Thursday 22 December 2011

Diari#28: Game Over

Game over. You win. Continue to the next level?


Yeahh. Alhamdulillah, saya baru terima keputusan PMR tadi. Dan persis doa-doa yang ditiup anda, alhamdulillah saya berjaya mendapat semua A, iaitu 8A. Minggu-minggu sebelum PMR, pelbagai ragam bekas calon PMR di Twitter dan Facebook yang dapat dilihat. Ada yang gementar, tidak dapat tidur lena dan ada yang stress. Tetapi saya alhamdulillah di rumah masih tenang-tenang sahaja.


Saya akui, keputusan untuk peperiksaan percubaan PMR dulu tidaklah begitu memberansangkan. Mungkin sebab usaha yang tidak mencukupi. Namun selepas percubaan, saya berusaha melipat gandakan usaha dan lebih banyak bertanya kepada guru-guru dan rakan-rakan. Alhamdulillah, guru-guru tidak serik membetulkan apa yang salah dan memahamkan apa yang tidak saya fahami.

Ada dua subjek yang saya risaukan iaitu Geografi dan Science. Alhamdulillah berkat kelas malam dan usaha yang lebih sedikit, berjaya memberikan saya keputusan 8A. 


22/12/2011

Tarikh penentuan segala apa yang saya pelajari selama tiga tahun. Ibu saya kata, mungkin terpaksa ke sekolah lewat sedikit memandangkan ada urusan. Jam 10, saya masih lagi belum bertolak. Saya memutuskan untuk mengetahui keputusan terlebih dahulu melalui sistem SMS online tetapi tidak terbalas. Mungkin terlalu banyak pelajar yang bertanyakan keputusan masing-masing.

Tiba di pekarangan sekolah, memang ramai pelajar dan waris. Ada yang gembira, dan ada yang muka tak puas hati. Belum sempat berjumpa guru kelas untuk ambil slip sudah 'diserang' oleh rakan. Alhamdulillah, dia dapat 8A. Waktu Miss Ng, guru kelas saya membelek slip, saya tengok kawan-kawan kelas ramai dapat straight A. Alhamdulillah, 22 per 29. Kemudian Miss Ng tersenyum dan serahkan slip PMR. Saya senyum kembali. Riak tenang. Tak melompat , tak menjerit. Muka tak ada perasaan!

Lepas kena cium dengan ibu saya, barulah tersenyum. Saya segera mendapatkan rakan-rakan yang lain, tengok keputusan mereka. Alhamdulillah, semua orang yang saya tanya hari ini dapat straight As kecuali seorang. Kemudian sempat membantah kenyataan Cikgu Sanusi sikit. Beliau kata, saya tak cemerlang BM, BI dan Math. Buktinya di slip peperiksaan. Padahal saya rasa slip peperiksaan memang macam tu. Yang tertulis CEMERLANG itu adalah markah kerja kursus kita. Baru saya tahu kenapa Cikgu Sanusi pakai topi bergaya hari ini. Hehehe. Biarlah orang-orang tertentu sahaja yang tahu.

Cikgu-cikgu, ramai yang ucapkan tahniah. Alhamdulillah. Kalau bukan kerana mereka, bagaimana saya hendak mendapat straight As kan? Saya ingin mengucapkan jutaan, billion, trillion terima kasih kepada Miss Ng, Miss Tan, Cikgu Faridah, Teacher Zuriati, Cikgu Sanusi, Cikgu Nazmah, Ustazah Asna, Cikgu Zaini, semua guru-guru Badlishah, bekas pengetua Puan Hajjah Azizah, ibu saya yang sangat supportive, ayah, abang, kakak, adik, Wan, keluarga, senior bahas, senior PBSM, rakan-rakan penulis, Khatijah, Aina, Fatini, Hafizah, Khadijah, Farah, Syahirah, Saffa, Tasneem, Munirah, Aida, Ika, Rashidah, Kak Iman, Kak Una, Kak Fatimah, Kak Atiqah, Kak Natasha Alia, Ain, Amirah Askavy, Kak Mira, Ayuni, Ezzatul, Azim, Kak Ida, Ariffah, Huda, Priya, Zulhelmi,  dan semualah. Maaf kalau ada nama yang tertinggal. Maaf sangat-sangat. 

Terima kasih. Thank you. Syukran. Apa pun, semua kejayaan ini hanyalah milik Allah. Allah bagi saya pinjam sebentar. Dalam kereta, sempat lagi upate status FB. Bangga budak PMR tahun ni berjaya kalahkan tahun lepas.192 pelajar straight As. Keseluruhan calon ada 200 lebih. Walaupun belum buat pengumuman rasmi di mana-mana, ramai yang sudah ucapkan tahniah. Memang tidak terjangka.

Sampai di rumah, saya tunjukkan slip kepada ayah dan Wan. Kemudian telefon sahabat-sahabat tanya dan beritahu keputusan. Ibu bapa saya tidaklah menjanjikan sebarang hadiah untuk PMR, tetapi bagi saya, 8A adalah hadiah terindah Allah untuk saya. Alhamdulillah. Syukur kepada Dia yang menciptakan saya, menceriakan hari-hari saya. I love You Allah. I love you all. 

Game PMR is now over. I win. And yes, I want to continue to the next level. Tingkatan empat, saya datang!

Kepada senior-senior atau sesiapa pun yang dah muak dengan bekas pelajar PMR yang tak henti-henti post tentang PMR, saya minta anda faham. Ini kali pertama kami rasa begini. UPSR dulu cuma 5A. PMR makin bertambah subjek. Siapa tak teruja?

Ada juga yang suka rosakkan mood saya. 


Wednesday 21 December 2011

Esok Keputusan PMR

Esok dah kena ambil keputusan PMR. Teringat masa darjah enam dulu. Tapi situasi sekarang lain. PMR ada lapan subjek, UPSR cuma lima. Ok, ada yang tertanya-tanya kenapa saya lama tidak update blog. Minta maaf ya. Mungkin disebabkan bahang result PMR? 


Kepada semua pelajar tingkatan tiga di seluruh Malaysia, di Kedah, terutamanya warga sekolah kluster SMK Sultan Badlishah, Nurina doakan yang terbaik untuk kita semua. Saya insyaAllah boleh terima semua keputusan yang akan diberikan esok. Tidak kiralah cemerlang atau tidak. HARAP-HARAP CEMERLANG. Tapi rasa kesal tu mestilah ada jika tidak dapat keputusan yang diidam-idamkan. Tambahan lagi, ibu bapa sangat mengharapkan yang terbaik untuk result ni.

Saya harap mereka pun terima keputusan saya seadanya. Saya dah berusaha, berserah, dan kini, takdir cuma di tangan Allah. Allah, give me the strength for everything~

Monday 19 December 2011

Cepat Undi Sebelum Terlambat!

Pencarian untuk penerima Anugerah Novelis Pilihan 2011 masih lagi diteruskan sehingga jam 12 tengah hari ini. Jadi kepada sesiapa yang belum lagi mengundi, bolehlah membuat undian di SINI sebelum terlambat. Terdapat lapan orang novelis muda tanah air yang terlibat dalam pertandingan ini iaitu Mira Muskam, Riha J, Haruno Hana, Shah Bakri, Hasif Hamsyari, Izzah Haneefa, Farissa Hany dan Nurina Izzati. Jom undi saya atau novelis pilihan anda yang lain di Urban Teen Writer dengan segera! :D

p/s: Jika "Poll closed" cuba refresh atau tunggu sebab mungkin trafik dia rosak. 

Saturday 17 December 2011

Anugerah Novelis Pilihan 2011

Huh, dengar tajuk macam gempak kan? Ya, alhamdulillah saya telah dicalonkan dalam Anugerah Novelis Pilihan 2011. Namun, anugerah ini tidaklah menjanjikan apa-apa hadiah, cuma sekadar pengiktirafan daripada pembaca kepada novelis muda yang mereka gemari. Anugerah ini dianjurkan oleh pengurus sebuah laman web yang sedang mendapat perhatian, iaitu Urban Teen Writer

Laman web ini mengumpulkan para penulis muda yang berusia di bawah umur 18 tahun di serata Malaysia. Setakat ini, cuma ada lapan penulis yang terkumpul. Mereka yang saya maksudkan di sini ialah Riha J, Hasif Hamsyari, Mira Muskam, Haruno Hana, Farissa Hany, Shah Bakri, Izzah Haneefa dan saya sendiri. Kami semua telah dicalonkan dalam anugerah ini dan pemenangnya, ditentukan oleh anda sendiri.

Jika anda meminati mana-mana daripada penulis yang saya sebutkan tadi, anda bolehlah mengundi di SINI.

Friday 2 December 2011

Segmen 10 perkara Pelik Tentang Saya by Cekbolat

Segmen oleh blogger Cekbolat. Di-tag oleh Deria Rasa Ceria. Jom ramai-ramai sertai.




10 perkara pelik tentang Nurina? ‘Jenuh nak pikiaq.’

1. Suka baca status dan komen-komen orang di Facebook tapi tak nak komen. 

2. Suka taip dan tulis panjang-panjang di alam maya tapi kalau suruh terjemah lisan susah sikit. :P 

3. Suka baca blog peribadi orang lain tanpa mereka sedari.


4. Hobi di rumah: Kacau adik.

5. Susah ingat muka orang. Banyak kali tengok baru ingat. *kalau orang muka unik senang ingat sikit

6. Selalu renung muka orang tajam-tajam walaupun mereka tak bersalah.

7. Tak suka aiskrim perisa keladi. 

8. Malas balas mesej sebab selalu tak ada kredit.

9. Suka buat pose poyo. 

10. Suka Google nama sendiri. 



Tag: 


*will be updated