Sunday 26 April 2015

Diari#57: Sweet Nineteen!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada 24 April yang lalu, secara rasminya usia ini telah mencecah 19 tahun. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Hooray!


Usia 19 tahun ni memang mengajar saya banyak benda baru. Sepanjang 19 tahun ni banyak yang saya dah lalui, pengalaman pahit dan manis. Pengalaman pahit sebagai pengajaran untuk perkara yang akan mendatang dan pengalaman manis pula sebagai kenangan terindah yang akan tersemat di jiwa. Saya sangat bersyukur dapat peluang untuk hidup selama 19 tahun ini. Apa pun semuanya berkat jasa ibu yang telah susah payah melahirkan dan ayah yang sabar menjaga dan membesarkan saya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa ibu bapa saya. 

So yeah, untuk entry ringkas ini, saya sekadar ingin berkongsi tentang sambutan hari lahir saya. Sebenarnya, pada usia 19 tahun ni, saya tak berharap sangat pun nak sambut birthday. Kalau nak sambut pun, I was hoping to celebrate it with my parents tapi apakan daya jarak dan kesibukan yang menghalang. Saya akan cuba ringkaskan penulisan ini memandangkan ada exam pada esok hari.

Kejutan pertama saya adalah apabila mendapat kunjungan daripada seorang rakan lama yang baru menyelesaikan asasi di Palam. Kebetulan, dia juga menyambut tarikh kelahiran yang sama dengan saya. Sanah Helwah, Nor Syafiqah Razak! 

Malam itu pula, seorang rakan saya, Tasya memberitahu dia mahu datang ke rumah untuk meminjam buku. Bila Tasya dan Azlin muncul di hadapan rumah, Tasya terus mengajak saya untuk menemaninya ke kedai fotostet. Walaupun agak pelik, saya ikut sajalah. Kemudian, Tasya kata kami perlu singgah ke rumah seorang rakan yang bernama Najat. At that moment I was like, okay, what’s happening? Si Tasya akhirnya membawa saya di hadapan KFC. Dan di situlah bermulanya kejutan yang sebenar. Aslina, Alia dan Najat telah menunggu di KFC dengan hidangan yang tersedia untuk menyambut ulang tahun kelahiran saya. 

What they did for me was something really awesome. Walaupun perancangan yang tak berapa nak menjadi (berdasarkan apa yang mereka cerita), tapi berjaya mengejutkan saya. Memang tak sangka. Thanks Tasya for the kidnap. Thanks Alia for the treat. Thanks girls for everything. Terima kasih juga buat Najat dan Syafinas untuk hadiah. Terima kasih kerana menjadikan malamku lebih indah. Cewah.

Bagi menggantikan gambar ayam KFC dan gambar selfie

Keesokan harinya pula, sekali lagi birthday disambut bersama rakan-rakan PRS yang lain. Terima kasih Puan Norfaziela sebagai mastermind. Kek marble tu memang sedap. Serious. 

Abaikan kualiti gambar
Tidak cukup dengan itu, ada pula seorang mastermind yang lain mandikan saya dengan tepung. Memang balik rumah penuh dengan tepung. Terima kasihlah ya. Patutlah pagi tu suruh saya pakai tudung hitam. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. :P

Habislah baju I
Dan pagi ini juga, terima kasih kepada rakan-rakan yang ucapkan selamat hari lahir walaupun hari lahir saya dua hari yang lepas. Siap ada yang menyanyi lagi. Eheh. Comel jer. Dan tak lupa juga kepada Fatin sebab bagi saya kek. Awwww.

Bagi saya, dapat luangkan masa dengan rakan-rakan pun sebenarnya dah cukup bermakna. Hidup akan menjadi lebih indah kalau kita yang mencorakkannya sendiri. Saya harap, pada usia 19 ini, saya dapat lebih mematangkan diri dan cekal dalam menghadapi dugaan hidup. Saya mahu belajar dan teruskan pengembaraan hidup yang pastinya lebih mencabar, dengan izin Allah. Banyak lagi yang perlu saya kecapi dalam hidup ini. Begitu juga anda.


p/s: Doakan exam saya esok ya! Terima kasih. :)

Tuesday 21 April 2015

Dakwah Melalui Tingkah



Assalamualaikum.

Allah tu, kalau nak sedarkan kita, memang ada banyak cara.

Selama ini, saya lupa. Mungkin saya semakin lupa dengan tanggungjawab saya sebagai seorang khalifah untuk berdakwah. Iya lah, setiap orang ada tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran kepada orang lain. Mungkin terlalu disibukkan dengan hal-hal dunia sampai jarang memikirkan ummat. Allahu. 

Bila sebut tentang dakwah, orang akan sangka, dakwah ni berat. Nak kena tegur orang lain, kena buat usrah, kena bagi ceramah, kena jadi alim, pakai songkok, tudung labuh, berjubah segala. Kadang, saya pun berfikiran yang sama. Sampailah saya tersedar melalui perbualan dengan seorang rakan semalam.

Kebetulan, saya baru membeli buku Tarbiah Sentap tulisan Adnin Roslan, maka saya kongsikan pengisiannya dengan rakan-rakan. Kebanyakan yang menyentuh hati ialah nasihat beliau tentang ikhtilat, batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan zaman sekarang. Rakan-rakan saya akui, memang agak sukar untuk menjaga yang namanya ikhtilat ni, susah. Kata saya, selalunya orang yang berkawan baik dengan jantina lain mungkin disebabkan mereka kekurangan kasih sayang atau perhatian daripada rakan sejantina. Itu cuma sekadar pendapat. 


Cuba kita renung, sekiranya kita cukup perhatian daripada rakan-rakan sejantina, sudah tentulah kita tidak ada masa untuk mencari rakan yang berlainan jantina. Bagi saya sendiri, saya rasa persahabatan saya dengan rakan-rakan perempuan sudah cukup untuk saya dan tidak ada alasan kenapa saya perlu berkawan rapat dengan lelaki. Sebab lelaki dan perempuan ni tak sah kalau duduk atau sembang sekali tanpa ada satu macam jenis perasaan lain di dalam hati. Admit it.

Setelah itu, seorang rakan saya mengutarakan soalan. “Nurina mesti tak ada masalah ikhtilat kan?” 

Dan kemudian, dia cerita pada saya, apa yang membuatkan dia berkata sedemikian. Melalui ceritanya, barulah saya terimbas kembali. 

Jika tidak ada rakan yang menemani, saya akan selalu stayback sendiri untuk siapkan tugasan atau ulangkaji (lah sangat). Nak dipendekkan cerita, ada sekumpulan manusia ni tiba-tiba datang dan bersembang di meja bersebelahan saya, namun saya langsung tidak menoleh sebab ada lelaki. Bila saya kemas barang dan galas beg untuk pulang ke rumah, tiba-tiba seorang lelaki dalam kumpulan itu menegur, “Dah nak balik? Assalamualaikum.” Saya jawab salamnya tanpa memandang dan terus berjalan pulang dengan pantas. Saya langsung tak perasan ada kawan saya yang memerhatikan situasi itu. Dan dia kagum dengan tindakan saya. 

Point is, saya sedar, sebenarnya dakwah ni bukan hanya sekadar bagi tazkirah dan usrah. Dakwah ni adalah melalui perbuatan kita sendiri. Saya tak sangka, apa yang saya buat, ada orang yang perhati. Bila apa yang kita buat tu salah, orang akan keji. Bila apa yang kita buat tu benda baik, orang akan contohi. Tingkah laku kita, perbuatan kita, tutur kata kita dan segala tindakan kita boleh menjadi dakwah kepada orang lain. Maksudnya, kita tak perlu sebarkan kebaikan melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Rasulullah sendiri pun banyak berdakwah melalui amal perbuatan baginda. 

Jadi, kalau nak dakwah, kena mula dengan diri sendiri dulu. Jaga segala tingkah laku kita. Percayalah, dalam hidup ni, kita akan selalu dinilai oleh manusia. Takkan kita nak bagi mereka tanggapan yang negatif?

Back to the story, kalau nak sebut tentang ikhtilat, saya akui memang cukup susah nak jaga, tambah-tambah lagi sistem pembelajaran zaman sekarang tidak membataskan lelaki dan perempuan. Mungkin banyak urusan yang melibatkan pergaulan kedua-dua jantina. Tetapi asasnya terletak pada hati kita juga. Kalau kita tak nak, kita tak buat. Hati tu kena kuat. 

Perbanyakkan ukhuwah sesama jantina. Percayalah, trust me, ukhuwah sesama jantina ni jauh seribu kali sangat manis nak dibandingan ukhuwah berlainan jantina yang berpaksikan nafsu. Tambahan lagi kalau ukhuwah tu dibina lillahi taala. Tak kisahlah sama ada kita yang nak bantu, atau kita yang perlukan bantuan dalam agama. Kalau kita ikhlas nak kawan sebab Allah, kita akan jadi lagi sungguh-sungguh dalam persahabatan tu. Tapi kalau kita kawan atas rasional kita perlukan hanya sekadar peneman, persahabatan tu cuma jadi biasa-biasa saja. 

Saranan daripada buku Tarbiah Sentap, kalau anda betul-betul nekad nak jaga ikhtilat, cuma cari kawan yang tidak bercouple. Atau kawan yang tak selalu cerita pasal crush dia. Sebab selalunya bila kita selalu dengar cerita tentang cinta, benda tu secara tak langsung akan rangsang kita untuk menagih kasih seseorang. 

Benda ni sama juga konsepnya dengan agama sebenarnya. Kalau kita selalu dengar cerita dari al-quran, sirah-sirah nabi, kita akan terangsang untuk menagih cinta Allah. Jadi, cubalah cari kawan yang selalu cerita tentang agama (walaupun susah nak cari) atau pelajaran atau apa-apa sahajalah yang tidak berkaitan dengan cinta. Insya-Allah, eventually, you’ll get through all of these.


Friday 17 April 2015

Menghargai Atau Dihargai



Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, banyak aktiviti dan program yang berlaku dan tidak sempat untuk saya kongsikan di Nafas Baru. Antaranya ialah program Haluan Pewaris yang saya sertai di UUM, bengkel teknik menjawab, mesyuarat agung, dan Speaker’s Corner. Sudah tentulah segala aktiviti ini mendatangkan banyak manfaat buat saya di samping menambahkan pengalaman yang sedia ada.

But that’s not the ultimate point. Sebenarnya saya sudah lama mahu menulis entry tentang penghargaan. Yeah. Menghargai dan dihargai. It’s a bit complicated but let me just get this to the point. Do you have this natural feeling that you need to appreciate everything that goes around you? Kalau ya, kita sama. Saya akan menghargai apa yang orang lain lakukan pada saya, walau sekecil apa pun perkara itu. Dan akhirnya, saya akan rasa bersalah kalau orang itu terus melakukan benda yang sama kepada saya. 

Contohnya, saya minta bantuan seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dan dia mampu melaksanakannya dengan baik. Jadi selepas itu, setiap kali saya terpaksa meminta pertolongannya lagi, saya akan jadi berat hati pula. Rasa macam menyusahkan. Tapi akhirnya saya minta juga dia tolong. Eheh.


Dalam isu persahabatan pula, saya ada satu perasaan bahawa saya harus menghargai rakan-rakan saya, walau macam mana pun caranya. Mungkin dalam bentuk pertolongan balas, belanja, buah tangan, dan hadiah. Saya akan buat apa pun untuk menghargai mereka. Rasa tak lengkap kalau kita tak hargai orang yang ada di sekeliling kita. Adakah anda pun ada perasaan begini? I don’t know.

Contohnya, semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran seorang rakan terdekat saya. Saya tak ada hadiah pun untuk diberikan kepadanya, tapi saya rasa bersalah kalau saya tak berikan apa-apa kepadanya. Finally, I’ve came out with this idea to make a birthday video for her. Malam sebelum hari lahirnya, saya usaha juga edit video. Tapi video simple saja. Pada mulanya, selepas dia tengok video itu, dia marah pada saya. Saya terkejut kerana menyangka ada yang tidak kena pada video tersebut. Dan dia kata pada saya, “Benci Ina sebab buat orang rasa nak teriak. Terharu.” Saya gembira sebab dapat buat orang lain gembira.


Saya teringat akan sebuah perbualan dengan seorang rakan. “Buat apa hampa susah-payah tolong orang lain, padahal orang cari hampa bila susah ja. Bila senang, depa tinggai macam tu ja. Buatlah baik banyak-banyak pun, orang tak hargai langsung jasa hampa. Tapi bila nampak satu ja kesalahan, itu yang depa ingat sampai bila-bila. Rugi ja tolong depa selama ni.” Her words keep lingering in my mind until now. Ya, saya akui, memang ada betulnya kata-kata itu, sebab memang itu pun yang pernah saya alami. Segala kebaikan yang pernah kita lakukan boleh terhapus walau dengan satu kesalahan, itu pun kalau betul kita salah. 

Saya cuba tegakkan padanya, bahawa saya buat kerja tanpa harap balasan pun. Katanya lagi, “Ya, memang la kita buat kerja ikhlas, tapi at least, orang yang minta tolong kita buat kerja tu appreciate lah sikit usaha kita.” Dan saya diam. Tidak mahu berbalah.

Tahun ini, seingat saya, hampir tiga kali saya naik pentas ketika perhimpunan rasmi untuk menerima hadiah. Tapi saya tak pernah teruja pun untuk dapat hadiah. Terutamanya ketika dapat Anugerah Personaliti Unggul. Rasa heartless. Sebab saya tak rasa apa yang saya buat tu perlu dihargai oleh orang lain.

Mungkin sebab saya dah biasa tak dihargai, jadi saya tak berapa kisah pun orang hargai atau tidak. Wacewah. Ayat pasrah. Entahlah. Saya sendiri pun tak faham.


Jadi, macam mana pula dengan anda? Adakah anda lebih suka menghargai, atau dihargai oleh orang lain? Atau kedua-duanya? Kalau saya, saya lebih suka menghargai daripada dihargai. Dah memang sifat saya agaknya. Saya cuma nak buat sesuatu untuk agama, ibu bapa, dan masyarakat. Biarlah semua yang saya buat ni mendapat penghargaan daripada Allah SWT di akhirat. Mungkin ada sesetengah situasi yang menjadikan kita perlu untuk dihargai, tetapi kebanyakannya saya tak harapkan pun pengiktirafan daripada orang lain. Pesan seorang guru, setiap apa pun yang kita lakukan di atas muka bumi ini, pastikan lillahi taala. Kerana Allah Taala.

Foto pengacara majlis yang tak ada kena-mengena dengan entry