Monday 1 February 2010

Islam: Hukum Couple Dalam Islam

Apabila Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum bernikah, beliau menjawab, jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah melamar ataupun belum, maka hukumnya adalah HARAM, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-lenang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya...

HARAM tetap HARAM... jangan main-main dengan hukum ALLAH.. Ingatlah, semua yang kita buat di dunia, akan ditayangkan semula di akhirat..

Bangga ada couple? Astaghfirullahal'azim! Janganlah kita tergolong dalam orang yang bangga melanggar hukum ALLAH.. menayang-nayang bahawa anda sudah bercouple.. gambar berdua?
atau gambar si dia? banggakah? Dan jangan kita tergolong dalam golongan orang yang menggalakkan couple...bagaimana? kalau anda tengok golongan ni, mesti komen dan testi anda, "waa..sweetnye korang berdua ni" (padahal belum kahwin lagi, kan?) "jaga cik abang/cik adik awak tu elok2" (ewww....)

astaghfirullah..
astaghfirullah..
astaghfirullah..

Selemah-lemah iman pun adalah dengan membenci maksiat dalam hati kan..menurut Ibnu Taimiyyah, sesiapa yang tidak mmbenci sesuatu maksiat yang die nmpak, takut-takut terkeluar dari iman..nauzubillahi min zalik

Masih belum terlewat untuk bertaubat!