Sunday 15 August 2010

Tips: Penenangan Qalbu

Sifat amarah itu seringkali menguasai diri kita. Ya, semua manusia tidak sempurna. Ada yang sensitif terhadap bicara dan ada yang suka bercanda. Masing-masing mengikut perasaan. Masing-masing menganggap diri mereka benar. Apakah mungkin sifat amarah itu akan menguasai kalbu kita selama-lamanya?
Jawapannya, bergantung pada kalbu itu sendiri. Saya cuma ingin berkongsi dengan anda cara-cara saya menenangkan diri tatkala menghadapi amarah atau sebagainya. Bukannya saya mengatakan bahawa saya itu terlalu penyabar, tidak. Sekadar sebuah perkongsian.
1. Jangan bertindak dengan melulu. Serangan itu tidak boleh dibalas dengan serangan. Sabar dahulu.
2. Sekiranya kalbu itu masih lagi sakit, tenangkan sahaja diri anda. Berzikir. Ingat Tuhan.
3. Saya mengamalkan konsep berdasarkan pepatah hidup saya, "Hidup itu umpama novel. Anda sebagai watak utama haruslah menggerakkan plotnya dan menyelesaikan konflik." Ini bererti bahawa sebarang tindakan kita anggap sahaja bahawa akan dibukukan. Misalnya kita watak utama novel, haruslah positif bukan? Mana mungkin kita mahu pembaca melihat kita sebagai seorang yang pemarah. Sebenarnya pembaca dan yang melihat kita itu ialah Allah SWT.
4. Memohon supaya diri dihindarkan syaitan. Syaitan akan melonjak gembira seandainya dua insan itu berbalah kerana syaitan ada di tengah.
5. Ketahuilah sekiranya kita memarahi sesiapa bukannya ada keuntungan. Bahkan cuma menambah dosa.
6. Sekiranya cara itu masih belum berhasil, senyum. Senyum mampu membuatkan orang yang sedang memarahi kita juga tersenyum. Kurang kemarahannya. Saya sering melakukan tips yang ini.
Sekian sahaja tips pendek serta perkongsian saya kali ini.

3 comments:

  1. erm..dah pandai guna continue reading..

    ReplyDelete
  2. dlm hati tiada sapa yg tahu apa yg t'surat dn t'sirat.kta mudah m'maafkn oranf tp bagaimana kta mahu m'lpakn prbuatn yg prnah dibuat olehnya kpada kta??

    ReplyDelete
  3. think positive!!
    bagaimana kita hadapi sesuatu situasi menunjukkan sifat peribadi kita seharian,,

    jgn fikirkan perkara yang negatif n menyakitkan hati kerana ia menyekatkan pandangan mata HATI kita.

    Hakikatnya semua berlaku dgn kehendak Allah S.W.T,, mengapa kita perlu melatah??

    Andai kita merasa marah, duduk diam dan senyum dgn hati INGAT KEPADA ALLAH S.W.T. Moga2 ujian itu mengandungi hikmah.

    nk info lnjut kunjungi
    http://ms.langitilahi.com/motivasi-aku-malu-dengannya/

    ReplyDelete