Saturday 4 March 2017

Bulan Mac Bulan Sibuk



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Saya rasa bulan Februari Mac ini lebih sibuk daripada menguruskan program Integrasi Borneo dulu. Selaku Exco Grafik, saya perlu mendesign beberapa poster dan baju untuk program-program yang akan datang. Dalam masa yang sama, turut memegang jawatankuasa untuk beberapa program sepanjang bulan Mac dan April ini. Padahal, laporan IB 5.0 dan urusan surat-menyurat pun masih belum selesai. Sebabnya, buka sahaja semester kedua, sudah mula gerak kerja untuk program lain. Post mortem IB 5.0 tempoh hari pun masih belum sempat diadakan.

Hendak dijadikan cerita, telefon saya pula mati dan sudah tidak mampu diselamatkan lagi. Saya sebenarnya tak ada masalah sangat jika tidak menggunakan WhatsApp, masalahnya orang lainlah yang nak hubungi saya untuk urusan kerja. Ada yang terpaksa cari di FB dan IG untuk hubungi saya. Sudah hampir seminggu saya tidak menggunakan WhatsApp dan tekanan semakin terasa disebabkan banyak hal yang belum diselesaikan. Kalau dulu, mungkin WhatsApp itu cuma satu medium untuk mengeratkan komunikasi, kini WhatsApp sudah menjadi medium keperluan pula. Tambahan lagi, banyak assignment yang perlu disiapkan secara berkumpulan. Perbincangan semuanya dilakukan menerusi WhatsApp. Jadi saya turut mengalami masalah untuk mendapatkan informasi dan sebagainya.

Apa projek saya sekarang yang konon-kononnya sibuk tu? Eheh. Untuk yang terdekat, saya terlibat di bawah AJK Hal Ehwal program Debat Piala Naib Canselor yang merupakan program tahunan universiti melibatkan penyertaan daripada semua desasiswa. Untuk bahagian hal ehwal ni kami berperanan mencari juri, menyediakan borang pemarkahan dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pemarkahan, usul dan sebagainya. DPNC akan berlangsung dari 17-19 Mac ini. Saya tak mahu menghuraikan dengan lebih panjang kerana bimbang manalah tahu terkongsi benda yang tidak sepatutnya dikongsikan. Disebabkan telefon rosak, masih ada juri yang belum saya dapatkan butirannya lagi. Haraplah dapat selesaikannya dengan segera.

Gambar tak ada kena-mengena: Teman-teman seperjuangan dalam kuliah

Pada minggu seterusnya pula saya terlibat dengan sebuah karnival yang digelar Pakat Mai Aman Damai Fajar Harapan (PaMADFH). Karnival ini berlangsung pada 24-26 Mac 2017. Saya ditugaskan sebagai Ketua AJK Koridor Niaga yang berperanan untuk mencari peniaga-peniaga yang akan masuk berniaga di tapak karnival kami. Sekali lagi, telefon merupakan kekangan utama saya kerana saya perlu banyak berurusan dengan peniaga melalui telefon. Apa pun, dah alang-alang saya cerita, saya juga ingin mempromosikan PaMADFH. Program ini juga merupakan projek tahunan desasiswa kami, Aman Damai Fajar Harapan. Lokasinya bertempat di Desasiswa ADFH, USM Penang.

Kami menyasarkan jumlah pengunjung seramai 4000 orang melibatkan mahasiswa sendiri dan pengunjung yang tinggal di sekitar kawasan Pulau Pinang. InsyaAllah, ada banyak tarikan menarik seperti artis dan pameran daripada jabatan-jabatan besar. Ada juga permainan-permainan menarik disediakan. Posternya saya masih belum dapat lagi untuk dipromosikan. Disebabkan tak ada arahan untuk saya siapkan poster PaMADFH, rasanya mungkin orang lain yang buatkan. Kalau sudah ada nanti, mungkin lebih mudah untuk saya promosikan. Kalau ada yang berminat untuk masuk berniaga dan menyewa tapak jualan, boleh hubungi menerusi emel saya nurina24@ymail.com memandangkan telefon saya masih tidak berfungsi. Kalau ada pihak yang berminat untuk penajaan pun sangatlah kami alu-alukan.

Dalam bulan ini juga, sudah bermula kuiz online Macroeconomics dan hujung bulan ini sudah bermulanya era mencemaskan iaitu mid-term test. Mungkin bagi course lain, kebanyakannya tidak ada ujian pertengahan penggal. Tapi untuk course Management, kami ada. Dan untuk semester dua ini, saya perlu lebih fokus untuk menjaga pointer. Jika tidak pihak yayasan akan gantung peruntukan saya. Uhuk. Saya tak tahu macam manalah hendak survive semester ini dengan kesibukan yang melanda. Subjek-subjek semester ini pun boleh tahan susahnya.

Apa pun, saya sangat berharap untuk skor dalam mid-term test. Harapnya juga program-program yang kami rancangkan ni dapat berjalan dengan lancar. Oh ya, sama juga dengan program-program yang dirancangkan oleh persatuan-persatuan dan kelab lain. Semoga mendapat sambutan dan berlangsung dengan baik. InsyaAllah, baik yang kita niatkan, Allah permudahkan.

Last but not least, selamat memburu peniaga, Nurina!

Anime Hyouka