Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, 17 October 2017

Tanggung dan jawab.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Maaf kerana menghilang untuk beberapa ketika. Seperti biasa, alasannya adalah kesibukan di universiti. Memandangkan saya terlibat dalam persatuan, jadi komitmen yang diberikan lebih bertumpu ke situ. Dan tidak lupa juga ujian pertengahan semester yang mencabar (walaupun objektif sahaja).

Bagi saya, subjek-subjek semester ini dua kali ganda lebih menggerunkan daripada subjek semester satu dulu. Tambahan lagi, semester ini saya sudah mula belajar subjek minor dari pusat pengajian lain. Salah satu subjek minor yang saya ambil ialah Communication and Society, kelasnya pada hari Jumaat, jam 3 hingga 5 petang. Waktu pembelajaran yang teramat mencabar. Serius. Sehingga sekarang, saya masih tidak mampu memahami apa sebenarnya yang hendak disampaikan untuk subjek ini.


Apa pun, sebagai seorang mahasiswa, belajar merupakan tanggungjawab  utama kita. Tanggung dan jawablah dalam peperiksaan nanti. Dalam masa yang sama, penglibatan saya dalam persatuan juga banyak mengajar saya tanggungjawab baru yang harus saya pikul. Kalau dulu, saya lebih menganggap diri saya sebagai seorang pengikut. Sekarang, saya perlu meletakkan diri saya sebagai seorang pemimpin organisasi. Untuk memimpin sebuah organisasi yang besar, memang bukan mudah. Saya tidak tahu cara pimpinan orang lain, tapi inilah sedikit sebanyak refleksi yang boleh saya kongsikan tentang kepimpinan. 

Pertama, kalau kita tidak serius dengan jawatan yang dipegang, kita cuma akan menyusahkan pihak-pihak yang lain. Saya pada awalnya tidak nampak peranan saya, tetapi lambat laun setelah bergerak dalam kumpulan, saya mula rasakan keseriusan di situ. Apa yang saya galas, bukannya benda main-main lagi. Kalau setakat bercakap di mulut yang saya boleh buat, tetapi langsung tidak mainkan peranan, tak ada gunanya juga. Macam yang saya kata, akhirnya saya cuma akan menyusahkan pihak yang lain.

Saya mengaku, sebagai mahasiswa, satu cabaran untuk saya serius dan fokus terhadap tugas saya. Saya tak tahu macam mana orang boleh memikul banyak jawatan dalam persatuan dan memberikan 100 peratus komitmen dalam semua jawatannya. Ramai yang saya kenal begitu. Kalau saya, tak dapatlah nak capai tahap sedemikian rupa. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pula. Haha. Walaupun satu cabaran untuk membahagikan masa belajar dan masa berpersatuan, saya akan cuba. Sebab nama pun cabaran, bukan?

Kedua, pemimpin perlu peka dan mengambil tindakan.  Saya sedar yang orang lain bergantung kepada pemimpin untuk mengambil tindakan. Kalau tidak, buat apa perkara atau masalah itu diutarakan kepada pemimpin? Saya terkesan dengan satu ayat yang disampaikan oleh seseorang. “Harap ada tindakan lepas ni, dan bukannya sekadar mendengar sahaja.” Lebih kurang begitulah. Dia menyatakan ayat itu dalam intonasi biasa tetapi maksudnya cukup mendalam bagi saya. Point is, semua orang boleh menjadi pendengar. Menjawab “ya, baik, dinotakan, okey” dan sebagainya. Tetapi, berapa ramai yang boleh bertindak untuk merealisasikan perkara tersebut? Kalau setakat berkata kosong, lebih baik diam daripada memberi harapan semata.


Ketiga, mengenal pasti skop tugasan kerja itu adalah amat penting. Saya banyak belajar ketika memegang jawatan sebagai pengarah projek dulu. Sebagai seorang pengarah projek, kita perlu melihat daripada semua skop tugasan. Bukannya semata-mata memfokuskan apa yang kita nak buat sahaja. Tugas setiausaha, bendahari, jawatankuasa yang lain juga perlu diberikan perhatian. Saya adalah tunggak kepada seluruh jawatankuasa tersebut. Kalau bukan saya yang membantu atau memantau skop tugasan mereka, what’s the point of being the head?

Menjadi seorang ketua, bukan sesuatu yang mudah. Tapi kalau diberi pilihan antara pengarah projek, setiausaha atau bendahari dan tidak ada pilihan lain, saya akan memilih pengarah projek kerana saya lagi tidak suka skop tugas setiausaha dan bendahari. Sepanjang hidup saya minta dijauhkan daripada dua peranan itu. Haha. Saya minta maaf kepada semua setiausaha dan bendahari yang mungkin sedang membaca entry ini.

Keempat, bekerja dalam organisasi ni, kita perlu belajar menerima orang. Lainlah kalau kita bekerja dengan komputer, tak ada masalah. Tapi hakikatnya, kita akan bekerja dengan manusia yang mempunyai emosi, ego dan pendapat tersendiri. Kadangkala, pendapat kita mungkin tidak akan sama dengan pendapat orang lain. Di situlah saya belajar untuk bertolak ansur dan cuba untuk tidak mementingkan diri sendiri.

At the end of the day, saya yakin, semua orang dalam organisasi itu mahukan yang terbaik. Jadi saya perlu mencari titik persamaan dalam pendapat semua orang. Satu perkara penting yang perlu diingatkan, jangan lupa yang kita bekerja dalam organisasi dan bukannya secara individu. Serius saya katakan, bekerja dalam organisasi sedikit sebanyak mengajar saya untuk tidak pentingkan diri sendiri. Belajar untuk lebih cool. Belajar untuk menerima dan memberi teguran.


Kelima, selesaikanlah tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya bukanlah orang yang layak mengulas panjang tentang ini, sebab saya pun kadangkala gagal berperang dengan masa. Saya selalu juga buat kerja akhir minit, tapi saya akan pastikan kerja tersebut siap sebelum tempoh deadline yang diberikan. Eheh. Yalah tu. Sembang. Apa pun, sebagai seorang pemimpin, saya mengharapkan juga subordinat saya menyiapkan tugasan sebelum deadline. Kalau dibiarkan saja melepasi tarikh deadline, apa fungsi deadline, kan? Saya harap, kepada sesiapa yang sering bertarung dengan deadline, belajarlah untuk menyiapkan tugasan pada waktunya.

Rasanya cukuplah lima isi di atas. Terasa macam buat esei pula. Saya sekadar merefleksi diri dalam bentuk penulisan. Mungkin kepada sesiapa yang bekerja dalam organisasi atau persatuan pun dapat mennghubung kait perkara-perkara yang telah saya nyatakan. Yang penting, dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pemimpin, jangan lupa pula tanggungjawab terhadap agama. Itu sudah semestinya perlu menjadi prioriti kita.

Kadang, sebab persatuan, ada juga orang yang mengabaikan agama. Ada yang menjadi gila. Maka pesan saya kepada diri dan kepada semua, tanggung dan jawablah apa yang telah diamanahkan kepada anda. Sesungguhnya, cabaranlah yang akan menjadikan kita lebih matang dalam menempuhi kehidupan dewasa. Ingat satu perkara juga, Allah tidak akan membebani kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita.

Terima kasih kerana membaca. Have a nice day.

Sunday, 27 August 2017

Tutorial Website Hack Dalam Masa Seminit

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam 5 Zulhijjah.

Untuk entry hari ini, saya cuma terdetik untuk berkongsi satu trick mudah yang rasanya semua orang boleh buat dalam masa tak sampai seminit pun. Secara tepatnya, trick ini bukanlah cara nak godam website atau blog orang lain, tetapi cara inilah yang digunakan oleh ramai orang untuk membuat fitnah di laman sosial zaman sekarang. Saya berikan contoh beberapa screenshot yang dikatakan fitnah media sosial ni.




Kenapa saya nak berkongsi trick dengan anda? Pertama, tujuannya sama sekali bukan untuk mengajar anda membuat fitnah di laman sosial ya. Setelah mempelajari trick ini, saya ingin pembaca sama-sama berfikir bahawa nak buat fitnah ni, semudah ABC. Dan supaya pembaca tidak mudah untuk percaya dengan screenshot dan fitnah alam maya. 

Okey, cara-cara untuk mendapatkan screenshot seperti ini mudah sahaja. Sebelum itu saya ingin mengingatkan bahawa cara ini cuma berkesan di browser anda sahaja untuk printscreen/screenshot dan tidak akan mengubah kandungan asal blog atau website. Dalam tutorial ini saya meminjam laman blog rakan saya sebagai rujukan.

Langkah Pertama: Buka browser dan pergi ke website/blog/Facebook dan laman sosial lain yang ingin anda hack. Contoh saya berikan ialah laman blog rakan saya ini.




Langkah Kedua: Copy dan paste javascript ini ke dalam browser anda.
Javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0



Langkah Ketiga: Kini, anda sudah boleh mengedit, memadam atau menulis apa-apa yang anda inginkan di laman tersebut.



Langkah Keempat (optional): Screenshot atau print screen dan paste ke dalam Paint. Save.

Macam mana? Anda sudah mencubanya? Senang bukan? Tapi saya harap anda tidaklah menggunakan trick ini untuk benda bukan-bukan pula. Sekarang, anda sudah tahu yang bukan semua berita di media sosial ini boleh dipercayai bulat-bulat. Ramai orang yang suka membuat fitnah untuk menjatuhkan satu pihak yang lain.

Saya sendiri tak faham. Kenapa orang sanggup menabur fitnah kepada orang lain? Firman Allah SWT dalam Al-Quran, “Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh.” (QS Al-Baqarah: 217) Saya harap pembaca blog Nafas Baru ni tak adalah buat kerja-kerja macam ni ya. Mungkin kalau ada, segeralah kita menginsafi diri. Sesungguhnya mereka yang berbuat fitnah ni, susah nanti nak jawab dengan Tuhan nanti.

Apa pun, tutorial ini cuma sekadar perkongsian semata-mata. Kalau nak belajar cara hack website yang sebenar, kena banyak belajar coding. Hacking ini sebenarnya boleh jadi benda yang buruk, tapi boleh juga jadi benda yang baik jika kita manfaatkan sebaiknya. Contohnya kalau nak retrieve kembali data-data penting dan sebagainya. Kalau tak ada sebarang keperluan tu, tak perlulah hack akaun orang lain. Terutamanya Instagram tu. Banyak sangat kes hacking Instagram sekarang ni. Bukannya bermanfaat pun.

Baiklah, sampai di situ saja entry kali ini. Jangan lupa like kedua-dua Facebook di bawah ini ya untuk update terkini. Terima kasih kerana membaca. Semoga hari anda hari ini lebih baik daripada semalam.

                                                                  

Sunday, 6 August 2017

Bagaimana Saya Akhirnya Menjadi Pengacara Majlis dan Tips

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, saya telah mengacarakan majlis perasmian Pusat Kecantikan & Spa AlamKu yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Noor Sabrina binti Mohd Noor, Exco Kerajaan Negeri Kedah. Bukan senang untuk kita mendapat peluang menjadi pengacara sebuah majlis yang dihadiri oleh orang besar. Saya terdetik untuk berkongsi kisah tentang saya dan pengacaraan. Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang teringin untuk menjadi pengacara majlis, tetapi tidak mempunyai keyakinan untuk melakukannya. Saya harap serba sedikit perkongsian saya dapat membantu anda untuk menepis apa jua yang sedang menghalang anda untuk melakukannya saat ini.

Kali pertama saya menjadi pengacara majlis adalah semasa saya darjah enam. Setiap hari Ahad, sekolah akan mengadakan perhimpunan rasmi dan seorang pengawas ditugaskan untuk mengacarakan perhimpunan tersebut. Saya bolehlah dikatakan sebagai seorang yang pendiam, tetapi entah macam mana saya telah terpilih menjadi pengawas sekolah semasa darjah tiga. Dulu, darjah tiga kami dipilih menjadi pengawas percubaan dan darjah empat barulah dilantik menjadi pengawas sekolah yang rasmi. Paling drastik, ketika darjah enam saya dipilih untuk menjadi ketua pengawas atas kata sepakat guru-guru disiplin. Jujur saya kata, saya bukan seorang yang banyak cakap pun sebab saya tak suka attract attention. Saya rasa, faktor saya dipilih kerana saya selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam kelas, berdisiplin dan bertanggungjawab. Eheh. Bakul sendiri, sendiri angkat. Sebenarnya, saya boleh dikatakan skema jugalah orangnya, gitu.


Berbalik kepada cerita, pengawas sekolah akan ditugaskan secara bergilir untuk mengendalikan perhimpunan Ahad. Saya tak berapa ingat tapi kalau tak silap perhimpunan Ahad dalam bahasa Inggeris. Bukan semua pengawas terpilih untuk menjadi pengacara. Hanya tiga atau empat orang sahaja yang menjadi pengacara tetap sehingga hujung tahun. Salah seorangnya sudah tentulah ketua pengawas sendiri. Saya sudah biasa melihat senior tahun-tahun sebelum itu mengendalikan perhimpunan. Bezanya, kali ini saya sendiri pula yang akan mengendalikan perhimpunan. Perasaan gelisah itu sudah tentulah ada. Dan rasanya banyak kali juga saya tersasul walaupun teks telah disediakan. Rasanya saya jarang buat eye contact dan cuma akan menunduk membaca teks. Lama-kelamaan, saya menjadi terbiasa walaupun saya selalu cuba untuk mengelat giliran saya.

Ketika di SMK Sultan Badlishah, rasanya saya tidak berpeluang pun menjadi pengacara untuk apa-apa program. Saya rasa saya merupakan salah seorang pelajar halimunan. Sebabnya, saya tak suka menonjolkan diri. Rasanya saya sudah pernah cerita tentang ini, nama saya mula menjadi sebutan ketika pengetua sekolah memperkenalkan saya di perhimpunan rasmi kerana menulis buku pada usia yang muda. Saya masih ingat betapa tak sukanya saya sebab dipanggil naik atas pentas hari itu. Lagi parah apabila disuruh untuk menceritakan sinopsis novel saya secara tiba-tiba. Kalau anda merupakan salah seorang yang takut atau tak suka naik pentas, I totally know that feeling. Harap bekas pengetua yang dimaksudkan tidak membaca tulisan ini.

Semenjak itu mulalah ramai cikgu Bahasa Melayu cuba merekrut saya untuk pelbagai pertandingan seperti resensi buku dan bahas. Saya tidak tahu sama ada pertandingan resensi buku masih wujud ataupun tidak sekarang. Pendek kata, di situlah bermulanya platform saya untuk bercakap di hadapan orang ramai. Saya dah kata, saya ini skema orangnya. Jadi semua kemahuan cikgu saya turuti. Masuk pertandingan dan sebagainya. Tak menang pun. Tapi semua itulah yang menjadi titik permulaan kepada keyakinan saya pada hari ini.

Terima kasih kepada cikgu-cikgu Bahasa Melayu yang percayakan saya walaupun saya tahu betapa tidak bagusnya saya. Secara tidak langsung, saya juga perlu berterima kasih kepada puan pengetua kerana memperkenalkan saya di atas pentas hari itu.

Ketika di SM Sains Kuala Selangor (KUSESS) pula, alhamdulillah Allah beri saya rezeki dan platform yang lebih luas. Saya menjadi Penolong Ketua BADAR (Badan Dakwah dan Kerohanian) dan berpeluang untuk bercakap di hadapan orang ramai dalam majlis liqa’ setiap hari Jumaat. Kadang saya menjadi pengacara majlis, kadang saya berkongsi info dan sebagainya. Majlis liqa’ ni adalah majlis ilmu untuk pelajar puteri sahaja semasa pelajar putera keluar sembahyang Jumaat. Selepas tamat KUSESS, saya mengaku amat jarang untuk saya mendapat peluang dalam majlis ilmu seperti itu lagi.

Cikgu Bahasa Melayu pun dulu pernah memilih saya untuk menjadi pengarah teater peringkat kebangsaan. Lari betul kan Badar dengan teater? Tapi jangan risau, teater arahan saya tidak ada babak berpegangan tangan atau bersentuhan. Pelakon juga semua bertudung kecuali yang India. Tapi muzikal tu adalah. Muzik tak salah, asalkan tidak melalaikan. Dalam masa yang sama, saya memupuk minat dalam pengarahan dan lakonan. Jadi saya menghasilkan filem-filem pendek dan memuat naik di laman YouTube. Tapi saya lebih suka mengarah daripada berlakon sebab saya berlakon kayu.

Tingkatan 6 di Kolej Tingkatan 6 Kulim merupakan platform rasmi saya sebagai pengacara majlis. Berbekalkan pelbagai jenis platform sepanjang saya sekolah menengah, saya dapat membuang rasa gemuruh untuk berada di atas pentas. Saya memang sangat banyak mengacarakan majlis sepanjang tingkatan 6. Saya mengaku saya bukan seorang yang profesional dalam pengacaraan dan sebenarnya pengacaraan saya biasa-biasa sahaja. Selalu saya membaca teks laju kerana hendak cepat menghabiskan program atau majlis. Tapi alhamdulillah saya jarang gemuruh atas pentas dan saya sentiasa berasa yakin untuk menjadi pengacara majlis (jika ada teks). Pernah juga saya menjadi pengacara majlis tidak formal tetapi saya tidak suka sebab kena banyak bercakap tanpa skrip. Lebih senang jadi pengacara yang ada teks. Pengacara tidak formal ni saya cuma yakin kalau buat program di sekolah, tanpa pengawasan cikgu-cikgu mereka.

Saya ini jenisnya seorang yang suka follow the flow. Di kesempatan ini biarlah saya memberi beberapa tips untuk menjadi pengacara majlis. Yang pertama, kalau kita diberi peluang untuk bercakap, tak kiralah dalam apa jua platform, tak ada salahnya mencuba. Kita belajar daripada pengalaman dan latihan. Kalau betul-betul komited hendak menjadi emcee, rajinkan diri melihat video-video pengacaraan untuk melihat intonasi dan gaya percakapan. Sebab pengacara ni ada intonasi yang perlu dikawal. Tak boleh main redah melulu sahaja. Ada masa perlu noktah, koma, nada tinggi, rendah dan sebagainya. Yang saya susah nak kawal adalah kelajuan membaca teks. Tak tahu kenapa, setiap kali majlis mesti baca laju sebab nak habiskan cepat. Eheh. Eye contact pun perlu ada. Walaupun membaca teks, sekali sekali perlu juga pandang penonton. Di atas pentas ni, kita kena wujudkan satu perasaan ‘inferior’ iaitu kita lebih hebat daripada semua orang dan kita yang mengawal pentas. Orang lain tak boleh buat apa. Kalau masih ada rasa rendah diri, pentas bukanlah tempatnya. Saya selalu saja anggap diri saya bagus walaupun hakikatnya tidak. Sebab kalau timbul perasaan cautious (berjaga-jaga), nanti self-esteem kita akan jatuh dan memberikan kesan kepada pengacaraan kita. Tips ini pun boleh diaplikasikan dalam sebarang medium komunikasi pentas yang lain, insyaAllah. Lagi satu, ambil perhatian pergerakan program. Pastikan aturan sesuai dengan teks. Terutamanya kalau ada sesi penyampaian hadiah yang banyak. Kesilapan selalu berlaku semasa sesi ni.

Menjadi pengacara majlis bukanlah satu benda yang susah. Saya kira semua orang boleh menjadi pengacara. Tapi nak menjadi pengacara majlis yang bagus dan sedap didengar itulah yang memerlukan banyak latihan. Kalau pengacara itu sendiri bosan dan mendatar, penonton pun menjadi bosan. Kalau pengacara majlis sedap didengar, barulah penonton bersemangat mendengar.

Saya bersyukur kerana setiap kali selepas mengacarakan majlis, akan ada yang memberi komentar tentang pengacaraan saya. Biasanya yang positif. Tak tahulah membodek atau apa. Ada juga yang menegur kesalahan saya dan sebagainya. Komentar-komentar seperti itulah yang diperlukan untuk rujukan pada masa akan datang (padahal saya selalu ulang kesalahan sama). Ada juga majlis yang saya tak dapat sebarang respon. Saya ingat lagi. Disebabkan saya selalu terbiasa mendapat komentar, saya terkejut sebab selepas satu program tu langsung tak ada orang yang komen tentang pengacaraan saya. I don’t know if I did well or bad. Saya baru tahu yang komentar dan respon daripada orang lain sebenarnya banyak memberikan impak kepada kita.

Saya tidaklah bercita-cita tinggi dalam bidang pengacaraan ini. Sebabnya saya masih juga tidak suka menjadi tumpuan orang ramai. Tapi kalau ada orang yang meminta saya mengacarakan program atau majlis formal, jaranglah saya menolaknya kecuali tak ada teks. Saya fikir dua tiga kali jugalah kalau kena buat teks sebab selalunya saya malas. Eheh.

Agak susah untuk seorang introvert mencuba pelbagai bidang yang memerlukan seorang extrovert. The struggle is real. Hingga akhirnya terpaksa menjadi seorang bitrovert. Boleh rujuk artikel saya tentang bitrovert di SINI. Pesan saya, apa pun kita lakukan, jangan berhenti berharap dan terus percaya yang semuanya ada hikmah tersendiri. Kalau masih ragu-ragu untuk mula mencuba sesuatu yang baru, sampai bila kita akan bersedia?


Rasanya sampai di sini sahaja entry saya kali ini. Kalau ikutkan, banyak lagi pengalaman yang hendak dikongsi tapi cerita panjang berjela pun belum tentu ada yang nak baca. Saya sangat menghargai mereka yang sanggup membaca blog Nafas Baru. Kalau ada sebarang komentar, boleh tinggalkan di ruangan komen ya! Terima kasih. Have a nice day.

Wednesday, 5 July 2017

Software Video Editor yang Saya Gunakan


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ramai yang sedia maklum, atau jika yang masih belum maklum, saya gemar edit video pada masa lapang. Video-video saya kebanyakannya akan saya muat naik di laman YouTube untuk perkongsian. Dan kalau saya rasa video itu tak menarik saya akan simpan sahaja. Antara video yang saya hasilkan adalah vlog, filem pendek, dan kebelakangan ini saya sedang cuba untuk menghasilkan video montaj bagi apa-apa program atau acara. Masih banyak lagi kelemahan yang perlu saya baiki untuk video-video saya.

Hendak berkongsi sedikit tentang video ni, edit video hanyalah hobi pada masa lapang saya. Bagaimana saya belajar editing, saya sendiri pun tak ingat. Tapi saya boleh katakan kalau kita tahu basic editing, insyaAllah lama-lama kerja editing akan menjadi senang sahaja. Ada banyak tutorial yang boleh kita tonton di YouTube sebagai garis panduan untuk pemula. Ramai kawan yang selalu minta saya tunjuk ajar untuk edit video, tapi ironinya tak pernah ada seorang pun yang betul-betul datang membawa laptop dan meminta saya mengajar. Haha. Saya tidaklah mengatakan saya seorang yang mahir dalam editing, sebabnya saya pun tidak begitu rajin untuk belajar tahap yang lebih tinggi seperti After Effects dan sebagainya. Saya pernah download After Effects tetapi macam susah sangat, jadi tak digunakan sampai sekarang.

Untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam edit video, saya sarankan mula biasakan diri dengan Movie Maker terlebih dahulu. Sebenarnya kebanyakan software yang pernah saya gunakan selama ini hampir sama, cuma tidaklah serupa dari segi effects atau template yang ada. Cara untuk menggunakan Movie Maker pun insyaAllah boleh didapati di YouTube. Bagi saya, saya sudah terbiasa menggunakan Corel Video Studio Pro. Corel ni ada banyak version dan latest version rasanya X10. Saya masih lagi menggunakan X7 sebab laptop saya tak cukup kapasitinya untuk X8 ke atas.


Antara software editor yang anda boleh gunakan juga seperti Sony Vegas, Power Director atau Cyberlink. Terpulanglah, selesa yang mana satu. Saya juga ada terfikir untuk download Sony Vegas selepas saya upgrade laptop nanti. Kalau hendak dapat gambaran basic Corel, bolehlah lawat laman YouTube saya, Nims Productions. Video-video di situ hanyalah basic sahaja. Kalau anda belajar lebih mendalam, saya pasti anda akan dapat menghasilkan impak yang jauh lebih kreatif.

Apa pun, elemen yang paling penting dalam penghasilan video adalah kreativiti itu sendiri. Saya ni kadang kreatif, kadang blank. Nak dapatkan kreativiti kena rajin cari ilham daripada persekitaran atau video-video yang lain. Salah satu video saya yang menggabungkan unsur kreativiti (angkat bakul sendiri) bagi saya adalah video montaj yang saya hasilkan sewaktu majlis persaraan cikgu sekolah, Cikgu Sidi. Dalam montaj tersebut, saya menggabungkan tema pengacaraan, video biodata, sajak yang saya karang sendiri dan unsur ala-ala klip video yang diinspirasikan daripada video A. Samad Said dalam salah satu sajak beliau. Boleh baca selanjutnya di SINI.

Antara elemen lain yang perlu dititikberatkan juga seperti font tulisan yang digunakan, sound dan lagu background. Kalau dulu, saya tak peduli sangat tentang font tulisan. Main masuk sahaja kecil atau besar. Lama-lama saya sedar penggunaan font adalah penting dalam penghasilan video yang menarik. Jangan pilih font yang terlalu sukar untuk dibaca dan kita perlu sesuaikan saiz teks mengikut video. Sound juga penting kalau nak hidupkan lagi sesebuah situasi. Kalau contoh saya nak buat babak imbas kembali dalam video saya, saya perlu masukkan sound flashback. Barulah penonton tahu benda tu imbas kembali. Lagu yang sesuai pun penting juga. Iya lah, takkan babak atau situasi sedih kita masukkan lagu gembira pula?

Berbalik kepada topik asal, kenapa saya selesa menggunakan software Corel Video Studio Pro? Sebabnya, software itu mudah difahami dan digunakan. Pelbagai template dan sound menarik juga disediakan. Effects yang ada pun boleh tahan bagus. Berbeza dengan Movie Maker, kita boleh masukkan gambar atau video dalam video yang lain, ataupun lagu dalam lagu yang lain (bertindan). Tapi selain daripada faktor-faktor software, faktor kamera juga penting untuk hasilkan video yang berkualiti. Kebanyakan video saya kualitinya masih belum memuaskan kerana saya tidak ada DSLR. Sememangnya DSLRlah yang boleh hasilkan video atau filem pendek yang berkualiti tinggi.

Saya banyak bertukar-tukar kamera dari darjah enam lagi. Terkini, yang saya gunakan untuk merakam filem pendek adalah Samsung Galaxy Camera EK-GC100. Saya juga menggunakan Action Camera yang kecil, ringan dan mudah digunakan di mana-mana sahaja. Samsung Galaxy tu saya beli dari tingkatan empat kalau tak silap dan sudah hampir 6 tahun. Kameranya sangat berkualiti dan saya sukakannya. Saya tak pasti masih ada atau tidak dalam pasaran sebab tak ramai orang yang menggunakannya. Dan jarang juga nak jumpa di kedai. Saya bercadang untuk beli DSLR, tapi tak tahulah bila nak beli tu. Mungkin kalau saya mula serius dalam pembikinan video, saya akan cuba dapatkannya.

Apa yang saya cuba nak sampaikan, tak susah pun nak edit video ni sebenarnya. Saya harap ramai generasi muda dapat menggunakan medium video sebagai penyebaran mesej yang membawa manfaat kepada semua, bukannya sekadar video omong kosong. Selamat mencuba.

p/s: Kepada pemenang Bandung Souvenirs Giveaway yang masih belum menerima hadiah, saya memohon ribuan kemaafan kerana surat telah dikembalikan semula kepada alamat saya. Nanti saya akan poskan semula. Maaf atas kelewatan.

Wednesday, 1 February 2017

Tips Skor A Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM Penggal 1,2 dan 3



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ketika Program Integrasi Borneo 5.0 yang saya ikuti baru- baru ini, saya telah turun ke beberapa buah sekolah tingkatan enam di Sarawak dan Sabah. Saya sempat berkongsi tentang mata pelajaran yang saya ambil ketika di tingkatan enam iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK). Saya mendapat beberapa pertanyaan daripada pelajar berkenaan subjek KMK. Jadi saya terdetik untuk berkongsi sedikit tips untuk skor subjek tersebut, siapa tahu mungkin berguna untuk rujukan pengunjung blog ini.

Alhamdulillah, keputusan akhir STPM saya berjaya mendapat A untuk KMK bagi ketiga-tiga semester. Jika mahu dilabelkan tahap kesukaran, saya akan kata semester 1 paling mudah, semester 3 sederhana dan semester 2 paling sukar. Berdasarkan apa yang saya tahu, subjek KMK tidak mempunyai skema jawapan yang rigid, tetapi apa yang dijawab oleh calon perlulah tepat dan spesifik dengan kehendak soalan. Secara peribadi, saya menganggap subjek KMK sebagai satu subjek yang santai kerana jawapan boleh “digoreng” dan yang paling penting, tak perlukan penghafalan seperti subjek Pengajian Perniagaan.


Untuk semester satu, saya menggunakan teks Permata Sastera Melayu. Rasanya teks yang sama juga digunakan sekarang. Tipsnya senang sahaja, khatamkan teks tersebut. Kalau anda bukan seorang yang suka membaca, subjek KMK akan menjadi agak susah sikit untuk anda. Tapi kalau anda rajin membaca, insyaAllah untuk semester satu tak akan jadi masalah kerana semua jawapan sudah terkandung di dalam teks. Yang penting, kita kena pandai menjawab soalan.

Elakkan daripada menulis jawapan yang terlalu ringkas. Misalnya kalau soalan tu minta 16 markah, bagilah 4 isi beserta huraian yang lengkap. Untuk bahagian C, saya lebih suka menjawab soalan berkenaan drama Asiah Samiah kerana Cikgu Ishak (guru KMK) suka membincangkan drama tersebut. Ringkasnya, untuk menjawab semester satu, anda perlu kuasai teks Permata Sastera Melayu. Baca dan fahamkan cerita. InsyaAllah kalau faham cerita, masa nak jawab periksa nanti boleh jawab dengan yakin.



Bagi semester dua pula, saya menggunakan dua teks iaitu Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur dan Sulalatus Salatin. Sewaktu saya tanya pelajar tingkatan 6 di SMK Bintulu (kalau tak silap), katanya mereka juga masih menggunakan teks yang sama. Semester dua ni banyak menguji kemahiran berfikir (KBKK). Soalan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dari sudut pembangunan insan, pembangunan masyarakat dan pembangunan negara. Untuk menjawab kertas ini, calon perlu membuka fikiran seluas yang mungkin dan berfikir dalam skop besar.

Nak dapatkan kemahiran berfikir ni pendapat saya, perlu banyakkan lagi pembacaan, membaca akhbar atau menonton berita. Secara peribadi, saya bukanlah seorang yang rajin membaca akhbar atau menonton berita. Tambahan lagi berita jam 8 malam. Saya akan buat kerja lain dan datang semula menonton pada jam 9 malam. Saya lebih gemar membaca buku (tetapi sekarang sudah kurang).

Pendapat saya, kalau anda dapat kuasai KBKK yang bagus, itu akan sangat membantu dalam menjawab semester 2. Kalau pembangunan insan, jangan lupa jawab dari sudut pandang diri sendiri (saya). Pembangunan masyarakat, bincangkan kehendak soalan dan kaitkan dengan masyarakat sekarang. Manakala pembangunan negara pula, tulis jawapan dari sudut kesan kepada negara. Pembahagian ketiga-tiga sudut pandang ni sangat penting. Soalan minta A, jawab A. Jangan jawab B. Nanti tak menjawab soalan.

Dari sudut teks, apa yang boleh saya kata, memang kena bacalah. Cerita Saudagar Besar tu seronok sebenarnya. Tapi yang saya tak faham macam mana si Mahani tu boleh teruja dengan hanya jawapan “I Love You” daripada Rahim. Sedangkan si Rahim macam tak ada usaha sangat untuk dapatkan Mahani. Uhuk. Okey maaf menyimpang.


Berkenaan Sulalatus Salatin pula, memang cabaran besar buat saya. Saya akan tabik kalau siapa boleh fahamkan 100% teks tersebut. Ya, saya tahu teks ini memang sangat menguji dari segi bahasa. Jadi, macam mana nak atasi masalah ini? Kalau saya dulu, Cikgu Ishaklah yang banyak memainkan peranan untuk berbincang tentang teks Sulalatus Salatin. Saya pun tak tahu macam mana beliau boleh hadam teks tersebut. Kiranya, kami lebih kepada disuap oleh guru. Saya rasa, itulah jalan terbaik. Berbincang dan bertanya kepada guru subjek mana-mana bahagian yang tidak faham.

Tak perlulah sampai meneliti setiap satu perkataan dalam teks SS. Cukuplah tahu, faham dan ingat bahagian dan cerita-cerita penting dalam SS. Kalau boleh, buat nota sendiri dan klasifikasikan cerita-cerita tersebut ke dalam kategori masing-masing. Contohnya, kepimpinan cerita Iskandar Zulkarnain. Latihan yang diberi oleh cikgu, jangan sesekali skip. Sebab latihan-latihan itulah yang akan menjadi rujukan kita. Dan dalam kes saya, latihan saya menjadi rujukan kawan-kawan sebab mereka tak buat latihan. Haha. Saya pun ada juga satu dua latihan skip sebenarnya, tapi latihan yang skip tu saya akan cuba berbincang dengan Cikgu Ishak secara lisan.

Bagi semester tiga pula, kalau ada soalan tanda pruf tu memang bonuslah. Tolonglah pilih soalan pruf. Kalau anda rasa sempat mereka pantun cerpen sebagainya, tak apa. Tapi kalau saya, lebih baiklah buat kerja mudah saja. Untuk menjawab kertas ini pun perlu banyakkan latihan dan kalau boleh hafal jawapan, hafal. Terutamanya maksud-maksud multimedia dan sebagainya. Bukanlah banyak pun yang perlu dihafal. Selebihnya banyak bergantung kepada pemahaman dan cara kita mengolah jawapan.

Satu perkara penting yang sangat membantu untuk skor keseluruhan adalah kerja kursus. Saya sarankan, lebih mudah untuk anda memilih menghasilkan multimedia berbanding pilihan lain. Alhamdulillah, saya mendapat 59/60 untuk kerja kursus. Itupun sebab Cikgu Ishak tak mahu bagi markah penuh. Tips untuk menghasilkan video yang menarik adalah dari segi kreativiti. Cuba elakkan menggunakan bahan yang semua orang ada. Cipta sesuatu yang lain daripada yang lain. Kalau saya, saya menggunakan Adobe Photoshop untuk mengubah gambar orang ke beberapa latar tempat yang berbeza. Dan saya masukkan syair yang dilagukan serta dialog yang dibacakan oleh abang saya. Secara peribadinya saya tak rasa hasil video saya sudah cukup bagus tapi rasanya dapat markah tinggi sebab guru akan lihat pada usaha yang kita ambil.

Ringkasnya, itulah sedikit sebanyak tips yang dapat saya kongsikan untuk adik-adik yang bakal menjawab kertas Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM. Kalau siapa yang kata KMK tu susah, ya, agak susah, tapi kalau ada minat dan kesungguhan, mesti dapat jawab. Semoga anda dapat skor A untuk ketiga-tiga semester dan majulah sastera untuk negara! Eheh.

Thursday, 24 December 2015

5 Useful Travel Items

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Allahumma solli ala Muhammad.

It is holiday season. There are only few days to go before students need to start the school session. Trust me, I know what it feels like whenever you watch the calendar and you know all the fantasies are going to fade away. But yeah, let’s think of the bright side. You’ll get to meet your friends at school and share stories about things you do during the holidays. If you enroll into a new school next year, then you’ll meet a bunch of new friends. You get to learn new things, fighting with exams and do random stupid stuffs at school. Well, that’s life isn’t it? To just enjoy the fullest of it. You’ll be missing school as soon as you leave it.


Anyways, the school holiday isn’t over yet. Some of us also are having our break right now. Maybe semester break, Christmas break, I don’t know. I kind of wonder why Malaysia celebrates Christmas holiday even though this is an Islamic country. Well, maybe because this is a multiracial country or some sort like that. As a citizen, we should be happy to have so many holidays in Malaysia. Let’s just enjoy it, shall we? I bet lots of us are currently on their vacation or travelling from one spot to another.

You know, it is always very exciting when your parents or your friends tell you that you’re going on a trip. Sometimes people get over excited and start to pack their stuff instantly although the vacation is another few more weeks to go. I am the type who always procrastinate the packing activity although I’m very excited about the trip. Sometimes I also start to pack my things on the early morning of the trip.  Maybe that’s the reason why I normally left some stuffs behind. Despite that, there are few things that I would always make sure of to bring along with me. I know, different people carry different stuffs with them on a vacation. But here are some stuffs that I think we need to carry on along the journey, or at least for me.

1. Cash or Credit/Debit Cards




Of course, money is the most important factor to survive a trip. I don’t have any credit cards though but I’m sure it is easier for people or parents to actually carry on the cards with them. Unless you’re a backpacker, then money is completely necessary for everything. You need money for the car fuel, foods and accommodation. You obviously need money if you go to a place with lots of shopping malls. Trust me, I’ve been to Vietnam recently and you just can’t resist yourself from spending a lot of money there. If you’re going for a camp or sunny places such as the beach then you might probably get to reduce your expenses. I usually spend my money just to buy souvenirs for my friends. Whatever you use your cash for, make sure to use them wisely.

2. Cell phone



This might not necessarily be an important item for me on a trip, but it is very handful depends on the situation. For example, you’ll need it to call your parents or friends when you’ve been separated into different places. Normally this happens at the shopping mall. This gadget also helps you as an alarm clock in the morning. But as I said before, I don’t really need it because I can just wake up myself or my parents will definitely do the job themselves. I love taking photos and videos, thus I need to bring it as a backup if my camera battery died or the memory is full.

3. Digital Camera or DSLR



Personally, Samsung Galaxy Camera EK-GC100 is my choice. It’s a digital camera, but also applies with smart phone functions. I love it because it takes really good pictures and you can post the pictures instantly on Instagram. The results given by this camera is different from a normal smart phone because obviously it’s a camera. My friends often mistake it with smart phones. Some people do not prefer to bring any cameras with them. It’s up to you guys. If you really love taking pictures and videos you’ll definitely never leave your camera behind.

4. Chargers or Powerbank




Or in other cases, you’ll just bring both of them. If you’re travelling on a flight, you really need a powerbank because not every airplane provides USB function at the seats. Sometimes you’ll also get caught up in the situation whereas the plugs in the room are not functional anymore. Sometimes the room does not even provide extra plugs to charge your device. Normally this happens when you’re renting a cheap place. I mean hey, we don’t need to waste our money on a luxurious place the whole time. What’s important is the place is convenient for you and your family.

5. Sunglasses




I know maybe you’ll say this is not an important stuff at all. But you’ll definitely need it in certain circumstances. If you’re travelling for a long journey in the car, the sun sometimes might be hard for you. I experienced this most of the time. It’s like you’ve been waiting to be grilled in the car. Okay, maybe I kind of exaggerate things over here. You will actually need to wear sunglasses in sunny places such as the beach or the park. And it makes you look good in your pictures too.


There’s a lot more items that you need to bring along on your journey of course. But normally these are the only five items I’ll bring in my handbag every time I travel. Therefore, make sure you have everything you need before starting the trip. And never forget to enjoy your time with your loved ones.

* Photos from Google

Tuesday, 12 February 2013

Midnight Post - Insomnia


Bukanlah midnight pun sebenarnya. Jam sudah pun menunjukkan 1.47 pagi namun diri ini masih belum mengantuk dan tidak dapat tidur. Bercakap tentang susah tidur, terdapat sejenis penyakit yang boleh dikaitkan dengan situasi ini iaitu penyakit yang dikenali sebagai insomnia. 

Insomnia merupakan gangguan tidur pada waktu malam dan banyak berlaku terhadap golongan yang semakin lanjut usia. Yalah, semakin lanjut usia seseorang itu, semakin banyak perkara yang perlu difikirkan terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin. Nak fikir bagi makan anak lagi. Alhamdulillah saya dikurniakan ibu bapa yang prihatin akan kebajikan diri saya, tidak seperti sesetengah pihak yang kurang bernasib baik di luar sana.

Berbalik kepada insomnia tadi, antara tanda-tanda anda menghidapi penyakit ini adalah:

* sukar untuk tidur
* mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur kembali
* terbangun awal pagi dan tidak boleh tidur kembali
* terasa letih atau mengantuk dan sering tertidur pada waktu siang 

Anda mempunyai tanda-tanda di atas? Lazimnya insomnia ni terjadi disebabkan gaya hidup seseorang yang sering memakan pelbagai jenis ubat-ubatan. Minum alkohol, pengambilan dadah dan rokok serta sejenisnya. Pendek kata gaya hidup yang tidak sihat. Tekanan hidup juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada penyakit ini. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan masalah psikiatri turut terdedah kepada risiko menghidap insomnia. Pastikan persekitaran tidur kita sentiasa selesa supaya memudahkan proses tidur seharian.

InsyaAllah, antara tips yang boleh saya kongsikan ialah elakkan daripada tidur dengan perut yang terlalu kosong atau penuh. Selesaikan segala masalah tempat kerja atau sebagainya sebelum tidur. Jangan dibawa ke dalam tidur. 

Nah, untuk mereka yang mahu tidur, saya sarankan anda membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan yang ringan seperti majalah. Buku-buku sejarah juga boleh. Cuba dengar muzik-muzik yang menenangkan dan mendayu-dayu, insyaAllah membantu. Susah-susah, bayangkan rupa kambing biri-biri dan kira seekor demi seekor. Cubalah. 

Tuesday, 11 October 2011

Tips: 10 Perkara yang Boleh Anda Lakukan Lepas PMR

Rakan-rakan banyak bertanya tentang aktiviti yang boleh dilakukan selepas PMR. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi 10 perkara yang boleh anda lakukan selepas PMR. Saya tahu, mesti ramai yang rasa bosan. Sebelum PMR, yalah, macam-macam yang kita berangan nak buat. Tetapi lepas sahaja tamat PMR, banyak sangat masa yang terluang. Mari baca tips yang saya sediakan, kalau-kalau dapat membantu.

1) Banyakkan amal jariah.
Ha. Masa ni la adalah masa yang terbaik untuk kita mengumpul jutaan pahala, sebagai bekalan untuk akhirat nanti. Banyak kerja kebajikan yang boleh buat. Contohnya, kemas rumah (kalau rajin), tolong para guru di sekolah, gotong-royong dan sebagainya. Apa yang pasti, kerja-kerja macam ni memerlukan tahap kerajinan yang sangat tinggi, yang mungkin tidak dimiliki oleh sesetengah daripada kita. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?


2) Rancang masa menonton televisyen
Tidak dinafikan, berdasarkan "kajian" saya di Facebook,rata-rata bekas pelajar PMR memutuskan untuk menonton televisyen mahupun menonton video atau drama secara online. Kalau tak pun memuat turun drama-drama Korea untuk tatapan. Apa yang pasti, rancanglah waktu anda dengan sebaik mungkin dan jangan terlalu leka ketika menonton. Oh ya, selamat menonton ya.

3) Kemaskini blog, aktif Facebook, Twitter
Mesti perkara pertama yang anda lakukan di alam maya ialah log in Facebook, kan? Ada juga yang buka Twitter (macam saya) dan ada yang terus update blog. Tajuk entry lebih kurang macam ni la selalunya.
* Yeay! Merdeka!
* Selamat Tinggal PMR
* I'm back!
Tak apalah, asalkan anda bahagia.

4) Baca buku @novel
Bagi saya, pembacaan merupakan suatu perkara yang dapat mengisi masa lapang. Hal ini bergantung pada kategori pembacaan yang anda minat. Sekiranya anda lebih cenderung kepada novel, maka anda akan mendapati cuma novellah yang dapat membahagiakan anda ketika ini. Jika anda seorang yang meminati fiksyen, sirah atau sejarah, pembacaan akan membantu otak anda supaya berfikir dan tidak tersekat. InsyaAllah. Saya sarankan anda boleh beli buku best seller di pasaran. Pasti tidak merugikan. ^^

5) Belajar bahasa baru
Ini merupakan satu lagi tips yang insyaAllah membantu mengisi masa senggang anda. Anda boleh cuba belajar dalam bahasa lain selain bahasa yang anda sering tuturkan. Misalnya bahasa inggeris, arab, jepun, mandarin, tamil, dan macam-macam lagi. Kalau kawan-kawan saya di Badlishah tu, mesti ramai yang nak belajar bahasa korea. Tak salah, malah aktiviti ini boleh membawa pelbagai kebaikan pada anda. Saya teringin nak belajar bahasa jepun, tapi, tengoklah keadaan. Mesti best bila buka sekolah tahun depan kita boleh bertutur bahasa baru.

6) Mulakan satu projek
Anda boleh merancang sesuatu projek yang mungkin mengambil masa selama berbulan-bulan. Boleh kumpul data, idea atau maklumat daripada rakan-rakan di sekolah. Tetapi pastikan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada diri dan memanfaatkan. Projek boleh dilakukan secara rahsia atau berkumpulan. Sesiapa yang dah ada rancangan dalam otak tu, boleh mula dah sekarang. Yang anda rancangan jahat tu, buangkanlah jauh-jauh ya. ^^

7) Kumpul duit
Pelbagai kaedah mengumpul duit boleh dilakukan. Tips ini khusus kepada yang banyak berangan dan yang bercita-cita tinggi nak jadi kaya. Tak kisahlah apa pun motif anda hendak mengumpul duit, asalkan dengan cara yang halal. Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara. Allah tak suka orang yang buat benda haram. Ok, kepada sesiapa yang mempunyai barang-barang terpakai, atau bahan sendiri yang anda rasa orang akan beli, anda boleh membuat pengiklanan di Facebook ataupun blog. Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu memuat naik gambar barangan anda dan menghebahkannya kepada umum. InsyaAllah, kaedah ini boleh membantu anda. Anda juga boleh mengambil upah kerja sambilan. Itu pun kalau ada tempat yang nak terima anda bekerja.

8) Bersukan
Badan cergas minda cerdas. Tips yang ini, mungkin jarang saya buat. Kepada atlit ataupun sesiapa yang suka bersukan, anda bolehlah continue with your activities. Banyakkan berlatih, bersukan. Misalnya ada sahabat saya yang merancang untuk berjoging di padang sekolah untuk kuruskan badan. Ok, tabik la. Kalau saya entah bila la nak bersukan.

9) Tulis surat atau e-mel kepada orang popular
Cara ini juga boleh anda lakukan jika memang betul-betul dah tak tahu nak buat apa. Anda boleh tulis tentang perasaan anda, bagaimana anda mengagumi beliau dan sebagainya. Merapulah apa anda nak merapu. Jika nasib anda baik, insan tersebut pasti akan membaca surat anda dan ketika itu anda akan rasa macam dunia anda yang punya. Hehe.

10) Dial nombor yang salah
Tekan sahaja mana-mana nombor yang anda tahu, dan kalau anda beruntung, mungkin nombor yang anda dail itu merupakan nombor orang-orang terkenal! Jangan dail nombor 999, anda mungkin dipenjarakan.

Saturday, 26 March 2011

Motivasi: Jangan Patah Semangat Dalam Penulisan

Saya sering melihat rata-rata penulis atau calon penulis di luar sana yang tidak yakin diri terhadap penulisan masing-masing, ataupun sudah ada karya sendiri tetapi tergendala dan sebagainya. Penulisan saya sendiri juga masih terlalu mentah. Bahkan, saya masih merangkak dalam bidang ini dan perlukan tunjuk ajar daripada kalian.

Namun, hari ini saya juga punya niat murni untuk membantu berkongsi tips walaupun tidak seberapa. Kebanyakan penulis akan mempunyai masalah tergendala dalam penulisan, tidak tahu bagaimana untuk meneruskan. Kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan perihal ini terjadi lazimnya disebabkan oleh takut, cemas, masalah hidup atau apa-apa masalah lain yang membuatkan penulis rasa kecewa dalam penulisan dan tidak punya semangat untuk meneruskannya lagi. Saya sendiri juga pernah rasa ketika sedang dalam proses menulis manuskrip, dan tiba-tiba sahaja komputer saya rosak dan diserang virus. Pendrive juga turut rosak. Namun, alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar walaupun proses menulis semula itu memang sangat mencabar. Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk anda.

1. Jangan terlalu memaksa
Kadang-kadang, seorang penulis yang terlalu inginkan kesempurnaan dalam penulisannya hanya akan menemui jalan buntu pada akhirnya. Letakkan diri anda dalam kondisi yang selesa, tenang, dan mulakan penulisan semula. Tulis apa sahaja yang berada di minda anda walaupun hal itu sangat remeh dan langsung tidak berkaitan dengan karya anda. Sesetengah penulis menggunakan cara ini bagi memperkembangkan idea mereka.

2. Banyakkan membaca karya penulis kegemaran
Bacalah karya-karya yang anda gemari, terutamanya daripada penulis yang anda kagumi. Hal ini insya-Allah akan menyebabkan anda rasa lebih bersemangat untuk menulis.

3. Analogi piza
Fikirkan projek anda sebagai piza. Makan sekeping pada satu waktu. Setelah selesai kepingan tersebut, barulah makan kepingan yang lain. Dengan cara ini anda juga akan lebih bersemangat untuk menghabiskan bahagian demi bahagian.

4. Tukar suasana persekitaran
Jika anda menggunakan laptop untuk menulis, anda boleh sahaja membawa laptop ke luar rumah atau tempat lain. Begitu juga jika anda menggunakan pena dan kertas. Tidak mustahil segala kekangan yang dialami akan berkurangan jika anda mengubah suasana penulisan anda. Anda perlulah fokus dan hilangkan sebarang gangguan seperti telefon bimbit.

5. Hapuskan internet (buat sementara sahaja)
Kadeah ini juga merupakan kaedah yang berkesan untuk saya, tidak tahulah untuk anda. Jika anda mempunyai sambungan internet, putuskan sambungan tersebut supaya anda tidak akan terganggu memikirkan tentang Facebook, Twitter atau blog.

6. Hayati lirik lagu
Anda boleh menghayati lirik lagu-lagu kegemaran. Ramai penulis yang dapat ilham mereka daripada lirik lagu sebenarnya. Bahkan, dengan mendengar muzik yang tenang atau nasyid juga mampu mengurangkan sedikit tekanan yang melanda.

7. Tidur
Jika susah-susah sangat, tidurlah dulu. Insya-Allah, ilham itu boleh datang dalam mimpi atau selepas anda tersedar daripada tidur. Hihi.



Menulis bukanlah suatu pekerjaan yang senang, tetapi bukan juga suatu pekerjaan yang sukar. Menulis perlukan semangat dan konsistensi. Jangan sia-siakan anugerah Ilahi yang diberi. Jadi, kepada sesiapa yang berminat dalam bidang penulisan di luar sana, teruskanlah usaha anda dalam bidang penulisan. Saya sentiasa menyokong anda, insya-Allah. Jangan hilang kepercayaan pada diri sendiri. Jika kita tidak mengubah nasib sendiri, siapa lagi yang akan mengubah nasib kita?

Sunday, 15 August 2010

Tips: Penenangan Qalbu

Sifat amarah itu seringkali menguasai diri kita. Ya, semua manusia tidak sempurna. Ada yang sensitif terhadap bicara dan ada yang suka bercanda. Masing-masing mengikut perasaan. Masing-masing menganggap diri mereka benar. Apakah mungkin sifat amarah itu akan menguasai kalbu kita selama-lamanya?
Jawapannya, bergantung pada kalbu itu sendiri. Saya cuma ingin berkongsi dengan anda cara-cara saya menenangkan diri tatkala menghadapi amarah atau sebagainya. Bukannya saya mengatakan bahawa saya itu terlalu penyabar, tidak. Sekadar sebuah perkongsian.
1. Jangan bertindak dengan melulu. Serangan itu tidak boleh dibalas dengan serangan. Sabar dahulu.
2. Sekiranya kalbu itu masih lagi sakit, tenangkan sahaja diri anda. Berzikir. Ingat Tuhan.
3. Saya mengamalkan konsep berdasarkan pepatah hidup saya, "Hidup itu umpama novel. Anda sebagai watak utama haruslah menggerakkan plotnya dan menyelesaikan konflik." Ini bererti bahawa sebarang tindakan kita anggap sahaja bahawa akan dibukukan. Misalnya kita watak utama novel, haruslah positif bukan? Mana mungkin kita mahu pembaca melihat kita sebagai seorang yang pemarah. Sebenarnya pembaca dan yang melihat kita itu ialah Allah SWT.
4. Memohon supaya diri dihindarkan syaitan. Syaitan akan melonjak gembira seandainya dua insan itu berbalah kerana syaitan ada di tengah.
5. Ketahuilah sekiranya kita memarahi sesiapa bukannya ada keuntungan. Bahkan cuma menambah dosa.
6. Sekiranya cara itu masih belum berhasil, senyum. Senyum mampu membuatkan orang yang sedang memarahi kita juga tersenyum. Kurang kemarahannya. Saya sering melakukan tips yang ini.
Sekian sahaja tips pendek serta perkongsian saya kali ini.

Wednesday, 4 August 2010

Tips: Muslimah yang Dikasihi

Muslimah yang dikasihi~


Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

Muslimah yang dikasihi~

Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

Muslimah yang dikasihi~

Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

Muslimah yang dikasihi~

Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

Muslimah yang dikasihi~

Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

Muslimah yang dikasihi~

Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.

Friday, 26 March 2010

Tips: Menulis Karangan

Sebelum membuat sesuatu karangan , adik-adik hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup


Tip 1
Antara kaedah mencari isi

  • Kaedah I ( pertanyaan ) • Kaedah II ( peta minda )
    Apa ?
    Siapa ?
    Bila ?
    Mengapa ?
    Di mana ?
    Bagaimana ?

Tip 2
Cara-cara mengarang / strategi menulis

  • Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
  • Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
  • Adik-adik mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
  • Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
  • Adalah lebih baik jika adik-adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini untuk mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar. ( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti :
  • ……………… Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut.)

    Contoh :
    Perhatikan soalan di bawah ini.
    Soalan 1
    Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.

    Soalan 2
    Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
    Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
    Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

Tip 3
Tepati masa yang ditetapkan.
Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan adalah seperti;
• 4 minit mencari isi
• 24 minit menulis karangan
• 2 minit menyemak semula karangan
• Jumlah = 30 minit
Adik-adik diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.


Tip 4
semasa mengarang adik-adik digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.
Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:
Contoh A ( dicadangkan )
"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.
Contoh B ( mengelirukan )
"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.

PETUA BILA MENULIS KARANGAN

  • Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
  • Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.
  • Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang adik-adik sediakan.
  • Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
  • Bagi karangan yang meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi (seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
  • Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.