Friday 10 July 2015

Kad Raya daripada Bloggers



Assalamualaikum dan salam 23 Ramadan!

Sedar tak sedar, kita cuma ada lebih kurang lima enam hari sahaja lagi untuk berpuasa. Sayangnya nak tinggalkan bulan Ramadan. Tahun hadapan, dah tak boleh pergi terawih dengan housemates dah. Mungkin juga dah tak dapat nak jalan-jalan lagi di bazar Ramadan area Padang Serai. Bukan senang juga nak ada peluang tadarus dengan rakan-rakan. Kali ini juga kali terakhir dapat berbuka puasa dengan housemates.

Apa pun, saya hargai setiap detik yang ada dalam bulan Ramadan ini. Banyak yang saya belajar. Banyak yang menyedarkan saya. Alhamdulillah. Saya selalu teringat ayat ini: Ada dua nikmat yang ditemui oleh orang berpuasa. Satu, nikmat ketika berbuka puasa. Yang kedua, nikmat ketika bertemu dengan Tuhannya. Allahu.

Enam hari lagi pula, kita akan memasuki ke fasa baru, iaitu bulan Syawal, bulan kejayaan buat umat Islam. Sudah tentunya juga sebagai salah satu bulan kegemaran ramai. Alhamdulillah, persiapan untuk Syawal sudah pun saya dan keluarga lakukan sedikit demi sedikit. Kami sudah menggantikan langsir, membuat kuih raya (chocolate chip) dan baru tadi, selesai memasukkan duit raya ke dalam sampul raya untuk diberikan kepada sepupu-sepupu kecil di kampung nanti. Mungkin juga sepupu besar. Baju raya masih belum siap lagi, mungkin dalam dua tiga hari ini ibu saya akan mengambilnya setelah siap dijahit.

Bercakap tentang Syawal dan Aidilfitri, saya juga telah membuat sedikit perubahan pada blog Nafas Baru seperti yang anda lihat. Saya edit header baru, walaupun cuma ala kadar tetapi bolehlah. Background juga simple sahaja tetapi sekurang-kurangnya adalah juga kelainan di sini. Eheh.

Di kesempatan ini juga, saya sebenarnya ingin berterima kasih kepada beberapa orang blogger yang menghantar kad raya ke rumah saya sepanjang minggu ini. Saya memang suka mengumpul kad raya. Jom kita lihat siapa penghantar kad raya tersebut. Jangan segan-segan untuk klik link bloggers hebat ini dan berkunjung ke blog mereka ya.

1. Blogger Ejulz (kampung-kameq.blogspot.com)


Kad ini khas dikirimkan dari Sarawak! Terima kasih saya ucapkan!


2. Blogger Wawa Ashihara (www.wawaashiharaa.com)


Comel sungguh tuan blog ni. Siap kirimkan namecard lagi. Terima kasih ya!


3. Blogger Azhafizah (www.azhafizah.com)


Kad raya rekaan beliau sendiri. Memang cantik, berwarna merah jambu. Siap ada vector yang sangat stylish. Terima kasih saya ucapkan!


Terima kasih kepada para blogger yang sudi luangkan masa dan tenaga untuk kirimkan kad-kad raya ini. Bagi saya, kad raya ni ada nilai sentimentalnya yang tersendiri kalau nak dibandingkan dengan kad raya digital atau ucapan melalui media sosial. Saya cuma berharap agar tradisi kad raya ini tidak akan hilang ditelan zaman.

Friday 3 July 2015

MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY



Assalamualaikum dan salam 16 Ramadan. 

Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan sehingga hari ini. Tujuan entry kali ini adalah untuk menguar-uarkan kepada semua bloggers muslimin dan muslimat di luar sana tentang giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Area. Giveaway Amal Till Jannah ini akan berlangsung dari 1-31 Julai 2015. 



Sedikit pengenalan mengenai penubuhan projek Amal Till Jannah
1) Ditubuhkan pada 1hb Jan 2015 2) Pengasas ATJ: Pn Rosyamila binti Yunus 3) Misi ATJ: membantu anak2 yatim,tahfiz, umah org tua,fakir miskin, pesakit kronik,gelandangan, asnaf serta golongan yang memerlukan 4) Objektif - mendidik diri mendekati Allah swt dan Rasulullah saw melalui saluran sedekah 5) Matlamat Akan datang - meluaskan pelbagai program dakwah dan kerohanian di pelbagai daerah dan negeri melibatkn dari kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan 6) Harapan - harapan utama ATJ ialah untuk melihat kejayaan umat Islam dlm pelbagai bidang khasnya dari segi ekonomi,sosial dn politik dgn mengutamakan prinsip dn syariah Islam. Semoga ATJ menjadi medium bagi umat Islam menyalurkan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah SWT


Cara Menyertai MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY amat mudah iaitu

 Syarat untuk join ; 


1. Buat satu entri bertajuk  MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY

2. Copy banner/logo diatas, pastekan ke dalam entri blog dan backlink ke page Blogger Area.

3. Anda cuma perlu like page dibawah
5. Komen link entry anda sebagai pengesahan anda telah membuat entry di SINI.
6. TARIKH PENYERTAAN BERMULA DARIPADA 1 JULAI - 31 JULAI
7. Keputusan adalah MUKTAMAD

HADIAH MENARIK menanti 10 PEMENANG BERTUAH YANG AKAN DIPILIH OLEH ADMIN ATJ
Antara Hadiah MENARIK yang disediakan : 

Hadiah Pertama
1x Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)
1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM)
1x Buku Amalan Orang Soleh

Hadiah Kedua
1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM)
1x Sampul Raya ATJ
1x Buku Amalan Orang Soleh

Hadiah Ketiga
1x Stiker Kereta ATJ
1x Buku Amalan Orang Soleh
1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Hadiah Keempat - Kesepuluh
1x Buku Amalan Orang Soleh
1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)


Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita imarahkan giveaway ini sebagai tanda sokongan. Selamat menyambut Ramadan!