mana,” Huzaifah menarik nafas panjang.

“Dalam lima tahun yang lepas, adik Irwan meninggal dunia sebab kena langgar dengan kereta depan rumah. Kemalangan tu berlaku betul-betul depan mata Wan sendiri. Saya ada masa pengkebumian adik dia. Saya tahu macam mana patah hati Wan bila satu-satunya adik dia meninggal dunia. Dia memang rapat dengan adik dia. Betul kan, pak cik?” Huzaifah memandang Pak Cik Shah.

“Betul. Dia orang berdua memang sangat rapat,” Pak Cik Shah tidak mahu berkata panjang. Pilu hati mengenangkan kisah itu. Mana ada dalam dunia ini, seorang ayah yang sanggup melihat anaknya pergi dulu sebelumnya.

“Mula-mula saya ingatkan Wan okey. Dia boleh tersenyum pergi sekolah dan tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi bila saya datang rumah pak cik, kadang-kadang saya nampak dia sedih, dan dia cepat marah daripada biasa. Saya rasa, perubahan Wan mula terjadi masa arwah Mak Cik Hajar disahkan menghidap kanser setahun selepas Irham meninggal dunia.”

Pak Cik Shah mengerutkan keningnya.

“Saya faham pak cik selalu sibuk dengan kerja. Mungkin sebab tu Wan lebih rapat dengan Mak Cik Hajar. Saya sendiri pun jarang nampak pak cik kat rumah Wan. Depan Mak Cik Hajar, Wan selalu berlakon kuat. Tapi belakang ibu dia, dia selalu menangis. Saya kagum dengan Wan. Saya tak pernah jumpa orang yang lebih tabah daripada dia.” Air mata kelelakian Pak Cik Shah mulai gugur perlahan. Cikgu Kamal tekun mendengar.

“Hampir hari-hari pak cik, saya tengok Wan jaga ibu dia. Jaga makan minum, mandikan, ceriakan Mak Cik Hajar. Sampai hari arwah meninggal, Wan juga yang ada di samping dia,” Huzaifah menahan dirinya daripada menangis. “Pak cik, cikgu, macam mana perasaan, bila kita tahu orang yang kita sayang akan meninggal, kita buat macam-macam untuk dia, tapi kita jugalah yang jadi saksi orang yang kita sayang tu hembuskan nafas yang terakhir di hospital?”

“Saya rasa, Wan selalu salahkan diri dia atas kematian arwah Irham dan Mak Cik Hajar. Sebab tu saya akan selalu jenguk dia, buat apa yang saya mampu untuk dia. Saya tahu keluarga pak cik semua tinggal jauh, dan pak cik pula selalu sibuk. Tapi saya rasa, Wan sebenarnya perlukan sokongan yang kuat dalam hidup dia.”

“Jadi… sejak bila kamu perasan Irwan ada Personality Disorder?” soal Cikgu Kamal.

“Saya rasa, keadaannya makin serius sejak arwah mak cik meninggal dua tahun yang lepas. Waktu tu kami baru lepas PMR. Kalau kat rumah, dia akan mengamuk secara tiba-tiba, menangis secara tiba-tiba, ketawa tiba-tiba. Kalau saya cerita pasal kawan-kawan saya, saya perasan dia akan melenting. Parut di pipi saya ni pun, sebab dia marah kat saya. Saya faham kenapa dia buat macam tu. Mungkin, dia takut saya pun pergi?” Huzaifah menunduk berfikir.

“Mula-mula saya ingatkan dia cuma stress tapi lama-kelamaan, saya syak itu bukan lagi tekanan, tapi penyakit. Kadang-kadang dia ada juga cerita pasal adik dia bermain dengan dia. Saya rasa Irham cuma imaginasi yang dia wujudkan dalam minda dia untuk tenangkan diri dia sendiri.”

“Saya ada kaji juga maklumat ni dalam internet. Saya rasa saya terlalu banyak mengkaji sampai satu tahun saya tak buat benda lain,” Huzaifah separuh bergurau.

“Dia pernah buat apa-apa yang serius selain cederakan kamu?” Cikgu Kamal meneguk minumannya.

“Sekali tu saja dia cederakan saya. Lepas tu dia menyesal, merayu minta saya maafkan dia. Tapi, cikgu mesti tahu kan kes Arif Ikmal petang tadi?” Cikgu Kamal mengangguk. “Sebenarnya Wan yang tarik Arif sampai jatuh tangga. Sebab itu saya telefon, nak jumpa cikgu dan Pak Cik Shah.” Cikgu Kamal dan Pak Cik Shah terkejut. Pak Cik Shah tidak mampu menahan sesalnya kerana tidak memberikan perhatian kepada anaknya selama ini. “Saya harap Ishak tak dikenakan hukuman yang salah, walaupun dia yang mulakan pergaduhan.”

“Saya ada permintaan untuk cikgu dan pak cik.”

“Apa?” Kedua-dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu menyoal serentak. Mereka masih dilanda kejutan dengan cerita Huzaifah.

“Cikgu Kamal, saya harap cikgu boleh buat sesuatu supaya Ishak atau Wan tak kena sebarang hukuman? Kalau Wan kena pun, sekurang-kurangnya selepas selesai pilihan raya. Wan kata, itu yang arwah Mak Cik Hajar nak.”

“Pak Cik Shah, saya harap pak cik boleh luangkan masa untuk bawa Wan jumpa pakar psikiatri. Sekurang-kurangnya kita boleh sama-sama rawat dia.”

“Terima kasih Jai, sebab ceritakan semua ni. Walaupun pak cik gagal jadi ayah yang baik, pak cik bangga Wan ada kawan macam kamu. Pak cik minta maaf sebab anak pak cik yang sebabkan parut kamu.” Pak Cik Shah serba salah.

“Tak apa, pak cik. Sakit saya boleh sembuh. Sakit Irwan, saya tak tahu macam mana nak hilangkan.”

***

 Huzaifah berlari pantas ke tempat motosikal. Jantungnya berdegup kencang. Entah kenapa, dia mempunyai firasat buruk sejak pengumuman presiden MPP pagi tadi. Dari kejauhan, dia dapat menangkap kelibat Irwan yang baru sahaja hendak meninggalkan parkir motosikal. “Wan!”

Irwan mematikan sebentar hasratnya untuk bergerak. Huzaifah pantas berlari mendapatkan rakannya. “Kau okey?” Namun Huzaifah tidak dapat menangkap reaksi wajah Irwan di sebalik topi keledar merahnya. “Kau nak pergi mana, Wan?” Huzaifah membetulkan nafasnya yang masih tercungap.

“Hospital,” sepatah lelaki itu menjawab.

“Kenapa?” Huzaifah menyoal.

“Sebab aku yang sepatutnya jadi presiden MPP, bukan dia!” Irwan memecut, meninggalkan Huzaifah di situ. “Wan, aku ikut!” Huzaifah melaung. Lelaki itu pantas mendapatkan motosikalnya dan cuba mengejar rakannya.

Huzaifah berjaya menyamakan kedudukan motosikalnya bersebelahan Irwan. Dia menoleh kiri, cuba mendapatkan perhatian rakannya.

“Wan, kau nak buat apa ni?”

“Jangan ikut akulah!” Irwan maju ke hadapan.

“Wan, berhenti!” Huzaifah mengikuti rodanya.

Irwan menoleh ke hadapan, sebuah lori dari arah bertentangan sedang bergerak laju ke arah mereka. “Jaiiii!!!” Irwan pantas bergerak ke hadapan, menghalang motosikal Huzaifah.

Baaanggggggggggg.

Kedua-dua rakan itu terlambung dari motosikal masing-masing.

***

Gelap.

Perlahan-lahan kedua-dua kelopak matanya dibuka. Ruang putih. Bau ubat-ubatan. Irwan terbatuk-batuk kecil.

“Irwan? Irwan dah bangun! Rashid, kejut pak cik, ” Azad teruja. Rashid mendapatkan Pak Cik Shah yang tertidur di sebelah katil hospital itu. Pak Cik Shah bangkit, berdiri di sisi anaknya.

“Jai! Jai mana, ayah? Jai mana?” Irwan mula berteriak memanggil nama rakannya. Dia langsung tidak peduli dengan keadaannya sekarang. “Jai mana?!”

“Wan?” Huzaifah muncul dengan tangannya yang berbalut.

“Jai!” Irwan cuba bangkit, namun Pak Cik Shah menahannya. Azad dan Rashid berundur, memberikan ruang kepada Huzaifah.

“Jai. Kau tak apa-apa, kan? Kau okey kan?” Irwan cuba mengangkat tangannya namun terasa berat.

Huzaifah mengangguk. “Aku okey, Wan. Kau jangan banyak bergerak,” Huzaifah tersenyum, namun setitis air matanya gugur. Dalam kondisi Irwan sebegitu, dia masih memikirkan tentang orang lain. Sewaktu dia menjenguknya ketika Irwan belum sedarkan diri, doktor memberitahu bahawa tangan kanan dan kaki kanan Irwan telah patah. Huzaifah cuma mengalami sedikit keretakan di tangan.

“Jai, maafkan aku Jai. Lain kali aku takkan tinggalkan kau. Jai, maafkan aku Jai. Maafkan aku,” Irwan merayu agar dirinya diampunkan. Tangisannya tumpah. Dia sudah pernah merasakan dua kehilangan terbesar dalam hidupnya. Dia tidak mahu ditinggalkan lagi. Jantungnya berdegup kencang. “Jai jangan pergi, Jai. Jangan pergi,” Irwan masih berteriak seperti orang histeria.

“Tak, Wan. Aku tak pergi mana-mana. Aku kat sini,” Huzaifah cuba menenangkan.

“Betul tu Irwan. Huzaifah tak pergi mana-mana,” Azad cuba meyakinkan.

“Betul kau tak pergi mana-mana? Kau maafkan aku Jai?”

“Ya Wan, aku maafkan kau,” ujar Huzaifah walaupun dia yang sebenarnya berasa bersalah atas kemalangan itu. Huzaifah dan Pak Cik Shah saling berpandangan.

***

Cikgu Kamal berlari-lari anak mendapatkan Huzaifah dan Pak Cik Shah yang sedang berdiri di luar wad. “Huzaifah, kamu okey? Irwan macam mana?” Bahu Huzaifah dipegangnya lembut.

“Saya okey, cikgu. Wan dah sedar tadi, tapi sekarang dia dah tidur. Kawan-kawan ada kat dalam tengah tengokkan dia.”

“Maaf saya lambat, Encik Shah. Saya baru dapat berita. Alhamdulillah kalau Irwan dah sedar,” Cikgu Kamal menarik nafas lega.

“Cikgu, lepas Wan sedar tadi, dia meraung panggil nama saya. Dia minta maaf, lepas tu janji tak akan tinggalkan saya. Padahal kemalangan semua tu bukannya salah dia pun. Saya pun tak tahu apa niat sebenar dia nak datang ke hospital ni. Saya tak tahu macam mana nak tolong dia, cikgu. Saya buntu.” Huzaifah menunduk. Ketika itu, Azad dan Rashid keluar dari wad.

“Saya terkejut tadi masa nampak Irwan menjerit panggil nama Huzaifah. Rupanya kau orang kawan baik. Tapi pelik sebab kau orang tak pernah bercakap kat sekolah. Saya cuma pernah nampak sekali saja Irwan berbisik dengan Huzaifah di kantin sekolah.” Azad membahasakan dirinya dengan panggilan ‘saya’ di hadapan Cikgu Kamal dan Pak Cik Shah. Lagipun, dia masih belum rapat dengan Huzaifah.

“Patutlah saya rasa macam kau berdua kenal satu sama lain,” Rashid mencelah. “Minta maaflah sebab dah tuduh Huzaifah yang bukan-bukan,” Azad tiba-tiba rasa bersalah. Sesuka hati saja dia menuduh Huzaifah pembuli dulu.

“Huzaifah, Encik Shah. Saya ada cadangan. Memandangkan Irwan paling dengar cakap Huzaifah buat masa sekarang, saya rasa inilah waktu yang terbaik untuk kita sama-sama rawat Irwan. Kita boleh bawa pakar psikiatri ke hospital ni.”

“Irwan sakit apa, sebenarnya?” Azad terpinga-pinga. Huzaifah masih menunduk.

“Ya, Jai. Pak cik rasa betul apa yang cikgu kamu cakap tu. Kali ni, pak cik takkan ulang kesalahan yang sama. Pak cik akan ada di sisi anak pak cik, sebab apa yang paling penting untuk dia sekarang ialah sokongan.”

“Betul Encik Shah. Sokongan daripada saya sebagai cikgu, Encik Shah sebagai ayah, Huzaifah, Azad, Rashid sebagai kawan-kawan. Kita kena sama-sama bantu Irwan,” Cikgu Kamal meyakinkan.

“Walaupun kami tak faham sangat apa yang terjadi, tapi Irwan tu kawan kami. Kami akan sokong dia, kan Azad?” Rashid melontar pendapat. Azad mengangguk sambil tersenyum.

Huzaifah mendongak, menembak sebuah senyuman yang jarang ditembaknya.

***

DUA TAHUN KEMUDIAN.

“Omar, nanti pinjamkan buku latihan Matematik kau waktu rehat. Aku terlupa nak siapkan,” Han tersengih memandang Omar.

“Kau ni Han. Asal tak siap je Matematik. Asal Matematik je, tak siap. Kita dah nak ambil SPM tahun ni. Sedarlah wahai sahabatku!” Omar menggeleng kepala tanda kecewa. Padahal dia sendiri pun belum menyiapkan latihannya. “Syarifah, pinjamkan aku buku Matematik kau,” sesuka hati saja Omar meminta rakan sebelahnya.

“Ah, daripada aku pinjamkan kau berdua, baik aku pinjamkan dekat presiden MPP kita si Yusuf tu,” Syarifah memandang ke arah MPP yang sedang memasang mikrofon di hadapan perhimpunan.

“Ish.. ish.. pantang nampak lelaki kacak,” Omar menggeleng kepalanya.

“Eh, itu siapa?” Han menunjuk ke arah lima buah motosikal yang baru muncul di pekarangan sekolah.

“Erm, aku ada dengar cerita. Katanya hari ni ada alumni nak datang sekolah kita. Itu sajalah cerita yang aku dengar,” Omar memberikan maklumat yang tidak berapa membantu.

“Eh, itu kan Abang Irwan!” Syarifah menekup mulutnya tidak percaya.

Irwan dan empat orang penunggang motosikal yang lain turun dari motosikal masing-masing. Huzaifah membuka topi keledarnya.

“Wah, baru setahun lebih saja kita masuk universiti, rasa macam dah bertahun-tahun tak jejakkan kaki kat sekolah,” Huzaifah memandang sekeliling. Tidak banyak perubahan sejak dia kembali ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM dahulu.

“Kita nak jumpa cikgu mana dulu ni?” Arif Ikmal membetulkan kedudukan motosikalnya.

“Kita jumpa Cikgu Kamal dululah. Aku paling banyak buat salah dekat Cikgu Kamal. Hahaha,” Ishak tergelak sendiri.

“Ya, aku ingat lagi kita pernah jumpa Cikgu Kamal sekali dalam pejabat dia. Jahatnya aku dulu. Aku mati-mati ingat kau dah kena gantung sekolah, rupanya tak kena pun. Aku sendiri pun tak kena gantung. Hairan aku,” Irwan mula membuka kembali kisah lama, menyesali tindakannya. Huzaifah mendiamkan diri. Dia yang sebenarnya meminta Cikgu Kamal untuk tidak mengenakan sebarang tindakan. Arif Ikmal juga telah bersetuju dengannya dahulu.

“Tak perlu nak buka cerita sedih kat sini. Sebabkan peristiwa itulah aku dah banyak berubah, sampai dah berkawan baik dengan Presiden dan Naib Presiden MPP sekolah kita,” Mohammad Ishak merangkul bahu Irwan.

“Kau dah lupa ke, Wan dah letak jawatan dulu?” Huzaifah menyinggung lengan Ishak. Ishak tersengih, sengaja.

Irwan ketawa sendiri. “Alhamdulillah, lepas aku letak banyak jawatan, keadaan aku makin baik. Paling penting, sebab aku dapat sokongan kawan-kawan macam kau orang semua, terutamanya Jai. Banyak salah aku dah buat dulu kat kau orang, tapi kau orang masih sanggup berkawan dengan aku.”
Arif Ikmal menampar belakang badan Irwan. “Kan Ishak dah kata, tak payah buka cerita sedih. Cepatlah aku dah tak sabar nak tengok muka terkejut Cikgu Kamal ni.” Irwan mengukir senyum. Dia tidak tahu apa yang mungkin dilakukannya kepada rakannya itu sekiranya dia tidak ditimpa kemalangan dulu. Ternyata, ada hikmah di balik semua musibah yang datang.

“Jom!” Irwan, Huzaifah, Ishak dan Arif bergerak dengan penuh rasa teruja. Langkah Irwan terhenti. Dia menoleh belakang.

“Awak, buat apa termenung kat atas motosikal tu? Jomlah,” Irwan mengukir senyum.

Seorang gadis bertudung yang mengikuti rombongan mereka mengangguk, membuntuti langkah rakan-rakannya.

“Untunglah ada Lisa!” Huzaifah di hadapan menjerit dari kejauhan.

“Petang ni main bola kat padang jom!” Arif Ikmal mengajak penuh semangat.

“Jom! Ajak Cikgu Kamal sekali,” Ishak mempercepatkan langkahnya.

Irwan tersenyum. Tiada sebarang kata yang mampu mengungkapkan perasaannya pada saat itu.


TAMAT

Kredit foto: Google

Tuesday 17 July 2018

Cerpen: Sebelum Mutiara Hilang Sinarnya (Bahagian 1)


Cerpen kali ini, mungkin boleh saya kategorikan sebagai genre psikologi. Kalau dalam Microsoft Word, cerpen ini lebih kurang 25 halaman jadi saya pecahkan kepada dua bahagian. Tak mahu pembaca membaca secara meleret. Saya cuba bawakan cerita yang berlatarkan sekolah harian biasa, tapi kisah yang bukan biasa-biasa. Tak mahu cerita panjang, semoga pembaca akan terhibur!




“Manusia ni cuma alat mainan. Bila kau perlu, kau boleh guna. Bila tak perlu, buat apa kau simpan?”

***

“Omar, nanti pinjamkan buku latihan Matematik kau waktu rehat. Aku terlupa nak siapkan,” Han menepuk bahu rakan sekelas yang sedang beratur di hadapannya itu sambil melihat jam di tangan. Dua puluh minit lagi sebelum perhimpunan pagi bermula. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Metrojaya sedikit demi sedikit memenuhi tapak perhimpunan. Ramai juga yang baru tiba dengan kenderaan masing-masing.

“Nak pinjamkan macam mana. Ceritanya aku pun tak siap lagi,” Omar menjeling memerhatikan sahabatnya itu sambil tersengih. Lega kerana ada rakan yang sama-sama tidak menyiapkan tugasan sekolah.  “Han? Farhan?” Omar mengangkat kening sebelah, kehairanan. Pandangan Han sudah beralih ke arah lain dan kelihatannya dia tidak berminat lagi berbual tentang topik kerja sekolah. Omar menoleh ke kiri, mencari punca rakannya itu menjadi tidak fokus.

Seorang pelajar yang bertopi keledar merah muncul di tempat parkir motosikal yang terletak tidak jauh dari tapak perhimpunan sambil menunggang motosikal yang juga berwarna merah. Namun bukan itu yang menjadi tumpuan. Tiga orang pelajar lelaki yang berlari ke arah motosikal itu cukup menarik perhatian mata yang memandang.

“Omar? Siapa yang tunggang motosikal tu? Kenapa ramai yang datang berkerumun keliling dia?”

“Serius kau tak tahu?”

Han menggeleng.

“Itulah salah satu pelajar yang akan bertanding untuk calon presiden MPP. Kemungkinan besar aku rasa dia yang menang.”

“MPP? Majlis Perwakilan Pelajar? Kenapa kau rasa dia yang akan menang?” Han masih kebingungan. Yakin saja si Omar ini.

Omar menolak pipi Han ke kanan, kemudian ke arah yang bertentangan. “Han, bukan tiga orang tu saja yang kenal calon presiden MPP tu. Kau tengok sekeliling. Hampir semua orang di tapak perhimpunan ni sedang perhatikan dia.”

Han memerhatikan semula keadaan sekeliling tanpa bantuan Omar. Memang benar, hampir semua orang sedang melihat ke arah penunggang motosikal merah itu. Han kembali memerhatikan figura calon presiden MPP sekolahnya itu. Pelajar itu perlahan-lahan membuka topi keledarnya. Kedengaran beberapa pelajar perempuan berdekatan mula berbual-bual teruja. Han bergerak sedikit ke kanan untuk menangkap jelas wajah calon presiden MPP yang terlindung oleh kepala Salahuddin rakan kelas sebelah. Dia menolak kepala Salahuddin. “Tepi, aku nak tengok calon presiden tu.”

“Kacak!” Han tergamam. Walaupun dia seorang lelaki, dia sendiri sedikit teruja melihat wajah pelajar lelaki yang iras artis Korea itu. Calon presiden MPP itu melemparkan senyuman kepada tiga orang rakan yang menyambutnya. Senyuman itu seolah-olah mampu menyejukkan hati sesiapa yang melihatnya.

“Walaupun sukar untuk aku akui, nampaknya ada juga pelajar yang lebih kacak daripada aku,” Omar merungut di sebelah Han. “Kau tahu, dia bukan saja ada rupa, tapi juga selalu dapat nombor satu dalam tingkatan setiap kali peperiksaan.”

“Tahu kau ya? Aku tak pernah ambil tahu pun pasal pelajar senior kita.”

“Mestilah. Bukan tu saja, aku dengar cerita dia presiden baru Kelab Tae Kwon Do dan Kelab Bola Sepak tahun ni.”

“Dahsyat. Boleh ke jadi presiden banyak kelab?” Han masih diserang kejutan.

“Setiap pelajar sekolah kita kan wajib sertai sukan, kelab persatuan dan unit uniform. Tae Kwon dikira sebagai unit uniform dan bola sepak dikira sebagai sukan. Jadi aku rasa tak ada masalah pun. Untuk kelab persatuan, aku rasa dia masuk bawah MPP.” Omar melontarkan maklumat berguna hasil penyiasatannya selama ini.

“Dahsyat. Kalau beginilah calon presiden MPP sekolah kita, aku dapat rasakan pilihan raya sekolah kita kali ini akan jadi menarik!” Han separuh teruja.

***

Irwan melangkah masuk ke dalam kelas 5 Berlian sambil ditemani Azad, Rashid dan Karim yang sejak pagi tadi sudah menyambut kedatangannya di tempat parkir motosikal. Perhimpunan pada pagi itu disingkatkan kerana pengetua sekolah sedang berkursus di Pulau Langkawi.

“Irwan, macam mana nak jawab soalan nombor enam semalam?” Azad bersuara sejurus sahaja Irwan melabuhkan punggung di tempat duduknya yang terletak di barisan dua dari hadapan.

“Irwan, jom main bola kat padang sekolah petang ni? Tak cukup orang.” Rashid akhirnya menyuarakan hasrat hatinya yang sudah lama terpendam.

“Irwan, jom makan sekali rehat nanti?” Karim sudah membayangkan nasi lemak mak cik kantin yang enak disaluti sambal.

“Sibuklah. Aku kan yang tanya dia dulu.” Azad menolak sedikit Rashid dan Karim ke tepi untuk mendapatkan perhatian Irwan.

“Bola penting lagi!” Rashid menjeling Azad separuh menyinga. Siapa suruh rakannya itu tidak menyiapkan kerja sekolah sendiri.

“Tapi aku dah lapar,” Karim mengusap-usap perutnya yang sedikit buncit.

Irwan tertawa kecil. Matanya kelihatan hampir tertutup setiap kali dia tertawa. “Okey, okey. Nanti kita makan sekali waktu rehat ya Karim? Petang nanti, jumpa kat padang bola Rashid. Dan Azad, sini aku tunjukkan cara jawab soalan enam,” Irwan mengambil buku dari pegangan Azad dan mula menganalisis kehendak soalan.

“Irwan!” Satu suara kedengaran dari luar kelas. Keempat-empat mereka memandang ke arah luar. Kelihatan dua figura pelajar yang sedang melewati tingkap kelas. Seorang pelajar berkaca mata yang kelihatan ceria, manakala seorang lagi mempunyai rambut panjang yang hampir mencecah kolar bajunya. Pipinya mempunyai kesan parut yang tidak terlalu panjang, namun cukup untuk disedari oleh khalayak. Tidak ada senyuman yang terpancar pada wajahnya seperti pelajar-pelajar yang lain.

“Ada apa Syed?” Irwan masih kekal dengan senyumannya.

“Jumpa petang ni kat padang bola! Petang ni kita satu team, kalahkan Rashid!” Syed melaung sambil melambai, isyarat mahu bergerak ke kelasnya sendiri. Pelajar di sebelahnya sekadar membuntuti Syed.

Sejurus sahaja mereka beredar, Azad duduk di sebelah Irwan. “Kau orang tengok si Huzaifah tadi?”
“Huzaifah mana?” Karim memasukkan gula-gula ke dalam mulutnya.

“Ala, Huzaifah yang jalan sebelah Syed tadi. Kau ni Karim, nama saja Presiden Kelab Memasak, ahli kelab sendiri pun takkan tak kenal?”

“Aha, aku baru teringat. Yang senyap-senyap masa perjumpaan kita hari tu. Kenapa dengan dia?”

“Aku dengar cerita, dia kena panggil dengan kaunselor dan guru disiplin sekolah. Kes buli pelajar. Tengok muka tiada perasaan tu pun dah boleh tahu karakter dia.”

“Serius?” Rashid separuh terkejut. Setahunya, SMK Metrojaya jarang dikhabarkan dengan kes buli di sekolah.

Azad menoleh ke arah Irwan. “Kalau tak silap aku, dia sekali Kelab Tae Kwon Do dengan kau orang kan? Irwan, Rashid, kau orang tak ada dengar cerita apa-apa?”

“Kau orang ni, tak baik bergosip pasal orang lain. Daripada habiskan masa bergosip, baiklah gunakan masa sementara cikgu belum masuk ni untuk ulangkaji,” Irwan tersengih. Azad, Karim dan Rashid berpandangan sesama sendiri. Malu pula rasanya ditegur oleh pelajar nombor satu dalam tingkatan itu.

“Baik, bos!” Serentak ketiga-tiga pelajar itu bersuara sambil mengeluh kecil. Sedar tidak sedar, panggilan bos untuk Irwan sudah sebati buat mereka.

“Janganlah panggil aku bos,” Irwan tertawa. Pandangannya menuju ke luar tingkap, tempat Syed memanggilnya tadi. Tawanya mati.

***

“Nasi lemak! Sungguh enak menawan hati. Oh nasi lemak!” Omar menyanyi riang irama lagu ‘Nasi Lemak’ yang diciptanya sendiri sambil meletakkan pinggan di atas meja. “Han, nak rasa sikit nasi lemak aku?” Tiada jawapan. Han seolah-olah terhanyut dalam lamunannya. “Han?” Han terkedu. Tidak jauh di hadapannya, satu pergaduhan sedang berlaku!

“Kau dah kenapa? Sengaja langgar Irwan?” Azad meninggikan suaranya. Tidak peduli pelajar sekeliling yang sedang menjamah selera di meja masing-masing. Beberapa saat sebentar tadi, pelajar lelaki di hadapannya itu kelihatan sengaja melanggar Irwan sehingga makanannya tertumpah di atas lantai. Azad cukup mengenali pelajar itu. Mohammad Ishak. Pelajar kelas 5 Zamrud, kelas terakhir dalam tingkatan. Selalu ponteng kelas dan kerap juga dipanggil ke bilik kaunseling. Sebelahnya, juga satu figura yang dikenali. Huzaifah, pelajar berparut di pipi yang disyaki terlibat dalam kes buli sekolah.

“Oh, lain kali gunalah mata. Mata letak kat mana? Lutut?” Ishak mengangkat kening sebelahnya. Ya, memang dia sengaja melanggar Irwan sebentar tadi. Pantang matanya melihat MPP seperti Irwan. MPP cuma tahu mencari kesalahan dan mengadu kepada guru disiplin. Memang tidak ada kerja lain. Apabila MPP sendiri yang membuat kesalahan, tak ada pula yang pergi mengadu.

“Kurang ajar!” Azad mengepal buku limanya. Dia mengangkat tangannya, mahu melayangkan satu tumbukan ke arah tubuh Ishak. Ishak tersengih. Umpannya menjadi. Namun belum sempat tumbukannya mengenai wajah Ishak, Irwan menghalang tumbukan Azad dengan tangan kirinya.

Suasana tegang. Semua mata tertumpu kepada sinetron di tengah kantin itu.

“Maafkan saya. Lain kali saya hati-hati,” Irwan melemparkan senyum. Ishak kaget. “Hmpphh!” Pelajar itu berlalu pergi. Rancangannya untuk menjatuhkan nama baik MPP gagal.

“Ishak tu, kawan?” Irwan separa berbisik kepada Huzaifah yang masih berdiri di situ. Huzaifah masih dengan muka tiada perasaan. Dia menggeleng, lantas berlalu pergi. Azad sempat melihat Irwan berbisik sesuatu namun fokusnya lebih tertumpu kepada figura Ishak yang berlalu pergi.

“Maafkan kami sebab peristiwa tadi. Semua dah settle. Semua boleh sambung makan,” Irwan memohon maaf kepada pelajar-pelajar yang sedang menjamu selera di kantin. Azad mengeluh tidak berpuas hati. Karim meneruskan suapan nasi lemak ke dalam mulutnya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

Han menampar bahu Omar yang kembali menyuap nasi lemaknya. “Omar, bagusnya si Irwan tu. Padahal terang-terang pelajar tu sengaja langgar dia. Tabiklah!” Han mengangkat tabik meskipun hanya Omar yang dapat melihat perbuatannya itu.

“Kalau aku jadi perempuan, dah lama aku jatuh hati kat dia,” Han masih kagum. Omar menjauhkan diri sambil mengangkat keningnya sebelah, tanda tidak percaya dengan kata-kata Han.

“Guraulah, gurau!” Han ketawa. Omar menarik nafas lega. Suapan nasinya diteruskan. “Omar?”

“Apa?” Omar mengunyah nasi di dalam mulutnya.

“Ada Kelab Peminat Irwan tak? Aku nak masuk.” Dan satu tumbukan melayang di belakang kepala Han.

***

Irwan mematikan enjin motosikalnya. Dia membuka pintu rumah dan menuju ke biliknya. Satu tumbukan kuat dilayangkan ke dinding. Jantungnya berdegup kencang. Badannya terasa hangat.

“Tak guna! Tak guna! Benar-benar tak guna! Teruknya hidup aku hari ini. Budak bertiga tu ingat mereka setaraf dengan aku? Buat kerja sekolahlah, main bolalah, makan sekalilah. Tak guna!” Satu lagi penumbuk kuat dilayangkan ke dinding. Titisan darah mula mengalir jatuh mengenai lantai.

“Kalau bukan sebab mereka bertiga presiden kelab, tak mungkin aku nak bergaul dengan budak-budak hingusan tu. Tak setaraf dengan aku. Tak guna!” Irwan memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya. Matanya menunduk ke lantai memikirkan sesuatu.

“Ahhh! Bahu aku! Budak tadi langgar aku! Tak guna! Kau akan terima balasannya sebab dah langgar bahu aku!” Irwan meramas-ramas rambutnya. “Ah, aku kena mandi. Aku dah kotor dengan tubuh-tubuh manusia!” Baju sekolahnya dibuka dan dicampakkan jauh ke sudut bilik. Irwan memandang ke arah sudut tempat bajunya dilemparkan.

“Ahhh. Aku terlupa.” Di hadapannya, seorang kanak-kanak kecil sedang menangis teresak-esak, mulutnya diikat dengan kain. Tangan dan kakinya terikat dengan selotep dan tali rafia. Irwan segera berlari, memeluk tubuh kecil di hadapannya itu. Kain di mulutnya dibuka. Kanak-kanak berusia enam tahun itu menangis sekuat hati. Irwan memeluk kuat tubuhnya.

“Shhh! Shhhh! Jangan nangis. Maafkan abang. Abang terlupa buka ikatan adik. Maafkan abang.”

“Abang kenapa ikat adik?” suara kanak-kanak itu tersekat-sekat diselangi tangisan.

Irwan memegang pipi adiknya Irham. “Adik… lain kali adik nak ikut ayah kerja?” Irwan menyeka tangisan adiknya.

Irham menangis kuat. “Adik… adik nak ikut ayah.”

Paaaapppppp! Satu tamparan melayang di pipi kiri Irham. “Tak faham lagi ke? Aku kata duduk rumah, duduklah rumah!” Irwan menengking. Irham terkelu. Tangisannya tidak berhenti.

“A…adik… adik tak ikut ayah.” Irham mengalah.

“Ha, macam itulah adik abang. Adik kena temankan abang,” Irwan merangkul tubuh kecil Irham. “Abang akan jaga adik. Shhhh. Jangan nangis. Shhhhh.”

***

“Irwan, kenapa kau masih belum buat poster lagi untuk bertanding?” Rashid menarik kerusi kosong di hadapan Irwan. Entah ke mana tuan punya kerusi menghilang. Dia tidak peduli.

“Iya lah Irwan. Bukankah sepatutnya kau dah mulakan kempen?” Azad di sebelah mencelah.

“Bertanding? Untuk presiden MPP? Entahlah, macam tak layak saja aku,” Irwan tersengih sambil mengusap belakang kepalanya.

“Kau jangan berguraulah Irwan. Tak ada calon lebih layak daripada kau. Erm, tapi si Arif Ikmal kelas sebelah pun macam hebat juga.” Azad memegang dagunya tanda berfikir.

“Arif Ikmal? Kelas 5 Delima? Boleh jadi juga. Hebat juga Arif tu, dapat menang nombor tiga pertandingan catur di Jepun hari tu. Sekolah siap buat banner lagi sambut kepulangan dia. Aku hairan juga kenapa orang genius macam dia tak masuk kelas 5 Berlian,” Rashid mengutarakan pendapat.

“Tak apalah. Setiap kelas hantar seorang calon presiden bukan? Kalau dia dari kelas 5 Berlian juga, susah nanti nak pilih calon presiden wakil kelas kita. Erm, tapi aku tetap akan sokong Irwan. Irwan nombor satu dalam sekolah kita. Hidup Irwan!” Azad cuba membodek. Rashid membuat muka menyampah. Kadang dia hairan macam mana orang cepat naik angin seperti Azad boleh bertukar jadi karakter mengada.

“Bukannya hebat sangat pun aku. Aku rasa segan nak buat poster dan tampal sekeliling sekolah. Macam angkat nama sendiri,” Irwan ketawa kecil. Azad dan Rashid saling berpandangan, seolah-olah kuasa telepati telah menggabungkan minda mereka.

“Kau jangan risau Irwan. Aku, Rashid dan Karim akan uruskan semua tentang kempen kau. Kami yakin kau akan menang. Anggap saja gantung-gantung poster semua itu dah selesai!” Azad menggenggam penumbuk, penuh semangat. Presiden Kelab Bola Tampar itu memang bersemangat tentang hal-hal membuat promosi kelab dan semua jenis promosi.

“Eh? Kenapa libatkan aku sekali? Aku sibuk minggu ni dengan pertandingan memasak kelab,” Karim di belakang yang sedang mengunyah gula-gula terkejut namanya diseru.

“Bukannya kau yang masak pun, kau mesti jadi juri saja! Itu motifnya kau jadi presiden kelab kan?” Azad tidak berpuas hati.

“Haha. Sudah, jangan gaduh. Kalau macam tu, aku bergantung kepada kau bertiga,” Irwan menembak senyuman.


***

Irwan mendaratkan tubuhnya di atas sofa ruang tamu. Adiknya Irham sedang menonton siri animasi Upin dan Ipin yang sedang ditayangkan di televisyen. Kanak-kanak itu sejak tadi duduk di hadapan televisyen tanpa berganjak.

“Adik.” Irham berpaling seketika, kemudian berpaling semula ke arah televisyen. Irwan berfikir sesuatu sebelum menyambung ayatnya. “Apa yang menarik sangat dengan catur? Main atas papan yang sama saja. Corak permainan pun lebih kurang sama. Lebih baik main bola sepak, bolehlah juga keluarkan peluh. Macam mak selalu kata, badan cergas otak pun cerdas,” Irwan membebel sendirian. 

“Adik. Antara catur dengan bola sepak, yang mana lagi menarik?”

Irham masih khusyuk menonton televisyen.

“Adik! Catur dengan bola sepak, mana lagi menarik?” Irwan mengulangi soalannya, kali ini dengan nada yang lebih tinggi.

Irham berpaling. “Catur!” jeritnya tanpa banyak berfikir. Irham menoleh ke hadapan semula menyaksikan watak Jarjit yang sedang berteka-teki dalam animasi Upin dan Ipin. Irham tertawa mendengar teka-teki yang lucu baginya.

Paaappppp! Satu pukulan keras mengenai belakang kepalanya menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh ke hadapan, hampir mengenai skrin televisyen. Irham mula menangis. Belakang kepalanya terasa hangat.

“Kan mak dah cakap, berpeluh lagi sihat. Yang kau suka sangat catur tu kenapa? Kau ingat dengan catur, kau dah hebat sangat? Boleh menang presiden MPP? Empat tahun aku berhempas pulas dalam MPP, kau ingat dengan catur, boleh kalahkan aku? Ini Irwanlah!” Irwan ketawa terbahak-bahak. Irham masih menangis kesakitan.

Irwan berjalan mundar-mandir di ruang tamu sambil berfikir sesuatu. “Tak… tak mungkin dia menang. Aku lagi hebat. Aku presiden Kelab Tae Kwon Do, presiden Kelab Bola Sepak, pelajar paling cemerlang dalam tingkatan, kacak, berduit.” Langkah Irwan semakin laju. “Tapi bukan duit aku. Duit ayah. Bukan kaya sangat. Tapi taklah miskin sangat.”

“Aha! Pelajar perempuan, mesti akan undi aku. Sudah berapa kali aku dapat confession? Cikgu-cikgu sekolah kenal aku. Aha… aku yakin aku akan menang. Betul tak adik? Abang akan menang kan?” Irwan memandang Irham yang masih terbaring menangis.

“Woi, jawablah!” Irwan menendang perut Irham sehingga tubuh kecil itu terganjak ke kanan. Dia mencangkung, memerhatikan sekujur tubuh yang kesakitan itu. Irwan mencengkam rambut Irham sehingga mata mereka bertembung. Irham masih menangis. “Abang akan menang, kan?”

“Me… menang,” Irham menggagahkan diri untuk menjawab pertanyaan abangnya. Irwan melepaskan cengkaman rambut adiknya. Dia mengusap lembut kepada Irham, menarik tubuh kecil itu masuk ke dalam dakapannya. “Shhh.. jangan menangis. Abang akan menang. Shhh…” belakang tubuh Irham diusap.

Ketika itu, kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumahnya. Irwan bangkit, melepaskan Irham dari genggamannya. Irham berlari masuk ke biliknya. Pintu rumah dibuka. Seorang lelaki yang mempunyai parut di pipinya sedang berdiri di hadapan rumah.

“Jai! Masuklah, aku ada game baru untuk kita main. Ayah aku belikan,” Irwan tersengih teruja. Huzaifah membuka kasutnya, menuju masuk ke ruang tamu rumah banglo itu. Huzaifah membuka televisyen dan memasang CD game yang dimaksudkan Irwan. Dia sudah menghafal hampir setiap sudut rumah itu, kecuali bilik Pak Cik Shah yang terletak di tingkat atas.

Skrin di kaca televisyen menunjukkan karakter pemain yang perlu dipilih. Huzaifah membuat pilihannya. Dia memandang Irwan di sebelah yang kelihatan teruja mahu bermain permainan baru itu.

“Wan. Kau dah tengok poster-poster kau yang tergantung kat sekolah?”

“Oh.. poster? Dah siap gantung? Presiden Kelab Bola Tampar tu.. siapa namanya.. Azad kot. Dengan kuli-kuli yang lain pasang agaknya.” Irwan memilih pedang sebagai item pertarungannya. Huzaifah menghela nafas panjang.

“Wan. Kalau kau nak jadi presiden, aku rasa kau yang kena pasang sendiri poster tu. Dan hal-hal pilihanraya yang lain, kau tak boleh serahkan dekat kawan-kawan kau yang lain saja.” Huzaifah menekan butang ‘Main’. Karakter game mereka dibawa ke kawasan gunung yang agak gelap. Zombi dan penjahat mula muncul satu demi satu.

“Apa kau merepek? Bukan aku yang suruh. Dia orang sendiri yang sukarela. Aha… satu lagi. Dia orang bukan kawan-kawan aku. Dia orang semua plastik saja. Berkawan dengan aku semua untuk kepentingan masing-masing. Aha.. tapi kau terkecuali. Kau saja yang aku anggap kawan,” Irwan melibas kepala zombi yang menghalang laluannya, tetapi zombi itu masih belum tewas.

“Kenapa kau kata dia orang plastik?”

“Aku tak suka dia orang. Dia orang kata kau senyaplah, kau buli oranglah, kau muka tiada perasaanlah. Aku benci.”

“Kalau macam tu, kenapa kau tak bagitahu saja dia orang?” karakter permainan Huzaifah tertewas, namun masih tinggal dua nyawa.

“Aku tak boleh bagitahu dia orang yang kau kawan aku. Kalau aku ada kawan dari kelas paling corot, jatuhlah reputasi aku. Kau pun jangan pandai-pandai bercakap dengan budak-budak tu,” Irwan menjeling Huzaifah sekilas, sebelum matanya melekat kembali pada kaca skrin. “Ingat Jai, kat sekolah, jangan cakap dengan aku.” Nada suara itu mendatar, namun Huzaifah tahu keseriusan di balik kata-kata itu.

Huzaifah memandang kaca skrin dengan pandangan kosong. Dia hanya mengikuti corak permainan Irwan bukan kerana gentar, namun untuk menjaga emosi rakan baiknya itu.

“Wan. Aku rasa… kau dah banyak berubahlah sejak…”

Irwan memotong ayatnya. “Berubah? Apa yang berubah? Aku rasa, aku semakin kacak adalah.”

“Bukan tu maksud aku.”

“Keputusan peperiksaan? Aku rasa aku tak pernah berganjak dari dapat nombor satu,” Irwan menekan kuat punat pada game controller.

“Bukan peperiksaan.”

“Aha, kau risau pasal Lisa? Jangan risaulah, aku dah reject dia. Aku kan dah ada kau. Haha,” Irwan ketawa sendiri dengan lawaknya yang dirasakan kelakar.

“Bukan pasal Lisa. Tapi, lebih kuranglah. Wan, kenapa kau tak nampak niat baik orang kat kau? Kenapa kau dah tak percaya dengan orang lain?” Huzaifah cuma selongkar rahsia hati rakannya itu. Penjahat yang baru muncul di kaca skrin ditembaknya.

Irwan ketawa terbahak-bahak. Lucu mendengar pertanyaan rakannya. Huzaifah menoleh ke arah Irwan. Wajahnya serius, langsung tidak dijangkiti ketawa lelaki itu. Irwan mula berhenti ketawa secara tiba-tiba. Namun pandangan matanya masih ke arah skrin.

“Manusia ni cuma alat mainan. Bila kau perlu, kau boleh guna. Bila tak perlu, buat apa kau simpan?” Irwan bercakap dengan nada serius.

Huzaifah terkejut dengan ayat yang dilontarkan itu. Dia tidak sangka, Irwan yang dikenalinya sejak sekolah rendah akan mengeluarkan ayat sedemikian. Huzaifah menelan liur. Irwan memandang Huzaifah kembali. Tawanya pecah. Tangan kirinya melingkar ke belakang bahu Huzaifah.

“Hahaha. Tapi jangan risau, walau apa pun yang terjadi, kau seorang saja kawan aku. Aku takkan biarkan apa-apa yang buruk terjadi kat kau. Hahaha,” Irwan masih dengan tawanya. “Kau… banyak tanya soalan kan hari ni? Sekarang aku nak tanya kau pula. Apa hubungan kau dengan Syed?”

“Syed? Kelas 5 Delima? Oh, dia pernah ajak aku main bola sekali. Lepas tu, jadi kawanlah kot. Kenapa?”

Zaaapppppp!!! Game controller Irwan dilempar mengenai kaca skrin televisyen. Namun skrin yang tebal itu mampu bertahan dari retak atau pecah.

“Ahhhhhhh! Mati!” Irwan memegang kedua-dua belah kepalanya. Karakter permainannya telah tewas. Dia bangkit, menuju ke arah televisyen dan menghentak peti itu dengan kedua-dua belah telapak tangannya. “Mati! Mati! Mati!”

Huzaifah segera bangkit, menghalang rakannya itu daripada mencederakan tangan sendiri. “Wan, kau kenapa? Ni game saja!” Huzaifah meninggi suara. Irwan menolak pasu bunga yang terletak berhampiran televisyen sehingga terjatuh dari kabinet. Kaca bertaburan di atas lantai.

“Wan!” Huzaifah menolak bahu Irwan kuat untuk menyedarkannya. Bukan pertama kali dia melihat Irwan hilang kawalan seperti itu.

Irwan menarik nafas panjang. Nafas sedalam-dalamnya. Akhirnya tawa pecah dari mulutnya. Dia memandang Huzaifah. “Jai, big boss tadi muncul tiba-tiba. Aku rasa kalau aku nak lindungi kau, aku kena bunuh dulu big boss sebelum cari magic item. Hahaha!”

Huzaifah mengakui kebenaran kata-kata Irwan. Namun jauh di sudut hatinya, ayat itu agak menggentarkan.

***

Suasana berkempen semakin terasa kehangatannya di SMK Metrojaya. Seramai lima orang MPP yang bertanding untuk menjadi presiden pada tahun ini. Wakil dari kelas 5 Berlian, 5 Delima, 5 Intan, 5 Mutiara dan 5 Nilam. Kelas 5 Zamrud tidak menghantar wakil. Poster-poster berkempen sudah dinaikkan di hampir setiap pelusuk kawasan sekolah. Perhimpunan pagi pula lazimnya akan dipenuhi dengan manifesto-manifesto daripada calon-calon presiden.

Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi untuk hari mengundi. Selepas tamat sesi persekolahan, Irwan memutuskan untuk berjalan keliling sekolah untuk melihat poster-poster yang telah digantung sejak minggu lepas.

“Abang Irwan!” Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga menghampiri Irwan yang kelihatan bersendirian. Irwan menghentikan langkahnya, menoleh belakang ke arah punca suara tersebut. Terdapat tanda nama Syarifah pada tudungnya. Pakaiannya yang berwarna kuning menunjukkan dia seorang pengawas perpustakaan.

“Saya?” Irwan melemparkan senyuman, langsung mencairkan hati Syarifah. Syarifah mengeluarkan sekeping kad dari poket bajunya, menghulurkan kepada Irwan. Matanya menunduk ke lantai akibat malu. Sudah hampir seminggu lebih gadis itu memberanikan dirinya untuk bercakap dengan calon presiden MPP sekolah itu. Sudah tujuh keping kad yang dibuangnya kerana takut tersalah tulis dan tidak cantik.

“Apa ni?” Irwan menyoal dengan nada lembut.

“Ni.. ni kad ucapan good luck untuk Abang Irwan. Saya akan undi Abang Irwan untuk presiden!” gadis itu masih menunduk.

“Syarifah… kan? Kenapa pandang bawah?” Irwan ketawa kecil, menampakkan lesung pipitnya. Syarifah mengangkat kepalanya. Pandangan mata mereka bertembung.

Irwan mencapai kad dari tangan gadis itu. “Terima kasih. Harap kad ni akan datangkan good luck kat saya,” senyumannya masih melekat. Syarifah terasa seolah-olah dirinya sedang dipanah petir saat itu.
“Sa.. sama-sama,” gadis itu kemudian beredar, mendapatkan rakannya yang sudah menunggu di hujung koridor bangunan.

Irwan menghantar kedua-dua pelajar perempuan itu dengan senyuman. Sejurus sahaja mereka hilang dari pandangan, senyumannya turut menghilang. Kad di tangannya segera dikoyakkan kepada empat bahagian, dilemparkan ke dalam tong sampah yang kebetulan berada di sebelahnya. Langkahnya diteruskan sambil matanya meliar melihat poster-poster calon lain yang tergantung di sekitar koridor tingkat tiga bangunan itu. Langkahnya terhenti setelah melihat sesuatu yang menarik perhatiannya.

“Menarik!” bicaranya sendiri. Tidak jauh di hadapannya, dia melihat kelibat seorang lagi calon presiden MPP yang lain bersama kaki ponteng sekolah. Arif Ikmal, pemain catur kebangsaan yang sedang berdiri di hujung tangga dan Mohammad Ishak yang berdiri di hadapannya. Bangunan itu mempunyai dua tangga, sebelah kiri dan kanan. Irwan mengundur ke belakang, turun ke tingkat dua melalui tangga kiri dan cuba untuk mendengar perbualan mereka dari tangga bawah.

“Kenapa kau hisap rokok lagi pagi tadi? Bukankah aku dah bagi amaran, kalau aku jumpa kau hisap rokok dalam tandas lagi, aku akan laporkan kepada Cikgu Kamal.” Irwan mendengar jelas suara itu. Namun itu bukan suara Mohammad Ishak kerana dia pernah mendengar suara kaki ponteng itu sebelum ini. Dia yakin, itu suara Arif Ikmal, MPP sekolah.

“Macam ni lah MPP. Kerja nak buat laporan saja. Eh, baik kau jadi wartawanlah daripada main catur 24 jam,” Ishak menyindir MPP di hadapannya itu.

“Itu memang tanggungjawab MPP. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku.”

“Boleh jalanlah kau dengan tanggungjawab kau tu! Kau dengan Irwan tu sama saja. Kuli sekolah. KAu ingat dengan jadi MPP, masa depan kau dah terjamin?” Irwan tersentap apabila namanya disebut. Tangan kanannya mula menggenggam penumbuk. Hatinya masih cuba bersabar memandangkan dia masih berada di kawasan sekolah.

“Jangan samakan aku dengan Irwan. Aku tak tahu apa kaedah dia, tapi aku tak suka cara dia gunakan kawan-kawan dia untuk selesaikan semua kerja. Masa depan aku memang belum terjamin, tapi sekurang-kurangnya aku buat benda yang betul,” Arif Ikmal melontar pendapat.

Irwan sudah menggelegak. Bukan saja pelajar nakal sekolah menghinanya, calon presiden itu juga terang-terangan menghinanya. Dia tidak boleh membiarkan mereka berdua terlepas! Dia menjenguk sedikit kepalanya untuk melihat situasi, namun belum sempat dia berbuat apa-apa, Ishak sudah melayangkan satu penumbuk tepat mengenai hidung Arif Ikmal. Arif Ikmal menekup wajahnya yang kesakitan.

“Peluang!” Irwan meluru naik ke atas, memeluk perut Arif Ikmal dari belakang dan melemparkan tubuh itu ke bawah. Gelarannya sebagai pemegang tali pinggang hitam Tae Kwon Do memang berguna pada saat itu. Arif Ikmal terguling jatuh ke bawah dan kepalanya terhantuk ke dinding menyebabkan pelajar itu pengsan. Ishak sedikit ternganga, tidak percaya dengan kejadian yang berlaku di hadapannya itu.

Mata kedua-dua lelaki itu bertembung. Bulu roma Ishak menegak. Renungan mata itu tidak sama dengan pandangan mata mereka yang bertembung di kantin suatu ketika dulu. Renungan mata itu, ibarat seekor ular yang sedang menunggu untuk mematuk mangsanya.

“Arif! Arif!” Suatu suara kedengaran dari tingkat bawah. Mereka berdua cukup mengenali suara itu. Suara guru disiplin sekolah yang cukup terkenal dengan ketegasannya. Cikgu Kamal. “Arif!” suara itu semakin menghampiri.

Irwan pantas berlari turun tangga, mendakap tubuh Arif Ikmal yang masih tidak sedarkan diri. “Arif! Arif!” Tubuh Arif digoncangkan.

“Ya Allah! Apa dah jadi ni?” Cikgu Kamal berlari naik sejurus melihat Irwan yang sedang memangku Arif.

“Arif, bangun Arif!” Irwan menampar lembut pipi Arif Ikmal berkali-kali, cuba menyedarkannya. Tangisannya mula jatuh membasahi pipi. “Arif, bangun!”

“Allah, macam mana boleh jadi macam ni Irwan?” Cikgu Kamal panik. Irwan memandang ke atas. Ishak masih lagi berdiri tegak, tercegat di situ.

“Dia tolak Arif.” Jari telunjuk Irwan menunding tepat ke arah Mohammad Ishak.

***

Mohammad Ishak memandang jam yang tergantung dalam pejabat itu. 3.35 petang. Matanya beralih pula kepada Cikgu Kamal yang sedang bercakap di telefon bimbit. Ishak menelan liur. Biarpun sudah berkali-kali dia menghadap Cikgu Kamal, getaran kali ini terasa lain. Jantungnya sedikit berdebar. Cikgu Kamal mematikan telefon.

“Cikgu, Arif macam mana cikgu?” Irwan yang berada di sebelah Ishak memegang meja di hadapannya. “Arif okey tak, cikgu? Cikgu, Arif okey tak?” Irwan semakin cemas.

“Arif kat hospital, tak sedarkan diri lagi. Tapi insyaAllah dia akan okey,” Cikgu Kamal menjelaskan. “Apa sebenarnya dah jadi, Ishak, Irwan?”

“Saya kebetulan lalu di koridor tu untuk persiapan pilihan raya, tapi dari jauh saya nampak Ishak tumbuk muka Arif, lepas tu tolak dia jatuh tangga. Saya terkejut Ishak sanggup buat macam tu. Arif tu kawan saya, cikgu. Dah lebih empat tahun kami masuk MPP sama-sama,” Irwan mengerut dahi, matanya menunduk ke bawah. “Saya… saya tak akan tenang kalau ada apa-apa terjadi kat Arif.”

Ishak terkejut dengan kata-kata Irwan. “Tak.. saya cuma tumbuk Arif saja, tapi saya tak tolak dia,” Ishak cuba menafikan.

Cikgu Kamal memegang kepalanya. Dia menghela nafas pendek. “Esok kita akan jumpa Pengetua. Kamu akan jelaskan lebih lanjut kepada dia. Besar kemungkinan, kamu akan digantung sekolah untuk dua minggu.”

“Cikgu, kalau tak ada apa-apa, boleh saya balik sekarang? Saya nak jenguk Arif di hospital,” Irwan meminta izin.

“Oh, boleh. Saya tuliskan nombor wad Arif,” Cikgu Kamal mencatat sesuatu pada nota memo dan menyerahkannya kepada Irwan.

Irwan keluar dari pejabat guru kaunseling itu, mendongak kepalanya. Nota memo Cikgu Kamal dibuang ke dalam tong sampah. Senyumannya terukir.


Bersambung...